SepangOnline

Saturday, March 25, 2006

Saya akan menetap dalam negara mulai Mei - Anwar

Oleh Salmiyah Harun KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berada sepenuhnya di dalam negara mulai Mei nanti.


"Insya Allah saya akan mula berada di dalam negara mulai Mei nanti di samping sesekali ke luar negara untuk menjalankan tugas saya," kata Anwar kepada Harakahdaily malam tadi.

Beliau ditemui selepas menyertai majlis 'An Evening with Press' yang diadakan di sebuah hotel dekat sini.

Beliau meluangkan masa kira-kira tiga jam bersama-sama media tempatan dan juga antarabangsa.

Lebih kurang 50 wakil media hadir dalam majlis itu.

Antaranya adalah wartawan BBC, Jonathan Kent, bekas Ketua Pengarang NSTP, Dato' Kadir Jasin dan para wartawan yang sedang bertugas dengan palbagai media sekarang.

Dalam majlis itu, Anwar menerangkan beliau terpaksa bekerja di luar negara kerana peluang untuk beliau di negara ini tertutup rapat selepas dibebaskan dari penjara.

"Ketika dalam penjara bolehlah sahabat-sahabat saya menyara anak-anak saya tetapi selepas bebas saya kena cari pendapatan sendiri," kata Anwar.

Beliau menjadi profesor di dua buah universiti di Amerika di samping mula menjadi konsultan kepada Bank Dunia mulai beberapa bulan lepas hingga sekarang.

Beliau pulang ke tanah air Jumaat lepas untuk memberikan kenyataan kepada polis manakala esok (Ahad) beliau akan berlepas ke Hong Kong untuk membentangkan satu kertas kerja di konvensyen ekonomi di sana.

Mahu bertanding

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar melahirkan hasrat untuk bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh pada pilihanraya umum akan datang. Kini kerusi itu diwakili isterinya, Dr Wan Azizah.

"Kenapa saya tidak boleh bertanding saya juga adalah rakyat Malaysia dan mempunyai hak untuk bertanding," katanya.

Bagaimanapun katanya beliau perlu mendapat persetujuan daripada Ahli Parlimen kawasan itu (isterinya) sama ada membenarkan beliau bertanding di situ.

"Tetapi ini bergantung kepada keputusan Wan Azizah untuk membenarkan saya bertanding di situ," katanya sambil diiringi gelak ketawa pihak media yang hadir.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja ditanya seorang wartawan sama ada beliau akan bertanding pada pilihanraya akan datang memandangkan kerajaan mungkin mengadakan pilihanraya umum lebih awal daripada jangka masa beliau dibenarkan menyertai pilihan raya.

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar tidak dibenarkan menyertai oilihan raya sehingga April 1008.

Selain daripada faktor dirinya, Anwar juga percaya pilihanraya akan diadakan lebih awal dari April 2008 kerana keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan.

"Tetapi saya tidak fikir selepas pilihanraya nanti ekonomi akan bertambah baik sekiranya kerajaan terus mengabaikan prinsip-prinsip mengekalkan daya saing dan pemerintahan yang baik,"katanya dalam sesi soal jawab dengan media.

Beliau juga turut menyentuh soal pendidikan, ekonomi, soal permit import dan juga akaun Petronas yang tidak telus.

Jangan terperangkap dengan permusuhan pendidikan - Anwar

Oleh ROY RASUL dan SAADON AKASHAH KUALA LUMPUR, 25 Mac (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim menyarankan rakyat negara ini supaya membina satu `team’ baru yang tidak terperangkap dengan permusuhan dan prasangka lama khasnya dalam bidang pendidikan Dakwanya, rakyat Malaysia sering kali terperangkap oleh perancangan penguasa negara yang bersifat talam
dua muka apabila berhadapan dengan pebagai kaum di negara ini.

"Apabila jumpa orang Melayu, mereka kata lihat kalau kamu tukar dasar ekonomi kesannya ia akan dikuasai
bangsa lain, sebaliknya jumpa bukan Melayu mereka guna kesempatan untuk menakutkan bahawa wujudnya golongan pelampau Islam dan Melayu," katanya semasa berucap dalam ‘Perbincangan Pendidikan Negara’ di sebuah hotel dekat sini, hari ini.

Beliau berkata sedemikian bagi menjelaskan pendiriannya bahawa dasar bahasa kebangsaan dan
pendidikan mesti dimartabatkan tetapi pada masa yang sama penggunaan bahasa ibunda dipertahankan.

Bahasa kebangsaan katanya, wajar diterima dan dimantapkan lagi penguasaannnya dan rakyat negara ini
juga tidak pertikai hak bahasa ibunda sekolah Cina mahu pun Tamil.

Malah katanya, penekanan bukan sekadar kepada bahasa tetapi pengetahuan mengenai Malaysia itu perlu
diberikan keutamaan kerana rakyat tertindas terutamanya mengenai mutu pendidikan, perpaduan,
akhlak serta budaya.

"Kita harus maju ke depan dan kita bincang masalah kita sebagai rakyat untuk kita bangunkan kerangka
pembangunan bersama, dan jika kita bincangkan polimik antara kaum saya rasa tidak tepat," katanya lagi.

Tiga penal yang mengambil bahagian dalam perbincangan anjuran Parti keADILan Rakyat
(PKR) itu.

Mereka adalah pensyarah universiti tempatan, Dr Azmi Sharom, wakil Tamil Foundation, K Arumugum dan
penasihat Dong Ziau Jong, Ngeow Yin Ngee dan dipengerusikan Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 peserta di mana kebanyakannya terdiri daripada tokoh-tokoh dunia
pendidikan.

Friday, March 24, 2006

Anwar minta laporan polisnya juga disiasat

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
Harakahdaily

Setelah disoal siasat oleh dua anggota polis dari Balai Polis Pasir Mas, berhubung dakwaan menghasut, mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim melaungkan amaran supaya polis turut menyiasat beberapa laporan salah laku pemimpin negara yang pernah dibuat nya beliau sebelum ini.

"Jika laporan polis yang dibuat ke atas saya disiasat segera, mengapa laporan polis yang saya dan ramai lagi rakyat buat ke atas pemimpin kerajaan tidakpun disiasat atau diambil keterangan," katanya kepada wartawan selepas selesai memberi keterangan kepada dua anggota polis dari Balai Polis Pasir Mas.

Anwar menegaskan, sebagai badan profesional, polis seharunya menyiasat semua laporan yang dibuat ke atas mana-mana individu tidak kira pemimpin atau rakyat.

"Sekarang ini polis patut berubah lebih-lebih lagi selepas adanya suruhanjaya polis yang mengeluarkan 121 cadangan berhubung polis," katanya.

Mengulasmengenai siasatan Anwar berkata, seperti prosedur biasa, dua anggota polis itu hadir bagi mendapatkan keterangan saya berhubung satu laporan polis yang dibuat ke atasnya semasa berceramah di Stadium Kota Bharu ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir Disember lalu.

Antara lain laporan polis yang dibuat ke atasnya itu mendakwa beliau cuba menghasut dan memaki hamun polis ketika berceramah dalam kempen bagi PAS di Pengkalan Pasir.

"Saya bagi kerjasama kepada dua anggota polis tersebut.Saya ajaka mereka minum teh sekali," katanya sambil tertawa.

Polis memulakan siasatan tepat pada jam 8.10 malam dan berakhir pada jam 9.15 malam.

Turut serta bersama Anwar ialah peguamnya, Sankara Nair, Sivarasa Rasiah dan Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.

Selepas mengadakan sidang media di perkarangan rumahnya beliau sempat bersalaman dengan penyokongnya yang setia menunggu Penasihat PKR itu di luar rumah sejak jam 8.00.

Kementah belanja RM14.8 bilion untuk pertahanan tetapi minta rakyat berjimat

Oleh Wan Johari Wan Omar
Harakahdaily

Tindakan Kementerian Pertahanan membelanjakan tidak kurang daripada USD4 bilion (RM14.8 bilion) pada tahun 2002-2005 untuk membeli senjata dan keperluan military seperti kapal selam, helikopter, kereta kebal, jet dan sebagainya membuktikan kerajaan tidak berhemah belanja ketika rakyat diminta berjimat.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Wan Azizah Ismail ketika berucap di Dewan Rakyat berkata, tindakan ini telah menyebabkan Malaysia menjadi antara negara yang paling banyak berbelanja kepada pertahanan.

"Tahun 2003 Malaysia membeli 18 buah Sukhoi dengan harga USD900 juta. Pada tahun 1999, Malaysia telah membelanjakan 2.3% daripada GDP kita untuk tujuan military. Manakala pada tahun 2002 ia telah ditingkatkan kepada 3.6% GDP.

"Jumlah ini merupakan jumlah yang sangat besar untuk dibelanjakan bagi pertahanan negara, padahal kerajaan kerap meminta rakyat bersyukur kerana Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan makmur," kata beliau.

Bagi beliau, perbelanjaan yang berbilion-bilion ringgit ini untuk pertahanan akan membawa faedah yang lebih besar kepada rakyat jika kerajaan menggunakannya untuk pembangunan sosial dan kebajikan masyarakat.

Bagi beliau, kesulitan yang dihadapi oleh rakyat hari ini juga disebabkan beberapa dasar pembangunan kerajaan yang salah haluan.

"Pemimpin-pemimpin kerajaan asyik menyebut supaya rakyat mengubah cara hidup. Sebenarnya cara hidup yang dilalui oleh rakyat hari ini adalah akibat dari dasar-dasar kerajaan pada masa yang lalu.

"Rakyat terpaksa menggunakan kenderaan persendirian kerana Dasar Automotif Nasional. Ini kerana kerajaan mahu menggalakkan konsep pemilikan kereta sendiri melalui pemasaran kereta nasional keluaran Proton," kata beliau dalam ucapannya itu.

Proton

Sekarang ini, kata Dr Wan Azizah, nasib Proton dan penasihatnya semakin tenat. Jika kerajaan hendak memperbaiki pengangkutan awam, maka penyelarasan hendaklah dibuat dengan pelaksanaan dasar automatif yang baru.

Sebahagian besar rakyat hari ini bergantung kepada kenderaan persendirian di mana kosnya akan melonjak naik apabila naiknya harga petrol, dakwa beliau.

"Sekiranya kerajaan tidak memasuki industri automotif, sebaliknya melabur dalam pembangunan prasarana pengangkutan awam, kenaikan harga petrol tidak mempunyai kesan besar kepada rakyat biasa.

"Jika kita ingin menjadikan Malaysia sebuah negaramaju, maka kita perlu membangunkan prasarana pengangkutan awam yang berkesan seperti mana negara-negara maju di Barat dan Timur," kata beliau lagi.

Oleh itu, beliau melahirkan rasa kesal dengan kenyataan Perdana Menteri yang ingin
mempertahankan Proton tanpa terlebih dahulu membuat kajian yang komprehensif dan
menyeluruh terhadap keberkesanan industri automotif negara dan daya saing di
pasaran dunia.

"Kerajaan perlu meneliti beberapa isu yang menuntut pemimpin kembali kepada persoalan isu pokok," katanya dalam ucapan itu.

Malangnya, kata beliau, yang berkumandang sekarang bukan seruan dan kesedaran untuk kembali kepada matlamat asal dasar pembangunan negara, yang terdengar cuma rengek merengek kerana tidak turut sama diberi peluang untuk memunggah kekayaan negara.

Kroni lama kroni baru

"Kroni lama gelisah apabila diketepikan oleh kroni baru. Ribut dalam isu lesen pengimport atau AP menjelaskan semua yang selama ini tersembunyi," kata beliau lagi.

Teras pandangan penasihat Proton, katanya, mahukan Proton diberikan perlindungan 100 peratus adalah pandangan lapuk yang hanya berlegar di kalangan ahli-ahli ekonomi yang ketinggalan zaman, defame economist dengan izin sahaja.

Kes pemberian AP yang terlalu banyak menyebabkan PROTON hilang saiz pasaran dalam negara sebenarnya membuktikan bahawa PROTON masih begitu lemah dan tidak berdaya saing selepas 22 tahun dan selepas AFTA dilaksanakan biar pun secara berperingkat-peringkat.

"Rakyat ingin bertanya, mengapa PROTON masih memerlukan perlindungan sepenuhnya? Mengapa PROTON masih memerlukan perlindungan sepenuhnya, seperti syarikat berkenaan seakan-akan baru dua tahun ditubuhkan." soal Dr wan Azizah.

Bagi beliau, rakyat lebih yakin untuk PROTON masuk ke tengah-tengah pasaran terbuka daripada terus berselindung di sebalik payung buruk pemerintah.

"Dalam kerangka kepentingan ekonomi yang lebih besar, saya tidak mahu hasrat untuk mewujudkan ruang ekonomi yang lebih terbuka dan bebas di negara ini kembali tersekat atas apa juga alasan," katanya.

Menurut beliau, negara seperti China dan Korea Selatan tidak mempunyai halangan untuk mengizinkan kereta PROTON dijual di negara berkenaan tetapi dalam keadaan begitu terbuka sekali pun, PROTON masih tetap gagal untuk bersaing.

Kereta Nasional, katanya, sejak lebih 3 tahun dahulu terjual tidak lebih daripada 100 buah. Malangnya dasar automatif kerajaan yang dibentangkan kerajaan tahun lalu tidak menjurus kepada pokok persoalan ini. Iaitu dasar automatif ini juga harus diiring dengan proses liberalisasi perdagangan yang sedang berlangsung di seluruh ceruk rantau dunia.

"Biar apa pun kehendak di dalam dasar berkenaan sama ada mahu menjadikan Malaysia sebagai hak serantau untuk pembuatan untuk pemasangan dan pengedaran kenderaan automatif atau hendak menggalak suburkan pembuat kenderaan dan vendor.

"Itu semua hanya khayalan seandainya kerajaan tidak dapat melihat masalah sebenarnya yang menghalang perkembangan industri automotif dan industri-industri lainnya dalam negara ini," tambah beliau lagi.

Thursday, March 23, 2006

Polis akan ambil keterangan Anwar malam esok

Oleh Wartawan Harakahdaily

Polis akan merakamkan keterangan dari Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan dengan ucapannya semasa berkempen untuk calon PAS dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir Disember 2005 lalu, sebaik saja tiba di rumahnya malam esok.

Pegawai polis daripada IPD Pasir Mas Kelantan akan merakamkan keterangan Anwar mengikut Sekysen 112 Kanun Prosedur Jenayah berdasarkan satu laporan polis yang dibuat ketika pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada Disember lalu.

Anwar dikatakan sedia berkerjasama bagi membantu siasatan polis mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 yang jika sabit kesalahan membawa hukuman tiga tahun penjara atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Menurut jadual Anwar sepanjang berliau berada di Malaysia mulai esok yang diedarkan oleh Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar dijangka tiba di KLIA jam 3 petang esok sebelum bertemu dengan polis jam 8.30 malam esok.

Adik Anwar, Rosli Ibrahim mendakwa, Anwar besar kemungkinan didakwa di bawah Akta Hasutan ekoran ceramahnya di Pasir Mas itu.

Sementara itu, Anwar mempunyai jadual yang padat sepanjang tiga hari berada di tanah air mulai esok.

Pada hari Jumaat, Anwar dijangka menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang, berhampiran Lapangan Terbang Subang.

Pada sebelah malamnya beliau akan bertemu dengan para wartawan Malaysia dan antarabangsa di sebuah hotel dalam majlis 'An Evening with the Press'.

Pada petang Sabtu pula Anwar akan menyertai Majlis Perbincangan Pendidikan Negara di hotel yang sama.

3 orang ahli panel jemputan khas akan turut menyertai majlis itu iaitu iaitu Prof. Dr. Awang Sariyan (UPM), Dr. Yap Sin Tian (Pengerusi Persekutuan ersatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia, Dong Zong) dan K. Arumugam (Malaysia Tamil Education Research and Development Foundation).

Pada sebelah malamnya pula beliau akan memberikan ceramah bertajuk "Reformasi Ekonomi Aspirasi Rakyat" di Lot 2500,Lorong Kenanga, Bt 17 ½, Kg Damai, Kuang, Selangor.

Penceramah lain yang bakal hadir adalah Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Selangor Abdul Rahim; Naib Presiden Keadilan Azmin Ali, Dr Lee Boon Chye, Sivarasa Rasiah; Ketua Wanita Fauziah Salleh; dan Ketua Angkatan Muda Ezam Mohd Nor.

Pada hari Sabtu 25 Mac, Anwar dijadualkan berlepas ke Hong Kong untuk berucap dalam satu seminar ekonomi antarabangsa di sana.

Pakistan puji Anwar atas peranannya dalam demokrasi

Pakistan News

ISLAMABAD, Mac 06: Senator and Chairman Senate Foreign Relations Committee Mushahid Hussain Syed telah bertemu Anwar Ibrahim, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, di Institute of Policy Studies (IPS) Khamis lalu dan mengucapkan terima kasih atas peranan Anwar dalam menggalakkan demokrasi dan hubungan Pakistan-Malaysia.

Senator tersebut menyatakan bahawa Anwar merupakan seorang pemimpin Islam yang intelektual dan memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan falsafah ahli falsafah dan sasterawan Pakistan Iqbal.

Mushahid juga mengalu-alukan kedatangan Anwar ke Pakistan dan sedia maklum akan tautan persahabatan terhadap rakyat Pakistan khususnya dan umat Islam amnya. Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pandangan mengenai politik, hal ehwal antarabangsa dan masalah umat Islam.

Rombongan Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan pemimpin-pemimpin parti telah berada di Pakistan untuk beberapa bagi menjalinkan hubungan politik dan meneroka peluang ekonomi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan berada di Malaysia pada hujung bulan Mac ini.

Tuesday, March 21, 2006

Azizah: Tiada kenaikan jika kerajaan berhemah


Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah berkata adalah tidak munasabah harga minyak dinaikkan, sedangkan Malaysia merupakan pengeksport minyak.

“Sekiranya kerajaan menggunakan dana Petronas secara berhemah dan berjimat, situasi seperti ini tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau menjadikan Sabah sebagai contoh negeri pengeluar minyak, tetapi adalah negeri termiskin di Malaysia.

Sebagai negara pengeluar minyak, jelasnya, sewajarnya keuntungan hasil minyak itu disalurkan dalam bentuk subsidi untuk kepentingan rakyat.

Kerajaan kononnya tidak mahu rakyat bermentaliti subsidi, tetapi siapa sebenarnya penerima subsidi terbanyak itu, tanyanya.

Jelasnya lagi kenaikan harga minyak akan meningkatkan kadar inflasi, yang pastinya akan membebankan rakyat bawahan.

Sehubungan itu beliau bertanyakan, “Apa sudah jadi dengan kempen inflasi sifar yang pernah dilaksanakan kerajaan?”

Azizah kemudiannya melaungkan ‘Hidup rakyat, Minyak turun, BN turun’ sambil disambut kira-kira 1000 penunjuk perasaan dalam perhimpunan aman ‘Protes Sampai Turun’ di Tapak Pasar Tani, Kubang Semang di sini, 18 Mac lalu.

Hujan lebat yang mengiringi perhimpunan itu tidak menghalang penduduk Permatang Pauh untuk turut serta membantah keputusan kerajaan tersebut.

Perhimpunan yang diadakan di bawah laluan lebuhraya Butterworth-Kulim Ekspres (BKE) itu, berjaya mengelakkan para penunjuk perasaan daripada hujan.

Mereka memenuhi pinggir jalan raya laluan Penanti - Bukit Mertajam dari kedua-dua arah.

Tidak mungkin hanya Pak Lah cerdik…Anwar, Kuli, Mahathir Bodoh

Turut berucap ialah Naib Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu. Katanya tiga bekas Menteri Kewangan Malaysia iaitu Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh dan Dr Mahathir telah sependapat menolak keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.

“Tidak mungkin hanya Pak Lah Badawi sahaja cerdik dan ketiga-tiga mereka itu bodoh,” tegasnya.

Anwar yang menjadi Menteri Kewangan dari 1991 sehingga 1998 tidak pernah menaikkan harga petrol, sebaliknya menambahkan subsidi untuk petani dan nelayan miskin.

Beliau menetapkan harga petrol tanpa menaikkannya ketika harga pasaran meningkat atau menurunkannya ketika harga merosot.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan, kata Mohamad, telah melakukan penipuan dan menzalimi rakyat berikutan keputusan menaikkan harga minyak.

Sementara Timbalan Pengerusi Tiga PKR Pulau Pinang Law Choo Kiang menggesa rakyat melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang.

“Kerana BN naikkan harga minyak 30 sen, kita turunkan kerusi BN sehingga tinggal 30 ‘percent’ ” laungnya.

Bagi Mudir Madrasah An-Nadhoh, Ustad Mutalib Maarof pula berkata apabila berlakunya kezaliman dan penipuan dalam perniagaan, nescaya Allah akan menurunkan bala kepada hambanya.

“Perniagaan besar seperti MAS sepatutnya untung, sebaliknya mengalami kerugian,” jelasnya.

Justeru beliau mendesak harga minyak diturunkan atau rakyat akan menurunkan kerajaan pada pilihan raya akan datang.

Perhimpunan kali ketiga berturut-turut itu adalah rentetan perhimpunan yang diadakan pada 4 dan 11 Mac lalu di Plaza Tol BKE Kubang Semang.

Turut hadir ADUN Permatang Pasir YB Hamdan Abdul Rhman, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Aminah Abdullah, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan dan Timbalan Ketua Bahagian PKR Permatang Pauh Hj Manab Othman.

Thursday, March 16, 2006

Anwar: Kenaikan Harga Minyak Tidak Adil

Oleh: Arfa'eza Aziz (Malaysiakini)

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak adil apabila membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak apabila berbilion-bilion ringgit keuntungan syarikat minyak negara, Petronas, hanya diagihkan di kalangan kroninya, dakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara ringkas melalui emel, bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga menyuarakan kekesalannya kerana keuntungan yang diperolehi oleh Petronas, tidak dibelanjakan secara yang telus.

Anwar, yang pernah menjadi menteri kewangan dari 1991 dan 1998, menekankan perlunya syarikat minyak tersebut dipertanggungjawabkan kepada Parlimen.

“Petronas telah mencatatkan pulangan yang tinggi, tetapi ia hanya dipertanggungjawabkan kepada perdana menteri dan bukannya Parlimen,” kata Anwar yang kini menjadi profesor pelawat di Universiti Georgetown di Washington DC.

Katanya, adalah dikesalkan dana Petronas yang berjumlah berbilion-bilion ringgit tidak digunakan secara telus, tetapi mendakwa ia sebaliknya digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni dan membiayai projek-projek mega.

Beliau mendakwa, Petrons hanya memberi sedikit perhatian terhadap langkah merangsangkan pembangunan ekonomi atau untuk faedah rakyat.

Tubuh universiti

Anwar diminta mengulas keputusan terbaru kerajaan mengurangkan subsidi minyak yang mengakibatkan harga bahan itu naik 18.5 hingga 23 peratus. Dalam tempoh kurang dua tahun, harga petrol naik 40 peratus manakala harga diesel pula naik 102 peratus.

Keputusan tersebut telah mencetuskan semula desakan supaya Petronas lebih telus. Syarikat minyak negara itu diletakkan di di ranking paling bawah dalam Kajiselidik 2006 mengenai "Syarikat Paling Berdaya Tahan dan Beretika di Dunia" oleh firma Management & Execellence (M&E) terhadap 15 syarikat minyak terbesar.

Anwar berkata, sebagai menteri kewangan, beliau telah menyalurkan sebahagian keuntungan tersebut untuk faedah rakyat, seperti penubuhan Universiti Petronas di Perak.

“(Tetapi pada masa yang sama) terdapat arahan supaya syarikat berkenaan menyelamatkan syarikat-syarikat keluarga...kira-kira RM2 bilion untuk menyelamatkan Shipping Consortium Bhd, Renong, Menara Berkembar Kuala Lumpur dan berbilion-bilion ringgit lagi untuk kompleks kerajaan di Putrajaya,” dakwanya.

“Jumlah yang dibelanjakan untuk langkah menyelamatkan (syarikat) dan projek mega tidak sepadan dengan jumlah yang dibelanjakan untuk (projek yang memberi faedah kepada) rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau pernah menaikkan harga minyak sewaktu menjadi menteri kewangan, Anwar berkata: “Tidak...malah, saya telah menaikkan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah seperti petani dan nelayan.

“Saya dapat mengekalkan harga minyak walaupun harga minyak naik di pasaran dunia dan merendahkan harganya apabila kadar (harga global) merosot,” tambahnya.

Beliau berkata, kecekapan dan tanggungjawab dalam pengurusan kewangan merupakan kunci dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan harga minyak dan sekaligus dalam pengurusan ekonomi negara.

Wednesday, March 15, 2006

Petronas Syarikat Paling Tidak Telus Di Dunia

KUALA LUMPUR - Syarikat Petroliam Nasional, Petronas mendapat kedudukan paling corot antara 15 syarikat minyak dan gas dalam tinjauan ketahanan dan keterbukaan sedunia oleh sebuah syarikat Sepanyol.

Menurut Malaysiakini, Petronas hanya mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01% (no. 1 dalam senarai), BP 83.52% (no. 2), dan Exxon-Mobil 68.13% (no. 9).

Petronas, yang ditubuhkan menerusi akta Parlimen tidak bertanggungjawab kepada Parlimen sebaliknya hanya kepada Perdana Menteri. Atas sebab itu, akaun-akaun Petronas tidak diketahui rakyat Malaysia dan pendapatannya sering digunakan untuk membiayai projek-projek mega atau membantu syarikat-syarikat yang berkait rapat dengan individu-individu tertentu.
Sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini, Parti Keadilan Rakyat telah turut serta membantah kenaikannya. Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor pula, mahu cara Petronas ditadbir diubah kepada sistem yang lebih telus dan terbuka agar rakyat tidak lagi syak wasangka. "Petronas ditubuhkan oleh akta Parlimen, maka seharusnya ia bertanggungjawab kepada Parlimen."

Bincang Isu Semasa: Keadilan Berjumpa PM

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat, YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan semalam bahawa Keadilan mahu bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai isu kebebasan media.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Bauh berkata rombongan parti yang akan diketuai oleh dirinya sendiri akan bertemu dengan PM dalam minggu ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika beliau menghadiri sidang parlimen semalam.

"Selain membincangkan isu-isu semasa, kami juga akan menyuarakan kekangan terhadap parti-parti pembangkang di Malaysia."
Menurut Datin Seri Dr. Wan Azizah lagi, sejak akhir-akhir ini banyak kes rasuah dan salahguna kuasa dilaporkan. "Tetapi media arus perdana terus dikawal ketat."

Di sinilah, kata beliau, peranan media pembangkang cukup penting untuk menjadi kawalan dan imbangan terhadap media kerajaan.

"Akhbar rasmi Keadilan, Suara Keadilan telah memohon permit penerbitan sejak Jun tahun lepas. Tetapi sehingga hari ini tiada jawapan daripada Kementerian Keselematan Dalam Negeri, di sebalik jaminan PM bahawa setiap parti politik berhak mendapatnya."

Antara Februari dan Mac 2006, Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang turut disandang PM telah meluluskan 4 penerbitan baru. Datin Seri Dr. Wan Azizah kesal kerana Suara Keadilan yang telah memohon permit jauh lebih awal masih lagi tidak diluluskan.

"Kami percaya penangguhan ini merupakan tindakan kerajaan untuk melenyapkan kritikan."

Tuesday, March 14, 2006

Debat Perdana: Wakil keADILan dakwa keluhuran Perlembagaan sudah terhakis

Oleh Nyza Ayob
Harakah Daily

Keluhuran Perlembagaan sudah terhakis kerana berlaku pencabulan oleh penguasa dan pemerintah, dakwa Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (keADILan), Shamsul Iskandar Mohd Hashim.

Beliau mengambil contoh situasi hari ini bagi menggambarkan sejauh mana keluhuran Perlembagaan yang termaktub dalam Rukunegara Malaysia.

Shamsul Iskandar adalah salah seorang panel rancangan Debat Perdana yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana Angkasapuri pada malam Ahad lalu (12 Mac) melalui siaran RTM.

Musim keempat Debat Perdana yang dipengerusikan Dato' Johan Jaafar itu, mengutarakan isu penghayatan Rukunegara, menjurus pada prinsip ketiganya iaitu Keluhuran Perlembagaan.

Selain Shamsul, anggota panel Debat Perdana tersebut ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik; Setiausaha Agung Pemuda MCA, Dr Wee Kar Cheong dan pensyarah dari Jabatan Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Dalam hujahnya, sambil merujuk surat terbuka untuk Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Mustafa Mohamed yang menyatakan intelektualisme tidak dapat berkembang dalam persekitaran yang pasif, Shamsul Iskandar menekankan tiada guna makna progresif dalam kerajaan jika ia memberi tekanan pada mahasiswa.

Kenyataan beliau itu mendapat tepukan gemuruh penonton.

Shamsul yang dipersoal oleh Johan mengapa melihat sesuatu dengan prasangka, menyatakan sebagai contoh, walaupun pemberian permit surat khabar satu benda kecil tetapi perlu dilihat pada kebebasan media dan maklumat.

Jelasnya dalam amalan demokrasi,setiap maklumat yang disampaikan pada rakyat perlulah tepat dan adil.

Selain itu, Shamsul juga menyatakan pemansuhan biasiswa kepada rakyat yang digantikan dengan skim pinjaman pendidikan merupakan salah satu pencabulan kontrak sosial yang dilakukan oleh pemerintah dan penguasa.

Beliau juga mempersoalkan kebebasan media yang dikongkong oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Dr Abdul Aziz menekankan dalam konteks Malaysia, Perkara 10 menyatakan kebebasan berkumpul dan berpersatuan.

Beliau berkata dalam konteks global sekarang, rakyat perlu menyemak kembali apakah kekangan yang mereka hadapi.

Jelasnya jika tidak ada perlembagaan, ia tertakluk pada undang-undang fikrah yang mengukur hak seperti libel dan menghasut.

Abdul Aziz juga menyatakan, dalam merangka perlembagaan mahkamah telah memperseimbangkan antara hak yang disebut oleh perlembagan dengan sekatan yang dikenakan oleh Parlimen.

"Kita perlu melihat apakah mahkamah telah membuat tugasnya dengan betul. Apakah berjaya memperseimbangkan dua kepentingan yang berkuasa itu dengan betul?"soalnya.

Dalam pada itu, Shamsul juga menyatakan Perlembagaan Malaysia telah mati dan perlu diberi roh semula untuk ia hidup serta menjamin cara hidup yang demokratik. Jelasnya penghayatan dan amalan perlu selari.

Katanya, kerajaan perlu melakukan perkara ini kerana ia merupakan gambaran generasi muda terhadap kerajaan hari ini.

Pada zaman global ini juga katanya, jika kerajaan membuka persoalan media, berikan kebenaran permit pada media.

Beliau juga menyentuh isu semasa dengan berkata: "Sebagai negara pengeluar minyak, negara menjadi miskin kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi. Dalam proses negara melalui 50 tahun kemerdekaan, menjadi perkara luar biasa apabila 10 menteri menghantar memorandum kepada PM. Adakah wujud toleransi dalam negara kita ini?" katanya.

Dalam pada itu, Abdul Aziz juga menyatakan generasi muda sudah lesu dan penat dengan kenyataan daripada kerajaan. Dalam banyak keadaan katanya, keadaan seperti ketam mengajar anak berjalan betul. Ini perlu dihentikan.

"Rukun Negara perlu difahami kerana ia bukan minyak wangi yang boleh memberikan jawapan segera (magic) dan menyelesaikan masalah. Generasi muda akan muak jika perkara berkaitan Rukunegara ini diulang berkali-kali," jelasnya

Wee pula mendapat tepukan gemuruh apabila menjawab soalan seorang hadirian mengenai undang-undang zalim Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan berkata Amerika Syarikat kini pun mengikut jejak Malaysia dalam memperkenalkan undang-undang zalim itu.

Hujah Abd Rahim pula banyak berkisar apa yang telah dilakukan serta kejayaan kerajaan dalam membentuk rakyat yang berupaya hidup aman damai sejak merdeka.

Friday, March 03, 2006

Temubual Najib Yg "bercelaru" Tentang Kenaikan Harga Minyak

Oleh Amirulreza - Laman M@RHAEN

--------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah saksikan wawancara Najib dalam program Isu Semasa Khas Bersama YAB di Angkasapuri? Jika tidak berpeluang sila lihat Wawancara Timbalan Perdana Menteri Mengenai Isu Kenaikan Minyak dan cuba amati apa yang dijawab oleh Najib tentang isu kenaikan harga minyak di Malaysia sekarang ini.

Bagi saya sememangnya Najib menerangkan bahawa kenaikan harga minyak di Malaysia perlu memandangkan kenaikan harga minyak dunia. Namun seperti biasa Najib tidak menerangkan situasi keseluruhan tentang kenapa iklim minyak dunia "sakit" mutakhir ini.

Sekarang saya cuba rumuskan apa yang disuarakan oleh Najib dalam wawancara tersebut.

Kenaikan perlu kerana kadar harga minyak dunia cecah US Dollar 62 setong atau se-barrel.

Malaysia adalah Net Exporter minyak yang kecil. Pengeluaran minyak Malaysia adalah berpurata 650,000 barrel per day. (Namun dari apa yang saya tahu dari sumber sebenar Petronas, pengeluaran Malaysia adalah 680,000 barrel per day)

Presiden Petronas (Tan Sri Mohd Hassan Marican), berkata kemungkinan menjelang tahun 2010, maknanya dalam masa 4 tahun lagi kalau trend penggunaan petrol dalam negara terus meningkat ,kita akan menjadi net importer. Jadi pelaburan perlu difokuskan pada pembangunan untuk cari telaga minyak baru untuk generasi akan datang.

Pandangan untuk Isu (1).

Untuk isu (1), seperti yang saya nyatakan dalam artikel "Kisah Sebenar di Sebalik Kenaikan Harga Minyak di Malaysia (Terbaru) ", fokus spekulator minyak dunia mutakhir ini adalah berpusat kepada Isu perkayaan Uranium Iran dan isu penculikan dan pengeboman di telaga minyak Nigeria. Isu pengeboman berani mati oleh pengganas di Kingdom's Abqaiq Refining Center Arab Saudi telah dilaporkan oleh sumber AMEinfo.com bahawa ia tidak menggugat kadar pengeluaran minyak di Saudi, jadi para spekulator lebih fokuskan kepada 2 isu yang lebih berisiko iaitu di Nigeria dan Iran.

Menurut sumber Bloomberg, Duta U.S ke International Atomic Energy Agency semalam menyatakan bahawa rancangan Iran untuk perkayaan Uraniumpada skala besar adalah sesuatu yang "tidak aman".

Malah Broker ADM Investor Services International di London menyatakan,

"The Iran-Russia basic agreement is weak, particularly because Iran said they would refuse to give up the right to enrich uranium on their own soil".

Malah serangan pemberontak pada 18 Februari lalu terhadap terminal pengeksportan minyak terbesar Nigeria, Forcados platform, memaksa Royal Dutch Shell Plc. memberhentikan pengepaman minyak sebanyak 455,000 barrel sehari. Pihak militan juga mengamcam untuk meluaskan penentangan dan seterusnya memotong 30 peratus output dari pengeluar terbesar minyak di Afrika itu.

Menurut analisa Citigroup Inc.,iaitu James Neale dan Jonathan Wright semalam, ancaman kepada industri minyak di Nigeria itu akan berterusan sepanjang 2006 kerana pilihanraya president akan diadakan tahun depan.

Satu lagi kebimbangan "wajib" yang tidak berkesudahan kini adalah tentang perkembangan politik Iraq. Faktor ini merupakan suatu yang rutin kepada kenaikan minyak dunia sejak kejatuhan rejim saddam lagi. Malah inilah sebabnya harga minyak dunia berada pada tahap US Dollar 60 sebarrel. Faktor ini jugalah menyebabkan harga minyak di Malaysia telah dinaikkan sebelum ini.

Sesungguhnya pengeluaran minyak Iraq terus menurun selagi hura-hara berterusan di sana. Output Iraq jatuh kepada 1.53 juta barrel sehari bulan lalu disebabkan tindakan sabotaj dan kurangnya pelaburan, kejatuhan itu adalah yang paling rendah semenjak Ogos 2003, 5 bulan sebelum penaklukan Amerika Syarikat dahulu.

Jika kita amati pandangan Najib Tun Razak, kerajaan mengambil risiko dengan kenaikan 30 sen itu, namun jika harga minyak terus meningkat, kerajaan tidak akan menaikkan lagi harga minyak di Malaysia. Tetapi harga yang diramal oleh juak-juak Najib sekiranya harga minyak dunia mencecah US Dollar 70 atau 80 se-barrel ! Apa kata isu di Nigeria serta Iran beransur pulih dan keadaan harga minyak dunia terus seimbang pada angka US Dollar 60 sehingga 65 se-barrel pada tahun ini dan seterusnya kembali normal pada US Dollar 60 se-barrel selepas isu Nigeria berakhir tahun depan, adakah kemungkinan Malaysia menarik balik kenaikan harga minyak di Malaysia ?

Berdasarkan trend kenaikan harga minyak Malaysia, tidak pernah sekalipun harga minyak di Malaysia mengalami penurunan, walaupun harga minyak dunia pernah juga turun !

Pandangan Untuk Isu (2).

Walaupun Malaysia adalah Net Exporter yang kecil, mutu minyak Malaysia adalah yang paling rendah kandungan sulfur. Ini menunjukkan minyak Malaysia agak bermutu dan dijual agak mahal. Jadi tidak hairanlah

"Petronas mencatatkan keuntungan RM35.5 billion pada tahun kewangan 2004 sehingga 2005.Dimana keuntungan itu tidak termasuk RM3.12 billion yang dibayar kepada kerajaan dalam bentuk cukai,duti dan pembayaran royalti."

"Dijangkakan bagi tahun berakhir 2005 sehingga 2006, pendapatan akan mencecah RM50 billion"

Selain itu, Petronas juga mempunyai carigali minyak di beberapa buah negara seperti Sudan, Arab Saudi dan sebagainya. Berikut adalah Operasi Antarabangsa Petronas;

1. ALGERIA
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in onshore Block 401C
Partners: Amerada Hess (Operator)
Status: Exploration
2. ANGOLA
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Deepwater Block 24
Partners: Ocean Energy (Operator) and Sonangol P & P
Status: Exploration

3. ARGENTINA
DOWNSTREAM:
Gas Pipeline Network
i. Interest in two major high pressure gas transmission pipelines in Argentina, Transportadora de Gas Del Norte S.A. (TGN) and Transportadora de Gas Del Mercosur S.A. (TGM).

4. AUSTRALIA
DOWNSTREAM:
Gas Pipeline Network
i. Interest in the Australian portion of the Papua New Guinea-Queensland Gas Pipeline.
Partner: Australian Gas Light Company
Status: Expected to deliver gas to customers by mid-2009
ii. Interest in Australian Pipeline Trust which owns over 7,500 km of pipelines and a 25% share of the natural gas market in Australia.

iii. Provide gas transmission marketing services for two pipeline systems owned by Australian Pipeline Trust -- a 2,026 km Moomba - Sydney Pipeline and a 255 km Central West Pipeline -- through its wholly-owned subsidiary East Australian Pipeline Marketing.

iv. Interest in Gasnet, a gas transmission pipeline company in Victoria.

5. BENIN
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Block 4
Partner: Kerr McGee (Operator)
Status: Exploration

6. CAMBODIA
DOWNSTREAM:
Product Retailing & Marketing
i. Retailing and marketing of petroleum products.

ii. Operates a 7,000 metric ton of petroleum products storage since 1998.

7. CAMEROON
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Block PH 77
Partner: Philips (Operator)
Status: Exploration

DOWNSTREAM:
Chad-Cameroon Pipeline
i. Constructed the 900 km of the 1,070 km pipeline from oil fields in southern Chad to the coast of Cameroon.
Partners: ExxonMobil, ChevronTexaco, Cameroon Government and Chad Government
Status: Operational

8. CHAD
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Doba Three-Field Development (Oil fields: Miandoum, Bolobo and Komé)
Partners: Esso Exploration and Production Chad, Inc. (Operator) and Chevron Texaco
Status: Production of oil started in mid-2003.

ii. Interest in Permit H (Doba, Doseo and Lake Chad Basins)
Partners: Esso Exploration and Production Chad, Inc. (Operator) and Chevron Texaco
Status: Exploration

DOWNSTREAM:
Chad-Cameroon Pipeline
i. Constructed the 170 km of the 1,070 km pipeline from oil fields in southern Chad to the coast of Cameroon.
Partners: ExxonMobil, ChevronTexaco and Chad Government
Status: Operational

9. CHINA
DOWNSTREAM:
i. Joint venture in LPG terminalling, bottling and distribution in Jiangsu Province.
Partner: China Offshore Oil Donghai Co. Ltd.
Status: Operational

ii. Marketing of petroleum products in Hong Kong, Macau and Southern China.

10. EGYPT
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in North East Mediterranean Deepwater (Nemed) Oil and Gas Block
Partners: Shell Egypt Deepwater (Operator)
Status: Exploration

ii. Interest in West Delta Deep Marine (WDDM) Concession
Partner: BG International (Operator) and Egyptian General Petroleum Co. (EGPC)
Status: Exploration, development and production

iii. Interest in Western Desert Block
Partner: Tharwa (Operator), Shell Egypt
Status: Exploration

iv. Interest in El Burg Block
Partner: British Gas (Operator)
Status: Exploration

DOWNSTREAM:
i. Interest in Egyptian LNG Project, involved in the development and operation of LNG liquefaction plant and the related infrastructure.
Partners: BG Group, Egyptian Natural Gas Holding Co., EGPC and Gaz De France
Status: Completion of Train 1 in May 2005

11. EQUATORIAL GUINEA
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Block N, offshore Corisco Bay
Partners: Ocean Equatorial Guinea Corporation, Vanco Equatorial Guinea and GEPetrol.
Status: Exploration

ii. Interest in Block P, Rio Muni Basin
Partners: Ocean Equatorial Guinea Corporation (Operator), GEPetrol, Atlas Petroleum (International) Ltd. and DNO ASA
Status: Exploration

12. ETHIOPIA
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Block G, Gambela Basin
Status: Exploration

13. GABON
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Moabi and Nguma Permits
Partners: Amerada Hess Production Gabon (Operator) and Mitsubishi Petroleum Development Corp.
Status: Exploration

14. INDIA
DOWNSTREAM:
i. Joint venture to import LPG at Haldia for marketing in East India. Also provides LPG terminalling service.
Partner: Indian Oil Corporation Ltd
Status: Operational

15. INDONESIA
UPSTREAM:
Exploration & Production:
i. Interest in Ketapang Block, offshore East Java
Partners: ConocoPhilips (Operator)
Status: Exploration
ii. Interest in Tanjung Aru Block, offshore Kalimantan
Partner: Amerada Hess (Operator) and PERTAMINA and Unocal
Status: Exploration

iii. Interest in Karapan Block, offshore East Java, through a joint venture company, PETRONAS Carigali RIMS Joint Operating Company Ltd.
Partner: RIMS Energy Karapan Ltd. Under joint operatorship
Status: Exploration

iv. Interest in Jabung Block, onshore South Sumatra
Partners: PetroChina (Operator) and PERTAMINA
Status: Exploration, development and production

v. Interest in Tanjung Jabung
Partner: Wirabuana Group
Status: Exploration

vi. Interest in Natuna Sea Block A
Partners: Kufpec, Premier (Operator) and Amerada Hess
Status: Production

vii. Interest in North East Madura Offshore Block IV
Status : Exploration

viii. Interest in Madura Offshore
Partners: Santos (Operator)
Status : Exploration and development

ix. Interest in Muriah Block
Status : Exploration

DOWNSTREAM:
Gas Pipeline Network
i. Interest in P.T. Transportasi Gas Indonesia (TGI) through a joint venture company, Transasia Pipeline Company Pvt. Ltd.
Partners: CONOCO Indonesia Holdings Ltd, SPC Indo-Pipeline Co. Ltd. and Talisman Transgasindo Ltd.
Status: TGI currently owns and operates two gas pipelines in Sumatra:
i. Grissik-Duri pipeline, which runs from the Corridor Block gas plant to the Duri Oil field.
ii. Grissik-Batam-Singapore pipeline, transporting gas from three gas plants -- Corridor Block, South Jambi B and Jabung Block -- to Singapore.

Product Retailing & Marketing
i. Marketing of petroleum products

16. IRAN
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Sirri A and E offshore oil fields.
Partners: Total. NIOC (operator)
Status: Production of oil started in 1998

ii. Interest in South Pars Gas Development project, phases 2 & 3.
Partners: Total (Operator), Gazprom
Status: Production of gas started in 2002

iii. Interest in Munir Block.
Partners: Edison International (Operator) and Lundin (Munir) Ltd.
Status: Exploration

17 . MAURITANIA
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Block 6 located northwest of Nouakchott.
Partners: Woodside Mauritania Pty Ltd (Operator), Hardman Resources Ltd, and ROC Oil.
Status: Exploration

18. MOROCCO
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Tiznit Block
Partners: Energy Africa (Operator), Taurus and ONAREP
Status: Exploration
ii. Interest in offshore Rabat-Sale Haut Mer Block
Partner: ONAREP
Status: Exploration

19. MOZAMBIQUE
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in offshore Zambezi Delta Block
Partner: Empresa Nacional de Hidrocarbonetos de Moçambique (ENH)
Status: Exploration

20. MYANMAR
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Yetagun Gas Project (Blocks M-12, M-13, M-14 and Taninthayi Pipeline Co LLC which operates a cross-border pipeline transporting gas from the Yetagun Gas field to Thailand).
Partners: Nippon Oil Exploration (Myanmar) Ltd, Petroleum Authority of Thailand E&P International and Myanmar Oil and Gas Enterprise
Status: Production started in 2000.
ii. Interest in Blocks M-15, M-16, M-17 and M-18, offshore southern Myanmar.
Status: Exploration

21. NIGER
UPSTREAM:
Exploration & Production
Interest in Agadem Block
Partner: ExxonMobil
Status: Exploration

22. PAKISTAN
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in onshore Mubarak Block, Sindh Province. Completed the construction of Rehmat Gas Plant which is now supplying processed gas to the pipeline and the refinery.
Partners: ENI and Government Holdings of Pakistan.
Status: Exploration and production

ii. Interest in onshore Mehar Block, Sindh/Balochistan provinces.
Partners: Orient Petroleum Inc (OPI), Zaver Petroleum and Government Holdings of Pakistan
Status: Exploration

23. PHILIPPINES
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Mindoro Block
Partners: Philippines National Oil Company (PNOC)
Status: Exploration

DOWNSTREAM:
i. Joint venture in Liquefied Petroleum Gas (LPG) terminalling, bottling and distribution in Mindanao.
Partners: Alcantara Consolidated Resources Inc and Masalingan Inc
Status: Operational

24. SOUTH AFRICA
DOWNSTREAM:
Refining & Product Retailing:
i. Interest in Engen Ltd.
Status: Engen owns and operates a refinery in Durban and has more than 1,250 service stations in Southern Africa.

25. SUDAN
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in Blocks 1, 2 and 4 through a joint venture company, Greater Nile Petroleum Operating Company Ltd (GNPOC).
Partners: China National Petroleum Corporation (CNPC), ONGC Videsh and Sudapet (Sudan's National Oil Company). Under joint operatorship.
Status: Production started in June 1999.

ii. Interest in Block 5A
Partners: OMV and Sudapet
Status: Exploration and development

iii. Interest in Block 5B
Partners: IPC Sudan Ltd, OMV and Sudapet
Status: Exploration

iv. Interest in Blocks 3 & 7 through a joint venture company, PETRODAR Operating Company Ltd.
Partners: CNPC, Sudapet, Gulf Petroleum Corp. (GPSC) and Al-Thani. Under joint operatorship.
Status: Exploration and development

v. Interest in Blocks 8
Partners: Sudapet and High Tech Group. Joint operatorship by PETRONAS Carigali Overseas and Sudapet.
Status: Exploration

DOWNSTREAM:
Product Retailing & Marketing
i. Operates service stations and markets petroleum products.

ii. Owns and operates bulk terminals, depots, aviation depots and bunkering facility.

26. SWITZERLAND
Engineering
Interest in Sauber PETRONAS Engineering AG
Partner: Sauber Motorsport AG
Status: Undertakes technical research and development activities in the field of automotive engineering technology. The company develops the engine for the Sauber PETRONAS Formula One Racing Team.

DOWNSTREAM:
Product Retailing & Marketing
i. Marketing of petroleum products

27. THAILAND
DOWNSTREAM:
Product Retailing & Marketing
i. Operates service stations and markets petroleum products.

28. TURKMENISTAN
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Production sharing contractor for Block 1, South Caspian Sea.
Status: Further exploration and development. Three discovered oil/gas fields in Apsheran Sill. Discovered oil and gas reserves in the Turkmen sector of the Caspian Sea through the East Livanov-2A well.

29. UNITED KINGDOM
DOWNSTREAM:
LNG Terminal
i. Interest in Dragon LNG
Partners: BG Group and Petroplus
Status: Development of LNG terminal and related facilities in Milford Haven, Wales. The terminal is scheduled to start operation by 2007.

30. VIETNAM
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Operates offshore Blocks 01 and 02
Partner: PetroVietnam Exploration & Production Company (PVEP)
Status: Developing Ruby, Emerald and Topaz oil fields. The Ruby field started production in late 1998.

ii. Interest in Blocks 10 and 11.1 through a joint venture company, Con Son Joint Operating Company.
Partners: PetroVietnam Investment and Development Company (PIDC) and PERTAMINA. Under joint operatorship.
Status: Exploration

iii. Interest in Block 46-Cai Nuoc
Partners: Talisman (Operator) and PIDC
Status: Exploration, development and production

iv. Interest in Block 46/02 through a joint venture company, Truong Son Joint Operating Company.
Partners: PVEP and Talisman Vietnam Ltd. Under joint operatorship.
Status: Exploration

v. Interest in Blocks 01/97 and 02/97 through a joint venture company, Lam Son Joint Operating Company.
Partners: PVEP. Under joint operatorship.
Status: Exploration

vi. Interest in Blocks 102 & 106
Partners: ATI Petroleum Inc (ATIP), PIDC and SPC Vietnam (Blocks 102/106) Co. Ltd. (SPV)
Status: Exploration

DOWNSTREAM:
i. Joint venture in LPG terminalling, bottling and distribution - Thang Long LPG JV Co.
Partner: PetroVietnam Gas Corp
Status: Operational

Petrochemicals
i. Interest in a polyvinyl chloride plant in Vung Tau under a joint venture company, Phu My Plastics and Chemicals Co. Ltd. (PMPC).
Partners: PetroVietnam Gas Corp and Tramatsuco
Status: Operational

31. YEMEN
UPSTREAM:
Exploration & Production
i. Interest in onshore Block 52
Partners: Ansan Wikfs and Yemen Corp
Status: Exploration


Hampir 31 negara yang dijadikan tempat oleh Petronas untuk mencari hasil petroleum dan gas ! Hasil itu akan di'import' ke Malaysia. Namun apa yang diimport itu adalah apa yang dimiliki Malaysia !

Pandangan Untuk Isu (3).

Najib menyatakan dalam temubual semalam bahawa

"Presiden Petronas (Tan Sri Mohd Hassan Marican), berkata kemungkinan menjelang tahun 2010, maknanya dalam masa 4 tahun lagi kalau trend penggunaan petrol dalam negara terus meningkat ,kita akan menjadi net importer"
Seperti yang saya nyatakan tadi kita import apa yang telah kita korek hasil petroleum dan gas dari 31 buah negara yang telah saya nyatakan tadi.

Ini ditambah lagi, Malaysia bakal mengeluarkan biodiesel secara rasmi pada tahun depan. Jadi apa salahnya memfokuskan kepada teknologi biodiesel jika benarlah ia akan dihasilkan oleh Malaysia. Malah kereta proton juga perlu difokuskan kepada enjin yang mesra biodiesel ataupun Malaysia tidak yakin dengan pasaran biodiesel di dunia ?

"Kamon Najib, tak boleh fikir secara alternatif ke..?"
SILA LAWATI: http://amirulreza.blogdrive.com

Sekian.

Kiriman: amirulreza (amirulreza.2ya.com)
email: avicenna@kelatedaily.net

Thursday, March 02, 2006

ABIM: Kawal Kesan Negatif Kenaikan Harga Minyak

Kuala Lumpur, 1 Mac 2006 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), seperti juga kami yakin sebahagian besar rakyat Malaysia yang lain, merasa terkejut, kesal dan terkilan dengan kenaikan mendadak harga yang diumumkan malam tadi. Sudah tentu keputusan ini akan disusuli perbahasan pro dan kontra dengan pelbagai angka, statistik, perangkaan, jadual perbandingan dan sebagainya, demi mempertahankan atau membantah tindakan ini. ABIM hanya berharap, dalam kehangatan perbahasan tentang isu ini nanti beberapa persoalan pokok yang begitu penting dan sangat dekat dihati rakyat dan pengguna akan terjawab dengan memuaskan. Persoalan-persoalan tersebut termasuk:

1. Pihak manakah yang lebih bersedia menanggung beban kenaikan harga minyak di pasaran antarabangsa juga beban belanjawan kewangan defisit Negara sejak beberapa tahun ini? Kerajaan atau rakyat? Adakah belanjawan negara sudah sampai ke tahap begitu kritikal sehingga beban ini dipindahkan pada kadar yang begitu tinggi dan mendadak kepada rakyat? Bukankah kita sebagai Negara pengeluar minyak bukan hanya menanggung kesan negatif tetapi juga kesan positif kenaikan harga minyak? Adakah rakyat cukup kuat dan mampu memikul beban pada kadar tersebut?

2. Adakah perbendaharaan dan belanjawan Negara tidak mampu menghadapi kenaikan harga minyak kerana perbelanjaan luar kawal atau kurang berhemah kita sebelum ini? Adakah ini termasuk proses membayar balik harga segala projek-projek mega serta beberapa perbelanjaan kurang berhemah sebelum ini? Jika ini benar, bukankah pihak kerajaanlah yang lebih bertanggungjawab di atas keputusan-keputusan tersebut? Bukankah pihak kerajaanlah yang sepatutnya lebih banyak membayar harga polisi kewangan yang diputuskan oleh kerajaan sendiri?

3. Rakyat bersedia dan telahpun beberapa kali tabah menerima kenaikan harga minyak akibat potongan subsidi baru-baru ini. Tetapi bukankah ada batas dan kadar yang munasabah yang patut ditanggung oleh rakyat? Kadar kenaikan yang begitu mendadak ini wajarkah terus ditanggung rakyat? Adakah pendapatan rakyat turut meningkat pada kadar yang sebanding dalam tempoh yang sama?

4. Antara alasan yang diberikan untuk memotong subsidi agar ianya dapat disalurkan kepada projek pembangunan dan meningkatkan sistem pengangkutan awam yang ada. Soalnya, bukankah kerajaan yang telah memilih polisi menggalakkan penggunaan dan pemilikan kereta individu selama ini? Termasuklah dengan mendokong kuat industri kereta nasional? Apakah sekarang kita betul-betul serius mahu mengutamakan pengangkutan awam? Jika betul itu sikap kita, sekali lagi wajarkah rakyat yang perlu menanggung beban perubahan dasar ini pada kadar yang terlalu tinggi?

5. Seperti sebelumnya kita dipujuk dengan perbandingan harga dengan beberapa Negara jiran. Soalnya, adakah situasi kita sama dengan mereka? Bukankah mereka lebih teruk terkesan oleh krisis kewangan berbanding kita? Bukankan kita lebih berjaya mengharusi krisis tersebut dan sepatutnya berada dalam kedudukan yang lebih baik? Di sudut lain, adakah rakyat mereka juga mendokong industri kereta nasional hingga menanggung harga kereta yang tinggi seperti kita?ABIM menggesa persoalan-persoalan asasi diatas mendapat tanggapan sewajarnya oleh semua pihak terutama pihak kerajaan. Jika hakikatnya di akhir segala perbahasan pro dan kontra isu ini, persoalan-persoalan ini tidak mendapat penjelasan yang benar-benar memuaskan, maka ABIM memohon agar keputusan menaikkan harga minyak yang diumumkan malam tadi dikaji semula.

Walau bagaimanapun jika jika apa sebab sekalipun kenaikan ini tetap dikekalkan, ABIM menggesa agar adalah sangat perlu beberapa langkah tambahan diambil untuk mengawal kesan-kesan negatif kepada rakyat terbanyak. Selain daripada langkah kawalan harga barangan lain yang lebih ketat, ABIM juga mencadangkan agar suatu sistem subsidi harga khas diperkenalkan bagi kategori pengguna yang memerlukan.

ABIM berpendapat dalam mengurus ekonomi Negara, kepentingan dan kebajikan rakyat terbanyak khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang merupakan kelompok terbesar, perlu sentiasa diberi keutamaan dan diberatkan.

YUSRI MOHAMAD
Presiden ABIM

Sekretariat ABIM Pusat
Anjung Rahmat Batu 6,
Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel: 603-6188 0300 / Fax: 603-6189 6700 abim@po.jaring.my - sap@abim.org.my - www.abim.org.my

Wednesday, March 01, 2006

Angkatan Muda bantah kenaikan harga minyak

Kenaikan harga minyak akan mengakibatkan ketidakseimbangan individu di Malaysia bertambah teruk. Kami beri PM Malaysia 7 hari untuk memperbetulkan keadaan.


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (Angkatan Muda) membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga petrol sebanyak 30 sen oleh kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Kenaikan ini pastinya akan memberikan impak yang teruk kepada majoriti rakyat Malaysia khususnya yang berpendapatan sederhana dan rendah.



Angkatan Muda ingin menegaskan bahawa kenaikan ini adalah tidak perlu sama sekali memandangkan pada ketika ini harga minyak setong telah pun stabil pada harga USD 61 dan kedudukan harga ini berlaku semenjak tahun 2005. Sepanjang tahun 2005, kenaikan harga minyak telah berlaku dari 1.10 ke 1.60 dan sekarang 1.90.

Kenaikan bayaran cukai tanah, air dan pada bulan Mac yang akan datang, kenaikan kadar elektrik, di tambah pula dengan kenaikan harga minyak adalah ramuan-ramuan yang jelas akan membebankan rakyat. Apa yang menyedihkan lagi, kenaikan gaji yang diumumkan khususnya kepada kakitangan kerajaan adalah tidak seimbang sama sekali dengan pelbagai kenaikan secara serentak.


Musibah seperti ini akan mengakibatkan keadaan ketidakseimbangan individu [individual inequality] di Malaysia bertambah teruk. Menurut laporan Laporan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [UNDP], kedudukan Malaysia dari aspek ketidakseimbangan individu adalah yang kedua parah di negara Asia selepas negara Papua New Guinea. Selain dari Papua New Guinea, negara-negara lain yang parah keadaan ketidakseimbangan individu ialah negara-negara di Amerika Selatan dan Afrika seperti Zimbabwe dan Afrika Selatan.



Angkatan Muda memberikan masa selama 7 hari kepada Perdana Menteri Abdullah untuk segera bertindak membendung kenaikan harga minyak ini. Sekiranya beliau gagal, Angkatan Muda bersama-sama dengan seluruh kelompok masyarakat akan menggerakkan kuasa rakyat bagi membantah kenaikan ini diseluruh negara. Angkatan Muda akan mula bertindak pada 3 Mac 2006 ini di hadapan KLCC.



Selamatkan Rakyat !



Shamsul Iskandar Mohd Akin
Naib Ketua, Angkatan Muda Keadilan Malaysia