SepangOnline

Saturday, May 26, 2007

Wan Azizah Kekal Presiden KeADILan

 Seremban - Presiden Keadilan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menang tanpa bertanding selepas Penasihat Parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang lagi calon Presiden, Abdul Rahman Othman menarik diri.

Sebelum itu Anwar berucap memberikan penerangan bahawa beliau tidak boleh bertanding kerana sekatan Pendaftar Pertubuhan (ROS). Persidangan Kongres pada kali ini diwarnai dengan pelbagai reaksi daripada perwakilan terhadap keputusan yang telah diambil oleh Anwar berhubung tindakan beliau untuk menarik diri daripada bertanding jawatan Presiden parti dalam agenda pemilihan Kongres Ke-4 di Seremban ini.

Dalam ucapan sebelum itu, Anwar telah meminta para perwakilan supaya mengundi Wan Azizah bagi mengekalkan jawatan presiden berikutan keputusan ROS menolak permohonnaya bertanding jawatan tersebut.

Ketika berucap menjawab reaksi para perwakilan terhadap ucapannya sebelum ini, Anwar berkata, parti akan mengikut prosedur dan undang-undang dalam berdepan dengan ROS.

Oleh itu, katanya, pihaknya telah mengemukakan rayuan kepada Menteri berkenaan dan kemudiannya membawa perkara itu ke Mahkamah untuk semakan Kehakiman.

Jika usaha itu berjaya, Anwar berkata, parti akan memanggil satu Mesyuarat Agung khas selepas itu.

"Kalau saudara pilih saya untuk terus memimpin, Insya Allah saya akan pimpin, tetapi kita kena ikut peraturan dan undang-undang. Maka (bagi jawatan) Presiden, kita kena beri laluan kepada (Wan) Azizah." - Suara Keadilan

0 Comments:

Post a Comment

<< Home