Lawan Tetap Lawan!
Pilihanraya Kecil N11 Ijok sudahpun berakhir dengan kekalahan berpihak kepada calon KeADILan, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim di tangan Cikgu Parthiban. Jika dilihat dari kedua-dua nama ini, saya yakin kebanyakan pengundi di Ijok sememangnya telah tersilap pilih wakil rakyat mereka. Mereka telah memilih seorang yang bakal dicucuk hidungnya oleh Khir Toyo & Samy Vellu.
TV3, media rasmi Barisan Nasional telah menghantar Teynmoli Subramaniam sebagai tukang kempen bagi Cikgu Parthiban. Setiap hari, saya berasa loya mendengar meenachi ini bercakap tentang pembangunan. Pembangunan demi pembangunan yang kononnya dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Tiada isu lain untuk didendangkan.
Meenachi ini tidak pula membuat temu bual kepada Najib meminta penjelasan mengenai isu komisen kapal selam & jet Sukhoi. Meenachi ini tidak pula menjelaskan kepada rakyat mengenai skandal rasuah Khir Toyo yang telah didedahkan oleh Ahmad Lutfi Othman. Apa punya wartawan daa¡K langsung tiada prinsip. Inilah salah satu contoh wartawan sampah sarap yang lahir hasil didikan media sampah sarap bernama TV3.
Ia bermaksud semua peruntukan pembangunan kepada rakyat Ijok adalah ihsan Kerajaan Barisan Nasional. Semua duit ini adalah dari Kerajaan Barisan Nasional. Sedarkah anda semua bahawa duit - duit kerajaan adalah hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat? Sedarkah anda semua bahawa pembangunan adalah hak rakyat dan kita tidak perlu terhutang budi dengan kerajaan rasuah pimpinan Khir Toyo ini?
Sedarkah anda bahawa duit RM 36 juta yang dijanjikan itu adalah hasil jerih perih rakyat membayar cukai, dan ia bukanlah duit cukai dari penyokong Barisan Nasional semata - mata! Jika benar bahawa Barisan Nasional sahaja yang mampu membekalkan pembangunan, maka buatlah satu rang undang-undang 'tax exemption' untuk semua penyokong keADILan, DAP, PAS, Parti Sosialis dan NGO - NGO pro pembangkang.
Ironinya Ijok bukanlah kawasan yang maju dan pesat membangun. Ijok senasib dengan daerah - daerah lain seperti Kuala Selangor, Tanjung Karang & Sabak Bernam yang dipencilkan dari pembangunan material. Ijok sebuah kawasan yang mundur dari segi taraf hidup dan sosial. Ijok juga menyaksikan rata - rata warganya dibelenggu minda mereka dari membuat perubahan, terutamanya kaum India. Salah satu faktor kekalahan keADILan adalah kerana ia tidak mendapat undi kaum India, di samping undi Melayu yang berbelah bahagi.
Walaubagaimanapun, swing undi dari kaum Cina yang lebih terbuka minda mereka telah membantu keADILan untuk meningkatkan jumlah undi berbanding tahun 2004 lalu.
SUNGAI DARAH
2004: BN 629; KeADILan 144
2007: BN 730; KeADILan 192
BATANG BERJUNTAI
2004: BN 1,447; KeADILAN 658
2007: BN 1,486; KeADILan 979
2007: BN 1,025; KeADILan 641 (Berjuntai Bestari Utara)
2007: BN 461; KeADILan 338 (Berjuntai Bestari Selatan)
JAYA SETIA
2004: BN 417; KeADILAN 458
2007: BN 618; KeADILan 327
BUKIT BADONG
2004: BN 609; KeADILAN 868
2007: BN 838; KeADILan 826
KAMPUNG IJOK
2004: BN 280; KeADILAN 547
2007: BN 376; KeADILan 492
PEKAN IJOK
2004: BN 761; KeADILAN 306
2007: BN 605; KeADILan 624
SIMPANG IJOK
2004: BN 466; KeADILAN 472
2007: BN 529; KeADILan 490
TUAN MEE
2004: BN 594; KeADILAN 116
2007: BN 665; KeADILan 145
Sumber: Screenshots
Apa - apapun, pilihanraya kecil Ijok menyerlahkan satu petanda kepada kita semua. Untuk pilihanraya umum ke 12 ini, BN akan menggunakan senjata yang sama ketika mereka menumbangkan kerajaan PAS Terengganu pada tahun 2004 yang lalu.
Jika kita fikirkan kembali, senario di Ijok adalah sama seperti di Terengganu, di mana undi pembangkang tidak merosot, tetapi undi BN tiba - tiba meningkat dengan mendadak. Peratus keluar mengundi tiba - tiba meningkat sehingga mencapai 80 - 90%. Maka terjadilah keadaan di mana kedua-dua pihak mendapat peningkatan undi. Dan semestinya BN mendapat lebih banyak majoriti.
Ini semua bukanlah undi dari manusia sahaja, terdapat hantu - hantu pocong yang dikerah untuk meningkatkan undi BN. Pembangkang sukar untuk mengesan undi - undi dari hantu ini kerana mereka tidak mengganggu, mengacau atau memutar belitkan undi yang berpihak kepada pembangkang.
Dibantu pula dengan rasuah undi yang berleluasa, di mana perasuah BN mendakwa boleh mengesan undi yang dipangkah oleh seseorang, maka keputusan di Ijok ini memberikan satu petanda betapa gagalnya amalan demokrasi di Malaysia ini.
Namun, kita wajar memberikan sanjungan tahniah kepada Tan Sri Khalid dan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang bertungkus lumus menjelaskan pelbagai isu semasa yang dikaburkan oleh rakan - rakan Teynmoli Subramaniam di TV3 dan media - media cetak arus perdana. Kita percaya rakyat satu hari nanti akan membuka mata hati untuk mengubah mandat pemerintahan negara.
Isu - isu yang dibangkitkan oleh Anwar adalah isu - isu rakyat yang mendedahkan kebobrokan BN dalam menguruskan duit negara. Isu - isu kepedulian rakyat dibangkitkan bagi membuktikan betapa pembangkang lebih layak menerajui negara ini berbandiing kerajaan Pro - Rasuah yang dipimpin oleh Khairy¡K ooops Abdullah Ahmad Badawi.
Dan sepatah kata buat Anwar, Khalid dan seluruh pendokong reformasi:-
"Lawan Tetap Lawan!"
Tinta Tun Adil
30.04.2007
0 Comments:
Post a Comment
<< Home