SepangOnline

Sunday, May 27, 2007

1,775 Perwakilan Hadir Kongres KeADILan

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) ke-4 akan bermula esok (25 Mei) dengan Kongres Nasional Tahunan dan Pemilihan Angkatan Muda dan Wanita; dan Kongres Nasional Tahunan serta Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi pada hari Sabtu (26 Mei) dan Ahad (27 Mei) di Chung Hua High School, Seremban, Negeri Sembilan.

Sejumlah 1,775 perwakilan dari seluruh negara (termasuk 30 perwakilan Wanita, 30 perwakilan Angkatan Muda dan 50 perwakilan Majlis Pimpinan Tertinggi) layak hadir ke Kongres Nasional Tahunan untuk memilih Majlis Pimpinan Tertinggi yang bakal memimpin parti dalam masa dua tahun akan datang.

Jawatan yang dipertandingkan bagi Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) adalah Pengerusi Tetap (1), Timbalan Pengerusi Tetap (1), Presiden (1), Timbalan Presiden (1), Naib Presiden (3), Ahli MPT (20), Pemeriksa Kira-kira (2).

Jumlah perwakilan yang layak hadir ke Kongres Angkatan Muda adalah 864 orang dan Kongres Wanita adalah 545 orang. Jawatan yang dipertandingkan masing-masing adalah Pengerusi Tetap (1), Timbalan Pengerusi Tetap (1), Ketua (1), Timbalan Ketua (1), Naib Ketua (3), Exco (20) dan Pemeriksa Kita-kira (2).

Jawatankuasa Pemilihan keADILan Dianggotai Ahli Profesional

Tahun ini adalah tahunan pemilihan KeADILan yang kedua selepas Kongres Nasional Tahunan pertama diadakan di Ipoh, Perak pada tahun 2004 sejak pergabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia.

Proses pemilihan KeADILan tahun ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pemilihan (JKP) yang dianggotai oleh ahli-ahli profesional, pemimpin kesatuan, intelektual, aktivis sosial dan individu bebas.

JKP telah ditubuhkan pada 19 Mac lalu di Ibu Pejabat KeADILan dan diterajui oleh William Leong sebagai Pengerusi JKP. Beliau adalah seorang peguam bebas yang tidak memegang sebarang jawatan dalam parti.

Program Tambahan Sempena Kongres


Sempena Kongres Nasional Tahunan KeADILan, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato's Seri Anwar Ibrahim akan berucap dalam Pidato Umum pada jam 10 malam, 26 Mei (Sabtu), di Chung Hua High School. Orang awam dialu-alukan untuk hadir ke program terbuka tersebut.

Terlebih dahulu, beliau bersama dengan Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah serta pimpinan parti lain akan hadiri Jamuan Makan Malam anjuran Dong Jiao Zong pada jam 7 malam di New Era College, Kajang.

Satu "Dialog antara Agama" juga akan diadakan pada jam 8:30 malam tersebut di Chung Hua High School bagi mewujudkan ruang dialog sesama wakil pertubuhan agama dan pimpinan parti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home