SepangOnline

Wednesday, June 29, 2005

ISA SAMAD cuma satu lagi Eric Chia dan Kasitah Gadam

Oleh : BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pusat Aktivs Gerakan Reformasi (PAGER) Malaysia, menganggap tindakkan tatatertib yang dikenakan terhadap YB Tan Sri Dato Isa Bin Dato Abdul Samad merupakan satu sandiwara yang mengingatkan kita kepada tangkapan Eric Chia dan Kasitah Gadam.

PAGER Malaysia menyeru rakyat supaya tidak terkeliru dengan perkembangan ini. Seperti mana Eric Chia dan Kasitah Gadam ditangkap (tanpa dilokap atau digari walau seminit) ketika hampir pilihanraya telah berjaya mengelirukan rakyat sehingga ramai yang terpesona dan menyakini Abdullah dengan Islam hadharinya benar – benar ingin membenteras rasuah. Rakyat mengundi memenangkan pembawa islam hadhari ini semata mata ingin melihat mereka yang selama ini merompak wang rakyat akan diseret ke muka pengadilan.

Selepas pilihanraya BN menang besar apa yang rakyat dapat lihat, kecuali kesempitan hidup dengan keadaan ekonomi negara yang merudum dan inflasi yang naik mendadak. Harapan untuk melihat perompak wang rakyat dikecewakan dengan perompakan terus wang rakyat.

Semuanya sandiwara :

Apa sudah jadi dengan kes Eric Chia ? Sudah kah Tun Dr Mahathir dipangggil ke mahkamah kerana ramai maklum mengenai penglibatanya berkerjasama dengan Eric Chia dalam mengegelapkan wang rakyat melalui Perwaja ?

Apa pula sudah jadi dengan kes Kasitah Gadam adakah berjaya mendedahkan rasuah dikalangan pemimpim besar ?

Apa pula yang terjadi dengan senarai 18 pesalah rasuah yang terdiri dari VVIP yang didedahkan oleh Rais Yatim ? (yang akhirnya membawa beliau lebih berbudi bahasa dalam kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan)

Berikutan tindakan yang dikenakan terhadap Isa samad ini PAGER Malaysia ingin mengajak rakyat memikirkan beberapa perkara :

Tangkapan ini hanya satu sandiwara untuk menunjukan Abdullah dan umno benar benar menentang rasuah ketika hampir semua warga dewasa negara tahu politik rasuah sudah menulang dalam umno.

Jika benar Abdullah dan Umno berani serahkan semua fail siasatan berkaitan politijk rasuah kepada BPR untuk diambil tindakan.

UMNO mengambil sikap double standard kerana apa tindakkan Abdullah Badawi kepada semua calon Barisan Nasional yang menggunakan wang serta menyalah gunakan jentera kerajaan untuk memenangi pilihanraya ?

Siri tindakkan disiplin oleh UMNO ini juga disyaki untuk memberi amaran kepada kem tertentu kerana melibatkan pertembungan politik dalam Umno yang akhirnya memangsakan Isa Samad dan beberapa pemimpin yang tidak mempunyai kekuatan sendiri.

Jika yang meberikan rasuah bersalah bagaimana dengan yang menikmati (menerima) wang rasuah yang jumlahnya bersamaan dengan kesemua perwakilan UMNO itu?

PAGER Malaysia sekali lagi memperingatkan seluruh rakyat agar tidak sama sekali terpesona dengan tindakkan sandiwara ini. Kita sekali lagi perlu mendesak Abdullah jika benar benar jujur dengan tindakkannya membenteras rasuah kita menuntut :

letakkan BPR terus dibawah Parlimen bukan dibawah kuasa Perdana Menteri benarkan BPR dan pihak berkuasa membuat siasatan terbuka dan pendakwaan ke atas semua laporan rasuah dan salah guna kuasa (yang telah beribu laporan dibuat semenjak 1998). Benarkan siasatan terbuka ke atas pemilikan harta semua menteri dan bekas menteri serta proksi – prosi mereka.

Akhir sekali PAGER Malaysia amat menyakini tidak akan ada lagi pemegang jawatan kanan Umno yang akan di ambil tindakkan kerana tindakkan membuang Isa Samad Cuma sandiwara untuk menunjukkan ketelusan Abdullah Badawi tetapi dengan mengorbankan pemegang jawatan kanan yang paling kurang pengaruh akar umbi.

Salam Reformasi !

BADRUL HISHAM SHAHARIN

Tuesday, June 28, 2005

Kerajaan bayar RM40 juta pada Heritage Foundation melalui TNB

Oleh Zulkifli Mohamed

KULIM: Kerajaan Malaysia pada Februari lalu, melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membayar RM40 juta kepada Heritage Foundation, iaitu sebuah yayasan terdiri daripada para pelobi yang majoritinya Yahudi, bagi mengadakan hubungan dua hala antara pemimpin negara ini dengan pentadbiran Amerika Syarikat.

Mendedahkan perkara tersebut, Naib Presiden Keadilan, Mohd Azmin Ali menjelaskan laporan komprehensif berkenaan pembayaran tersebut diperolehi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Washington baru-baru ini.

“Pada asalnya kita menjangkakan tindakan ini dibuat hanya di bawah pentadbiran Dr. Mahathir, tetapi menurut Datuk Seri Anwar laporan yang beliau terima itu mendedahkan pembayaran yang terakhir dibuat pada Februari 2005, ketika Datuk Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri,” kata Azmin yang ditemui selepas berceramah di Taman Putra di sini.

Akhbar Washington Post, sebelum ini mendedahkan pihak yang berkepentingan dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Malaysia telah membantu mengatur satu perjumpaan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden AS George W. Bush, ketika hubungan dua hala kedua-dua negara di tahap kritikal.

Hubungan antara kedua negara telah bertukar menjadi hambar setelah pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan serangan yang bertubi-tubi Tun Dr Mahathir terhadap Yahudi.

Perjumpaan pemimpin tersebut pada Mei 2002 begitu instrumental dalam memperbaiki hubungan dengan Washington.

Sebelum itu, Tun Dr Mahathir telah di’singa’kan di dalam negara kerana kritikannya yang pedas terhadap AS.

Pertemuan Mahathir-Bush pada Mei 2002 itu, dibiayai kerajaan Malaysia berjumlah RM5.3 juta yang dibayar melalui US-Malaysia Exchange Foundation (USMEA) dan Belle Haven Consultants berpengkalan di Hong Kong yang dipengerusikan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob menggunakan platform Heritage Foundation (berpusat di AS), lapor akhbar Hong Kong Standard.

Menurut Azmin, pendedahan itu telah disiarkan secara meluas.

“Apabila Datuk Seri Anwar meneliti laporan tersebut di Washington dan cuba mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci, akhirnya beliau telah mendapat laporan yang komprehensif iaitu laporan penuh mengenai usaha kerajaan Malaysia untuk mendampingi kerajaan Amerika Syarikat melalui pembayaran yang dicurigai yang dibayar melalui Heritage Foundation.

“Dalam laporan itu, pembayaran terakhir dibuat pada Februari lalu, ketika Abdullah sebagai Perdana Menteri. Wang ini telah mencecah sejumlah RM40 juta dan dibayar melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada Heritage Foundation,” jelas Azmin.

Jadi persoalannya, kata Azmin sejauh mana ketelusan pengurusan TNB membayar sejumlah wang tersebut untuk membayar kepada Heritage Foundation, apakah tujuannya dan apakah alasan pembayaran yang begitu besar.

Menurut Naib Presiden Keadilan itu, sehingga ke hari ini belum ada seorangpun pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri menafikan kenyataan yang dibuat Datuk Seri Anwar berulang kali.

Monday, June 27, 2005

Letak jawatan: BPR perlu siasat dan dakwa Isa Samad

Oleh Zulkifli Mohamed

PULAU PINANG – 26 Jun: Aktivis Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berpendapat siasatan dan hukuman terhadap Naib Presiden Umno yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Mohd Isa Samad tidak boleh terhenti setakat siasatan dan hukuman Lembaga Disiplin Umno sahaja, tetapi perlu didakwa oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Rasuah menurut Saifuddin, bukan dalam domain Lembaga Disiplin Umno untuk bertindak, tetapi ia adalah dalam domain BPR. Badan itu mempunyai bidang kuasa melampaui kesemua pesalah rasuah sama ada kakitangan kerajaan, swasta ataupun di kalangan ahli politik.

“Sebab itu kita mengesa BPR segera menahan Mohd Isa kerana sudah tentu ada peruntukan dalam akta rasuah yang boleh mensabitkan beliau.”

“Antara tuduhannya antara lain ialah Tan Sri Isa mengumpul perwakilan Umno di premis pejabat Menteri Wilayah Persekutuan, maknanya dia menyalahgunakan premis menteri untuk kepentingan politiknya, ini bererti beliau menyalahgunakan kuasanya,” katanya.

“Gambarannya sekarang Lembaga Disiplin Umno lebih berkuasa daripada BPR.”

“Ini sebenarnya meruntuhkan keyakinan rakyat terhadap integriti dan keupayaan BPR yang selalunya bergelut hendak mengumpul bukti, tetapi Lembaga Disiplin Umno ini boleh selesaikan siasatan dalam masa 24 jam sahaja,” katanya yang ditemui selepas berceramah di Batu Lintang, Sungai Petani, semalam.

Saifuddin turut mengesa Mohd Isa mengambil tanggungjawab moral dengan melepaskan semua jawatan yang ada kepentingan awam, sama ada sebagai Menteri dan Ahli Parlimen.

“Pemimpin perlu kelihatan lebih putih daripada putih. Jika tidak, beliau tidak boleh menjadi Menteri Wilayah Persekutuan yang efektif.”

“Beliau tidak perlu menunggu arahan Perdana Menteri untuk melepaskan kesemua jawatannya itu,” ujar Saifudin.

Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua turut sependapat.

“Isa perlu meletakkan semua jawatannya dalam kerajaan.”

“Beliau sebagai Menteri yang banyak meluluskan projek perlu diadili secara terbuka, biar rakyat sendiri menilai dan bukannya hanya berdasarkan siasatan dalaman Lembaga Disiplin Umno sahaja,” ujar Tian yang dihubungi hari ini.

Beliau juga menganggap hukuman ke atas Mohd Isa, bukannya bukti kesungguhan kerajaan membanteras gejala rasuah dalam pentadbirannya.

“Kita tidak menganggap kerajaan serius menanggani rasuah, kerana kes itu sepatutnya diserahkan kepada siasatan BPR untuk mendakwanya di mahkamah.”

Lagipun, menurut Tian hukuman yang dikenakan terhadap Isa hanyalah tindakan disiplin kerana melanggar peraturan Umno, bukannya disabit dengan kesalahan Akta Rasuah.

Dalam pada itu, Ketua Wanita Keadilan Pulau Pinang, Aminah Abdullah mahukan Perdana Menteri bertindak lebih ikhlas memerangi rasuah.

“Kita mahu, bukan setakat Isa Samad disiasat tetapi juga kepada semua menteri kabinetnya.

“Apa sudah berlaku terhadap siasatan BPR terhadap tuduhan rasuah 18 individu yang berprofil tinggi, yang pernah didedahkan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim?

“Bagaimana tuduhan terhadap Datuk Seri Rafidah, Tan Sri Rahim, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Seri Anuar Musa, Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Seri Nazri Aziz dan ramai lagi,” tanyanya.

Kita tidak teragak-agak menyokong tindakan Perdana Menteri, jika beliau benar-benar ikhlas membanteras rasuah, kata Aminah.

Keputusan penggantungan Mohd. Isa dibuat oleh panel lembaga disiplin Umno pada 24 Jun dihadiri oleh semua anggotanya dan dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen.

Mohd Isa dituduh melakukan sebanyak tujuh tuduhan melanggar perkara 2.2 Tata Etika Ahli Umno dan satu pertuduhan melanggar perkara 2.1 Tata Etika Ahli Umno dan satu lagi melanggar perkara 5 tata Etika Ahli Umno.

Beliau antara lain didakwa membenarkan agennya menyogok perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highland, Kuala Lipis dan Bentong pada 11 September 2004.

Isa juga didakwa membenarkan agennya membayar RM1,000 seorang kepada perwakilan UMNO ke Perhimpunan Agung di Hotel Crown Princes Kuala Lumpur pada jam 11 malam 22 September dan pagi 23 September 2004.

Kejadian sama didakwa berlaku pada jam 1 pagi 23 September di Hotel Pan Pacific dan Hotel Legend Kuala Lumpur.

Selain itu, Isa juga dituduh membenarkan agennya memberi RM 300 kepada perwakilan UMNO dari Kedah di Hotel Holiday Villa, Alor Setar dan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani antara dua dan tiga minggu sebelum pemilihan.

Wang sama banyak juga didakwa diberi kepada perwakilan UMNO Sabah di Tanjong Aru Golf Club dan Kandarah Court pada awal bulan September.

Mohd Isa memenangi jawatan Naib Presiden Umno dalam pemilihan Agung parti itu dengan memperolehi 1,507, kedua Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam 1,329 undi dan ketiga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 1,234 undi.

Saturday, June 25, 2005

Khalid Jafri Didapati Bersalah Tulis Maklumat Palsu

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Penulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM", Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah, Sabtu didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini dan disabitkan dengan tuduhan menulis maklumat palsu dalam buku berkenaan.

Hakim Mohamad Saman Mohamed Ramli berkata pihak pendakwaan telah membuktikan kes yang melampaui keraguan munasabah.

Beliau menetapkan 6 Julai ini untuk mitigasi dan menjatuhkan hukuman.

Khalid Jafri, 65, didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Media Pulau Lagenda, Taman Kosas, Ampang di sini, pada Mei 1998.

Dia didakwa mengikut Seksyen 8A (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Khalid mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut pada 12 Ogos 1998 dan pada peringkat pendakwaan seramai 11 saksi memberi keterangan.

Pada 19 Feb 2003, Mohamad Saman mengarahkan Khalid membela diri selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadapnya.

Pembelaan telah mengemukakan dua saksi iaitu Khalid sendiri dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Musa Hassan serta memanggil semula saksi pendakwaan Supt Mohd Rodwan Mohd Yusof.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamal Baharin Omar manakala Khalid diwakili oleh peguam Sashi Menon.

-- BERNAMA

Thursday, June 23, 2005

Keperluan Revolusi Dalam Menegakkan Kerajaan Reformasi

Dalam komennya terhadap sikap malu-malu kerajaan negara-negara Asean dalam menangani isu pemerintahan junta tentera Myanmar dan pemimpin pro-demokrasi Aung San Suu Kyi, Saudara Anwar Ibrahim merakamkan kata-kata ini,

"Perubahan radikal mesti dilakukan untuk melakukan lonjakan demokrasi di Burma, dan campurtangan membina adalah langkah pertama ke arah ini."

Kata kunci di sini adalah "Perubahan Radikal" dan ini sebenarnya yang menarik saya untuk kembali menulis setelah sekian lama berehat. "Perubahan" tentulah seperti yang kita semua maklum adalah "Reformasi" dalam kata lainnya, sementara "Radikal" sangat berkait rapat dengan gerakan dan sekolah pemikiran "Revolusi."
Revolusi adalah destruksi dan rekonstruksi, memusnahkan dan membina semula, dalam konteks rakaman kata-kata Saudara Anwar itu, ia membawa maksud memusnahkan pemerintahan junta tentera di Myanmar dan membina semula Myanmar yang bebas dan demokrat, dengan campurtangan negara-negara Asean yang lain.

Soalnya, apakah ia hanya terpakai untuk Myanmar sahaja? Apakah perubahan radikal hanya perlu berlaku di Myanmar sahaja? Apakah Malaysia, negara yang kita sayangi ini mampu untuk terus ke depan dalam keadaan seperti sekarang ini? Apakah kita juga tidak memerlukan perubahan radikal? Hari ini, kebanyakan industri strategik negara (automotif, petroleum, juga pelancongan - Langkawi) dinaungi oleh hanya seorang manusia yang bernama Mahathir Mohammed, sedang dalam masa yang sama, negara kita dianugerahkan pula dengan seorang Perdana Menteri yang dalam banyak insiden kelihatan semacam "semabur" (ikut cakap orang Kelantan), termasuklah dalam kes lagu "Negaraku" baru-baru ini. Tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa perpindahan kuasa dari Mahathir Mohammed ke Abdullah Badawi telah membuka ruang yang luas ke arah pendemokrasian sistem kehakiman, undang-undang, media dan hak berpolitik rakyat terbanyak. Buktinya bila saya sendiri ditahan menggunakan Polis Cawangan Anti Narkotik, semata-mata kerana tiada instrumen undang-undang lain yang boleh mereka gunakan untuk memberhentikan saya dan rakain-rakan yang lain, yang begitu berani membaca puisi dalam kepungan pak polisi, atas nama demokrasi! Ini adalah satu penyalahgunaan kuasa yang sangat jelas dan satu tindakan yang sangat berniat jahat.

Kita memerlukan revolusi. Masalahnya, bahan-bahan bacaan yang sampai ke pembacaan rakyat Malaysia selepas melalui saringan ketat Kementerian Dalam Negeri, seringkali menyogokkan "Revolusi" sebagai satu gerakan yang kental ikatannya dengan darah dan airmata, sehingga begitu menakutkan rakyat, hatta hanya untuk menyebutnya! Padahal Kerajaan Arab Saudi itu juga tertubuh dengan gerakan revolusi, entah darah siapa yang menitik, entah airmata siapa yang menitis, saya belum menjumpainya dalam teks sejarah dunia.

Revolusi di Malaysia, dalam maksud umumnya, adalah satu proses destruksi Kerajaan Umno dan Barisan Nasional, diikuti dengan proses rekonstruksi Malaysia menjadi sebuah negara yang adil, demokratik dan berorientasikan rakyat. Macam mana ini boleh berlaku?

Reformasi yang radikal a.k.a Revolusi sangat berkait rapat dengan gerakan massa. Amien Rais berkata bahawa tidak akan berjaya reformasi di Indonesia itu tanpa kebangkitan mahasiswa. Tetapi dalam konteks Malaysia, saya takut untuk mengharapkan sesuatu yang sebegitu. Mahasiswa di Malaysia saya boleh istilahkan sebagai penakut, pengecut, tiada kekuatan dalaman dan beku! Maaf jika saya melampau, tetapi hakikatnya polisi-polisi dan dasar-dasar berkaitan dengan kemahasiswaan dan pengajian tinggi di negara kita menjadikan mahasiswa kita begitu. Entah kesengajaan dari siapa sistem pengajian tinggi kita nampaknya sangat mengekang dan menyibukkan adik-adik mahasiswa kita, jumlah jam kredit yang melampau... akhirnya menjadikan mereka penghafal nombor satu, semata-mata untuk menjawab peperiksaan! Lari dari konsep asal universiti untuk membentuk manusia yang universal dan kreatif. Mahasiswa hari ini tidak lebih seperti burung tiung yang hanya pandai menuturkan apa yang diajar tuannya. Buktinya jelas, graduan IPTS lebih laku di pasaran kerja berbanding dengan graduan IPTA tempatan.

Maka saya melihat saranan Saudara Anwar Ibrahim dalam kes Myanmar sebagai pilihan kedua dalam proses destruksi Kerajaan Umno dan Barisan Nasional serta rekonstruksi Malaysia menjadi sebuah negara yang adil, demokratik dan berorientasikan rakyat. Kita boleh mempengaruhi IPU, kita boleh mempengaruhi, ICJ, kita boleh mempengaruhi Amnesty International, kita boleh mempengaruhi Ahli Kongres Amerika Syarikat, kenapa pula kita tidak boleh mempengaruhi sahabat-sahabat dalam ASEAN? Saya yakin cara ini boleh berjaya, menjana gerakan massa dari seluruh negara ASEAN untuk menuntut perubahan politik yang menyeluruh di Malaysia.


Mohd Zukri Aksah

Exco Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

Friday, June 17, 2005

Anwar & PM Turki Bincang Persoalan Negara-Negara Islam

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, berbincang berkaitan beberapa persoalan negara-negara Islam, dalam pertemuan mereka di Washington, Khamis lalu.

Anwar yang kini berada di Amerika, untuk memenuhi jemputan menjadi Fellow terhormat di John Hopkins Universiti, Amerika, bertemu dengan Erdogan atas permintaan Perdana Menteri Turki itu sendiri, Erdogan berada di Amerika kerana lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Dalam perbincangan tersebut, Anwar telah menyentuh beberapa perkara seperti peranan Turki, sebagai negara moden dan demokratik untuk memandu umat Islam supaya lebih berfikiran bebas dan merdeka,

Selain itu Anwar dan Endogran turut bertukar pengalaman, khususnya usaha mereka untuk meletakkan asas institusi masyarakat madani dan program pembanguanan yang lebih meyakinkan.

Wakil anwaribrahim.com di Washington, diberitahu dalam pertemuan tersebut, Erdogan menjelaskan beberapa perkembangan baru di Turki, termasuk usaha-usaha beliau dan kerajaannya dan masyuarakat antarabangasa, dan usaha mengukuhkan Pertubuhan Negara ˆNegara Islam Sedunia (OIC).

Dalam kesemptan itu juga Anwar mengucapkan terima kasih di atas Usaha Erdogan dan Menteri Luarnya, Abdullah Gul selama ini kerana usaha mereka menyokong pembebasannya terasuk menulis surat kepada bekas perdana Menteri, Dr Mahathir ketka beliau masih menjadi Perdana Menteri.

PAS ‘melamar’ Anwar mengetuai pembangkang Parti yakin dia calon tepat kerana diterima ramai

Oleh Carolyn Hong

DATUK Seri Anwar Ibrahim, yang tiada dalam media setelah di’gelap’kan beritanya, telah muncul sebagai pemimpin pakatan pembangkang bagi menumbangkan parti Barisan Nasional yang memerintah.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengakui bahawa pembangkang perlu seorang pemimpin yang diterima oleh semua kaum dan meminta Anwar mengetuai pakatan.

Tarikan kepada PAS – parti pembangkang terbesar dan paling berpengaruh – terhad kepada populasi orang Islam yang lebih konservatif.

“Pengaruh PAS adalah kalangan orang Melayu.. kita perlu pemimpin yang diterima oleh semua, dan PAS akan terima mana-mana pemimpin yang diterima oleh semua kaum,” jelas presiden parti Hadi Awang dalam satu temubual dengan Mingguan Malaysia.

PAS sedang cuba menukar imej konservatifnya yang kini menjadi liabiliti kalangan bukan Islam dan Muslim liberal.

Setiausaha Agung PAS Kamarudin Jaafar, penyokong Anwar, berkata bahawa parti tersebut melihatnya sebagai seorang yang mempunyai pengaruh yang luas.

“Jika sekiranya dia mengetuai pembangkang, orang ramai akan melihatnya sebagai seorang yang boleh mempengaruhi PAS,” katanya.

Sejak kemenangannya dalam pilihan raya 1999, PAS telah kehilangan sokongan daripada pengundi kerana pandangannya yang konservatif, khususnya mengenai desakannya untuk membentuk negara Islam jika ia berkuasa.

Disebabkan itu, parti yang berasaskan kaum Tionghua, Democratic Action Party (DAP), mendapat tekanan daripada penyokongnya, lalu keluar dari pakatan pembangkang pada tahun 2001.

Datuk Seri Anwar menyambut baik pelawaan tersebut, tetapi dia tidak mengatakan jika dia menerimanya.

Tugasnya sentiasa di luar negara sejak tahun lalu, menjadi fellow di Oxford University dan John Hopkins University.

Belum diketahui bagaimana Anwar akan memenangi hati pengundi bukan Islam yang masih sangsi dengan dasar Islam PAS.

Awal tahun ini, dia cuba mendapatkan DAP ke dalam pakatan pembangkang.

Kali ini, walau bagaimanapun, nampak seolah PAS akan mengurangkan desakan isu negara Islam.

“Kami perlu melihat semula cara pendekatan. Fundamental tidak akan berubah, hanya pembungkusannya berbeza,” kata timbalan presiden yang baru dipilih Nasharuddin Mat Isa.

DAP belum termakan dengan pendirian tersebut, tetapi Datuk Seri Hadi berkata itu bukan satu-satunya cara untuk mendapat sokongan orang Cina.

“Ia hanya satu parti. Terdapat parti-parti lain dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan lain,” katanya.

Datuk Seri Anwar, yang bersama Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh isterinya, telah mencuba untuk menarik komuniti Cina.

Semasa lawatannya yang terakhir ke seluruh Malaysia pada bulan lalu, dia menghabiskan sebahagian masanya bertemu dengan akar umbi masyarakat dan persatuan-persatuan Cina bagi menyatakan visi dan pendiriannya.

Tetapi sementara dia mempunyai pengaruh yang luas daripada PAS, dia menghadapi pengkritiknya sendiri.

Dia kian dihadapkan dengan soalan-soalan yang sebelum ini tidak timbul dan hanya muncul selepas keluar dari penjara.

Selepas pembebasannya September lalu, dia dilihat sebagai wira tetapi baru-baru ini, banyak persoalan timbul mengenai perkhidmatannya dalam kerajaan.

Orang ramai ingin tahu adakah agenda reformasinya hanya untuk memenangi undi, memandangkan dia telah mendapat manfaat daripada sistem yang kini dikritiknya.

Dia belum dapat meyakinkan pengkritiknya.

Malah, dalam PAS, terdapat ahli-ahli yang merasa Datuk Seri Anwar bukan pilihan yang tepat untuk mengetuai pembangkang.

Tetapi Datuk Seri Hadi tidak bersetuju dengan mengatakan, “Mereka boleh memberi pandangan tetapi apabila keputusan dibuat oleh parti, mereka akan terimanya dan bekerja keras.”

Thursday, June 16, 2005

PKR bantah pemindahan penghuni Flet Pekeliling

Oleh Hafiz Mohd Baqi
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pemindahan penghuni Perumahan Awam Tunku Abdul Rahman (Flet Pekeliling) sehingga segala masalah penghuninya untuk proses pemindahan dapat diselesaikan.


Sehubungan itu satu memorandum telah dihantar oleh PKR kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggesa pihak berkuasa tersebut merangka jalan terbaik bagi mengatasi masalah penduduk Flet Pekeliling yang mahu dipindahkan ke sebuah kawasan penempatan baru.

Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Ketua Penerangan PKR, Tian Chua bersama-sama pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan, Dr Sanusi Osman; Naib Ketua Angkatan Muda PKR, S Manikavasagam serta penghuni Flet Pekeliling di Ibu Pejabat DBKL kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Antara sebab yang dikemukakan kepada DBKL berhubung bantahan tersebut termasuklah tidak ada pampasan sewajarnya daripada DBKL atau kerajaan kepada penghuni, kadar sewa di penempatan baru lebih mahal, saiz rumah yang disediakan di penempatan baru lebih kecil berbanding saiz unit Flet Pekeliling dan pemindahan tersebut memerlukan kos yang tinggi.

Dalam memorandum tersebut, PKR turut mempertikaikan mengapa DBKL perlu memberi kotrak selama tiga tahun kepada penghuni Flet Pekeliling ke penempatan baru dan kenapa rumah di penempatan baru tersebut tidak dijual sahaja kepada para penghuni memandangkan mereka sebahagian besar daripada mereka telah menetap di Flet Pekeliling lebih 30 tahun.

Sementara itu, Tian Chua dalam sidang akhbar selepas penyerahan memorandum tersebut berkata, pihaknya menyerahkan memorandum tersebut untuk menggesa kerajaan lebih serius menangani sebarang masalah yang sedang dihadapi oleh para penghuni flet tersebut.

"Flet Pekeliling merupakan penempatan golongan yang terpinggir dan miskin di Kuala Lumpur ini.

"Tetapi kerajaan juga harus menyedari mereka juga adalah warga kota yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan di Kuala Lumpur," kata beliau.

Dalam pada itu pihak DBKL difahamkan telah bersetuju untuk mengkaji beberapa perkara yang telah dibangkitkan dalam memorandum yang telah diserahkan hasil daripada pertemuan antara kedua-dua belah pihak.

Kata Tian Chua, DBKL antaranya setuju melanjutkan tempoh akhir permindahan yang telah ditetapkan pada 21 Jun ini kepada satu tarikh lain yang tidak membebankan penghuni.

Katanya, DBKL dalam perbincangan tersebut bersetuju untuk mempertimbangkan setiap masalah yang timbul dan meminta para penghuni menghubungi mereka sekiranya ada masalah ingin disuarakan. – lanh

Saturday, June 11, 2005

Keadilan dan kebebasan untuk pekerja wanita MAS

Malaysia Today

PUTRAJAYA 10 Jun 2005: Lebih 40 buah pertubuhan bukan kerajaan dan parti-parti politik telah menyokong memorandum menuntut keadilan dan kesaksamaan pramugari MAS. Memorandum Mengenai Kesaksamaan Gender Terhadap Pramugari MAS telah diserahkan kepada dua menteri, Menteri Pengangkutan dan Menteri Sumber Manusia oleh wakil Joint Action Group Against Violence Against Women (JAG-VAW), Maria Chin.



Memorandum tersebut yang mengandungi enam perkara yang melibatkan syarat-syarat dalam Perjanjian Kolektif MAS yang mendiskriminasi wanita. Selain itu, memorandum tersebut juga menuntut kementerian-kementerian Sumber Manusia, Pengangkutan dan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Komuniti empat tuntutan agar dilakukan tindakan dengan kadar segera bagi mengakhiri diskriminasi berasaskan gender ini.

Mengandung dan melahirkan anak merupakan fungsi reproduktif sosial yang spesifik kepada wanita, dengan itu wanita tidak harus dihukum berasaskan fungsi reproduktif mereka.

Maria berpendapat, tindakan MAS yang menghadkan bilangan anak bagi pekerja wanita dan mereka hanya boleh mengamdung selepas lima tahun bekerja, jelas bertentangan dengan Seksyen 37(c), Akta Pekerjaan 1955 (Akta 265).

Menurut Maria, tawaran yang diberikan oleh MAS baru-baru ini untuk membenarkan pramugari mempunyai tiga orang anak daripada dua, masih belum memadai dan ia masih mengamalkan peraturan yang mendiskriminasi pekerjanya berasaskan gender.



Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Fuziah Salleh, mewakili parti menyokong memorandum tersebut. Fuziah memberitahu Malaysia Today bahawa Wanita Keadilan pada tahun 2003 telah pernah mengeluarkan Kenyataan Media menggesa MAS dan Kementerian Pengangkutan juga Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (nama pada masa itu) agar layanan diskriminasi MAS yang berdasarkan gender dihentikan.

”Tiada tindakan yang dibuat, dan kita lihat baru kini kementerian cuba berunding dengan MAS untuk mendapatkan hak bagi pekerja kabin wanita MAS. Itu pun selepas NGOs membuat desakan dan tekanan,” katanya.

Orang ramai melihat wanita hanya berguna semasa muda dan tidak boleh menyumbang apabila usia sudah meningkat, sedangkan wanita-wanita tersebut sudah mempunyai pengalaman yang luas dan melalui latihan untuk berada di tahap itu. Menurut Fuziah, pemikiran masyarakat perlu diubah daripada mindset steriotaip kepada yang menilai wanita mengikut kemampuannya bukan rupa semata-mata.

Exco Wanita Keadilan, Haniza Talha yang turut hadir pada majlis penyerahan memo tersebut, berpendapat, tindakan dan layanan MAS terhadap pekerja-pekerja wanitanya akan menjadi ’precedence’ kepada syarikat-syarikat lain. Malah, pada majlis tersebut turut hadir pekerja-pekerja kilang yang mengalami nasib yang sama seperti Beatrice, yang telah diberhentikan kerana mengandung.

Shahrizat berkata kementeriannya telah mendapatkan persetujuan yang baik daripada MAS dan mereka (pekerja MAS) semua merasa gembira dengan tawaran yang dipersetujui oleh MAS iaitu; menambahkan bilangan anak daripada dua kepada tiga; dan menaikkan gratuity daripada RM800 kepada RM1,000. Menurut Shahrizat tawaran tersebut merupakan satu kemajuan.

”Hak yang tidak pernah diberikan sudah tentunya tidak akan dirasakan kehilangannya dan kekurangannya. Disebabkan pekerja kabin (wanita) MAS tidak pernah menikmati hak untuk dilayan sama seperti pekerja lelaki, sudah tentu sedikit yang diberi telah menggembirakan mereka. Persoalannya, adakah Shahrizat sudah berlaku benar terhadap Deklarasi Putrajaya yang dibuat semasa Mesyuarat Menteri-menteri mengenai Kemajuan Wanita April lalu. Saya lihat ini merupakan contoh klasik, apa yang dikatakan Perdana Menteri Abdullah Badawi, ”Infrastruktur negara maju tetapi mentaliti dunia ketiga”. Bagaimana amalan diskriminasi sebegini boleh terlepas daripada pemerhatian kementerian-kementerian yang berkaitan dan ia masih berterusan dengan perubahan yang begitu lembab. Tindakan diambil hanya setelah didesak dan digesa oleh NGO dan pembangkang,” tambah Haniza.

Turut hadir dalam majlis penyerahan memo tersebut ialah wakil DAP, YB Teresa Kok, ahli Dewan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, pesuruhjaya Suruhanjaya Penambahbaikan Polis, Ivy Josiah dan wakil-wakil NGO lain seperti HAKAM, Tenaganita, Suaram dan MTUC.

Thursday, June 09, 2005

UiTM menafikan hak pelajar, tidak hormat keputusan mahkamah

Malaysia Today

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat mengecam tindakan pihak pentadbiran universiti teknologi Mara (UiTM) yang tidak menghormati keputusan mahkamah yang mendapati pelajarnya Helman Samsudeen untuk menyambungkan pengajiannya.

Helman Samsudeen adalah pelajar UiTM yang didakwa terlibat dengan demonstrasi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan di Masjid Negara pada tahun 2001.

Kerajaan pimpinan Dr Mahathir pada waktu itu telah menangkap Helman bersama enam rakan-rakannya yang lain, menggantung hak pembelajaran selama empat tahun, dan difitnah dalam media.

Menurut Pengerusi Biro Mahasiswa Angkatan Muda Amirudin Shari, sikap UiTM itu amat dikesali. Katanya, "kini dalam zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi yang melolongkan retorika Islam Hadhari - Islam yang bertamadun telah meneruskan kekejaman sistem Dr Mahathir yang menekan mereka yang kritikal dan tidak sehaluan dengan pemerintah."

Menurut Pengerusi Biro Mahasiswa Angkatan Muda Amirudin Shari, sikap UiTM itu amat dikesali. Beliau berpendapat tindakan UiTM itu sebagai salah satu tanda kerajaan Barisan Nasional tidak pernah ada hasrat untuk mewujudkan suasana yang lebih demokratik dalam Negara.

"Universiti yang diharapkan sebagai ruang paling baik melahirkan manusia yang universal, telah bertukar menjadi ruang sempit dan jumud dengan pengekalan undang-undang yang menekan seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),” ujarnya lagi.

Helman difahamkan tidak dapat diterima untuk menyambungkan pengajiannya kerana tempoh pengajian Helman telah tamat. Alasan teknikal tersebut telah diperbesar-besarkan.

Justeru, Angkatan Muda berasa pelik kerana Helman dan enam yang lain digantung oleh pihak universiti bukan atas kehendak mereka. Sebaliknya mereka telah dilarang untuk hadir ke kuliah dan peperiksaan oleh pentadbir universiti sendiri.

"Oleh itu alasan menggunakan peraturan tempoh belajar adalah suatu yang tidak adil, pelarian dan helah untuk tidak memberikan Helman hak untuk mendapatkan pendidikan," kata Amir lagi dalam kenyataannya bertarikh 8 Jun.

Beliau juga berpendapat bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) adalah suatu yang tidak relevan dan bertamadun untuk diteruskan.

Wednesday, June 08, 2005

Amanat kepada golongan Mahasiswa

Anwar Ibrahim
(First published in June 2003)

Secara kebetulan, di kesempatan terakhir bertemu dengan adik-adik di London April '98 yang lalu, saya mengenengahkan isu pembaharuan dan reformasi. Bahkan pada tanggapan saya, kegawatan ekonomi perlu dijadikan iktibar mendorong kita melakukan islah, membetulkan kepincangan termasuk gejala rasuah yang kian merebak, unsur kronisme dan nepotisme dalam pengurusan ekonomi. Nyata kemelut sistem di negara kita tidak serumit yang dialami oleh beberapa negara jiran, namun jika dinafikan kewujudan aliran negatif, ia akan mencengkam institusi dan akan menjalar pantas sebagai barah yang sukar dikawal lagi.

Saya nukilkan semula pengajaran dan iktibar dari Surah Yusuf Alaihiwassalam di dalam Al Quran (Joseph dalam Bible) yang saya galurkan berulangkali dalam ucapan Belanjawan sejak lima tahun yang lalu; iaitu ekonomi jernih dan melimpah bukan untuk dimegahkan atau dibelanja secara membazir; bahkan perlu kita insafi bagi menghadapi musim kemarau berikutnya. Bagi penguasa yang asyik dengan kilauan projek mega, dibuai dengan pujian dan ampu, dibentangkan dengan projek raksasa dan gemerlapan, mercu tanda terhebat di dunia, empangan terbesar, kotaraya tercanggih dan mahligai peribadi paling gemilang, pengalaman Nabi Yusuf adalah usang dan tidak relevan. Akhirnya, manakala kita dikejutkan dengan badai taufan ekonomi yang menggegarkan, keutuhan ekonomi negara yang dikira cukup kebal, kita gelabah, mengamuk dan menyalak menyalahkan semua pihak yang lain melainkan kita sendiri.

Kita tidak nafikan bahawa sebahagian dari punca kegawatan ialah akibat sistem ekonomi dunia yang tempang dan tidak adil bagi negara-negara membangun. Para spekulator matawang mengambil kesempatan dari kelemahan asas atau 'fundamentals' ekonomi, menyerang dan mengambil keuntungan jangka pendek. Dalam masa singkat, nilai matawang baht, won, rupiah, dan kemudiannya ringgit juga merudum. Pembaharuan bagi tatacara kewangan dunia(new architecture of the international financial system) akan mengambil masa. Sementara itu, negara-negara yang menghadapi krisis terpaksa bergelut melepaskan dari krisis. Mereka merujuk kepada Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF) bagi menyediakan dana penyelamat. IMF dan Bank Dunia pun menggunakan kesempatan tersebut mengemukakan penyelesaian dengan menuntut pembaharuan dalam pengurusan ekonomi yang lebih telus,bertanggungjawab dan menghindarkan dari amalan rasuah.

Malangnya preskripsi mereka termasuk mengenakan kadar faedah yang tinggi,menaikkan cukai dan membatalkan sebahagian dari subsidi. Alasan mereka ialah negara tersebut hampir bankrap dan harus bertindak sewajarnya. Pendekatan tersebut diamalkan di Thailand, Korea Selatan dan Indonesia dengan harga atau kos sosial yang tinggi.

Pada ketika itu, saya memililh jalan sederhana seperti juga Menteri-menteri Kewangan terdahulu, saya merujuk kepada IMF mengikut Artikel IV Perlembagaan tetapi tidak bersetuju dengan kebanyakan cadangan mereka. Saya bentangkan Belanjawan Khas berjimat dan berhemat; membatalkan projek-projek mega, megah dan raksasa seperti Bakun, Linear City, Putrajaya fasa berikut. Bahkan pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya turut dibatalkan. Peruntukan pendidikan, kesihatan dan pembasmian kemiskinan diteruskan. Meskipun kadar faedah dinaikkan untuk sementara waktu bagi mengelakkan spekulator matawang asing mengambil kesempatan.

Saya tambah dana bagi penjaja, tabung pendidikan, dan lebih dua setengah bilion ringgit untuk Tabung Industri Kecil dan Sederhana. Dan, bagi mengelakkan canpurtangan politik dalam penyusunan semula bank/institusi kewangan/syarikat-syarikat bermasalah, saya tubuh DanaModal dan Danaharta. Perbendaharaan, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti harus lebih tegas melaksanakan tanggungjawab mengikut prinsip dan amalan pengurusan yang baik (good governance).

Menggunakan kaedah pengurusan yang telus, mengamalkan prinsip pertanggungjawaban (accountability) dan membanteras rasuah tidak disenangi oleh banyak pihak. Bahkan, tatkala saya memangku jawatan Perdana Menteri pada tahun 1997 saya telah kemukakan Akta Pencegahan Rasuah yang baru, lebih kukuh dan mempunyai peruntukan yang membolehkan tindakan diambil kepada pemimipin atau pentadbir yang rasuah sekiranya didapati mempunyai kekayaan luar biasa semasa berkuasa atau diketahui menyorok harta walaupun setelah bersara. Ramai pemimpin yang amat mencurigai Akta tersebut dan tidak menyenangi keputusan saya.

Syahdan, bermulalah bibit ketegangan dan keretakan di antara saya dan Dato' Seri Dr. Mahathir. Dari sudut ekonomi dan kewangan termsuklah teguran saya bahawa adalah kurang wajar dimulakan langkah penyelamat (bailout) dengan dana hampir dua bilion ringgit kepunyaan Petronas untuk syarikat anaknya Mirzan. Saya juga melaporkan mengenai sejumlah wang hampir satu billion ringgit yang dikeluarkan oleh Tun Daim Zainuddin ke Switzerland. Saya punyai dokumen, yang membuktikan rasuah Tun Daim menerima wang dan saham sebanyak 600 juta ringgit tatkala beliau menjadi Menteri Kewangan. Pertuduhan Peguaa Negara mengenai rasuah oleh seorang Menteri Kanan disenyapkan sahaja atas arahan Perdana Menteri. Dokumen tersebut juga terdapat dalam simpanan saya.

Beberapa kes lain boleh saya senaraikan, dan saya sukar menelan begitu sahaja. Jiwa saya tertekan, dan saya merayu dengan tegas meminta Dato Seri Dr. Mahathir melakukan perubahan. Apa yang dilakukan ialah bertentangan dengan seruan tersebut. Manakala Suruhanjaya Sekuriti menolak permohonan syarikat UEM mengenai penyusunan semula syarikat yang nyata tidak adil kepada pemegang saham minoriti, Dato Seri Dr. Mahathir menyarankan Unit Perancang Ekonomi,Jabatan Perdana Menteri meluluskannya. Pasaran saham merudum lagi secara mendadak. Beliau masih mahu meneruskan dengan projek mega, sanak-saudaranya terus mengemukakan projek-peojek bersama kroni.

Pampasan untuk Syarikat Ekran yang dikemukakan oleh Price Waterhouse diketepikan kerana beliau lebih cenderung menerima rayuan dari sahabat handai atau kroninya. Permohonan penswastaan, projek-projek yang melibatkan keluarga dan kroni segera diluluskan termasuk projek kontroversial penswastaan perkhidmatan kesihatan untuk syarikat anaknya, Mokhzani. Bagi meneruskan agenda tersebut, saya mula dipinggirkan dan Tun Daim diminta mengendalikan rancangan bagi menjamin kepentingan keluarga dan kroni.

Saya masih patuh, bekerja sebagai anggota pasukan tetapi enggan mempertahankan lagi sifat tamak haloba dan bermegah-megah. Dalam ucapan-ucapan termasuk UMNO, dan kerajaan, saya menyeru dengan sopan supaya kita lakukan islah dan pembaharuan dengan sebaiknya. Bahkan saya nukilkan ungkapan "creative destruction" oleh pemikir ekonomi Schumpeter menggesa supaya dalam menangani kemelut sekarang, kita robohkan aspek negatif rasuah,tamak, ketidaktelusan dan bina satu sistem lebih ampuh yang adil dan bersandarkan kerukanan agama dan pertimbangan akhlak. Himbauan satu gagasan saya pada ketika itu tidak terbatas kepada system ekonomi manusia yang beretika bahkan juga usaha merancang ke arah demokrasi dan masyarakat madani serta pemerkasaan budaya. Dan intisari pandangan tersebut dihuraikan dalam Asian Renaissance (1996) dan terjemahan serta kupasan tambahan dalam Gelombang Kebangkitan Asia (1997).

Tindakan, walaupun secara terbatas sekali berserta pandangan yang dihimbau dirasakan oleh kelompol politik termasuk kroni saudagar kaya di sekeliling Dr. Mahathir sebagai mengancam kedudukan dari kepentingan keluarga Dr. Mahathir dan kroninya. Komplot kecil kemudiannya merancang konspirasi untuk menyingkir dan melenyapkan karier politik saya. Saya tidak berhasrat memanjangkan hal peribadi kerana jika kepentingan peribadi yang menjadi pertimbangan saya akan mengaminkan sahaja semua cadangan 'bailout' dan diam terhadap rasuah dan penyelewengan; membisu dengan kenyataan yang menghina hukum Islam dan ulamaknya.

Cara sedemikian akan menjamin kedudukan saya nanti sebagai PM dan saya boleh sekongkol dengan cara kebanyakan pemimpin lainnya menimbun kekayaan,membina mahligai peribadi dan merompak khazanah negara. Saya tidak sanggup menanggung dosa, mengkhianati amanah umat, bangsa dan negara. Sesungguhnya,sebelum saya dipecat sekalipun rakyat sudah mulai sedar terhadap kerakusan kuasa serta rasuah yang merebak. Mereka dapat saksikan sendiri pemimpin-pemimpin mempamerkan kekayaan, menggadai maruah, rakus menggunakan kuasa.

Jadi saya tidak terkejut dipecat, dikeluarkan dari kancah politik adu-domba dan tamak haloba. Namun cara saya diaib dan difitnah saban hari; rumah dan keluarga diserbu; saya dipukul, dibelasah teruk dan setelah dipenjara enam tahun mengikut skrip konspirator yang zalim; usaha mengaib, mendera dan menghukum lagi diteruskan. Seperti mana yang saya nyatakan: "Jasad terpenjara, jiwa tetap merdeka." Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dapat tabah dan cekal menghadapi ujian.

Azizah dan anak-anak serta rakan-rakan seperjuangan terus gigih meneruskan agenda islah dan reformasi menegakkan kebenaran dan keadilan. Saya rumuskan keganasan, fitnah dan kezaliman terhadap saya seperti berikut:

Pertama, memukul saya teruk, kemudian Dr. Mahathir,Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Mohtar, Peguam Negara cuba menafi dan menyorok kenyataan. Manakala terpaksa dihadap ke mahkamah, Tan Sri Rahim hanya disaman sama seperti menghadapi kes kesalahan trafik.

Kedua, dalam salah laku seks, afidavit, aduan dan saman Dr. Munawar, Sukma dan Mior Abdul Razak terhadap penderaaan Polis memaksa pengakuan palsu. Tidak ada siasatan terhadap Polis berkenaan di sebaliknya, mereka dan Azmin Ali dihadapkan semula ke mahkamah. Di Mahkamah, dalam kes yang lalu, semua permohonan peguam bela dianggap tidak relevan, keterangan sepuluh saksi ditolak dan peguam Zainur Zakaria dipenjara kerana afidavit dikemukakan membuktikan mala fide, niat jahat pendakwa memaksa Dato' Nalla memberikan keterangan palsu dan mengaibkan saya. Dan kini, dalam kes yang melibatkan Azizan, tiga tuduhan dipinda – mulai dari 1994 (Mei). Setelah pengakuan bersumpah di mahkamah bahawa tidak ada sebarang salahlaku seks sesudah 1992; pindaan dibuat kepada Mei, 1992. Setelah peguam mengemukakan notis alibi membuktikan Tivoli Villa belum wujud pada ketika itu,pertuduhan dipinda ke tahun 1993 (di antara Jan - Mac). Inilah yang disebut skrip konspirator,pendakwaan berniat jahat, berdendam (vile, vindictive,malicious prosecution).

Ketiga, Dr. Mahathir dan kerajaan menggunakan media,wang yang banyak dan jentera kerajaan membuat pelbagai tuduhan rasuah, alat IMF dan kuasa asing dan sebagainya.

Propaganda dan tuduhan sedemikian mengingatkan saya akan pemerintahan Hitler, Mussolini dan diktator-diktator lain. Alihkan pandangan Rakyat dari isu sebenar, cari musuh dlam dan luar negeri dan serang merkea. Ada pemimpin rapat dengan Dr. Mahathir yang terpesona dengan muslihat atau strategi Goebbles, Menteri Penerangan Hitler yang menyatakan fitnah yang diulang puluhan kali akan dapat meyakinkan juga akhirnya.

Inilah halacara politik Machiavelli, matlamat menghalalkan cara! Bezanya ialah Machiavelli menjurus kepada raison d'etre, alasan mempertahankan negara. Meskipun caranya diketahui menyalahi pertimbangan etika dan hukum agama.

Namun, bagi setengan kalangan tersebut, matlamat bukan lagi negara, tetapi kekayaan peribadi dan kuasa rakus untuk didewakan oleh rakyat. Justeru itu, peranan media sebagai bahan propaganda dikerahkan untuk maksud sempit. Media dikuasai oleh kelompok kecil dan towkay atau saudagar kaya. Dr. Mahathir dan Tun Daim menguasai kumpulan Utusan Melayu, New Straits Times dan TV3. Maka bersama RTM, berhempas pulaslah mereka memfitnah dan menyerang. Jawapan atau penjelasan saya, Azizah pemimpin-pemimpin parti alternatif tidak dilayani. Tipu helah, adu-domba ditingkatkan.

Akhirnya rasuah saya yang berjaya mereka buktikan dalam mahkamah mengikut skrip mereka ialah keterangan Ketua Cawangan Khas Polis bahawa saya ada berbincang dengannya. Tidak ada wang, tanah atau lesen! Mengenai IMF, saya telah jelas. Bahkan sejak 1991, ucapan-ucapan saya di IMF dan Bank Dunia mempertikai penyelesaian umum cadangan IMF serta menolak prasyarat pinjaman atau bantuan menurut kaedah "conditinalities". Dalam media mereka saban hari dihebahkan kisah alat negara asing. Alasannya ialah saya disambut dengan permaidani merah di Washington. Setahu saya, PM China Zhu Rongji juga disambut lebih hebat lagi. Saya sendiri disambut sedemikian di Sudan, Filipina, China dan lain-lain negara. Kalaulah ini dicemburui, saudara-saudara wajar menyambut Dato Seri Dr. Mahathir dengan tiga permaidani merah di London nanti. Kemudian kemukan soalan dengan tegas meminta dihentikan kezaliman dan segera berundur.

Kecaman media tidak terbatas kepada saya. Tuan Guru Nik Abdul Aziz diserang kerana kenyataannya mengenai wanita. Media memutarbelitkan kenyataannya meminta wanita terus menjatga keluarga dan rumahtangga. Kenyataan beliau mengenai cacian dan carutan terhad kepada penjelasan telah dikecam sebagai menggalakkan mencarut. Yang pelik ialah karya (novel satira) Sasterawan Negara Shahnon Ahmad, SHIT dianggap lucah padahal DNA,dubur tidak lucah buat mereka. Ucapan bernas Ustaz Fadzil Noor dalam Muktamar PAS tidak diberi liputan meskipun kupasan beliau mengenai "keadilan dalam perspektif Islam perlu diteliti oleh rakyat.

Yang direka-cipta ialah kenyataan mengadu-domba,takutkan kerjasama yang terjalin di antara PAS,KeADILan, DAP dan PRM. Sdr.Lim Kit Siang dilaporkan sebagai berkata "Malaysian Malaysia" diutamakan seolah-olah menolak kedudukan Bahasa Melayu dan Hak Keistimewaan Melayu. Kenyataan beliau di sebaliknya dan bahawa beliau menentang penyalahgunaan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme tidak dilaporkan. Pandangan tersebut adalah selaras dengan faham kita. Dalam bidang perniagaan, perlu ada dedikasi peniaga, tetapi yang berlaku sekarang seperti kata Ustaz Hadi Awang ialah "daddy kasi." Sdr. Syed Husin Ali masih dituduh berpaut kepada ideologi sosialis, walhal sikap beliau tehadap pembangunan, keadilan berteraskan prinsip adil dan ihsan. Azizah diserang kerana dikatakan keturunan Cina dan ke Filipina untuk memohon sokongan. Saya tidak pentingkan soal keturunan, yang penting ialah solehah dan istiqamah dalam perjuangan.

Keadilan gesa kerajaan telus dalam mengeluarkan AP

Malaysia Today

KUALA LUMPUR 7 Jun - Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) menyatakan rasa kecewanya dengan pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perihal import permit (AP). Dalam kenyataan-kenyataan Perdana Menteri sebelum ini, beliau banyak merujuk kepada keperluan dalam ketelusan urus-tadbir negara.

Menurut Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua, pendirian tersebut membuktikan sokongan Abdullah terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Paduka Rafidah Aziz yang enggan mendedahkan pihak-pihak yang diluluskan menerima AP tersebut.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mengkritik kerajaan dalam membenarkan AP dikeluarkan sewenang-wenangnya. Jelas menunjukkan bahawa Mahathir prihatin dengan nasib yang bakal menimpa pengeluar kereta nasional, Proton.

Keadilan dalam kenyataan akbarnya percaya pembahagian AP tersebut merupakan salah satu cara menghargai pihak-pihak yang menyokong parti politik pemerintah dan para kroni mendapat imbuhan.

Tian Chua berkata, perselisihan yang berlaku itu menjadi tanda berlakunya perebutan kuasa dalaman.

"Semasa beliau berkuasa, Mahathir menyelamatkan pengeluar kereta tempatan dengan menaikkan tarif kereta import dengan tinggi," kata Tian Chua.

Tindakan yang diambil oleh Abdullah itu akan mengancam pertumbuhan keuntungan yang dikecapi Proton.

Proton yang memperolehi keuntungan dengan keadaan monopolinya selama hampir 20 tahun mestilah mengambil langkah-langkah perlu dalam bersaing dalam kuasa pasaran global.

Dalam kenyataan Keadilan, ia menyebut kelemahan kepada polisi automobil negara adalah imbasan kepada isu-isu yang lebih besar yang dialami oleh rakyat.

"Keengganan kerajaan dalam mendedahkan secara terbuka penerima AP tersebut dalam pengurusan ekonomi akan mengancam pertumbuhan negara dalam jangka panjang," jelas kenyataan tersebut.

Justeru itu, Keadilan meminta agar Perdana Menteri menjalankan perubahan kepada ekonomi terutama sekali kepada penstrukturan semula industri automobil negara.

Kerajaan gagal kawal inflasi, rakyat dizalimi, korporat dilindungi

Tindakkan kerajaan menaikkan kadar tol dan minyak benar-benar memberikan kesan kepada rakyat.

Agensi berita Bernama pada 19 Mei lalu melaporkan bahawa kenaikan inflasi mendadak telah dikesan dalam empat bulan pertama tahun ini. Kadar Inflasi Negara pada April 2005 dikesan pada kadar 2.7 iaitu naik 0.2 dari kiraan Januari 2005.

Kenaikan ini berikutan langkah kerajaan menaikkan kadar bayaran tol dan lari dari tanggungjawab dengan mengurangkan tanggunggan subsidi minyak.

Hampir keseluruhan rakyat menerima tambahan tekanan hidup berikutan kenaikan harga tersebut. Sedangkan kadar upah dalam negara masih berada ditahap rendah.

Malangnya ketika rakyat dibiarkan tertekan dengan kenaikan itu kerajaan pula bersungguh-sungguh melindungi golongan korporat iaitu syarikat syarikat kroni terus membuat keuntungan berlipat kali ganda.

Contohnya merujuk laporan suku tahun pertama syarikat Pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan, PLUS Expressway Bhd. (PLUS) telah menjana keuntungan bersih berjumlah RM487.3 juta bagi suku pertama tahun kewangan semasa yang berakhir 31 Mac lalu.

Jumlah keuntungan selepas cukai itu adalah kira-kira 190 peratus lebih tinggi berbanding RM168.3 juta yang dicatat dalam tempoh yang sama tahun lalu.

PLUS dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia menyatakan, lonjakan keuntungan itu berpunca daripada pembayaran ganti rugi oleh kerajaan serta peningkatan pendapatan tol.

“Kerajaan telah membayar kepada PLUS RM331.7 juta sebagai pampasan untuk penutupan Plaza Tol Senai di Johor mulai 1 Mac yang lalu. ”

“Pendapatan lain, yang tidak termasuk pampasan tersebut, ialah se-banyak RM405.3 juta, meningkat berbanding, RM393.4 juta pada suku pertama tahun lalu,'’ jelasnya.

Mengulas lanjut, katanya, kenaikan pendapatan itu juga ekoran pertumbuhan 1.6 peratus dalam jumlah kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada suku pertama tersebut.

Mengenai jangkaan masa hadapan, ujar PLUS, pihaknya menjangka keputusan kewangan yang lebih baik pada tahun kewangan semasa ekoran kenaikan kadar tol 10 peratus sejak 1 Januari yang lalu.

PLUS mengendalikan Lebuhraya Utara-Selatan sepanjang 772 kilometer dari Utara Semenanjung Malaysia hingga Selatan

Manakala Petronas (laporan Berita harian 10 mei 2005) telah membuat keuntungan RM 120 Bilion pada suku tahun pertama 2005 keuntungan ini melebihi 25 % dari jangkaan syarikat. Lebihan keuntungan ini diperolehi ekoran kenaikan harga minyak dunia.

Antara perniaga kecil yang bertanggungjawab dengan kerajaan yang bertanggungjawab

Seperti biasa selepas kenaikan diumumkan oleh kerajaan seolah seperti ada pesta kenaikan harga dalam pasaran penggguna Negara.

Maka respon dari pada itu ramailah pemimpin kerajaan telah cuba mencuri perhatian rakyat untuk digambarkan sebagai pemimpin yang prihatin dengan derita rakyat. Mereka muncul dengan mendesak agar peniaga ˆ peniaga ini tidak menaikkan harga barang. Pemimpin kerajaan mendesak agar peniaga bersikap lebih bertanggjawab terhadap pengguna.

Sebenarnya perlu dilihat di sini peniaga kecil di pasar atau pekedai runcit di pinggir Bandar juga merupakan golongan pengguna ini dipaksa untuk menaikkan harga barang jualan. Kerana mana mungkin barang dijual dengan harag yang sama jika mereka terpaksa membayar lebih untuk membeli petrol atau terpaksa membayar lebih untuk tol untuk pergi membeli barangan dari pemborong yang sememangnya telah menaikkan sedikit harga barangan itu. Masyarakat perlu faham masalah ini.

Keadaan ini bukan masalah peniaga kecil atau sederhana yang tidak bertanggungjawab tetapi ialah kegagalan kerajaan untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Keuntungan masih dibuat tetapi hanya di nikmati oleh syarikat kroni besar.

Keadaan ekonomi yang tenat

Kondisi ekonomi Negara semakin tenat ekoran kenaikkan harga bahanapi Petrol sebanyak RM 0.10 dan Diesel RM 0.20 pada minggu lepas. Jika dibandingkan dengan Brunei harga minyak Malaysia terlalu mahal dan tidak setara dengan jumlah telaga minyak yang telah digerudi oleh Syarikat ˆ syarikat cari gali.

Angkatan Muda turut merasai keperitan yang ditanggung oleh rakyat dan merasakan bahawa sudah tiba masanya rakyat bangkit untuk menegur urusniaga‚ yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) bersama syarikat- syarikat carigali minyak.

Indeks Harga Pengguna pada bagi 2003/2004 dahulu hanyalah 1.4% kini meningkat kepada 2.4%. Jika diimbas pada senarai harga barangan keperluan utama yang dilaporkan oleh Akhbar Berita Minggu pada 8 Mei 2005 yang lalu kita mendapati suasana yang agak kelam kabut telah berlaku di pasar ˆ pasar besar dalam Negara.

“Pemantauan Berita Harian mendapati harga ikan bawal putih di Pasar Besar Ipoh melambung sehingga RM30 sekilogram pada 7 Mei 2005, iaitu meningkat RM8 berbanding RM22 pada Selasa lalu manakala harga bawal hitam naik RM1 daripada RM13 kepada RM14 sekilo.”

Harga bawal hitam di Pasar Awam Johor Bahru pula meningkat RM2 daripada RM12 kepada RM14 sekilo. Harga sotong di Ipoh juga meningkat, iaitu daripada RM8 kepada RM11 sekilo, sementara di Melaka meningkat RM1 kepada RM10 sekilo.

Harga kacang panjang dan ikan kembung di Ipoh, masing-masing meningkat 30 sen sekilo daripada RM2.50 kepada RM2.80 dan RM7 kepada RM7.30 manakala bawang besar meningkat sebanyak 20 sen kepada RM1.60 sekilo.

Di Johor Bahru, harga cili merah turut meningkat sebanyak RM2 sekilo dari RM5 kepada RM7 manakala di Seremban meningkat 20 sen kepada RM4.

Harga kubis bulat di Johor Bahru dan ibu kota pula meningkat sebanyak 50 sen sekilo kepada RM3 manakala di Alor Star sebanyak 20 sen daripada RM2 kepada RM2.20 sekilo.

Harga sawi di Johor Bahru juga meningkat 50 sen kepada RM3 sekilo manakala di Seremban sebanyak 30 sen daripada RM2.50 kepada RM2.80 sekilo.

Sementara itu, harga telur gred C di ibu kota meningkat sebanyak empat sen sebutir kepada 24 sen; tetapi kenaikan di Johor Bahru dan Ipoh hanya satu sen masing-masing 27 sen dan 26 sen.

Harga santan turut meningkat di Seremban, iaitu daripada RM4 kepada RM4.50 sekilo manakala daging segar tempatan meningkat sebanyak RM1 kepada RM16 sekilo.

Harga ikan tenggiri di Seremban pula meningkat 40 sen sekilo kepada RM16.40 manakala di Johor Bahru dan Ipoh meningkat RM1 sekilo masing-masing kepada RM17 dan RM14.

Di Johor Bahru, harga udang sederhana meningkat sebanyak RM2.50 daripada RM13 kepada RM15.50 sekilo manakala di Seremban dan Melaka masing-masing meningkat sebanyak RM1 sekilo kepada RM17 dan RM10.‰

Walaupun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah berjanji untuk membuat pemantauan tetapi kenaikkan harga barangan keperluan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya dipengaruhi oleh kenaikkan harga bahan api diesel dan petrol.

Hari ini (10 Mei 2005), Persatuan Ampunya Lori Pan-Malaysia (PMLOA) pula mengumumkan kenaikkan 25% harga sewaan lori bermula 16 Mei ini. Kenaikkan ini juga disebabkan oleh pengaruh kenaikkan harga minyak. Harga baru ini pastinya akan menambahkan lagi kos penghantaran dan akan mendesak pengeluar dan pengedar barangan kilang menaikkan harga barangan yang dibawa keluar dari kilang selepas ini.

Secara keseluruhannya kenaikkan harga ini bukan sahaja membebankan orang yang memiliki kenderaan sendiri, tetapi bayi dalam buaian pun terpaksa menanggungnya kerana harga susu mereka juga pasti akan naik selepas ini.

Sebelum ini Kerajaan BN mengumumkan bahawa langkah untuk menaikkan harga bahan api dibuat sebagai langkah membendung kenaikan subsidi yang ditanggung kerajaan. Tahun lalu, kerajaan menanggung subsidi produk petroleum sebanyak RM4.8 bilion. Jumlah tersebut dijangka meningkat pada tahun ini dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM8.96 bilion jika harga runcit kekal pada paras sedia ada. Pada masa yang sama, kerajaan juga akan mengorbankan sebanyak RM7.85 bilion dalam bentuk pengecualian cukai. Ini bermakna kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM16.8 bilion.

Walaubagaimana pun, dalam kenyataan media pihak Syarikat Minyak Kebangsaan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) pada hari ini (10 Mei 2005), PETRONAS dijangka meraih pendapatan lebih RM120 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2005. Jumlah ini juga dijangka meningkat lebih tinggi pada tahun hadapan selepas kenaikkan 25% harga minyak pada hari ini.

Justeru itu, pihak rakyat perlu melihat melihat bahawa pihak PETRONAS berjaya meningkatkan keuntungannya walaupun hakikatnya rakyat Malaysia terpaksa menanggung kerugian yang banyak ekoran kenaikan harga Minyak dunia. Keadaan ini tidak seharusnya ditanggung oleh rakyat kerana minyak yang menjadi sumber asli Negara merupakan hak rakyat dan rakyat berhak untuk mendapatkan subsidi dari pihak kerajaan untuk itu.

Pihak Kerajaan seharusnya menyemak semula Kontrak Carigali Minyak yang dimeterai bersama PETRONAS dan juga syarikat ˆ syarikat carigali minyak yang lain bagi memastikkan royalti yang diberikan kepada pihak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mampu untuk menjaminkan subsidi bagi rakyat.

Kerajaan BN tidak perlu mempersoalkan sikap mengharapkan subsidi oleh rakyat tetapi pihak Kerajaan BN harus menjawab tentang hak rakyat yang belum mereka tunaikan setelah pihak Kerajaan BN memberikan konsensi carigali minyak kepada pihak Swasta. Kerajaan BN tidak seharusnya melepaskan diri dengan mengatakan „Rakyat tidak boleh terus hidup dengan bergantung subsidi‰ sedangkan pihak swasta terus meningkatkan kekayaan mereka dalam keadaan rakyat hidup tersepit.

PETRONAS sebagai salah sebuah syarikat yang dimiliki oleh pihak Kerajaan seharusnya menunjukkan keprihatinan dengan mengurangkan harga minyak yang dijual di dalam Negara dan tidak melihat kepada harga pasaran dunia sahaja. Kerajaan tidak seharusnya membiarkan pihak PETRONAS dan syarikat minyak lain Œberniaga‚ dengan rakyat Malaysia dengan cara yang merugikan rakyat. Mereka ambil Œbarang‚ rakyat dengan harga yang rendah kemudian jual semula kepada rakyat dengan harga yang 10 kali ganda lebih mahal dari apa yang kita terima.

Kerajaan BN kini bergoyang kaki sambil melihat rakyat terus tertipu oleh desakkan ekonomi yang kian menghampiri jurang inflasi. Kerajaan BN tidak seharusnya mengambil tindakkan mengumumkan kenaikkan harga minyak dengan cara paksa tanpa melihat realiti dan kemampuan rakyat.

Jika keadaan ini dibiarkan terus berlaku, tidak mustahil harga petrol dan diesel menjelang penghujung tahun ini atau awal tahun hadapan akan bernilai RM 2.00 seliter.

Rakyat juga berasa hairan bagaimana barangan terkawal seperti Diesel boleh dijual dipasaran gelap dalam Negara. Sebelum ini, tindakkan Kerajaan BN yang marahkan nyamuk (Penyangak diesel) dan membakar kelambu dengan cara menaikkan Kuota diesel dilihat gagal dan akhirnya mereka cuba membakar rumah pula (Menaikkan harga minyak).

Sebenarnya, inilah hadiah Kemenangan Kerajaan BN buat Rakyat yang sentiasa dipergunakkan oleh mereka. Seharusnya pihak Kerajaan BN mengakui kelemahan yang ada dan tidak menyalahkan orang lain sahaja. Pendekatan Pak Lah yang asyik menyalahkan Penyangak Minyak ini, adalah sama pendekatan Mahathir yang menyalahkan George Soros ekoran kerunduman ekonomi Negara pada tahun 1977-1998.

Jika inilah rupa pemerintahan Pak Lah, Angkatan Muda yakin bahawa tahun 2008 pastinya akan menzahirkan gelombang kebangkitan rakyat untuk menukar teraju kepimpinan Negara. Dan kenyataan inilah yang seharusnya rakyat terima dan membuat perubahan di masa hadapan agar Negara menjadi lebih aman dan stabil.

Oleh : Badrul Hisham Shaharin,
Pengerusi Biro Bencana dan Hal Ehwal Masyarakat,
Angkatan Muda Malaysia.

Penasihat Keadilan ucap tahniah kepada PAS

WASHINGTON 7 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Parti Islam Se Malaysia (Pas) kerana berjaya menganjurkan Muktamar Tahunan ke-51 yang berakhir semalam, 6 Jun.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada mereka yang menang dalam pertanding jawatan peringkat pusat, sekaligus menampilkan gabungan muka baru dan lama dalam jawatan tertinggi Pas," katanya dalam kenyataan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Anwar berharap perubahan pucuk pimpinan tersebut mengukuhkan langkah Pas dan gerakan perubahan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang rakyatnya hidup dalam muafakat baru yang lebih demokratik, bebas dan adil.

Menurutnya lagi, kesediaan Pas untuk meneruskan muafakat di kalangan pembangkang dalam perjuangan menegakkan amalan demokrasi dan keadilan sejagat seperti yang terpancar dalam ucapan Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden Pas yang mana beliau mempertahankan hak rakyat berdasarkan prinsip Perlembagaan Negara, termasuk isu kebebasan beragama, adalah satu penegasan yang positif dan membantu meredakan kekeliruan, terhadap pendirian Pas, akibat liputan negatif yang diberikan media selama ini.

"Secara peribadi saya terharu dengan kepercayaan Ustaz Haji Abdul Hadi mengenai peranan saya. InsyaAllah kita akan dapat bersama dalam usaha mengangkat martabat rakyat dan negara, terutamanya dalam menangani kemelut ekonomi yang mula melanda negara," tambahnya lagi.

Tuesday, June 07, 2005

Kenyataan Media Anwar Ibrahim

Saya menyambut baik kesediaan PAS meneruskan muafakat dikalangan pembangkang kearah menegakkan amalan demokrasi dan keadilan sejagat. Presiden PAS, Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti mempertahankan hak rakyat berdasaarkan prinsip Perlembagaan Negara, termasuk isu kebebasan beragama. Ia membantu meredakan kekeliruan akibat liputan negatif terhadap pendirian PAS selama ini.

Secara peribadi saya terharu dengan kepercayaan Ustaz Haji Abdul Hadi mengenai peranan saya. InsyaAllah kita akan dapat bersama dalam usaha mengangkat maartabat rakyat dan negara, utamanya dalam menangani kemelut ekonomi yang mula melanda negara.

Anwar Ibrahim

Bebaskan Suami Saya- Norlaila

Oleh Zulkifli Mohamed
zulkiflimohamed@gmail.com

BUKIT MERTAJAM: “Suami saya hanyalah rakyat biasa. Tidak seperti mana suami wakil rakyat tuan-tuan di Parlimen Permatang Pauh ini. Cuma saya mohon, semangat yang tuan-tuan tunjukkan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar, tuan-tuan tunjukkan juga untuk membebaskan suami saya dan tahanan-tahanan ISA yang lain.”

Demikian rayuan Norlaila Othman, suami tahanan ISA Mat Shah Mat Satray, ketika melakarkan secebis kisah penderitaan isteri tahanan akta zalim, sempena Roadshow Teater Rakyat "Tok Sloo" dan "Bilik Sulit" anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat di Galeri Pejuang Cherok Tokkun, di sini, semalam.

“Saya mahu suami saya kembali, bersama saya, bersama anak-anak. Saya mahu keluarga saya semula,” rayunya.

Menurut Norlaila, sebagai isteri tahanan ISA, beliau bersama rakan-rakannya menghadapi pelbagai masalah dan tekanan oleh pihak-pihak tertentu ketika suami masing-masing terpenjara.

“Kerana tekanan dan gangguan yang dihadapi, rakan saya di Pahang keguguran ketika kandungannya berusia 7 bulan,” jelasnya.

“Kereta saya sendiri pernah dirosakkan, pintunya dikopek, plet nombornya dipatahkan. Setiap malam diganggu melalui panggilan telefon. Malah, ada yang menyuruh kami minta cerai daripada suami,” cerita Norlaila.

Namun menurutnya, tekanan dan gangguan itu tidak pernah memudarkan semangat beliau dan rakan-rakan untuk berusaha membebaskan tahanan ISA dan menuntut akta zalim itu dimansuhkan.

Suaminya ditahan sejak 2002, dituduh sebagai ahli Jamaah Islamiyah (JI). Sebelum itu, Mat Shah didakwa menganggotai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM). Tuduhan-tuduhan itu, sehingga kini tidak pernah dibuktikan di mahkamah.

Bercakap kepada Malaysia Today, Norlaila menjelaskan beliau pernah berusaha untuk membebaskan suaminya melalui bantuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Datuk Seri Syarizat Abdul Jalil.

“Saya bertemu Datuk Seri Nazri sebanyak tiga kali, sementara Datuk Syarizat sebanyak 2 kali. Tapi, mengecewakan. Mereka pula minta saya sendiri “attack” terus kepada Perdana Menteri.

“Rupanya wakil rakyat Umno ini ,tidak berani membawa masalah rakyat kepada Perdana Menteri, sedia berkhidmat untuk rakyat yang mereka canang selama ini hanyalah omongan kosong,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Teater Tok Sloo dan Bilik Sulit, Hishamuddin Rais menyifatkan sambutan penonton pada malam itu sebagai sambutan “mega”.



“Untuk menonton teater, kehadiran seramai 300 orang ini boleh dianggap sambutan mega,” jelasnya yang ditemui selepas program yang agak kurang mendapat tempat dalam agenda beberapa parti pembangkang kebelakangan ini.

Dengan peralatan paling minimun, teater tersebut berjaya menarik minat dan menyampaikan mesej kepada penonton. Hadirin terpaku, sehingga tamat persembahan.

“Kami hanya bawa “pintu besi” untuk menjelajah seluruh negara, menggunakan apa sahaja bahan yang ada untuk jayakan pementasan ini,” jelas Hisham, yang juga kolumnis Malaysia Today (Dari Jelebu ) sambil menunjukkan replika pintu besi yang diperbuat daripada plywood untuk dijadikan prop pementasannya.

Semalam selepas pelancaran di ibu kota, Pulau Pinang dipilih destinasi pertama kumpulan teater tersebut. Mereka dijangka menjelajah ke seluruh negara sepanjang bulan Jun ini.



Tok Sloo dan Bilik Sulit memaparkan mesej kritikan terhadap kepimpinan negara yang menghalalkan penahanan tanpa bicara. Antara lain bertujuan menggerakkan kembali momentum penentangan terhadap ISA di seluruh negara.

Selain pertunjukan teater, diselit ucapan ringkas Presiden GMI; Syed Ibrahim Syed Noh, bekas mangsa ISA; Abdul Ghani Haron dan isteri mangsa ISA, Norlaila Othman.

Turut hadir, Timbalan Angkatan Muda Pusat; Faisal Sanusi, Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang; Amizuddin Ahmat, Timbalan Ketua Angkatan Muda Kedah, Khairul Anuar; Setiausaha Angkatan Muda Pulau Pinang; Azrizal Tahir, Ketua Penerangan Angkatan Muda Negeri; Rezal Huzairi Md Zaki dan beberapa pimpinan negeri.

Friday, June 03, 2005

Jangan sebut Negara Islam - Anwar

Oleh Zulkifli Mohamed
zulkiflimohamed@gmail.com

POKOK SENA: “Hadhari apa ni, negara Islam macam mana ni, yang sebut negara Islam, rasuah banyak-negara Islam, kezaliman banyak - negara Islam, jangan sebut negara Islam. Lebih baik kita tinggalkan nama Islam di Malaysia kalau kita tidak sanggup tinggalkan kezaliman dan rasuah yang melimpah.”



Demikian kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Profesor Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di hadapan lebih 30 ribu rakyat yang membanjiri Dataran Muasassah Darul Ulum, dalam program Bulan Memperingati Tiga Tahun Pemergian Al-Marhum Dato’ Fadzil Mohd Noor.

“Sekarang ni siapa yang kontrol TV yang besar-besar ni, semuanya toke judi. Ananda Krisnan kontrol Astro. Baru-baru ni pulak, kerajaan BN Hadhari beri pulak lesen TV kepada syarikat perjudian.”

“Yang ni kita nak tanya, macam mana Umno boleh terima duit judi, macam mana Umno dengan Islam Hadhari boleh bagi syarikat perjudian kontrol media TV di negara kita,” ujarnya.

Kalaulah kita dah tahu, tapi masih bersubahat- itu depa kena jawab sendiri. Sebab itu, tidak mungkin akan berlaku perubahan di dalam negara kita ni kalau Umno terus memerintah,” katanya.



Anwar juga mendedahkan ketika beliau membentangkan pindaan akta rasuah sewaktu memangku jawatan Perdana Menteri, beliau mendapat bantahan daripada sebahagian Jemaah Menteri.

Dr. Mahathir, yang sedang bercuti di luar negara, menelefon beliau yang mahu ia dikaji semula kerana ramai yang tidak suka.

“Tak setuju pasal apa, takut apa? Sebab ada dalam peruntukan itu menyatakan jika seseorang ketika menjadi menteri atau penguasa, mengumpul harta yang banyak, walaupun selepas dah pencen, jika ada bukti yang menyatakan harta tersebut diperolehi secara haram, dia boleh disiasat dan didakwa.

“Yang ni yang depa takut sangat tu.

“Kalau tidak makan rasuah nak takut apa, inilah perangai buruk yang ada dalam Umno; jadi nak tunggu apa lagi bubar saja cawangan Umno dan masuk KeADILan atau PAS,” serunya kepada ahli-ahli Umno.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan beberapa pimpinan Umno termasuk bekas Menteri Besar telah datang berjumpa beliau mengadu masalah dalaman Umno.



“Depa minta saya tolong, saya kata nak buat macam mana kerana kalau kereta lama sudah tidak boleh ‘overhaul’ tukar la kereta baru. Lelong kereta lama, timbang kati mai naik kereta keADILan atau PAS,” katanya.

Menurut Anwar, beliau tidak akan menyertai semula Umno, kerana Umno bukanlah parti yang mahu berjuang untuk membela nasib rakyat.

Beliau turut meramalkan pilihan raya umum akan datang akan diadakan pada tahun 2007 kerana beliau akan bebas sepenuhnya pada 2008.

Turut berceramah pada malam itu ialah Presiden Keadilan;YB Datin Seri Dr Wan Azizah, Naib Presiden merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah; YB. Ustaz Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah; Mahfuz Omar.

Thursday, June 02, 2005

Cetusan Madani: Masyarakat Madani dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Oleh: Mustaffa Kamil Ayub

Dengan masyarakat madani yang menekankan persoalan keadilan, sesungguhnya adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari awal lagi Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) adalah suatu undang-undang yang kontroversial dan diperdebatkan dari masa-kesemasa oleh pelbagai kalangan. ISA dilihat sebagai menodai hak demokrasi rakyat sekaligus kepada pengembangan masyarakat madani itu sendiri di Malaysia. Ini juga berlaku kepada beberapa akta lain seperti Akta Hasutan (1948), Akta Polis (1967), Akta Pertubuhan (1972), Akta Universiti dan Kolej Universiti -AUKU (1970), dan Akta Rahsia Rasmi (1972). Walaupun ada pasang dan surutnya polemik ISA ini, namun apabila setiap kali tangkapan dan penahanan dilakukan ia akan segera mendapat reaksi dari pelbagai kalangan yang pro dan kontra.

Perdebatan mengenai ISA ini menjadi penting selepas pilihan raya 1999 dengan penangkapan dan penahanan 10 orang pimpinan politik dan reformis sepanjang April 2001 dan diikuti pula dengan penangkapan dua orang pimpinan mahasiswa dalam bulan Jun 2001. Manakala berikutnya pula 10 orang lagi ditahan sepanjang bulan Ogos 2001 atas tuduhan menganggotai Kumpulan Mujahidin (kemudian dipinda kepada militan) Malaysia.

Dari segi sejarahnya, ISA telah dibentuk dalam tahun 1960 melalui peruntukan perundangan Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk membuat undang-undang dengan tujuan memerangi subversif yang boleh mengganggu ketenteraman awam. Sebelum ISA terdapat Ordinan Darurat yang diistiharkan pada tahun1948 dan diterimapakai selama 12 tahun (1948 - 60 ) bagi maksud yang sama. Melalui Ordinan Darurat ini, satu Peraturan Darurat telah dibentuk (Emergency Regulations 1948) yang bertujuan untuk memerangi Gerakan Komunis bawah tanah. Dengan ordinan Darurat ini telah memberi kuasa yang luas kepada kerajaan untuk menahan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa perbicaraan, manakala kesalahan memiliki senjata api dan bahan letupan tanpa kebenaran akan dikenakan hukuman mati.

Perlaksanaan ISA diperingkat awalnya kelihatan masih menjurus kepada langkah pencegahan anasir subversif komunis di Malaya dan Malaysia kemudiannya. Dr. Tan Seng Giaw menyatakan bahawa beliau pernah bertemu dengan H.R. Hickling yang menggubal ISA pada 3 November 1988 dan menyatakan bahawa ISA adalah semata-mata sebagai senjata undang-undang untuk menghapuskan komunisme dari Malaya. Namun bermula awal 1970-an ISA mula digunakan dalam menangani bantahan pelajar-belia dalam Kes Baling 1974, pimpinan politik seperti Syed Husin Ali dan lain-lainnya, Operasi Lalang di tahun 1987, operasi Al-Arqam di tahun 90-an dan kemudianya puluhan rakyat yang dianggap rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di tahun 1998 setelah beliau dipecat dari kerajaan dan parti UMNO. Sehingga kini kira-kira 10,000 rakyat Malaysia pernah ditahan dibawah ISA.

Kemudiannya, latarbelakang suasana politik, ekonomi , kehakiman, dan perjuangan hak asasi selepas pilihanraya 1999 amat menarik untuk dicerap sekaligus merupakan landasan kepada kegelisahan pihak-pihak tertentu dalam membuat aksi-aksi politik seterusnya. Sepanjang tahun 2000 tidak ada tangkapan dan penahanan ISA dilakukan. Namun pertimbangan kearah tersebut dan amaran-amaran telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Di samping aksi parti-parti politik Gerakan Reformasi juga yang dicetuskan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim mulai September 1998, terus mengambil tempat dalam mewarnai pemikiran rakyat. Ia digerakkan samaada dengan siri-siri perhimpunan, ceramah-ceramah umum, laporan polis , kerancakan internet hasil MSC, dan seumpamanya. Dalam banyak keadaan ianya pasti mewujudkan suatu keberanian dan kesedaran baru rakyat akan hak-hak yang dianggap telah dinodai dan penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan samaada oleh pihak ekskutif dan agensi-agensi di bawah kawalannya dan juga kehakiman yang dianggap tidak lagi neutral. Beberapa siri penangkapan menggunakan ISA juga telah berlaku sepanjang 2001 dan 2002.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh kerajaan melalui Akta Parlimen pada tahun 1999 adalah antara kalangan yang awal mempertikaikan penahanan ISA ini dan meminta mereka dibicarakan di mahkamah dengan bukti-bukti yang kukuh. Disamping itu Setiausahanya, Kamarudin Mohamed Baria, menyatakan bahawa penahanan tanpa bicara adalah perlanggaran hak asasi yang paling asas (NST, 12 April 2001).

Majlis Peguam Malaysia juga melalui ketuanya, Mah Weng Kwai menyifatkan penahanan ISA sebagai melanggar hak asasi manusia dan menghina peraturan undang-undang dan sewajarnya didakwa ke mahkamah sekiranya ada bukti yang kukuh.(UM 13 April 2001) . Manakala Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pula mendakwa ia adalah didorong oleh muslihat politik (NST, 13 April 2001).

Manifestasi daripada penentangan pelbagai kalangan terhadap ISA ini juga digambarkan dengan penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Dengan dipengerusikan oleh Allahyarham Dato’ Fadzil Noor, bekas Presiden PAS dan Ketua Pembangkang, 81 pertubuhan politik dan bukan politik menyertai gerakan ini dengan pelbagai programnya. Gerakan ini juga menjangkau misinya apabila beberapa pertubuhan antarabangsa juga turut mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan ISA seperti Sekretariat Belia Islam ASEAN (AMSEC), Angkatan Reformasi dan Demokrasi Asia (ARDA) serta Parlimen Eropah.

Dari perspektif Islam ISA dianggap bercanggah dengan prinsip perundangan Islam. Dalam tradisi perundangan Islam menyebutkan bahawa “melepaskan seorang pesalah lebih baik daripada menghukum seorang yang tidak bersalah.” yang merujuk kepada kepentingan keadilan diutamakan sehingga tiada seorangpun merasa dirinya dianiaya. Menurut M. Jusoff Taib dalam kaedah Fiqh Islam,” Kuasa tidak boleh mempergunakan peruntukan dar ul-mafaasid (menghindar daripada kerusakan) demi menarik kemaslahatan (jalbul-masoleh) yang pada zahirnya memang jelas syubhat dengan matlamat parti yang menguasai kerajaan, untuk memperalat peruntukan itu demi menjana kekuatannya dan meneruskan ekploitasi pentadbiran negara dengan melemahkan perjuangan parti pembangkang”.

Dari perspektif undang-undang sivil pula menekankan prinsip ” a man is innocent until proven guilty” yang menekankan bahawa sesaorang itu tidak bersalah kecuali telah dibuktikan kesalahannya. Penangkapan dan penahanan rakyat melalui ISA adalah amat jelas bercanggah dengan prinsip undang-undang ini.

Dalam perspektif pentadbiran awam yang mengambil kira semua elemen tersebut tidakkah undang-undang yang sedia ada tanpa ISA mampu mengawal sebarang ancaman? Atau jika diperlukan undang-undang tambahan tidakkah boleh ia menghormati amalan Hak Asasi Manusia yang diterima pakai di seluruh dunia? Sememangnya sebagaimana diungkapkan oleh Kousoulas dalam mengenalpasti elemen konflik oleh pihak Ekskutif Kerajaan, lazimnya sukar untuk dijamin ketelusannya. Di sinilah letaknya keperluan suatu komitmen budaya dan politik dan perimbangan dalam menghormati Hak Asasi Manusia tanpa menggadaikan keselamatan awam dan negara. Dalam apa-apa keadaan pun kewujudan undang-undang seumpama ISA di mana-mana negara pun tetap akan dilihat sebagai usaha pihak ekskutif kerajaan mengekang dan mencengkam kebebasan politik rakyatnya . Walaupun di pihak ekskutif kerajaan akan terus mendakwa bahawa dengan cengkaman ISAlah kestabilan negara dengan masyarakat berbilang kaum akan dapat dipertahankan.

Sesungguhnya sebagai negara dalam dunia globalisasi kini, Malaysia tidak dapat tidak perlu mempertimbangkan sesuatu yang menurut pandangan ramai serta berdasarkan nilai-nilai keadilan sejagat sewajarnya mempertimbangkan semula kerelavanan ISA. Bagi BA dengan tegas dalam Manifesto Pilihan Raya ke-10,1999 menyatakan penghapusan ISA sebagai salah satu langkah awal yang akan diambil jika diberikan mandat oleh rakyat. Bukanlah pertimbangan politik yang seharusnya mewarnai apa-apa pertimbangan tetapi beberapa prinsip asas kemanusiaan, keadilan serta hak asasi manusia sewajarnya diutamakan dalam perkara ini.

Secara kesimpulan ISA sewajarnya dimansuhkan lantaran ia bercanggah dengan nilai demokrasi dan hak asasi manusia yang asas, berdasarkan semangat idealisme masyarakat madani serta mampu pula mewujudkan hegemoni baru terhadap rakyat Malaysia sendiri.. Undang-undang selain dari ISA sudah mencukupi untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tambahan pula komunisme telah tumbang dengan runtuhnya tembok Berlin pada tahun 1990. Ancaman komunisme sebagaimana asalnya tujuan ISA di Malaysia adalah tidak relevan lagi untuk dipertahankan. Juga persoalan politik perkauman kini bukan lagi merupakan isu utama lantaran perjuangan hari ini lebih menuju ke arah keadilan sejagat bagi rakyat Malaysia dan umat manusia. Malahan dengan mengekalkannya ia akan hanya menjadi perencat kepada kewujudan masyarakat madani yang demokratik dan matang, masyarakat sivil yang bertamadun serta meletakkan Malaysia sebagai pengamal “keadilan transisi” terhadap rakyatnya sendiri.

Anwar pelawa dirinya disiasat

Oleh Zulkifli Mohamed
zulkiflimohamed@gmail.com

SUNGAI PETANI: Bekas Perdana Menteri, Profesor Dato Seri Anwar Ibrahim, mencabar pemimpim Umno tampil ke depan untuk disiasat segala harta kekayaan mereka bagi membuktikan mereka bersih daripada amalan rasuah.

“Saya tidak ada masalah. Saya minta akaun saya disiasat. Siasat akaun Azizah, siasat semua. Saya nak cabar sesiapa pemimpin Umno yang berani, minta disiasat seluruh kekayaan dia. Kalau berani?”



Anwar berkata demikian pada Program Sepetang Bersama Anwar di Dewan Orang Ramai, Taman Peruda di sini, Isnin.

“Kalau pemimpin tidak ada kekuatan akhlak dan moral, bagaimana nak memerintah?” tanyanya.

Menurut Anwar, rakyat perlu mengetahui segala penyelewangan dan rasuah yang menjadi amalan pemimpin Umno. Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat melakukan perubahan demi masa depan negara.

“Inilah pilihan kita, janganlah kita rasa lemah semangat, ini masa depan kita, anak-anak kita, kemajuan Islam kita, bahasa kita. Jadi, kalau kita tidak selesaikan untuk bawa perubahan, siapa lagi?” tanyanya.

Justeru, beliau berazam memperkukuhkan Barisan Alternatif (BA) untuk membawa perubahan dalam negara.



“Saya yakin kita akan kuatkan parti, Parti Keadilan dan Barisan Alternatif. Memang kita ada muafakat dan pakatan yang cukup kuat dengan PAS, begitu juga bagi pihak lain, dengan DAP,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak akan berganjak dengan prinsip-prinsip yang termeterai dalam perlembagaan, iaitu berkenaan bahasa, agama, budaya dan hak masing-masing. Akan terus menentang amalan rasuah dan membawa keadilan.

Ekonomi ini katanya, bukan ekonomi untuk memperkayakan dua tiga kerat orang, tapi ekonomi yang boleh membangunkan kebahagian dan kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan bermula tahun hadapan beliau akan bersama-sama rakyat sepenuh masa untuk menyusun kekuatan Barisan Alternatif.

“Tahun 2006 nanti, kita susun dalam negeri pula, sepenuh masa. Kita tumpu dan lawan betul-betul,” katanya yang telah bergelar Profesor daripada John Hopkins University, Washington.

Bubar cawangan Umno, sertai PAS dan KeADILan - Anwar

Oleh Yusof Ariffin
POKOK SENA, 1 Jun (Hrkh) - Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesa ahli-ahli Umno agar membubarkan cawangan masing-masing dan menyertai PAS serta KeADILan untuk membela nasib rakyat di negara ini.

“Umno sudah hancur, ada orang-orang kuat Umno datang jumpa saya mengadu masalah dalaman Umno, minta saya tolong, saya kata nak buat macamana kerana kalau kereta lama sudah tidak boleh ‘overhaul’ tukar la kereta baru. Lelong kereta lama, timbang kati mai naik kereta keADILan atau PAS,” katanya ketika berceramah dalam program memperingati pemergian tiga tahun Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohamad Noor di Muassasah Darul Ulum di sini.

Beliau berkata dirinya sudah serik untuk menyertai semula Umno dan Umno bukanlah parti yang mahu berjuang untuk membela rakyat tetapi menggunakan kesempatan kuasa yang diberi oleh rakyat untuk mengaut kekayaan.

“Ketika saya menjadi Pemangku Perdana Menteri di waktu Dr Mahathir bercuti panjang di luar negara, saya membentangkan enakmen untuk membanteras rasuah, lepas itu Dr Mahathir telefon saya dari luar negara memberitahu tindakan saya itu ramai yang tidak suka; orang yang tidak suka tentu ada masalah, kalau tidak makan rasuah nak takut apa, inilah perangai buruk yang ada dalam Umno; jadi nak tunggu apa lagi bubar saja cawangan Umno dan masuk KeADILan atau PAS,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meramalkan pilihan raya umum yang ke-12 akan diadakan pada tahun 2007 kerana beliau akan bebas sepenuhnya pada 2008.

“Saya jangka pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada 2007, kalau 2008 saya sudah boleh bertanding. Kalau 2007 saya belum boleh bertanding, bertanding atau tidak saya akan tetap berjuang untuk menumbangkan Umno dan BN,” tambahnya. - mks.

Bubar cawangan Umno, sertai PAS dan KeADILan - Anwar

POKOK SENA, 1 Jun (Hrkh) - Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengesa ahli-ahli Umno agar membubarkan cawangan masing-masing dan menyertai PAS serta KeADILan untuk membela nasib rakyat di negara ini.

“Umno sudah hancur, ada orang-orang kuat Umno datang jumpa saya mengadu masalah dalaman Umno, minta saya tolong, saya kata nak buat macamana kerana kalau kereta lama sudah tidak boleh ‘overhaul’ tukar la kereta baru. Lelong kereta lama, timbang kati mai naik kereta keADILan atau PAS,” katanya ketika berceramah dalam program memperingati pemergian tiga tahun Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohamad Noor di Muassasah Darul Ulum di sini.

Beliau berkata dirinya sudah serik untuk menyertai semula Umno dan Umno bukanlah parti yang mahu berjuang untuk membela rakyat tetapi menggunakan kesempatan kuasa yang diberi oleh rakyat untuk mengaut kekayaan.

“Ketika saya menjadi Pemangku Perdana Menteri di waktu Dr Mahathir bercuti panjang di luar negara, saya membentangkan enakmen untuk membanteras rasuah, lepas itu Dr Mahathir telefon saya dari luar negara memberitahu tindakan saya itu ramai yang tidak suka; orang yang tidak suka tentu ada masalah, kalau tidak makan rasuah nak takut apa, inilah perangai buruk yang ada dalam Umno; jadi nak tunggu apa lagi bubar saja cawangan Umno dan masuk KeADILan atau PAS,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meramalkan pilihan raya umum yang ke-12 akan diadakan pada tahun 2007 kerana beliau akan bebas sepenuhnya pada 2008.

“Saya jangka pilihan raya umum ke-12 akan diadakan pada 2007, kalau 2008 saya sudah boleh bertanding. Kalau 2007 saya belum boleh bertanding, bertanding atau tidak saya akan tetap berjuang untuk menumbangkan Umno dan BN,” tambahnya.

Wednesday, June 01, 2005

Syed Shahir ganti Zainal Rampak ke Sidang Antarabangsa ILO

Oleh: Faisal Mustaffa

PETALING JAYA- Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Mohamad berlepas ke Geneva bagi menghadiri Persidangan Pertubuhan Antarabangsa (International Labor Organisation, ILO) yang berlangsung pada 30 Mei hingga 16 Jun akan datang.

Beliau akan menghadiri persidangan itu buat petama kalinya. Sebelum ini, persidangan tersebut diwakili oleh Zainal Rampak yang merupakan Presiden MTUC sebelum ini.

ILO merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan pekerja seluruh dunia yang beranggotakan negara-negara dari sektor kerajaan, pekerja dan dari kalangan majikan.

Dalam pertemuan bersama ahli-ahli KeADILan Bahagian Subang pada 27 Mei lepas dalam satu pogram Sambutan Hari Pekerja, Syed Shahir memberitahu bahawa beliau akan mengusulkan isu-isu yang berkaitan dengan hak pekerja di Malaysia.

Antara perkara lain yang akan dibangkitkan oleh beliau ialah bahaya globalisasi dan kesan terhadap pekerja dan isu pekerja asing.

Selain daripada itu, beliau juga akan menyentuh hal-hal yang diperjuangkan oleh MTUC dalam deklarasi Hari Pekerja yang dibacakan semasa perayaan Hari Pekerja peringkat kebangsaan tahun ini iaitu gaji minimum, sistem jaminan kebajikan pekerja dan hak berpersatuan.

Menurut Syed Shahir, beliau akan mengutamakan isu-isu yang bersangkutan dengan pengagihan kekayaan negara di dunia yang seharusnya mengambilkira golongan pekerja kerana beliau berpendapat golongan tersebut terkebelakang dalam hal sedemikian.

Dalam ceramah beliau di pejabat bahagian Subang, Syed memberitahu bahawa sikap masyarakat yang tidak proaktif dalam memberi tindakbalas terhadap kenaikan harga barang yang melanda negara ini mencerminkan sikap rakyat sekarang.

Beliau memberitahu bahawa keadaan yang berpunca daripada tindakan kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini membawa kepada kuasa beli rakyat yang bertambah lemah.

Perkara tersebut membawa kepada kaum pekerja terpaksa melakukan tiga pekerjaan dalam satu waktu disamping mengorbankan kualiti hidup.

Menyentuh mengenai pekerja asing, Syed Shahir berkata bahawa insan tersebut juga mempunyai hak untuk memperolehi gaji yang munasabah dan bersifat duniawi.

Begitu juga pekerja ladang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Namun, golongan pekerja ladang sehingga sekarnag hanya mampu mendapat RM325 - RM350 sebulan.

Justeru, Syed Shahir menyarankan supaya Kerajaan mempertimbangkan pembayaran gaji golongan tersebut dengan membayar upah sesuai dengan sumbangan yang dicurahkan.

Abdullah takut tubuh suruhanjaya bebas siasat rasuah

Oleh Mohd Sabri Said
SUNGAI PETANI, 31 Mei (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sehingga kini takut untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Diraja bagi menyiasat kes rasuah dalam pentadbiran kerajaan kerana bimbang terkena batang hidung sendiri, kata Ketua Angkatan Muda Parti KeADILan Rakyat (PKR) Ezzam Mohd Noor.

Sepatutnya Abdullah bertegas sebagaimana beliau mengatakan demikian pada awal pelantikan mengantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. "Abdullah mana berani tubuh Suruhanjaya Bebas Diraja sebagaimana Suruhanjaya Siasatan Polis yang hanya berkait dengan kesalahan polis dan bukannya bukan kesalahan Exco, Timbalan Menteri atau Menteri sendiri, " jelasnya.
Beliau tahu sekiranya ditubuhkan, maka ramai menteri Kabinet akan diheret ke muka pengadilan.

Maka sebab itu katanya, Abdullah sengaja tidak mahu mempercepatkan penubuhan Suruhanjaya Bebas Diraja berkaitan rasuah kerana takut pentadbirannya tergugat.

"Dulu semasa baru memegang tampuk pemerintahan bukan main lagi nak banteras rasuah tapi lama kelamaan lupa macam itu saja, " ujar beliau.

Semasa laporan Suruhanjaya Polis dibentangkan kepada umum banyak kes diketahui termasuk kes yang membabitkan bekas polis berpangkat besar.

Tidak mustahil sambung Ezam, apabila kes rasuah disiasat pasti ada anggota Kabinet yang terjerat.

"Mereka sengaja melewatkan penubuhan itu kerana takut memakan diri sendiri, " tegasnya dalam program bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim di Padang Dewan Serbaguna Taman Peruda, Sungai Petani petang semalam. - mks.

Anwar berjanji akan perkukuhkan BA

Oleh Mohd Sabri Said
SUNGAI PETANI, 31 Mei (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim berjanji akan menumpukan sepenuh perhatian untuk memperkukuhkan Barisan Alternatif (BA) mulai hujung tahun ini setelah lama menjalinkan hubungan luar negara.

Beliau semasa memberi ucapan di Padang Dewan Serbaguna Taman Peruda, Sungai Petani petang semalam menambah, selepas kembali ke arena politik nanti beliau berharap semua ahli dalam gabungan BA memberi kerjasama yang baik untuk berhadapan dengan jentera Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum depan.
"Selepas lama berada di luar negara kini masanya sudah tiba dan saya akan menumpukan perhatian di dalam negara. Kita akan lawan mereka dengan bersungguh hati, " ujarnya.

Selepas kembali mengajar di luar negara pada penghujung bulan Julai nanti beliau akan berkunjung pula ke Jepun dan seterusnya pada 1 Ogos 2005 ke Taipei.

Kata beliau lagi, melalui pertemuan dengan para pemimpin dunia beliau mendapati ramai yang memberikan semangat untuk beliau mengembalikan kestabilan ekonomi, kehakiman, politik dan maruah kepimpinan yang sudah tercalar.

Menurutnya, jika ketrampilan gabungan BA dilihat dapat menyelamatkan kedudukan sekarang tidak mustahil rakyat akan memberi undi pada BA untuk memerintah.

"Kita mesti yakin kita boleh menang pilihan raya umum akan datang kerana terlalu banyak keruntuhan moral berlaku termasuk kepimpinan kerajaan sendiri, " terangnya yang juga bekas Menteri Kewangan.

Apabila ditanya kenapa beliau memberi tumpuan ke luar negara, beliau berkata bahawa, tujuannya berbuat demikian adalah untuk memastikan negara luar mendapat gambar sebenar tentang politik sekarang serta isu yang berlaku ke atas dirinya.

"Nak buat macam mana di negara sendiri orang tak mau. Terpaksalah merantau cari pendapatan untuk sara anak isteri, " tegas beliau dengan nada gurau.

Turut berucap pada majlis bersama rakyat itu adalah Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd Noor dan Ketua PKR Kedah, Mokhtar Mansor. - mks.

Wanita dipecat kerana melahirkan anak! Mana Menteri Wanita?

Malaysia Today

Pada hari ini, masih ada berlaku di Malaysia, wanita dipecat hanya kerana dia melahirkan zuriat. Sebuah akbar tempatan melaporkan bahawa Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah telah membuat peraturan ke atas pekerja kontrak wanitanya, bahawa mereka hanya boleh melahirkan sehingga anak kedua, jika mengandung anak ketiga, mereka akan dipecat.

Kebanyakan pekerja wanita Kemas yang bekerja sebagai guru tadika dan bekerja atas kontrak. Bermula dengan kontrak tiga tahun dan kemudian dilanjutkan setiap dua tahun sehingga umur 56 tahun.

Dalam bulan Februari, kementerian tersebut telah mengeluarkan pekeliling ke pejabat-pejabat Jabatan Pembangunan Komuniti atau Kemas, menetapkan had bilangan pekerja kontrak wanita dibayar cuti bersalin.

Dalam pekeliling tersebut, kementerian menyatakan pekerja-pekerja tersebut berhak menerima cuti bersalin bagi dua kelahiran sepanjang tempoh kontrak. Sesiapa yang melahirkan lebih daripada had tersebut akan ditamatkan kontraknya.

Perkara yang sama juga berlaku ke atas pekerja MAS Beatrice Fernandez.

Ketua Wanita Keadilan, Hjh Fuziah Salleh memberitahu bahawa Wanita Keadilan, pada September 2003 pernah mengeluarkan kenyataan media mendesak Menteri Wanita berbuat sesuatu dengan syarat-syarat pekerjaan MAS yang dilihat mendiskriminasi pekerja kabin wanitanya. Sehingga ke hari ini, syarat-syarat yang jelas tidak adil tersebut, masih diamalkan dalam MAS. Pada hari ini terbongkar pula satu lagi diskriminasi terhadap wanita, dalam sebuah kementerian, sebuah institusi kerajaan!

Menteri Wanita perlu berbuat sesuatu bagi menghentikan segera amalan-amalan yang mendiskriminasi wanita ini. Badan-badan berkaitan telah menafikan hak wanita untuk bekerja dalam persekitaran yang tidak diskriminasi dan bebas tekanan.

Fuziah berpendapat, Kementerian Wanita dan kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Sumber Manusia perlu lakukan sesuatu dalam bidang kuasanya untuk menghentikan amalan diskriminasi berasaskan gender itu dan mengiktiraf hak pekerja wanita untuk dilayan sama rata dan adil.

Layanan yang tidak adil dan berbeza terhadap pekerja kabin wanita mempunyai kesan ke atas akses wanita kepada peluang-peluang yang sama. Layanan berbeza tersebut termasuk:



i. Umur persaraan yang lebih awal berbanding pekerja lelaki

ii. Cuti bersalin tanpa gaji, bermula pada bulan kedua setelah disahkan mengandung

iii. Kemudahan cuti bersalin untuk dua orang anak sahaja, selepas itu akan diberhentikan

Menurut Fuziah lagi, Beatrice Fernandez telah ditamatkan perkhidmatannya kerana didapati mengandung. Kes Beatrice perlu mendapat perhatian kerana ia akan meletakkan amalan yang akan digunapakai oleh syarikat-syarikat dan badan-badan lain yang mengambil wanita sebagai pekerja mereka.

Mempunyai anak ialah fungsi sosial yang hanya seorang wanita boleh lakukan. Dengan itu, wanita tidak boleh didiskriminasi terhadap polisi sosial ini. Kerajaan Malaysia perlu mempunyai polisi awam mengenai diskriminasi terhadap wanita yang mengandung, jelas Fuziah.

Wanita Keadilan mahu kerajaan membuktikan kesungguhannya dalam melaksanakan 9 poin utama yang dibuat dalam Deklarasi Putrajaya baru-baru ini, kerajaan perlu:


1. Memastikan wanita tidak didiskriminasi hanya kerana dia mengandung

2. Memastikan hak perlembagaan semua warganegara dijamin tanpa syarat

3. Memastikan MAS menyemak semula terma-terma Perjanjian Kolektif dan mengeluarkan semua terma yang diskriminasi gender

Wanita Keadilan akan membawa perkara ini kepada perhatian Kementerian Sumber Manusia dan pihak pengurusan Syarikat Penerbangan Malaysia MAS, beritahu Fuziah lagi.

Mesyuarat Menteri-menteri NAM sudah berakhir, kini janji-janji dan deklarasi perlu dikotakan. Menteri Wanita kini perlu buktikan keikhlasan dan kejujurannya. Tugas pertamanya ini akan mengukur sejauhmana kata hebat dalam mesyuarat menteri-menteri NAM yang lepas adalah benar.

Salah satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh YAB Datuk Seri Shahrizat Jalil, ialah melihat dan menyemak semula, serta memastikan syarat-syarat pekerjaan tidak melanggar Fasal 8[2] of the Perlembagaan Persekutuan, yang dengan jelas menyatakan bahawa “tidak ada diskriminasi atas dasar agama, kaum, keturunan, tempat lahir atau gender”, katanya lagi.

Kak Wan tidak dibenarkan minum petang

Malaysia Today

KULA LUMPUR 28 MEI - Ahli Parlimen Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberitahu bahawa beliau dihalang untuk menghadiri majlis minum petang sempena pelancaran Pusat Pengayaan Komuniti WIRDA dan Misi Bantuan Keselamatan (Relief Work) oleh kumpulan remaja.

Pihak penganjur telah dimaklumkan oleh pengurus tempat program diadakan, di saat-saat akhir, mereka tidak dibenarkan memberi Datin Seri Dr Wan Azizah berada di lokasi setelah pihak atasan memberi arahan supaya dibuat larangan tersebut.

Pihak penganjur tidak dapat pastikan sama ada Datin Seri Dr Wan Azizah dilihat sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat dan dikhuatiri akan mengganggu ketenteraman pegawai-pegawai kerajaan yang bermain golf di situ, atau atas sebab-sebab lain.

Namun begitu, pihak penganjur majlis telah bertindak profesional, dengan meneruskan majlis tanpa melayani ’arahan’ yang tidak rasional tersebut.

Parti Keadilan Rakyat yang dikatakan parti nyamuk dan hanya berpaut kepada satu kerusi di Parlimen ternyata digeruni oleh Barisan Nasional yang menang 90% kerusi di parlimen!

Majlis tersebut telah diadakan di salah sebuah dewan di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA), Bukit Kiara, Kuala Lumpur, bagi pelancaran WIRDA Pusat Pengayaan Komuniti.

Datin Seri Dr Wan Azizah telah memuji usaha murni Adik Zarif mewujudkan kumpulan remaja yang melibatkan diri dalam kerja-kerja menyelamat mangsa-mangsa yang ditimpa bencana. Usaha meningkatkan kesedaran juga merupakan antara tujuan tertubuhnya kumpulan Gemma Malaysia.

Adik Zarif yang cacat anggota menceritakan pengalamannya berhadapan dengan badan-badan bukan kerajaan yang tidak memberi peluang kepada orang sepertinya untuk sama-sama menyumbang membantu masyarakat yang ditimpa bencana. Pengalamannya itu telah membuatkannya lebih cekal dan beliau dan dua orang teman telah ke Aceh secara sendiri dan daripada itu telah membina hubungan dengan remaja Aceh untuk misi-misi bantuan keselamatan selepas itu.

Mereka telah dapat mengagihkan beribu-ribu tan bantuan yang berbentuk ubat-ubatan, makanan, pakaian, peralatan pendidikan dan lain-lain.

Adik Zarif yang telah pun mempunyai ijazah dalam psikologi telah membuktikan bahawa orang kurang upaya dan remaja juga mampu memberi sesuatu kepada masyarakat dan bukan golongan yang menagih simpati atau beban kepada masyarakat. Beliau menggunakan kaki untuk menulis kerana tiada kedua belah tangan.

WIRDA yang dilancarkan, diharap akan mengadakan banyak lagi usaha-usaha memperkayakan komuniti setempat. Ia akan diwujudkan di serata negara dan dijadikan tumpuan komuniti bagi membantu mereka-mereka yang memerlukan di kawasan setempat.

WIRDA mengalu-alukan mereka yang ingin menyumbang tenaga kepada komuniti untuk tampil ke hadapan dan hubungi pusat WIRDA.

Turut serta menghadiri majlis tersebut ialah Puan Fuziah Salleh, beberapa kenamaan, keluarga tahanan ISA dan remaja-remaja yang terlibat dalam misi menyelamat di Aceh.