SepangOnline

Wednesday, November 30, 2005

Kukuhkan ukhuwah teruskan agenda reformasi kata Azizah

Oleh Zulkifli Mohamed

BUKIT MERTAJAM: Datin Seri Dr Wan Azizah berkata kehadiran orang ramai pelbagai kaum ke majlis rumah terbuka Aidil Fitrinya bersama Datuk Seri Anwar mencerminkan semangat kekeluargaan yang semakin kukuh di kalangan rakyat negara ini bagi meneruskan agenda reformasi.

“Saya dapat merasakan semangat ukhuwah kekeluargaan sesama kita semakin terjalin kukuh bagi meneruskan agenda reformasi,” katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Sehubungan itu, katanya semangat sebegini perlu dipertingkat dan diperkukuhkan lagi.

Rumah terbuka Aidil Fitri di Cherok Tokkun, 25 November lalu dibanjiri lebih 25 ribu dari kalangan pelbagai kaum.

Orang ramai mula berpusu-pusu seawal jam 2 petang bagi mengambil kesempatan bersalaman dengan Anwar dan Azizah serta menjamu selera dengan pelbagai juadah.

Azizah yang ditemui pada majlis itu berkata pada tahun ini beliau berasa agak kesunyian kerana terpaksa menyambut 1 Syawal di perantauan bersama keluarganya.

“Tetapi apabila balik ke Malaysia, saya gembira apabila melihat ramai yang datang ke majlis ini,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri para pemimpin Umno/BN, antaranya bekas Setiausaha dan Ketua Penerangan Umno Permatang Pauh, Salahahudin Abdul Hamid yang turut menyerahkan borang menyertai Keadilan kepada Anwar.

Turut hadir Exco Kerajaan Pulau Pinang, Dr Toh Kim Woon, Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Datuk Zahrain Hashim, Ahli MPT Dr Mansor Osman, Ketua Angkatan Muda Ezam Mohd Noor, dan bekas Ahli Parlimen Baling Ustaz Taib Azamudin.

Sebelum itu, sebelah pagi mereka berdua meluangkan masa kira-kira dua jam pada majlis yang sama di Butterworth.

Polis Gengster Berlesen: Bekas Mangsa Wanita

Zulkifli Mohamad

PULAU PINANG - “Mereka tu umpama gengster berlesen,” demikian luahan seorang peniaga yang pernah menjadi mangsa deraan seksual ketika dalam lokap polis lima tahun lalu.

“Saya berkata begitu kerana laporan saya kepada pihak berkuasa tentang perbuatan yang tidak berperikemanusiaan itu langsung tidak diendahkan, anggota polis itu pun tidak dikenakan apa-apa tindakan, ” demikian kata Norazimah Mohd Nor, 30, yang ditemui ketika sedang berniaga di rumah terbuka Aidil Fitri Datuk Seri Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah, di sini, Jumaat.

Lebih mendukacitakan, dakwanya Datuk Sharizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga pernah berkata itulah hukuman setimpal ke atasnya kerana menyokong gerakan reformasi.

Menurutnya, kejadian berlaku pada 4 November 2000 apabila dia ditahan polis ketika sedang menyiapkan gerai perniagaannya untuk ‘Perhimpunan 100,000 Rakyat di Kesas’ pada 5 November.

“Polis merampas semua barangan perniagaan, termasuk kad pengenalan dan telefon bimbit saya,” jelasnya yang lebih dikenali sebagai Nora.

Katanya pihak polis mendesaknya dan tidak berhenti menyoalnya kerana mahukan jawapan kenapa dia terlibat dalam gerakan reformasi.

Kata Nora, kerana tidak berpuashati dengan penjelasannya pihak polis memaksanya berbogel dan melakukan tekan tubi.

“Saya dipaksa berbogel dan melakukan ‘pumping’ sebanyak sepuluh kali di atas pangkin di dalam lokap di depan tahanan lain,” jelasnya.

Polis juga mengugut akan menarik balik rumah pangsa rakyat yang disewanya, tambahnya.

Menurut Nora, beliau tidak dapat menolak arahan polis walaupun perbuatan itu cukup memalukan dan menjatuhkan maruahnya sebagai wanita Islam.

Dia kemudiannya dibebaskan seminggu kemudian.

Berikutan itu dia membuat laporan dan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( Suhakam ), namun sehingga kini tiada perkembangan positif.

Menurut Nora, kejadian sama yang menimpa wanita warga China baru-baru ini, membuktikan bahawa kejadian seumpama itu sememangnya berlaku.

“Sewaktu saya dedahkan dulu, mereka tidak percaya sebab mereka kata saya reformis, tapi sekarang apabila berlaku kepada warga China barulah mereka percaya,” jelasnya.

“Hanya mereka yang pernah melalui kezaliman polis ini akan merasainya, saya dapat rasakan apa yang dirasai warga China itu,” katanya.

Menurutnya jika kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi tidak bertegas dalam hal ini, perbuatan salahguna kuasa polis akan berulang lagi.

Penduduk Iban Sambut Anwar

Tony Thien (Malaysiakini)

KUCHING - Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kempen gabungan parti-parti pembangkang Sarawak Isnin lalu dengan mengunjungi rumah panjang Aping Dadak di Sri Aman.

Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 1,500 penduduk Iban mengajak para pengundi menamatkan pemerintahan 24 tahun Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam pilihanraya negeri akan datang.

Ini adalah kempen politik kedua Anwar sejak dibebaskan dari penjara tahun lalu. Malam Sabtu lalu beliau berucap di hadapan kira-kira 10,000 penduduk Pasir Mas, Kelantan bagi membantu calon PAS yang bertanding dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

“Masa untuk menukar kerajaan sudah tiba,” katanya kepada perhimpunan yang dihadiri oleh sebahagian besarnya ahli Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang telah dibubarkan.

Rumah panjang Aping Dadak terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuching.

“Cukuplah kita membiarkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa berleluasa,” kata Anwar. Hadir sama ialah Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali; Setiausaha Agungnya, Datuk Kamarul Ariffin dan Ketua perhubungan Keadilan Sarawak, Wan Zainal Abidin.

Barisan alternatif

Bekas Timbalan Presiden Umno itu juga berkata, kini wujud alternatif yang berwibawa untuk menggantikan Barisan Nasional kerana ramai pemimpin dan ahlinya berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan.

Dalam ucapannya selama 45 minit itu, Anwar turut membidas Ketua Menteri Sarawak. Kelantangannya menerima tepukan hadirin yang memenuhi rumah panjang 22 bilik itu.

Turut hadir ialah bekas Timbalan Ketua Menteri yang juga bekas Presiden PBDS, Daniel Tajem; Presiden Snap, Edwin Dundand dan Presiden penaja parti baru, Kongres Dayak Malaysia (MDC), Nicholas Bawin dan Ketua rumah panjang, Christopher Ambu.

Anwar juga menjawab kritikan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Alfred Jabu yang menyifatkan kunjungannya ke Sarawak sebagai “pergi berkelah di rumah panjang”.

Sambil menyifatkan Jabu hanya “seekor cicak” dan dirinya “seekor naga”, Anwar mengingatkan Jabu dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) supaya berhati-hati kerana jumlah kehadiran yang besar di majlis itu menunjukkan aspirasi orang Dayak.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga memberitahu, dalam satu mesyuarat Bank Dunia yang dihadirinya baru-baru ini, telah dibentangkan indeks kemiskinan Malaysia dan sebahagian besar daripada sejuta rakyat negara ini yang dikategorikan sebagai miskin tegar, adalah orang Dayak dan pribumi di Sabah.

"Sarawak negeri yang kaya, pemimpin-pemimpinnya kaya-raya tetapi rakyatnya miskin,” tegas Anwar.

Selepas majlis di rumah panjang itu, Anwar kembali ke Kuching untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin Keadilan Sarawak dan Snap bagi membincangkan strategi pilihanraya dan pembahagian kerusi.

Anwar juga mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Melayu dan China di ibunegeri Sarawak itu.

Beliau kemudiannya memberitahu media bahawa beliau akan mengadakan perjumpaan dengan pemimpin DAP dan PAS Sarawak bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama dalam membentuk agenda tunggal pilihanraya.

Tuesday, November 29, 2005

Ribuan hadir ceramah Anwar

Masih mempamerkan karisma dan tarikan kepada orang ramai

Oleh Reme Ahmad
Straits Times

Bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menunjukkan dia masih ada karisma walaupun sudah tujuh tahun tidak berkempen dalam pilihan raya.

Di bandar Pasir Mas pada malam Ahad, dia telah bersama dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS), yang kini menghadapi pertandingan sengit bagi mengekalkan kerusi di Pengkalan Pasir.

Orang yang berkumpul kira-kira 10,000 orang di stadium terpaku dengan ceramah yang sejam lamanya. Dia menggenggam tangannya dan berseloroh, para hadirin menyambutnya dengan tepukan dan laungan ”Allahu Akbar”.

“Mesej kita malam ini ialah bersikap adil kepada orang Islam dan bukan Islam. Keadilan bagi Melayu, Cina dan India,” kata Datuk Seri Anwar dalam kempen politiknya yang pertama sejak dia dipecat dari segala jawatan politiknya pada September 1998.

Ia juga menandakan kali pertama dia berkempen bagi pihak pembangkang sejak 1982, bila, dia seorang pemuda yang terkenal lantang memasuki Umno.

Tujuh tahun lepas, dia merupakan orang nombor 2 dalam Umno dan wira ketuanan Melayu. Sejak dipecat, dia telah berkempen untuk perubahan dalam kerajaan dan keadilan bagi semua rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar, 58, telah dibebaskan dari penjara selepas mahkamah menolak tuduhan liwat ke atasnya. Dia telah menjalani hukuman penjara selama enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan liwat.

Pada Ahad lalu, dia telah bersama dengan pemimpin PAS dan Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat.

Isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, presiden Parti Keadilan Rakyat ialah rakan dalam Barisan Alternatif.

PAS sedang menghadapi pertandingan sengit dengan Umno selepas ADUN PAS meninggal dunia. Calon ketiga dalam pilihan raya kecil tersebut, calon bebas Datuk Ibrahim Ali, secara tidak rasmi bersama dengan parti PAS.

Dengan sebuah kerusi kosong, PAS berkuasa di Dewan Undangan Ngeri Kelantan dengan 23 kerusi, sementara BN mempunyai 21 kerusi. Jika PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 6 Disember nanti, ia akan hanya mempunyai 23 kerusi berbanding 22 kerusi milik BN.

Dalam ceramahnya, Datuk Seri Anwar berkata bahawa isu-isu tempatan penting, pengundi-pengundi juga mesti sedar yang isu-isu nasional yang telah lama telah tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Umno yang sibuk berkempen di situ.

Dia mendakwa yang kontroversi wanita warga China yang disuruh berbogel ketika dalam tahanan polis ialah sebahagian dari salahguna kuasa yang lebih besar oleh polis, yang dia salahkan pada kerajaan yang korup.

Dia juga membangkitkan isu mengenai kerugian besar oleh Bank Islam dan kontroversi pemberian AP bagi kereta-kereta import.

Dia telah terbang ke Sarawak semalam untuk bercakap dalam perjumpaan pembangkang sebelum terbang balik ke Washington, di mana dia bekerja di sebuah universiti.

Pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri Sarawak dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Walaupun tidak mendapat liputan dalam media, sebaliknya dia bercakap kepada wartawan asing, memberitahu mereka yang dia sedang mula kembali ke kempen politik.

“Terdapat perbezaan besar antara tulisan akademik dan berkempen….saya mahu jelaskan kepada orang ramai bahawa ketidakadilan dan kekejaman terkesan pada rakyat yang di bawah,” jelasnya.

Lebih 1,000 Ahli MCA akan Sertai Keadilan

Mohd Sabri Said (Harakahdaily)

BUKIT MERTAJAM - Kira-kira 1,000 orang ahli parti MCA Bahagian Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Nibung Tebal dijangka keluar beramai-ramai menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam masa terdekat.

Demikian kata, bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng sewaktu majlis ramah mesra sempena rumah terbuka Dato' Seri Anwar Ibrahim di Ceruk To' Kun baru-baru ini.

Menurutnya, kebanyakan ahli MCA sudah bosan dengan kepimpinan parti itu yang hanya mementingkan diri daripada menjagai kebajikan ahli keseluruhannya.

"Kira-kira 1,000 orang ahli MCA di 21 cawangan di bahagian Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Batu Kawan dan Nibung Tebal akan menyertai Keadilan secara beramai-ramai tidak lama lagi," ujarnya.

Terutamanya, kepimpinan MCA sengaja merelakan kewujudan undi hantu yang nyata memberi kelebihan kepada mereka ketika berlaku pertandingan dalam bahagian.

Sedangkan bukan demokratik katanya, jika membiarkan pengundi hantu yang boleh membantu mengatasi lawan di dalam sesuatu pertandingan sengit.

"Kes membawa isu pengundi hantu ke mahkamah di bahagian MCA Bukit Mertajam membuatkan tujuh orang kami dipecat. Kita bukan mencabar kepimpinan membuta tuli sebaliknya ada fakta bahawa mereka tidak layak menerajui MCA, " tegasnya.

MCA tidak memerlukan kepimpinan yang 'bisu dan pekak' sambung Tony Peh, kerana sikap sedemikian boleh menghancurkan parti.

Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin mereka kena dengar cakap orang bawahan sekiranya pandangan itu logik dan berkesan.

"Parti boleh hancur binasa jika kepimpinan tidak jujur dan amanah. Bak kata perpatah orang Cina 'mereka mahu menutup langit dengan sehelai rambut', " tambah beliau di hadapan penasihat Keadilan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Selain Anwar hadir sama dalam pertemuan singat itu ialah Presiden Keadilan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri, Cheah Kah Peng dan Setiausaha Keadilan Negeri, Haji Malek Kassim.

Sementara itu, Dato' Seri Anwar dalam ucapannya memuji langkah yang dilaksanakan oleh ahli MCA kerana berani membuat perubahan sehingga mereka diketepikan.

Dipecat, jelas mantan Timbalan Perdana Menteri itu, tidak boleh mematahkan semangat perjuangan sebaliknya cari kekuatan baru dengan menyertai Keadilan kerana Keadilan tetap menerima mereka sebagai ahli parti jika menepati syarat-syarat yang sedia ada.

"Tunggu apa lagi sertailah PKR kerana perjuangan kita memerlukan kekuatan bersama Barisan Alternatif (BA) untuk berhadapan dengan jentera Barisan Nasional (BN)," terangnya.

Sunday, November 27, 2005

MEDIA GERAK

Republish:
Mahathir, Abramoff and Bush

--------------------------------------------------------------------------------

NOTE: THE ARTICLE BELOW IS POSTED AGAIN AT THE REQUEST OF THOSE WHO HAVE BEEN FOLLOWING CLOSELY THE SCANDAL INVOLVING JACK ABRAMOFF AND A NUMBER OF SENIOR POLITICIANS AND OFFICIALS IN THE US.

THE SAME ABRAMOFF WAS PAID SUBSTANTIALLY TO ARRANGE FOR A MEETING BETWEEN THEN MALAYSIAN PRIME MINISTER, TUN DR MAHATHIR MOHAMAD AND PRESIDENT BUSH. UNTIL NOW THERE HAS BEEN NO EXPLANATION ABOUT THE ALLEGED PAYMENT, ALTHOUGH IT WAS MADE BY THOSE CLOSE TO THE MALAYSIAN GOVERNMENT.
--------------------------------------------------------------------------------



PM MUST EXPLAIN PAYMENT TO HERITAGE FOUNDATION
WHAT ROLES DID MAHATHIR, DAIM AND MEGAT JUNID PLAY?

Three months have passed since Washington Post, in an article “Think Tank’s Ideas Shifted As Malaysia Ties Grew”, dated 17 April 2005, exposed that the Malaysian Government paid the Heritage Foundation to lobby for a meeting between President George Bush with the then Malaysian Premier, Datuk Seri (now Tun) Dr Mahathir Mohamad.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi has several times been called upon to explain, but he has chosen to remain silent. Recently, some new additional information have surfaced in connection with Jack Abramoff, who, according to the Washington Post was “a former Republican lobbying powerhouse ……indirectly paid by the government of Malaysia”.

To be more precise, “the Embassy of Malaysia gave AIC a check for US$300,000 dated March 6, 2002”. (In Malaysian currency the amount is equivalent to RM1.14 million.) AIC, the acronym for American International Center, was “a front created in part to hide Abramoff’s representation of Malaysia”. It has now come to light that the AIC, which was set up at Rehoboth Beach by Michael Scanlon, an associate of Abramoff, is a fraud.

Rehoboth Beach, Delaware, is a resort town on the Atlantic Ocean, about an hour or so from Washington DC. When the Washington Post investigated, it found that the building was actually a beach house, and the only staff that manned this “international think tank” was a “former lifeguard and a yoga instructor”.

Indeed it is a great wonder why the Malaysian Embassy sent an official check of $300,000 to the AIC. But, it is interesting to note that the highest officer at the Embassy at that time was a brother-in-law of ex-Finance Minister Tun Daim, one Dato’ Ghazali.

According to an article entitled “Abramoff’s Duo Quits US”, published in the The Hill Newspaper of 13 July 2005, “Abramoff and ……Michael Scanlon are the target of the Justice Department probe and two Senate investigations into allegations that they bilked (Indian gaming) tribes of more than US$60 million. A federal grand jury has been convened to consider possible criminal charges in the matter.”

How could any Malaysian public leader be involved with such dubious character?

The story of Abramoff started with the Malaysian efforts to win over public opinion in the US and to open the way for a meeting between then Malaysian PM with the US President. After the economic downturn and the detention of ex-Deputy PM Anwar Ibrahim together with a number of others in 1998, Malaysia was strongly criticized by the media and civil society the world over, especially in the US, for her human rights records.

The conservative Heritage Foundation joined the chorus against Malaysia, when in a 1998 paper it called upon the Clinton administration to “be prepared to speak out strongly against Mahathir’s actions”. In February 1999, the president of Heritage, Edwin J. Fuelner, praised Vice President Gore for making “an impressive defense of freedom in Malaysia”.

Things changed after the 9/11 attacks in 2001. The well-known anti-West Mahathir suddenly offered to “cooperate with the US in the war against terrorism” and stepped up military cooperation by allowing more “US overflights and jungle-training programs”. In 2002, Heritage hosted speeches by then DPM Abdullah Badawi and Defence Minister Najib Razak on ways to strengthen US-Malaysia friendship and defence cooperation.

As explained in the Washington Post article, this happened at the same time as the Heritage president co-founded a firm called the Belle Haven Consultants, which retained his wife, Linda Fuelner, as “senior adviser”. Belle Haven hired Alexander Strategy Group, a Washington lobby firm run by a former chief of staff of the House Majority Leader Tom DeLay, to help represent Malaysian clients. Abramoff was close to DeLay and the Alexander Strategy Group lobbyists.

It is most instructive to learn from records of the US Senate that Malaysian client for Belle Haven Consultants is listed as PK Baru Energy Sdn Bhd, 12-4 Level 12, East Wing, Rohas Perkasa, No 8 Jalan Perak, KL 50450. It is believed that the company was owned by Tan Sri Megat Junid..

Megat Junid was a minister in Mahathir’s cabinet and always took pride in the claim that he enjoyed special relationship with the former PM. Interestingly, Megat Junid was head of the US-Malaysia Exchange Association (whatever that is), which was established as a front organization partly to orgasnise trips and perhaps also channel funds.

It is alleged that about “RM5.3 million (was paid) to secure the White House Visit for Mahathir”. It has also been claimed that in February the Government paid RM40 million to the Heritage Foundation through the Tenaga Nasional Berhad (TNB). There is no concrete evidence of this. But much of the actual proof that several past payments were made can be found in the official records of the US Senate (http//sopr.senate.govt/.).

Parti Keadilan Rakyat demands to know what roles were played particularly by Tun Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin and Tan Sri Megat Junid in regard to all the payments. Prime Minister Datuk Seri Abdullah Badawi owes it to the people of Malaysia to give full explanation now. He cannot remain silent anymore.

Dr Syed Husin Ali
Deputy President
Parti Keadilan Rakyat
(People’s Justice Party)

First published: 18 July 2005

Tahanan dibogel: Hanya rakyat dapat hentikan salahguna kuasa polis-Anwar

Oleh Zulkifli Mohamed

BUKIT MERTAJAM: Hanya suara dan bantahan rakyat yang cukup kuat sahaja dapat menghentikan salahguna kuasa polis kerana sistem pemerintahan kerajaan telah rosak, malah telah sampai ke tahap di mana jaminan kerajaan pun tidak boleh dipercayai lagi.

“Saya kira yang boleh dilakukan sekarang hanya suara dan bantahan rakyat yang cukup kuat,” tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas isu tahanan wanita warga China yang dibogelkan dan dipaksa ketuk ketampi dalam lokap polis.

“Boleh saudara semua beritahu apa lagi pilihan kita, hendak tunggu lagi jaminan Menteri, atau hendak tubuh satu lagi Suruhanjaya Diraja?” tanyanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Cherok Tokkun, di sini, Jumaat.

Menurut Anwar kerajaan sebelum ini telahpun memberikan pelbagai jaminan untuk membaikpulih perkhidmatan polis, namun sehingga kini belum menampakkan tanda positif.

“Sebab telah ada puluhan jaminan, apa lagi jaminan yang lebih besar sekiranya penubuhan suruhanjaya (Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan PDRM) sebelum ini pun masih tidak dilaksanakan untuk me’reform’ sistem yang ada,” kata beliau.

Anwar juga mempersoalkan nilai kemanusiaan pelaku kezaliman yang menyalahgunakan kuasa mereka.

“Manusia jenis apakah mereka ini?” tanyanya.

Menurutnya isu ini bukan sekadar melibatkan perkhidmatan polis semata-mata, tetapi turut melibatkan soal kepimpinan negara.

Kata Anwar sepatutnya kes beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara dijadikan ikhtibar supaya tidak berulang lagi.

“Walaupun saya telah memaafkan bekas Ketua Polis Negara, tetapi saya sebutkan perkara ini jangan diulang, tetapi sekarang diulang lebih teruk lagi, menghina dan mengaibkan orang, telanjangkan orang, perkara ini seluruh negara sudah tahu,” katanya.

Anwar turut mengakui hanya segelintir polis terlibat dalam kes salahguna kuasa.

Menjawab soalan pemberita tentang jaminan kerajaan untuk bertindak dalam isu ini, Anwar berkata tinjauannya mendapati rakyat telah hilang keyakinan kepada janji dan jaminan kerajaan.

“Saya dah tanya rakyat kat bawah, rakyat kat kedai, kat mini market, mereka jawab tiadalah…kerajaan janji sahaja.”

Kes ini mula didedahkan kepada umum, apabila pada 11 November lepas, Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok, mengadakan sidang akhbar tentang pengakuan seorang wanita warga China yang dibogelkan dan dipaksa melakukan ketuk ketampi oleh seorang pegawai beruniform di sebuah balai polis.

Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zhen, beliau telah ditahan di Balai Polis Petaling Jaya kerana dituduh memiliki dokumen perjalanan palsu.

Beliau bersama tiga teman lelaki warga Malaysia ditahan dalam satu sekatan jalan raya jam 11 malam, di Sungai Buloh 3 November lalu, ketika dalam perjalanan untuk menghadiri jamuan di rumah rakan mereka di Kepong.

Dakwanya, ketika ditahan pegawai polis berkenaan telah meminta wang sogokan RM500 untuk mengelak mereka ditangkap.

“Saya enggan memberikan wang kerana saya tahu pasport saya tulen,” katanya dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Seputeh itu.

Berikutan keengganannya itu, beliau telah digari dan dibawa ke balai polis Sungai Buloh.

Dakwanya lagi, pada masa yang sama terdapat beberapa lagi wanita warga China yang turut ditahan di sana.

Menurut Zhen, ketika di balai polis beliau telah menghubungi suaminya warga Malaysia yang dikahwini sejak tahun 2001, supaya membawa sijil perkahwinan mereka ke balai berkenaan.

“Pegawai polis yang bertugas tidak mempedulikan sijil nikah yang ditunjukkan kepada mereka, malah semua tahanan telah dipindahkan ke balai polis Petaling Jaya kira-kira jam 6 pagi,” jelasnya.

Kata Zhen, sebelum memasuki bilik tahanan semua beg dan barangan mereka diperiksa.

Dakwa Zhen lagi, dua polis lelaki dan wanita yang bertugas di kaunter ketika itu mengambil wang RM50 daripadanya sebagai ‘Yam Cha’ (minum kopi).

Dua rakannya turut memberikan RM50, seorang lagi hanya mampu memberikan RM3 kerana ketiadaan wang.

Kesengsaraan Zhen bermula setelah belaiu diarahkan berbogel di dalam sebuah bilik. Kerana ketakutan dan berasa malu yang amat sangat, beliau telah membelakangkan anggota polis wanita berkenaan ketika hendak menanggalkan seluar dalamnya.

“Ketika membelakanginya, anggota polis itu telah menampar dan meramas buah dada saya, sebelum menyuruh saya melakukan ketuk ketampi,” dakwa Zhen.

Beliau hanya dibebaskan pada 7 November lalu setelah pasportnya disahkan oleh Jabatan Imigresen.

Ketika ini satu klip video yang memaparkan perlakuan biadap anggota polis terhadap wanita warga China sedang tersebar melalui MMS.

Friday, November 25, 2005

"Ini Pegawai Balai Kita," Kata Polis Petaling Jaya

Oleh Jeffrey Lim

KUALA LUMPUR - Klip video rakaman telefon bimbit berkamera, yang menunjukkan seorang tahanan perempuan bogel dipaksa melakukan ketuk ketampi oleh seorang pegawai wanita beruniform dan bertudung di dalam balai polis telah memeranjatkan semua pihak termasuk mereka yang sentiasa mengatakan sindiran seksis, apabila disiarkan oleh Cik Teresa Kok, Ahli Parlimen bagi kawasan Seputeh di lobi Parlimen pagi tadi.

Bukan sahaja pembangkang malah wakil-wakil dari parti zalim turut menggesa agar pegawai polis wanita yang menyalahguna kuasa tersebut diambil tindakan. Klip tersebut juga membuktikan dakwaan wanita China seperti pegawai polis asyik mengarahkan mereka bertelanjang dan seterusnya meramas buah dada mereka memang adalah benar.

“Ini tidak sepatutnya berlaku. Jika anggota polis benar-benar terbabit, ini adalah penyalahgunaan kuasa polis,” ujar Datuk Azmi Khalid, Menteri Dalam Negeri kepada para wartawan dalam sidang akhbar selepas menyaksikan klip video itu. Pihak polis mesti menyiasat serta-merta skandal tersebut agar tindakan tegas boleh diambil, tambahnya lagi.

Walaupun belum pasti sumber klip itu, ia tetap tidak patut berlaku sama sekali. "Ini bukan sahaja isu politik di antara pembangkang dan pemerintah. Baik warganegara atau tidak, kita dapat tahu memang polis menyalahguna kuasa," tegas Azmi.








Gambar Malaysiakini & blog Paulooi

Sebagai menteri yang ditugaskan untuk memastikan keselamatan warga asing yang melancong atau mencari nafkah di negara ini, Azmi berkata beliau bertanggung jawab membantu mereka yang bermasalah. “Bagaimana kalau ini berlaku kepada pelancong yang datang ke Malaysia selepas mereka ditangkap [...] tetapi mereka sudahpun dihukum melakukan ketuk ketampi seperti ini. Saya pasti jika ianya dibuktikan, pihak kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya lagi.

Klip video yang berlangsung selama seminit sebelas saat itu telah disebarkan melalui MMS di antara pengguna-pengguna telefon bimbit akhir-akhir ini. Tahanan perumpuan yang hanya kelihatan belakangnya itu diarahkan untuk berbogel oleh seorang pegawai polis wanita dan seterusnya melakukan ketuk ketampi sebanyak 10 kali di depannya, di sebuah tempat yang seperti bilik loker. Kelihatan juga bahagian depan mangsa termasuk payudara beliau untuk seketika apabila beliau menoleh ke sebelah kiri untuk memakai kembali coli dan bajunya selepas itu.

Tarikh dan tempat rakaman itu tidak dapat dikenal pasti, dan klip tersebut nampaknya diambil tanpa pengetahuan pegawai zalim dan mangsa tersebut. Turut kedengaran adalah suara orang mengaji al-Quran berdekatan dengan tempat kejadian ketika penyalahgunaan kuasa polis ini berlaku.

Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, juga bersetuju dengan Datuk Azmi Khalid, dengan berkata, klip tersebut jelas menunjukkan bahawa tuduhan oleh beberapa wanita rakyat China menerima layanan buruk oleh pihak polis, adalah benar.

“Ia memang berlaku. Ia amat memalukan. Ia hanya mengesahkan bahawa perkara seperti ini memang berlaku di negara ini...amat memalukan,” Nazri berkata, apabila menyatakan kezaliman tersebut sangat memalukan negara cemerlang, gemilang, terbilang kita.

Nazri berjanji akan menunjukkan klip video itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya skandal ini dibincangkan dalam mesyuarat jemaah menteri minggu depan.

Nazri juga menyatakan prosidur sepatutnya perlu dipatuhi sekiranya pihak polis merasakan perlu untuk mengarahkan seseorang menanggalkan pakaiannya, dan bukan juga calang-calang pegawai berhak berbuat demikian.

“Ia sepatutnya dilakukan di depan doktor atau pegawai tinggi. Bukan semua anggota polis boleh mengarahkan seseorang itu tanggal pakaian. Jika anda hendak menanggalkan pakaian seseorang, anda mesti pastikan ia dilakukan di tempat yang tertutup. Anda tidak boleh mengarahkan wanita itu menanggalkan pakaian di mana-mana sahaja,” katanya selepas menonton klip itu yang disiarkan oleh Teresa di laiptopnya.

Peristiwa ini menjadi berita hangat di seluruh negara apabila gambar dari klip tersebut disiarkan di muka hadapan akhbar China Press semalam. Sebahagian klip video tersebut yang selama 20 saat ditayangkan di Malaysiakini.tv, setelah bahagian-bahagian yang tidak sesuai untuk kanak-kanak ditapiskan.



Gambar blog Kit Siang

Ketua Polis Daerah (OCPD) Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Hazam Abdul Halim berkata, Polis telah mula menyiasat kes ini mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh mengaibkan kehormatan perempuan.

Polis Petaling Jaya akan menyiasat juga sumber rakaman, identiti perakam dan juga mewawancara wartawan serta editor akhbar harian yang siarkan berita ini bersama-sama dengan Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan Biro Penyiasat Rasuah (BPR)

Beberapa anggota polis dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, termasuk Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahman dan tiga orang lagi pegawai telahpun melawat Parlimen pada pukul 4:45 petang tadi untuk lebih kurang lima minit ekoran klip video ini. Mereka telah menonton klip video tersebut yang ditayangkan wartawan TV3 di Bilik Media, Parlimen.

Yang paling menarik, dalam perbualan di antara mereka sendiri, pegawai-pegawai tersebut telahpun mengesahkan bahawa pegawai wanita tersebut adalah dari balai mereka dengan berkata sesama mereka sendiri, "Ini pegawai balai kita"

Mengenai pengesahan mereka, para wartawan telah meminta Abdul Rahman mengenal pastikan sama ada pegawai terlampau tersebut bertugas di Petaling Jaya. Sayang sekali, beliau tidak sudi memberi komen. Seterusnya, mereka melarikan diri dari Parlimen untuk mengelakkan soalan-soalan wartawan.

Secara kebetulan, kes-kes wanita-wanita China yang mengadu kepada Teresa kerana diarah berbogel seterusnya payudara mereka diramas pegawai polis dan diminta wang kopi sebelum ini juga berlaku di Petaling Jaya. Mereka turut "diziarahi" lebih kurang 7 atau 8 orang pegawai polis pada larut malam yang mendakwa ingin mengenal pasti "sama ada mereka tinggal bersama suami mereka di alamat yang diberikan".


Teresa tayangkan klip penyalahgunaan kuasa polis

Teresa mengumumkan bahawa tiada sebarang siasatan dimulakan mengenai 4 wanita China yang dizalimi pihak polis sejak ia dilaporkan kepada polis ketika perayaan Hari Raya. "Bukit Aman belum memberikan penjelasan mengenai perkara ini," ujar beliau. Oleh yang demikian, beliau sekali lagi menggesa agar pihak polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan.

Teresa juga memberitahu bahawa beliau mendapat klip video itu selepas ia sekeping CD yang memuatkan klip itu dihantar ke pejabat beliau. Walaupun beliau tidak berasa mangsa tersebut adalah salah seorang daripada 4 wanita China dalam kes terdahulu, ia masih menggegarkan seluruh Malaysia. Teresa menyoalkan lagi kalau setiap tahanan perempuan terpaksa diperiksa secara bogel.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid mengumumkan beliau akan melawat ke China kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan beliau untuk pergi menjelaskan isu 4 orang wanita yang dizalimi polis diraja kita kepada pemerintah dan rakyat China. Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen bagi kawasan Ipoh Timur, Encik Lim Kit Siang berkata di dalam blog beliau, setelah perkara yang begitu memalukan berlaku, adalah tidak berguna lagi Azmi cuba menjelaskannya lagi kerana "Deed always speak louder than words".

Thursday, November 24, 2005

300 Penyokong Umno di Pengkalan Pasir Sertai Keadilan

Harakahdaily

PASIR MAS - Kira-kira 300 penyokong Umno di beberapa cawangan di sekitar Unit Peti Undi Kasa berpaling tadah apabila mereka meninggalkan perjuangan lama untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan parti itu.

Kumpulan penyokong Umno itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Kubang Gatal, Mohd Rozi Husin. Pengiytiharan menyertai Keadilan secara beramai-ramai akan dilakukan tidak lama lagi yang dijangka turut dihadiri Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd Noor.

Setiausaha Keadilan Bahagian Pasir Mas, Haji Mohd Kamaruddin Zakaria berkata, sebahagian mereka sudah mengisi borang menyertai Keadilan baru-baru ini.

“Dengan penyertaan beramai-ramai itu memberi pukulan hebat kepada Umno kerana di Kubang Gatal sebelum ini dikenali kubu Umno sejak zaman berzaman. Malah PAS sukar untuk bertapak disebabkan sebahagian besar penduduk sudah sebati dengan Umno.

“Lagi pun di kawasan itu ada kelas Kemas yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan. Kita percaya dengan sokongan padu pemuda di kampung berkenaan, kubu Umno di kawasan lain akan dipecahkan tidak lama lagi,” ujarnya di sini.

Kampung Kubang Gatal sebelum ini dikenali sebagai kubu Umno paling kuat di UPU Kasa. Mohd Kamaruddin berkata, Keadilan Pasir Mas sekarang menjadi tumpuan golongan muda dan sebahagian mereka sudah mengisi borang menjadi ahli Keadilan bagi meneruskan perjuangan reformasi di negara ini. - mJ

MEDIA KEADILAN RAKYAT

KeADILan beri kerjasama sepenuhnya untuk kemenangan PAS

--------------------------------------------------------------------------------

Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir pada 6 Disember ini akan menjadi platfom kerjasama antara Parti Keadilan Rakyat dan PAS.
KeADILan akan memberikan sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada PAS supaya berjaya mengekalkan kerusi Pengkalan Pasir. KeADILan Negeri Kelantan telah memutuskan parti akan membuka 12 bilik gerakan yang akan dikendalikan oleh Bahagian-Bahagian Parti dari Negeri Kelantan dan akan dibantu oleh pemimpin-pemimpin dan para-para penyokong dari negeri-negeri yang lain. Bilik-bilik gerakan tersebut sudah mula beroperasi dan dikendalikan oleh petugas-petugas parti. Pengkalan Pasir yang mempunyai 10 Unit Peti Undi (UPU) akan ada sekurang-kurang sebuah bilik gerakan bagi setiap UPU untuk melancarkan kempen.

Kepimpinan tertinggi parti yang diketuai oleh Presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berada di Pasir Mas pada 27 November, hari penamaan calon. Pemimpin-pemimpin lain termasuk Naib-naib Presiden Dr Lee Boon Chye, Sivarasa Rasiah, Mustaffa Kamil Ayub serta Ketua Wanita Fuziah Salleh dan Ketua Penerangan Tian Chua juga akan hadir pada hari tersebut. Pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong keADILan akan mengiringi calon PAS, memberikan sokongan padu parti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menemui rakyat Pengkalan Pasir pada malam selepas penamaan calon. Anwar, bersama kepimpinan parti yang lain, akan berkempen dan mengadakan ceramah secara besar-besaran bermula pada malam hari penamaan calon itu. Anwar kini di Washington dan dijangka kembali ke tanah air 24 November ini.

Ahli-ahli Wanita Parti Keadilan Rakyat dan Angkatan Muda, sudah mengambil giliran berkampung di Pengkalan Pasir bagi membantu berkempen untuk PAS.

DATUK KAMARUL BAHARIN ABBAS
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

SECANGKIR KOPI PAHIT

Perlukah Ezam berkorban lagi?
RUSTAM A. SANI - Suara Keadilan, Bil.71, 16 November 2005

--------------------------------------------------------------------------------

Tepat pada hari Ezam Mohd Nor mengumumkan bahawa beliau akan melancarkan sebuah gerakan yang bersifat “bukan politik” – yang dinamakan Gerak – yang akan berjuang bagi memerangi rasuah di negara ini, sebuah mahkamah tertinggi negara ini mendapati seorang pegawai tinggi dalam perkhidmatan awam negara bersalah kerana melakukan rasuah yang melibatkan belasan juta ringgit.

Sekali gus, pengumuman Ezam itu meredakan spekulasi yang telah bertiup kencang selama beberapa minggu tentang kemungkinan beliau membuat pengumuman tentang kembalinya beliau ke pangkuan perjuangan Umno.

Dua peristiwa yang amat ironis itu, bagi saya, membuktikan bahawa inisiatif Ezam itu tepat waktu dan tujuannya. Keputusan mahkamah tersebut, bagi saya, merupakan bukti yang jelas bahawa rasuah di negara ini semakin menjadi-jadi – dan perlu diperangi. Keputusan mahkamah itu bukanlah pertama kali seorang pegawai tinggi perkhidmatan awam kita didapati bersalah kerana rasuah. Apa yang baru ialah jumlah rasuah yang terlibat. Jika setakat ini jumlah rasuah yang dilakukan oleh para pegawai hanya melibat puluhan dan ratusan ribu, maka kini jumlahnya sudah mencapai puluhan juta ringgit.

Persoalan yang timbul dibenak saya ialah: Jika para pegawai sudah mulai melakukan rasuah sebesar itu, maka berapakah jumlah dan bagaimanakah tahap rasuah yang dilakukan oleh para ahli politik kita yang berkuasa, para kroni mereka, dan para ahli perdagangan kita yang bergelumang dalam kegiatan perniagaan yang amat kompetitif sifatnya?

Apakah rasuah dan korupsi sebenarnya merupakan amalan yang sudah terlembaga atau terinstitusi dalam masyarakat kita? Kedudukan kita dalam indeks rasuah sedunia juga tampaknya berada pada tahap yang sepatutnya lebih merisaukan daripada kedudukan universiti-universiti kita dalam indeks pengajian tinggi seluruh dunia. Setiap tahun kita semakin jauh ketinggalan di belakang negara-negara yang relatif bersih daripada rasuah, seperti Singapura dan New Zealand. Kita kini sudah semakin selesa berada di kalangan beberapa “jago” rasuah dunia seperti Indonesia, Pakistan dan kebanyakan negara Afrika!

Parti politik yang terbesar di negara ini, yakni Umno, baru sahaja membuat pengakuan tentang politik wang – alias korupsi politik – yang berleluasa dalam kegiatannya, dengan menggantung keanggotaan dan menggugurkan jawatan Naib Presidennya yang terkanan. Namun azam politik Perdana Menteri baru untuk memerangi rasuah – dan sepupunya kronisme dan nepotisme – yang dikatakan amat berleluasa dalam zaman pemerintahan Perdana Menteri yang lalu, masih belum juga kelihatan.

Memanglah benar bahawa beberapa bekas ahli politik yang tidak penting dan seorang ahli perniagaan yang tua lagi uzur sedang menghadapi dakwaan di mahkamah. Namun tidak dapat dinafikan bahawa langkah pendakwaan itu sendiri sedang berjalan dengan lambat sekali. Sehubungan dengan ahli perniagaan itu, banyak rakyat yang secara berjenaka membuat pertaruhan tentang apakah yang akan berlaku terlebih dulu: hukuman mahkamah atau maut?

Kontroversi tentang AP yang telah tercetus baru-baru nampaknya lebih banyak ditarik ke sana dan ke sini daripada diselidiki secara mendalam unsur rasuah dan kronismenya – meskipun bau rasuah itu kadangkala lebih jelas daripada bau belacan yang sedang dipanggang di dapur. Akhirnya, isu itu tenggelam begitu sahaja dalam kemelut perang mulut antara Rafidah dan Mahathir (yang diumumkan PM sebagai perbalahan peribadi), isu kereta nasional, isu dasar automotif negara, isu menteri tidak menghormati parlimen. Segala sudutnya diperkatakan, melainkan sudut rasuah dan kronisme!

Dilihat dari segi perkembangan rasuah yang amat menggerunkan menuju proses terlembaganya fenomena tersebut dalam masyarakat kita, maka usaha dan inisiatif Ezam itu bukanlah sekadar tepat waktunya, malah amat penting. Selain itu, Ezam sendiri merupakan orang yang amat tepat dan paling tinggi kredentialnya untuk mencetuskan perjuangan itu. Sejak lama isu rasuah itu telah dijadikan unsur utama perjuangan politiknya – dan dia telah membayar “kos” perjuangan itu dengan beberapa tahun ditahan di bawah ISA dan dua tahun dipenjarakan setelah “didapati bersalah” oleh Mahkamah kerana melanggar Undang-undang Rahsia Rasmi.

Selain itu, Ezam terkenal kerana dakwaannya bahawa beliau mempunyai enam kotak dokumen bukti tentang amalan rasuah yang dilakukan orang-orang berkedudukan tinggi di negara ini. Namun sehingga kini, selain daripada dokumen yang melibatkan Rafidah yang dikemukakan di mahkamah sehubungan perbicaraan OSAnya itu, enam kotak dokumen itu masih terus terlindung daripada pengetahuan dan perhatian rakyat oleh Akta Rahsia Rasmi.

Ezam, dengan segala kelantangnya sebagai seorang ahli politik pembangkang, dengan segala karismenya sebagai pemimpin politik golongan muda, dan dengan segala pengorbanannya yang melibatkan bertahun-tahun di penjara, masih belum mampu mendedahkan keburukan dan keparahan barah rasuah di negara ini – meskipun dia mendakwa mempunyai 6 kotak dokumen bukti. Oleh yang demikian, sebuah gerakan NGO seperti Gerak yang bakal dilancarkannya amatlah diperlukan. Dan selain Ezam, rasanya memanglah sukar dicari seorang tokoh yang mempunyai kredential untuk memimpin gerakan anti-rasuah yang demikian di negara ini.

Salah satu sebabnya amalan rasuah berleluasa di negara ini ialah kerana tidak terdapat rasa benci dan marah yang mendalam (atau indignation) di kalangan rakyat negara ini terhadap amalan tersebut. Akibat kebiasaan yang terasuh selama tiga dekad pemerintahan Mahathir di negara ini, terdapat malah rakyat yang menganggap amalan rasuah itu sebagai sesuatu yang lumrah – dan penting sebagai jentera yang menggerakkan pembangunan negara. Bila rakyat tidak marah, maka para menteri yang terkenal yang diketahui umum amalan rasuahnya juga akan berani bercakap besar mengancam rakyat dan mempertahankan diri jika pentadbirannya yang tidak cekap dikritik dan didedahkan.

Oleh yang demikian, salah satu langkah yang dapat dilakukan oleh gerakan seperti Gerak yang akan dilancarkan itu ialah untuk memupuk, malah menyemarakkan, rasa indignation rakyat terhadap rasuah. Kita tidak perlu sekadar melihat rasuah dari aspek kelebihan tidak adil yang dinikmati mereka yang telah membuat sogokan. Rakyat perlu disedarkan dan diberi pendidikan tentang kesan buruk jangka panjang rasuah terhadap masyarakat – bahawa kos tinggi jangka panjang pembangunan yang digerakan oleh rasuah itu sebenarnya dibiayai dari wang yang dirampas dari poket rakyat sendiri.

Siapakah di kalangan para tokoh negara ini yang lebih layak untuk melancarkan – dan memimpin – gerakan kesedaran bahaya jangka panjang rasuah itu (seperti juga bahaya jangka panjang dadah) itu selain Ezam yang terbukti telah bekerja keras dan berkorban untuk itu. Namun, bagi saya, inisiatif Ezam sekali ini berkemungkinan pula merupakan suatu pengorbanan lagi yang perlu dilakukannya terhadap perjuangan politiknya.

Pada waktu ini, Ezam merupakan Ketua Angkatan Muda PKR (yang berkedudukan Naib Presiden parti itu). Perjuangannya yang bersifat sepenuh masa dan tidak berbelah bagi amat diperlukan demi peningkatan kekuatan angkatan tersebut dan juga parti itu pada keseluruhannya. Bila Ezam melancarkan suatu gerakan lain yang penting dan besar seperti Gerak, maka tidakkah itu akan bererti kelak sekurang-kurangnya 50% masa dan tenaganya terpaksa dialihkan daripada Angkatan Muda PKR dan dari PKR sendiri yang memerlukan 100% sumbangannya! Inilah yang saya maksudkan dengan “pengorbanan” yang perlu diberikan Ezam begi melaksanakan perjuangan anti-rasuahnya itu.

Untuk apakah pengorbanan ini perlu dilakukan? Menurut penjelasannya gerakan anti-rasuah memerlukan suatu wadah yang lebih kredibel yang tidak dianggap partisan. Andaiannya itu mungkin benar. Namun soalnya apakah sebarang gerakan sosial yang dipimpin oleh seorang ahli politik pembangkang seperti Ezam akan dianggap non-partisan oleh rakyat – lebih-lebih lagi kerajaan. Malah rasanya lebih besar kemungkinan bahawa sesuatu gerakan yang dipimpin – malah diperebutkan pimpinannya – oleh para pemimpin Umno (seperti GPMS) akan dianggap bersifat non-partisan dan mendapat peruntukan kewangan dari kerajaan.

Menurut perhitungan saya yang agak naif, tidakkah lebih baik Ezam menumpukan 100% masa dan tenaganya terhadap perjuangan Angkatan Muda PKR dan PKR sendiri dalam memperjuangkan projek reformasi sosialnya yang mendalam dan meluas itu – dengan perjuangan menghapuskan rasuah, kronisme dan nepotisme merupakan suatu bahagian yang integral daripada reformasi tersebut. PKR tidak sekadar harus berusaha mengkritik dan mendedahkan amalan rasuah di negara ini, tetapi PKR harus mempelopori perjuangan menyemarakkan rasa indignation rakyat terhadap fenomena tersebut.

Dan Ezam, sebagai tokoh utama PKR yang mempunyai kredebiliti dalam bidang itu, pada hemat saya, harus berada dalam barisan depan dalam projek tersebut. Sekaligus, ini juga akan mengurangkan “kesukaran” yang sedang dihadapi PKR dengan sebilangan besar para pemimpin strategiknya terlibat dalam usaha meningkatkan kredibiliti diri dalam segala macam ruang dan bidang.

Selesai.
- Rustam A Sani

Wednesday, November 23, 2005

Dr. Lee: Menilai Dasar & Prestasi BN di Pengkalan Pasir

Oleh Jeffrey Lim

IPOH - Dr. Lee Boon Chye, Naib Presiden Parti Keadilan membidas Barisan Nasional sebagai lemah dan cuba mengaburkan pandangan rakyat apabila ditanya mengenai cadangan Datuk Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibubarkan. Ini disebabkan sehingga kini Barisan Nasional masih gagal mengemukakan sebarang dasar-dasar yang dapat membela rakyat untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Parti Keadilan juga menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang tidak bersetuju dengan perletakan jawatan beramai-ramai oleh semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), kerana meletakkan jawatan tidak bererti DUN dibubarkan.

Pilihanraya kecil N 12 Pengkalan Pasir yang dilangsungkan berikutan pemergian bekas ADUN Pas, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar kerana barah telah berkembang menjadi krisis kerajaan negeri Kelantan disebabkan majoriti kerusi Pas cuma akan tinggal satu kerusi jika BN menang di Pengkalan Pasir. Dalam pilihanraya umum 2004, Wan Abdul Aziz berjaya menewaskan calon Umno, Hanafi Mamat dengan 56 undi, satu majoriti yang cukup nipis sekali. Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan bahawa pencalonan dan undian masing-masing akan berlangsung pada 27 November dan 6 Disember 2005.

Dalam pilihanraya kmum lepas, parti rasuah berjaya mendapat 21 kerusi dalam DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi, manakala 24 kerusi yang lain dimenangi Pas. Jika Umno menang kali ini, kadar ini akan menjadi 23 : 22. Jika malangnya seorang ADUN Pas dibeli, terpaksalah kerajaan negeri yang dimenangi Pas sejak 1990 terjatuh ke dalam parti rasuah lagi.

Pemipin-pemimpin Umno termasuk Datuk Seri Najib asyik menyeru agar DUN Kelantan dibubarkan. Akan tetapi, kerajaan negeri Kelantan mendakwa ia hak negeri dan mengarahkan kerajaan pusat berhenti mencampur tangan serta-merta.

Seperti yang diterangkan oleh Dr. Lee, Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir merupakan pilihanraya kecil pertama selepas Pilihanraya Umum 2004. Ia merupakan peluang terbaik bagi para pengundi memberi markah dan menilai prestasi kerajaan BN di peringkat pusat. Oleh yang demikian, fokus utama pilihanraya kecil ini bukan kerajaan negeri.

"Segelintir pemimpin Umno seperti Datuk Anuar Musa memainkan isu perletakan jawatan ADUN secara terlampau, demi cuba menoleh fokus rakyat daripada isu-isu yang amat memalukan Umno seperti Approved Permit (AP), pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kemerosotan pencapaian Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kegawatan ekonomi dan kenaikan harga minyak," ujar beliau.

Dr. Lee menegaskan, dalam kempen pilihanraya, yang menjadi fokus sepatutnya termasuk idealisme dan wawasan sesuatu parti, rancangannya untuk masa depan negara serta kemampuan seseorang calun dalam pentadbiran dan penggubalan undang-undang, bukan kepentingan kepartian sahaja yang sungguh tidak berpandangan jauh.

Beliau juga menasihati agar pemimpin-pemimpin Umno yang keras kepala hentikanlah segala-gala provokasi dan fitnah seperti disaran Pak Lah. Jika tidak, ia akan mengelincirkan iktizam Perdana Menteri untuk membawakan pembaharuan, sehingga semua agenda kebangsaan menemui kegagalan dan pembangunan negara terhalang.

Menurut Dr. Lee lagi, mereka yang ingin bertanding seharusnya mengemukakan kaedah penyelesaian terhadap isu-isu utama, serta berbahas dengan pesaing-pesaing lain secara terbuka, agar membolehkan para pengundi membuat keputusan yang bijak sekali selepas perbandingan dan penilaian yang adil.

Tuesday, November 22, 2005

Keluarga Sook Swan dan Simon Tuntut Perbicaraan Adil

Malaysia Today

SERDANG - Ibubapa kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Lim Sook Swan dan Simon Ooi Tze Min menghantar wakil penjaga untuk memantau perjalanan perbicaraan tatatertib yang dikenakan terhadap anak mereka.

Mereka berdua dituduh berada dalam satu perhimpunan di hadapan Bangunan parlimen Malaysia pada 21 September lepas, dengan tujuan untuk menyatakan bantahan dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkenaan dengan penyerahan laporan penuh penyelewengan dan ugutan yang berlaku sepanjang Pilihan raya Kampus yang baru lalu.

Dalam perbicaraan pada 12 November lalu, mereka dituduh dengan pelbagai kesalahan yang dikatakan melanggar Kaedah-kaedah Universiti Pertanian Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1975.

Berlandaskan itu, Sook Swan dan Tze Min juga dituduh menyertai satu perarakan dari Masjid negara ke Bangunan Suhakam bagi menyerahkan Laporan Pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar.

Mereka juga dituduh berada dalam satu perhimpunan di hadapan bangunan parlimen Malaysia pada 21 September lepas dengan tujuan untuk menyatakan bantahan dan menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi Malaysia berkenaan dengan penyerahan laporan penuh penyelewengan dan ugutan yang berlaku sepanjang Pilihan raya Kampus yang baru lalu.

Selain itu, mereka dituduh menghasut pelajar-pelajar lain di hadapan bangunan Pentadbiran UPM pada 29 September lalu untuk memboikot pilihan raya kampus itu.

Sebelum itu, pada 25 Oktober, ibubapa Sook Swan; Lim Keng Seng dan Tan Chooi Yim menghantar surat kepada ketua Pihak Berkuasa Tatatertib UPM, Prof Madya Dr Azali Mohamed menuntut agar pihak universiti mengadakan perbicaraan yang adil terhadap anaknya.

Manakala, ibu kepada Tze Min, Loh Seow Leng mengemukakan tuntutan mereka pada 7 November lalu.

Dalam surat mereka, kedua ibubapa itu berpendirian bahawa anak mereka tidak bersalah dalam kes-kes yang dibangkitkan dan akan menyokong anak mereka dengan sepenuhnya.

"Kami berharap pihak tuan menggugurkan dakwaan tersebut," sebut surat tersebut.

Justeru, sekiranya pihak universiti tetap ingin meneruskan perbicaraan, mereka menuntut agar anaknya diwakili peguam dalam perbicaraan tersebut.

Mereka juga mahukan agar Pihak Berkuasa Tatatertib membekalkan rekod tentang kedua-dua perbicaraan yang dijalankan pada 20 Oktober dan 24 Oktober yang lalu kepada mereka.

Selain itu, mereka juga menuntut agar pihak tersebut membekalkan senarai nama ahli-ahli panel perbicaraan kepada kami.

"Kami mahukan perbicaraan anak kami dijalankan secara terbuka," jelas bapanya dalam surat kepada pihak universiti.

Pelbagai organisasi berada di perkarangan bangunan pentadbiran memberi sokongan kepada kedua-dua mereka. Pihak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) telah dipanggil bagi mengawal keadaan.

Namun, perbicaraan tersebut tidak dapat dilaksanakan dan ditangguh kepada satu tarikh yang masih belum ditetapkan.

Badan hak asasi Malaysia (Suaram) juga mendapati bahawa tindakan yang diambil oleh UPM terhadap pelajar-pelajarnya sebagai satu tindakan melanggar hak asasi manusia.

Timbalan Naib Cansellor UPM, Prof Madya Dr Azali Mohamed dikatakan mempunyai rekod latarbelakang yang sangat teruk dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar sejak beliau memangku jawatan tersebut pada tahun 2003.

Pada 22 Ogos 2003, Azali dikatakan mengetuai pasukan menggeledah bilik kediaman pelajar perempuan kerana dituduh menjalankan 'aktiviti bawah tanah.'

Azali dan pegawai-pegawainya seramai enam orang dilaporkan membuat penggeledahan di sebuah bilik empat pelajar wanita di antara jam 12 malam hingga 3 pagi.

Azali juga dikatakan membuka fail-fail peribadi pelajar-pelajar berkenaan dari komputer mereka dan merampas beberapa jenis risalah.

Beliau juga turut mengarah timbalannya, Prof Dr Abdullah Al-Hadi Mohamed menjalankan soal siasat terhadap pelajar-pejar itu.

Selain itu, dalam tempoh penguasaan Azali juga pernah berlaku kes di mana pelajar membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di mana dua pelajar UPM dibelasah oleh dua kakitangan Hal Ehwal Pelajar UPM serta mereka dituduh sebagai 'komunis.'

Insiden yang berlaku pada 6 Ogos 2004 melibatkan wakil pelajar dari Fakulti Bioteknologi; Lua Khang Wei dan Lim Ban Teng. Kedua-dua mereka pada ketika itu pelajar tahun tiga.

Kejadian tersebut berlaku di luar pejabat timbalan Naib Canselor HEP.

Suaram telah menghantar surat mereka pada 24 Oktober lalu dengan menyatakan bahawa menyertai perhimpunan dan kebebasan bersuara adalah satu hak asasi manusia.

Surat tersebut dihantar ke pejabat Azali.

Menurut koordinator Suaram, Seah Li Ling, dakwaan yang dikenakan terhadap kedua-dua pelajar tersebut adalah bercanggah dengan keperluan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Sejagat Hak Asasi.

Justeru, Suaram menuntut pihak UPM agar menggugurkan tindakan tersebut dan mengembalikan hak asasi dan ruang demokrasi pelajar-pelajar tersebut.

Sebagai menyatakan sokongan terhadap mahasiswa tersebut, sila menurunkan tandatangan di petisyen online yang dilancarkan Suaram.

Angkatan Muda dan Dewan Pemuda Bentuk Barisan Pemuda BA

Oleh Zulkifli Mohamed

PENGKALAN PASIR - Angkatan Muda Keadilan dan Dewan Pemuda PAS akan bergabung tenaga dan gerakerja membentuk Barisan Pemuda BA bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, 6 Disember nanti.

Menurut Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, SD Mohamad Johari Hj Yasin, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat exco kedua-dua sayap kanan parti itu di Taman Melewar, 12 November lalu.

“Hubungan kerjasama antara Angkatan Muda dengan Pemuda PAS berada pada tahap terbaik,” katanya.

Sehubungan itu, Angkatan Muda setiap negeri akan menghantar barisan petugas bagi membantu PAS mengekalkan kerusi DUN Pengkalan Pasir.

“Angkatan Muda ditugaskan di empat kawasan yang kita kenalpasti mempunyai ramai pengundi Cina,” jelasnya yang dihubungi semalam.

Pihaknya, kata SD Johari, mempunyai pendekatan tertentu bagi menarik golongan berkenaan untuk mengundi PAS pada pilihan raya kecil itu nanti.

Tambahnya, strategi khusus untuk gerakerja khas akan dibincangkan dalam mesyuarat yang akan diadakan di Kelantan, 24 November nanti.

Johari memaklumkan beberapa Exco Angkatan Muda juga telah ditugaskan secara sepenuh masa dalam pilihan raya kecil itu.

Difahamkan Exco Angkatan Muda Sdr, Norazman telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan raya DUN Pengkalan Pasir, sementara Ketua Angkatan Muda Kelantan, Zamakhasari Ibrahim sebagai Ketua Bilik Gerakan Angkatan Muda.

Angkatan Muda juga sedang menyusun program khusus untuk Penasihat Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijangka turut berkempen bermula 27 November nanti.

Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda yang juga Pengarah Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) Ezam Mohd Noor telah turun padang berkempen di Pengkalan Pasir.

Beliau mahukan Angkatan Muda bergerak, berjuang dan bekerja habis-habisan seolah-olah yang bertanding adalah Keadilan sendiri.

“Apa yang penting adalah kekuatan jentera, kerjasama jentera itu cukup penting. Saya mahu peristiwa di Lunas berlaku lagi di Dun Pengkalan Pasir ini, yang lebih penting jentera PAS dan Keadilan mesti mantap,” ujarnya dalam ceramah semalam di hadapan hampir 5,000 hadirin.

Beliau juga melahirkan bahawa PAS dan Keadilan akan menghadapi serangan yang lebih hebat daripada pihak lawan dalam pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, SD Johari menyatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan menggunakan strategi pilihan raya kecil Lunas bagi mengekang pengundi hantu yang mungkin digunakan Umno / BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

Monday, November 21, 2005

Gerak dapat sambutan, polis halang Ezam lancar di Perlis

Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: Walaupun baru dilancarkan pada 18 November lalu, di Muassasah Darul Ulum, Kedah, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) yang dipelopori Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor, ia mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai kaum untuk menjadi sukarelawannya.

“Cukup menggalakkan ialah penyertaan semua bangsa yang mendaftar melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan internet (emel).

“Paling ramai mendaftar melalui emel ialah kelompok kaum Cina,” jelas Ezam pada taklimat Gerak kepada Ahli Jawatankuasa Negeri, Wanita dan Angkatan Muda Pulau Pinang, di sini, Ahad.

Menurutnya golongan yang berumur antara 18 sehingga 25 tahun paling ramai mendaftar sebagai sukarelawan.

“Ini satu petanda baik, dengan membaca risalah Gerak mereka tergerak untuk mendaftar sebagai sukarelawan Gerak,” jelasnya.

Menurut Ezam, pada hari pelancaran sahaja lebih 100 orang mendaftar sebagai sukarelawan.

“Kita menjangkakan sehingga Februari ini kita dapat mendaftar sekurang-kurangnya 1000 sukarelawan Gerak dari seluruh negara sebagai asas pertama, untuk kita laksanakan program-program selanjutnya,” katanya.

Peringkat permulaan sukarelawan Gerak akan membantu menyebarkan risalah atau mempromosikan laman web bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya demokrasi dan bahaya korupsi.

“Sukarelawan akan membantu menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat tentang peri pentingnya amalan demokrasi dan rasuah sebagai musuh utama negara,” katanya.

Gerak diumumkan penubuhannya oleh Ezam pada 12 November lepas, di Pejabat Parti Keadilan Rakyat.

Matlamat Gerak bertujuan memperjuangkan prinsip-prinsip asas demokrasi, kebebasan akhbar dan pembasmian korupsi ke arah melahirkan sebuah negara yang mempunyai urus tadbir yang baik.

Dalam pada itu, pihak polis telah menghalang majlis pelancaran Gerak peringkat negeri Perlis pada 19 November lalu, di Markas Taman Jali.

“Polis telah mengugut tuan rumah supaya membatalkan program tersebut, kononnya atas sebab-sebab keselamatan,” jelasnya.

Malah kata Ezam, sekatan jalan raya telah diadakan dari kedua-dua arah tidak sampai seratus meter dari tapak program bagi menghalang orang ramai menghadiri majlis berkenaan.

“Pihak polis menahan setiap kenderaan yang masuk dan memberitahu pemandu bahawa program Gerak dibatalkan,” katanya.

Berikutan itu, pihaknya hanya mengadakan majlis taklimat ringkas.

Sebelum itu, menurut Ezam, ketika menyebarkan risalah di bandar Kangar, pihaknya sentiasa dipantau polis cawangan khas yang menyamar sebagai wartawan.

“Bentuk soalan yang mereka tanyapun kita sudah tahu mereka wartawan atau polis,” katanya.

Ezam berkata, setelah disiasat terbukti mereka adalah polis cawangan khas.

Bagi mereka yang ingin menjadi sukarelawan Gerak, boleh emelkan ke:


gerakmalaysia@gmail.com

atau SMS ke 017-6688404

atau faks ke 03-78039423

atau poskan ke:
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi, B-1012, Blok B, Tingkat 10, Kelana Square, Jalan SS 7/26, Kelana Jaya, 47301, Selangor.

Dengan menyatakan nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon dan emel.

MEDIA GERAK

ADA USAHA CUBA GAGALKAN GERAK DEKATI RAKYAT

--------------------------------------------------------------------------------

GERAKAN DEMOKRASI DAN ANTI KORUPSI
21 November 2005.

ADA USAHA CUBA GAGALKAN GERAK DEKATI RAKYAT

Pada 19 November 2005, jam 9.00 malam dijadualkan Pelancaran GERAK peringkat negeri Perlis. Semua persiapan majlis pelancaran yang sepatutnya diadakan di Markas Pas Taman Jali, Kangar telah berjalan lancar. Namun pada petang 19 November 2005 pihak keselamatan telah mengugut pemilik Markas Taman Jali untuk menangkapnya jika meneruskan program tersebut..

Oleh kerana itu pemilik markas tersebut telah bertindak menutup markas. Sekatan jalan raya diadakan kira – kira 100 meter di kiri dan kanan jalan raya. Namum kerana hebahan melalui poster dan handbill yang telah tersebar lebih awal memaklumkan pidato Ezam Mohd Nor (selaku pengerusi GERAK) dan Ust. Hashim Jasin (Pesuruhjaya PAS Perlis) untuk Pelancaran GERAK peringkat Perlis maka usaha polis tidak dapat menghalang orang ramai datang.

Pada jam 9.00 malam saya tiba di tapak program. Kelihatan di kawasan sekitar di percayai ratusan orang telah berjaya menembusi sekatan polis. Dihadapan markas pula telah berkumpul kira – kira 60 orang, menunggu keputusan penganjur. Saya menghubungi Saudara Ezam Mohd Nor (yang dalam perjalanan ke tapak ceramah) memaklumkan mengenai keadaan dan memaklumkan keputusan bahawa beliau tetap akan terus hadir di tapak program.

9.35 malam, Ezam sampai di tapak program. Dengan menggunakan hailer (pembesar suara) saya telah memaklumkan kehadiran Ezam. Puluhan yang berkumpul di depan markas telah menjadi ratusan.

Ezam bersalaman dengan orang ramai sambil mengedarkan sendiri risalah penerangan GERAK beserta borang sukarelawan GERAK. Orang ramai meminta majlis diteruskan walaupun guna hailer. Maka untuk tidak menghampakan Ezam menyampaikan pidatonya hampir 30minit. Maka GERAK negeri Perlis dilancarkan di tepi jalan besar di Kangar bersaksikan ratusan rakyat yang berani melepasi sekatan dan ugutan.

Lawatan gerak ke negeri perlis pada 19 November 2005 bermula 11.30 pagi dengan Ziarah GERAK ke Pejabat Perhubungan PAS Perlis. Rombongan yang diketuai oleh Ezam itu telah disambut oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis. Lebih satu jam Ezam memberi penerangan dan berdialog dengan pimpinan Pas Perlis menerangkan mengenai GERAK yang akhirnya menyaksikan pimpinan Pas Perlis menyambut baik kewujudan GERAK dan menyatakan komitmen untuk turut memberikan dokongan.

Selepas itu agenda lawatan ke Perlis diteruskan dengan bertemu beberapa tokoh dalam dan luar kerajaan di negeri ini untuk menerangkan mengenai GERAK. Kami mendapat perbagai respon tetapi majoritinya menerima baik dan melihat betapa pentingnya GERAK sebagi sebuah institusi mendidik rakyat mengenai demokrasi dan anti korupsi diwujudkan dalam keadaan bangsa yang berada di ambang kehancuran oleh kerana rasuah yang melampau.

Jam 5.30 petang Ezam dan rombongan tiba di hadapan Pasaraya The Store, Kangar untuk mengedarkan risalah kepada orang ramai. Kelihatan tidak kurang dari 15 orang anggota polis dan 8 daripadanya tidak beruniform dipercayai dari cawangan khas berada di kawasan sekitar. Kehadiran mereka merakam program petang itu bukan sahaja untuk menakutkan orang ramai malah mengambarkan ketakuran mereka sendiri. Malah dalam sidang media selepas itu ada anggota polis cawangan khas yang cuba menyamar sebagai wartawan dengan memperkenalkan diri mereka sebagai wartawan Berita Harian, turut cuba bertanyakan soalan kepada Ezam.

GERAK dengan ini mengecam tindakan polis yang melampau ini. GERAK berharap kejadian seumpama ini tidak berulang dan meminta polis tidak bersekongkol dengan orang politik untuk menyekat ruang demokrasi dalam negara ini.

Jika pihak polis ragu – ragu mengenai kewujudan GERAK maka sebagai sebuah badan berdafatar berdasarkan undang undang negara kami bersedia mengadakan majlis penerangan GERAK kepada pihak polis jika di minta berbuat demikian.

Secara keseluruhannya lawatan kerja GERAK ke utara pada 18 – 10 November berjaya mencapai maksudnya. Dengan menyaksikan GERAK memulakan langkah dengan mengadakan Himpunan Rakyat - Pelancaran GERAK peringkat Negeri Kedah bersama Ezam Mohd Nor (Pengerusi GERAK), Hj. Mahfuz Omar ( Pengarah IMPAK),bertempat di Muasasah Darul Ulum, Pokok Sena yang dimulakan dengan majlis tahlil ringkas di makam Almarhum Dato’ Ust Fadzil Noor.

Sehingga kini GERAK telah mula mendapat respon orang ramai yang mahu menjadi sukarelawan. Didapati yang majoritinya terdiri daripada orang muda berketurunan cina.


BADRUL HISHAM SHAHARIN
Ko ordinator
Gerakan Demokrasi dan anti Korupsi
017 6688404
gerakmalaysia@yahoo.com

Sunday, November 20, 2005

Majoriti Mahu ISA Dimansuhkan

KUALA LUMPUR - Majoriti pengunjung KeadilanRakyat.org mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan terus. Ini berdasarkan kajiselidik Internet yang dijalankan.

56.6% dari 159 pengunjung mahukan akta tersebut dimansuhkan, sementara 32.1% mahukan sebuah undang-undang keselamatan baru yang dibawah kawalselia Parlimen dan mengiktiraf hak tahanan dibicarakan oleh mahkamah. Ini selaras dengan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Majlis Peguam Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan lain, tetapi tidak dipedulikan kerajaan.

Peguam Edmund Bon mengatakan beliau kecewa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mempunyai ketegasan politik untuk melaksanakan perubahan meskipun dengan majoriti yang besar. Ini satu contoh yang baik, katanya.

11.3% dari pengunjung mahukan Akta Keselamatan Dalam Negeri dikekalkan dalam bentuk sedia ada.

Saturday, November 19, 2005

Umno cuba halang Anwar berkempen di Pengkalan Pasir

Harakah Daily

Umno sedang berusaha untuk menghalang bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dari turut berkempen membantu calon PAS di Pengkalan Pasir melalui pendekatan undang-undang.

Setiausaha Agung Umno, Dato' Radzi Sheikh Ahmad telah mengadakan satu mesyuarat khas dengan para peguam ketika kunjungannya ke Kelantan baru-baru ini.

Perbincangan mereka dibuat berdasarkan Anwar tidak boleh aktif politik selama lima tahun selepas beliau dibebaskan dari penjara baru-baru ini.

Menurut sumber, Umno bimbang Anwar berjaya mempengaruhi ahli-ahli Umno di Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil 6 Disember ini.

Menurut sumber, Bilik Gerakan Umno meletakkan, Anwar mampu menarik sehingga 15 peratus pengundi Umno menyokong PAS dalam pilihan raya kecil ini.

Dato' Ibrahim Ali pula dikatakan mampu menarik sekitar 8 peratus undi di kalangan ahli Umno.

Ini bermakna, jika Anwar dan Ibrahim dibebaskan bergerak dan berkempen, ia boleh mengalahkan Umno dalam pilihanraya ini.

Anwar dijadualkan datang berkempen di Kelantan 27 November ini.

Beliau dijangka memberikan ceramah umum dan berjumpa dengan beberapa tokoh untuk membantu calon PAS di Pengkalan Pasir.

Monday, November 14, 2005

MEDIA KEADILAN RAKYAT

KETUA SETIAUSAHA DIHUKUM, BAGAIMANA DENGAN MENTERI?
--------------------------------------------------------------------------------

Datuk Dr Abdul Aziz Muhmmad , 61 tahun, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Desa, telah didapati bersalah oleh Mahkamah Session Kuala Lumpur pada hari Jumat lalu atas tuduhan pecah amanah dan berbohong.

Hukuman akan dijatuhkan oleh Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab pada hari Rabu ini. Beliau mungkin dihukum penjara sekurang-kurangnya dua tahun, ataupun lebih lama lagi. Hukuman maksimum bagi pecah amanah ialah penjara 20 tahun, manakala hukuman maksimum bagi pembohongan ialah penjara 10 tahun.

Abdul Aziz didapati bersalah membantu Datuk Ali, Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Terengganu Tengah atas tuduhan pecah amanah sebanyak RM2 juta. Beliau juga dituduh membohongi Datuk Mustapa Mohamed, ketika itu Menteri Kewangan Kedua, supaya Kerajaan melabur RM9 juta untuk projek menternak ikan dan menanam orkid, di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Semua ini berlaku ketika Abdul Aziz berkhidmat di bawah Menteri Pembangunan Desa ketika itu, Datuk Annuar Musa, yang sekarang Ketua Perhubungan Umno Kelantan. Abdul Aziz didapati bersalah ketika Annuar Musa bebas berpolitik di Kelantan dan berkempen untuk pilihan raya kecil Permatang Pasir, yang akan diadakan pada 6 Disember nanti.

Adalah dipercayai bahawa perkara-perakara yang dilakukan oleh Dr Abdul Aziz adalah atas arahan Menteri Datuk Annuar. Beliau bertindak sebagai seorang pegawai kanan kerajaan yang setia kepada menterinya. Ramai yang mengenali Abdul Aziz menganggap beliau sebagai pegawai kerajaan yang bersih serta bertanggungjawab, dan tidak percaya beliau boleh melakukan kesalahan tersebut.

Cerita-cerita berhubung pecah amanah dan penipuan ini mula-mula dibongkat oleh bekas Ketua Pengarang NST, Datuk Abdullah Ahmad, yang mendakwa Menteri Datuk Annuar terlibat. Kami mendesak supaya pihak Badan Pencegah Rasuah dan polis membuka penyiasatan ke atas bekas menteri itu, berdasarkan tuduhan-tuduhan terbuka yang dibuat oleh Datuk Abdullah dalam akhbar. Beliau hendaklah dihadapkan ke mahkamah sekiranya didapat terlibat, sebagaimana yang didakwa.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

Ezam Lancarkan Gerak Demi Membanteras Barah Rasuah

NGO baru perangi rasuah. Parti rasuah berwaspada!

KUALA LUMPUR - Setelah banyak ramalan bahawa Ketua Angkatan Muda, Sdr Ezam Mohd Noor akan sertai parti rasuah, Ezam telah menafikannya dengan mengumumkan penubuhan sebuah badan bukan kerajaan yang berazam memperjuangkan demokrasi dan membanteras rasuah, Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), memandangkan ruang demokrasi yang semakin disempitkan dengan akta zalim yang mencengkam rakyat, ditambahkan lagi dengan budaya korupsi yang membarah.

Di antara matlamat penubuhan Gerak adalah untuk membina urustadbir bersih (good governance), yang susah dicapai jika tahap demokrasi dan gejala rasuah di negara kita kekal pada tahap sekarang. Media massa bebas yang memberi nafas kepada sistem demokrasi pula teruk dibelenggu oleh akta-akta kuno dan zalim seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Percetakan.

Ezam yang pernah didakwa di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan dipenjarakan 2 tahun kerana mengumumkan hasil siasatan BPR terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Seri Paduka Rafidah Aziz itu berkata, usaha penghapusan rasuah yang dijalankan pentadbiran sekarang lemah dan tidak bersungguh-sungguh. Ezam berkata demikian kepada para wartawan demikian dalam sidang media yang diadakan di ibu Pejabat Keadilan baru, di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.


BPR harus bebas...

Pendakwaan selektif yang pilih kasih demi memelihara kroni pemerintah. Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang masih diletakkan di bawah jagaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri dengan sendirinya telah mencegah BPR daripada melaksanakan tugas membanteras rasuah dengan berkesan.

Atas sebab berkenaan, maka Gerak ditubuhkan oleh beliau demi merealisasikan pembaharuanan, khususnya dalam menjadikan negara ini mampu berdiri sebagai sebuah negara yang berwibawa.

Justeru, pergerakan masyarakat madani ini akan berkempen menerusi 5 cara utama, iaitu pendidikan, kebebasan kehakiman dan kewibawaan undang-undang, media bebas, institusi pencegah rasuah yang bebas, serta kerjasama di antara badan-badan lain yang sehaluan.

Program pendidikan seperti seminar, bengkel dan pengedaran risalah akan diadakan untuk mengubah sikap masyarakat terhadap korupsi, malah, mendidik rakyat untuk memahami hak mereka serta membenci korupsi.


Akan dedahkan bukti mengenai rasuah...

Gerak turut akan membawa isu-isu kepentingan rakyat, antaranya isu korupsi dan salahguna wang Petronas. Sehubungan itu, akan ditubuhkan badan pemantau perlakuan rasuah di negara ini, antaranya ‘Petronas Watch’ atau seumpamanya seperti mana amalan negara-negara luar.

Pemantau tersebut akan mengisytiharkan ‘zon bebas rasuah’ jika kawasan atau badan-badan tertentu didapati benar-benar bebas daripada budaya korupsi.

“Jika perlu saya akan mendedahkan beberapa dokumen rasuah di kalangan pemimpin kerajaan, termasuk pada zaman Abdullah Badawi. Mungkin jika beliau belum tahu, kita akan beritahunya,” ujar Ezam.

Gerak akan memberikan sokongan kepada Abdullah jika terbukti beliau bersungguh-sungguh memerangi gejala rasuah. Namun, sehingga kini belum terlihat kesungguhan Perdana Menteri dalam tindakannya menentang budaya korupsi yang semakin membarah.

Gerak juga akan memperjuangkan supaya institusi kehakiman dijadikan badan bebas. Institusi itu perlu dibebaskan daripada kongkongan politik sebagai prasyarat di dalam sistem demokrasi yang mampu menjamin pengurusan budaya kehakiman bebas.

Media yang bebas turut menjadi matlamat perjuangan Gerak, kerana sebuah negara demokrasi tidak akan berfungsi secara adil sekianya media dikekang.

Media di Malaysia telah dihambat dengan akta-akta yang mengcengkam demi survival pemerintah yang tanpa segan silu menguasai semua media utama negara. Akibatnya, ruang demokrasi menjadi amat terbatas.

“Rakyat perlu disedarkan betapa pentingnya mempunyai media yang bebas,” tegasnya.

Mengenai pembebasan BPR, Gerak akan mendesak dan memberi tekanan terhadap kerajaan demi membebaskan Badan Pencegah Rasuah (BPR) daripada cengkaman pemerintah dengan meletakkan institusi tersebut di bawah Parlimen.

“Gerak akan berjuang agar BPR menjadi sebuah badan bebas dan berwibawa. BPR wajib diletakkan di bawah Parlimen,” katanya.

Jaringan kerjasama antara institusi masyarakat, di mana kerjasama antara golongan akademik, NGO, media, badan agama dan parti politik juga merupakan suatu inisiatif penting bagi Gerak, kerana semua badan-badan ini harus dijuruskan ke arah membina suasana yang terbuka, terutamanya di dalam memperkukuhkan perubahan undang-undang.


18 Nov di Pokok Sena...

Gerak akan dilancarkan di setiap negeri secara berperingkat bermula di Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah pada 18 November akan datang bersempena menghormati dan menyanjungi perjuangan Almarhum mantan Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Nor yang pernah mengasaskan Gerak, gabungan parti politik dan NGO yang bersama-sama menuntut reformasi di negara ini sebelum Barisan Alternatif ditubuhkan.

Matlamat perjuangannya melangkaui batas-batas politik, kerana Gerak bukan milik mana-mana parti politik. Ia dibuka kepada mereka yang mempunyai mana-mana ideologi politik, asalkan mereka berhasrat menyumbang tenaga untuk menghapuskan rasuah. Ezam juga meramalkan bahawa sebagai sebuah NGO, ia dapat mencapai kejayaan yang lebih luas kerana akan menghadapi kurang sedikit halangan daripada pemerintah, jika dibandingkan dengan sebuah parti pembangkang.

"Gerak membuka penyertaan kepada setiap rakyat Malaysia sebagai sukarelawan Gerak, yang melangkaui batasan politik, bebas dan bukan sebahagian daripada mana-mana parti politik di negara ini, termasuk Parti Keadilan dalam usaha berkongsi aspirasi dan berjuang bersungguh-sungguh ke arah memperkukuh demokrasi dan menghapus korupsi di negara ini sehingga lahir sebuah negara yang berwibawa dan mampu menghadapi persaingan zaman," tegas beliau lagi.

Sementara itu, Ezam juga menyingkapkan bahawa Gerak telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad, kerana adalah amat susah untuk kerajaan rasuah kita meluluskan sebuah NGO membanteras rasuah sebagai sebuah persatuan.

Apabila ditanya kesahihan khabar angin bahawa beliau dikatakan akan sertai parti rasuah yang bernama Umno itu, Ezam jawab, adalah mustahil baginya untuk menyertai sebuah parti yang tiada sebarang manifesto mengenai penghapusan rasuah, kerana beliau memang komited terhadap agenda reformasi, dan tidak akan dapat memainkan peranan demikian jika menyertai parti rasuah itu.

Anwar Akan Berkempen di Kelantan

Malaysiakini


Anwar umumkan hasrat untuk berkempen.
Gambar Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berkempen untuk calon PAS dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan.

Menurut Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Tian Chua, Anwar akan berada di Kelantan sebelum hari penamaan calon.

Penamaan calon pilihanraya kecil tersebut akan dibuat pada 27 November ini dan pengundiannya pada 6 Disember. Pilihanraya kecil diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan berkenaan, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar.

"Anwar pasti akan ke Kelantan untuk berkempen membantu PAS,” katanya.

Menurut laporan agensi berita AFP, Chua berkata, ini adalah penglibatan Anwar yang pertama dalam kancah politik sejak dibebaskan dari penjara pada September tahun lalu.

Keadilan diketuai oleh isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Anwar yang kini menjadi pensyarah tamu di sebuah universiti di Amerika Syarikat adalah penasihat parti tersebut.

Menurutnya lagi, Anwar akan menyertai majlis-majlis ceramah terbuka dan akan membangkitkan isu reformasi dalam kerajaan serta keperluan wujudnya pakatan pembangkang bagi menjayakan agenda perubahan.

Chua juga menjangkakan pilihanraya kecil itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS dan Umno yang mewakili Barisan Nasional.

Sunday, November 13, 2005

Ezam lancar Gerakan Demokrasi dan Anti Rasuah (GERAK)

Oleh Zulkifli Mohamed

KUALA LUMPUR: Ruang demokrasi yang semakin sempit dengan akta zalim yang mencengkam rakyat, ditambah dengan budaya korupsi yang membarah, mendorong Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Noor melancarkan Gerakan Demokrasi dan Anti Rasuah (GERAK)

“Matlamat perjuangannya melangkaui batas-batas politik, kerana Gerak bukan milik mana-mana parti politik,” katanya dalam sidang media di sini, Sabtu.

Keahliannya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik yang ikhlas memperjuangkan hak rakyat, demokrasi dan anti korupsi.

Gerak diterajui oleh Ezam, sekaligus menafikan berita selama ini yang mendakwa beliau akan kembali ke pangkuan Umno.

Katanya, perjuangan Gerak meliputi bidang pendidikan, kebebasan institusi kehakiman dan kewibawaan undang-undang, media yang bebas, institusi anti korupsi yang independen dan membentuk jaringan antara institusi masyarakat.

Menurut Ezam, rakyat keseluruhannya perlu dididik untuk membenci budaya rasuah yang masih membelenggu pentadbiran negara.

“Antara matlamat Gerak untuk mengubah sikap masyarakat terhadap korupsi dan membina budaya membenci korupsi,” katanya.

Selain itu, kata Ezam, perjuangan Gerak bagi menjadikan institusi kehakiman sebagai badan bebas. Institusi itu perlu dibebaskan sebagai prasyarat di dalam sistem demokrasi yang mampu menjamin pengurusan budaya kehakiman bebas.

Badan pemantau rasuah

Gerak akan membawa isu-isu kepentingan rakyat, antaranya isu korupsi dan salahguna wang Petronas.

Sehubungan itu, Gerak katanya akan menubuhkan badan pemantau perlakuan rasuah di negara ini, antaranya ‘Petronas Watch’ atau seumpamanya seperti mana amalan negara-negara luar.

Pemantau tersebut akan mengisytiharkan ‘zon bebas rasuah’ jika didapati kawasan atau badan-badan tertentu bebas daripada budaya korupsi.

“Jika perlu saya akan mendedahkan beberapa dokumen rasuah di kalangan pemimpin kerajaan, termasuk pada zaman Abdullah Badawi. Mungkin jika beliau belum tahu, kita akan beritahunya,” katanya.

Menurut Ezam, Gerak akan memberikan sokongan kepada Abdullah jika terbukti beliau bersungguh-sungguh memerangi gejala rasuah.

Namun begitu, katanya sehingga kini belum terlihat kesungguhan Perdana Menteri dalam tindakannya menentang budaya korupsi yang semakin membarah.

Sehubungan itu, Gerak akan berjuang mendesak kerajaan untuk membebaskan Badan Pencegah Rasuah (BPR) daripada cengkaman pemerintah dengan meletakkan institusi tersebut di bawah Parlimen.

BPR katanya, kini berada pada tahap paling lemah, kerana diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang terikat dengan arahan pemerintah.

“Gerak akan berjuang agar pelaksana hukum pemerintah seperti BPR menjadi sebuah badan bebas dan berwibawa. BPR wajib diletakkan di bawah Parlimen,” tegasnya.

Umno kata Ezam, tidak mempunyai sebarang manifesto tentang perjuangan menghapuskan rasuah.

“Seluruh masyarakat termasuk golongan akademik, NGO, media, badan agama dan parti-parti politik akan digerakkan untuk menjuruskan ke arah perjuangan ini,” katanya.

Media bebas

Media adalah nafas mendokong demokrasi. Sebuah demokrasi tidak akan berfungsi secara adil sekiranya media dikongkong.

Media di Malaysia, katanya dihambat dengan akta-akta yang mengcengkam yang dibentuk pemerintah. Pemerintah tanpa segan silu menguasai semua media utama negara secara langsung dan tidak langsung, mengakibatkan ruang demokrasi menjadi amat terbatas.

“Rakyat perlu disedarkan betapa pentingnya mempunyai media yang bebas,” katanya.

Syarikat Sendirian Berhad

Sementara itu, Ezam memaklumkan Gerak telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad bagi mengelakkan pendaftarannya tidak diluluskan kerajaan.

Nama Gerak juga secara kebetulan mengambil sempena nama GERAK yang pernah ditubuhkan Almarhum Ustaz Dato’ Fadzil Mohd Noor, selepas peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim.

Ezam akan melancarkan Gerak di setiap negeri secara berperingkat.

Di Kedah akan dilancarkan pada 18 November depan di Muasassah Darul Ulum, Pokok Sena sempena memperingati perjuangan Allahyarham Fadzil Noor.

“Kita akan adakan bengkel, pengedaran risalah dan aktiviti bersifat mendidik rakyat tentang hak mereka,” jelasnya.

Ezam nafi masuk Umno

Malaysia Today

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor menafikan berita yang melaporkan bahawa beliau keluar dari keADILan dan menyertai Umno.

Dalam laporan sebuah berita web, mereka menerima surat layang yang menamakan diri beliau sebagai ZY dari Wangsa Maju Kuala Lumpur mendakwa Ezam akan membuat pengumuman memasuki Umno pada minggu kedua Hari Raya Aidilfitri berserta dengan beberapa orang penggerak PKR termasuk jentera Bahagian Shah Alam.

Menurut laporan itu juga, spekulasi mengenai kemasukan semula Ezam ke dalam Umno semakin bertiup kencang sejak kebelakangan ini kerana kurangnya “serangan” Ezam terhadap pemimpin-pemimpi Umno seperti yang dilakukan sebelum ini.

Di Ibu Pejabat keADILan pagi ini (12 November 2005), Ezam mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan penafian beliau dan mengumumkan bahawa beliau akan terus memerangai rasuah dan mengukuhkan demokrasi melalui satu pertubuhan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK).

"Maka, atas rasa tanggungjawab untuk berjuang melakukan perubahan, khususnya di dalam menjadikan negara ini mampu berdiri sebagai sebuah negara yang berwibawa menghadapi persaingan zaman ini," jelas Ezam.

Gerak akan bergerak atas lima asas utama iaitu pendidikan, kebebasa institusi kehakiman dan kewibawaan undang-undang, media yang bebas, institusi anti-korupsi yang independen dan membentuk jaringan kerjasama antara institusi masyarakat.

Dalam pendidikan, Ezam yang bertindak sebagai pengerusi badan itu akan menganjurkan program seperti 'GERAK Zon Bebas Korupsi.'

Dalam konteks pendidikan, Ezam akan membina budaya yang membenci korupsi dan menjadikan “korupsi musuh nombor satu negara.”

Ezam yang sebelum ini pernah didakwa di bawah Akta Hasutan (OSA) berkata, di negara ini banyak menyaksikan kes-kes korupsi yang tidak dihukum dengan sewajarnya dan mengakibatkan korupsi terus berkembang.

Justeru, menurutnya, institusi kehakiman yang bebas adalah prasyarat di dalam sistem demokrasi yang mampu menjamin penguatkuasaan.

Dalam aspek media bebas pula, sekatan yang dikenakan oleh kerajaan menjadikan demokrasi tidak berfungsi secara adil di negara ini.

"GERAK komited untuk mendidik rakyat betapa pentingnya mempunyai budaya media yang bebas," kata Ezam lagi.

Meskipun rasuah menjadi agenda perjuangan parti pemerintah, tetapi bagi Ezam, Umno tidak pernah bersungguh-sungguh dalam hal ini.

"Anwar Ibrahim ketika di dalam kabinet telah beberapa kali meminta agar Badan Pencegah Rasuah (BPR) diletakkan di bawah Parlimen," jelas Ezam.

Semasa pengumuman itu dibuat, Ezam memberitahu bahawa GERAK di peringkat negeri akan diadakan di Kedah pada 18 November akan datang sempena menghormati dan menyanjungi perjuangan Almarhum Dato Fadzil Nor sebagai pengasas GERAK, sebuah gabungan parti-parti politik dan NGO yang bersama menuntut reformasi di negara ini sebaik sahaja Dato Seri Anwar Ibrahim dipecat dan ditahan semasa pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, GERAK akan dilancarkan di setiap negeri di Malaysia dan membuka penyertaan untuk setiap rakyat Malaysia sebagai sukarelawan.

"GERAK akan berjuang melangkaui batasan politik, bebas dan bukan sebahagian daripada mana-mana parti politi di negara ini," jelas Ezam.

Dalam masa yang sama juga GERAK bersedia bekerjasama dengan semua organisasi dan badan masyarakat termasuk parti politik di dalam dan di luar pemerintahan hari ini sekiranya mereka bersedia berkongsi aspirasi dengan GERAK, yakni berjuang bersungguh-sungguh ke arah memperkukuhkan demokrasi dan menghapuskan korupsi di negara ini sehingga lahir sebuah negara yang berwibawa dan mampu menghadapi persaingan zaman.

Friday, November 11, 2005

Gerakan politik baru, Ezam akan umum Sabtu

Oleh Zulkifli Mohamed

PERMATANG PAUH: “Politik sentiasa berubah, tidak mustahil saya menyertai Umno, NGO, PAS atau DAP selepas ini,” kata Ketua Angkatan Muda; Ezam Mohd Noor kepada Malaysia Today, ketika diminta mengulas ura-ura beliau bercadang menyertai semula Umno.

“Dalam politik segalanya mungkin,” sambungnya.

Ezam turut mengesahkan, beliau akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Hussin Ali, hari ini (Jumaat) berkaitan pendiriannya itu.

Menurutnya, langkah politik terbarunya itu akan diumumkan sebaik sahaja dimaklumkan kepada barisan Exco Angkatan Muda, yang akan bermesyuarat 9.00 pagi Sabtu, ini.

“Saya akan umumkan pada sidang media khas, Sabtu ini, selepas semua Exco Angkatan Muda dimaklumkan mengenainya,” jelasnya ketika diminta penjelasan lanjut.

Beliau juga enggan mengesahkan berita bahawa beliau hanya akan bergiat dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) selepas ini.

Sebelum itu, berita kemasukan Ezam ke dalam Umno mulai tersebar apabila Laman Marhaen menyiarkan berita Ketua Angkatan Muda itu akan mengumumkan pendiriannya dalam minggu kedua selepas Eidul Fitri.

Penulis yang mengelarkan dirinya ZY-Wangsa Maju dipetik berkata Ezam sedang merancang langkah tertentu bersama Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang juga menantu Perdana Menteri.

Ezam menurut penulis itu, mempunyai hubungan intim dengan Khairy dan tokoh-tokoh tertentu dalam Umno.

Penyertaan semula Ezam ke dalam Umno, katanya sebagai salah satu langkah ‘mengintai’ peluang Anwar Ibrahim untuk kerusi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda, Badrul Hisham Saharin yang dihubungi enggan menafikan kemungkinan ketuanya itu menyertai Umno.

“No komen,” katanya.

“Jika saya nafi, takut nanti jadi macam kes Roslan Kassim pula,” kata Badrul ketawa.

Tegasnya walau apapun yang berlaku, perjuangan Keadilan lebih besar daripada perjuangan individu.

Dalam pada itu, menurut Badrul mesyuarat Exco Angkatan Muda, Sabtu ini akan membincangkan beberapa perkara penting, termasuk persediaan Angkatan Muda menghadapi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir.

Ezam tidak mungkin sertai semula Umno

Muda Mohd Noor
Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, Ezam Mohd Nor tidak akan menyertai Umno sebaliknya akan terus berjuang dalam Keadilan untuk menegakkan keadilan dan menentang rasuah di negara ini.

Naib Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Ezam pernah berjanji bahawa beliau tidak akan sesekali mengkhianati perjuangan tersebut.

Katanya, Ezam sangat komited dalam perjuangan dan beliau sendiri menganggap sesiapa yang meninggalkan perjuangan ini adalah pengkhianat.

“Untuk menyamakan prinsip Ezam dengan beberapa bekas pemimpin Keadilan yang meninggalkan parti adalah satu perbandingan yang tidak boleh diterima pakai kerana Ezam tidak akan menggadaikan maruah dan prinsip perjuangan,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata demikian sebagai mengulas laporan malaysiakini semalam bahawa Ezam sedang mengatur langkah untuk menyertai semula Umno.

Katanya, Ezam ialah seorang pejuang dan ini dibuktikan melalui pendedahan rasuah pemimpin negara yang dibuat sehingga dikenakan hukuman penjara.

Beliau berkata, khabar angin tersebut sengaja dibuat oleh pihak-pihak tertentu sempena kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir pada awal bulan depan.

“Ezam akan terus memimpin Pemuda PKR untuk meneruskan agenda melawan rasuah dan memperjuangkan demokrasi dan keadilan di negara ini,” katanya.

Shamsul Iskandar berkata, Ezam sama sekali tidak akan memilih Umno sebuah parti yang telah rosak dan rasuah.

Bagaimanapun, katanya Umno amat menantikan kepulangan semula Ezam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana parti itu kini menghadapi pelbagai masalah dalaman.

Katanya, Ezam mempunyai rangkaian hubungan yang baik dengan banyak pihak termasuk pemimpin Umno, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin pembangkang malahan di peringkat antarabangsa khususnya Asia Tenggara.

Sementara itu dalam kenaytaannya kepada sebuah laman web semalam, Ezam berkata beliau akan melancarkan jentera Pemuda PKR Kelantan pada 15 November ini membantu PAS memenangi pilihan raya kecil Pengkalan Pasir.

"Kita mahukan PAS menang dan mengekalkan kerusi berkenaan, dan ini penting kerana kemenangan itu menyelamatkan maruah BA seluruhnya."

"Pilihan raya itu bukan saja penting bagi Pas, tetapi ia mustahak bagi kita semua (BA)," tekannya lagi.

Thursday, November 10, 2005

Prosiding Sook Swan UPM: FRU Kembali Bermaharajalela

Cik Lim Sook Swan
(Gambar Malaysiakini)

Oleh Jeffrey Lim

SERI KEMBANGAN - Peguambela Cik Lim Sook Swan, Encik Nik Mohamad serta penjaga yang dilantik ibu bapa beliau, penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Encik S. Arulchelvan, dinafikan peluang untuk menghadiri perbicaraan UPM terhadap Sook Swan, dengan alasan ia bercanggah dengan prosedur UPM. Pihak UPM juga meminta orang ramai menghormati alasan mereka yang tidak munasabah itu.

Sook Swan, 21, pelajar Tahun Kedua, Semester Satu, Bacelor Sastera - Mandarin, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), yang dituduh melanggar Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) oleh pihak UPM kerana cuba memboikot pilihanraya kampus yang penuh tipu helah, telah menghadiri prosiding yang dipanggil UPM untuk menjawab tuduhan-tuduhan ke atas beliau berseorang diri dengan berani.

Selain daripada itu, wartawan ntv7 turut dihalang daripada mengikuti berita ini. Malah, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diundang untuk menyuraikan para mahasiswa dan orang ramai yang menunjuk perasaan.


"Jangan Aniaya Kami!", jerit para pelajar
(Gambar Merdeka Review)

Wakil-wakil pelbagai organisasi yang berkumpul di depan Bangunan Pentadbiran untuk menantikan keputusan prosiding telah dihalau oleh pihak UPM yang dakwa mereka tidak berhak berbuat demikian, menurut peraturan-peraturan UPM.

Oleh yang demikian, para mahasiswa serta orang ramai yang hadiri terpaksa beredar ke pintu utama UPM. Mereka yang bergilir-gilir memberi ucapan untuk mendorong semangat para hadirin termasuk Lau Weng San, Setiausaha Penerangan DAP Negeri Selangor dan Exco Pemuda Kebangsaan, Chang Lih Kang, penyelaras Suaram dan Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) serta Teng Chang Khim, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang, Selangor.

Namun, pihak UPM yang tidak menghormati kebebasan bersuara masih tidak berpuas hati. Mereka menyuraikan demonstrasi secara kekerasan dengan bantuan FRU.


FRU kawan setia UMNO... dan juga UPM
(Gambar Merdeka Review)

Menjangkakan ramai pihak yang prihatin dan media massa akan hadiri prosiding hari ini untuk memberi sokongan kepada para tertuduh, UPM telahpun mengadakan pemeriksaan yang ketat di pintu utama.

Chang Lih Kang, Anthony Loke Siew Fook, ADUN Lobak, Negeri Sembilan, Lee Ban Chen, aktivis politik, wartawan ntv7 serta wakil Dewan Perhimpunan Cina Selangor cuma dapat memasuki kampus UPM setelah bersusah payah berbincang dengan pihak UPM.

Namun, mereka tetap tidak dibenarkan mendekati Bangunan Pentadbiran di mana prosiding diadakan. Malah, mereka diberi layanan teruk oleh unit keselamatan UPM, sehingga terpaksa terus beredar dari satu pintu kampus ke pintu yang lain dari pukul 10 pagi hingga pukul 12 tengah hari tadi.


Kawan-kawan memberi sokongan kepada Sook Swan
(Gambar Merdeka Review)

Yang paling menghairankan, pabila mereka meminta anggota unit keselamatan mempamirkan surat rasmi mengenai halangan terhadap mereka untuk memasuki, mereka disuruh oleh anggota keselamatan yang biadap itu untuk mendiamkan diri.

Semua wartawan yang ingin melaporkan berita ini serta mahasiswa yang hadir untuk memberi sokongan diminta mengisikan butir-butir peribadi. Sebuah kereta ronda polis juga muncul, namun ia gagal memutuskan semangat para penyokong.

Chang Khim, Anthony, lebih kurang 70 orang mahasiswa dan para wartawan akhirnya berjaya memasuki Bangunan Pentadbiran. Sekali lagi, mereka dihalau keluar sebaik sahaja prosiding bermula. Semua pelajar UPM diminta menunjukkan kad matrik, manakala orang awam terpaksa tinggalkan kampus UPM.

Pada bulan Oktober 2005, pihak UPM kemukakan 2 tuduhan terhadap Sook Swan yang dinampak berpihak kepada kem Idealis Mahasiswa dalam dua helai kertas A4 dan dilampirkan tujuh keping foto, iaitu,

Telah mengapikan pelajar lain, di hadapan Bangunan Pentadbiran UPM pada 29 September 2005 di antara jam 1.00 petang hingga 2.00 petang, suatu pemboikotan terhadap aktitviti yang sah dijalankan di bawah arahan universiti iaitu Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2005/2006.

Telah menjalankan urusan kamu di luar kampus tanpa mendapatkan kebenaran Naib Cansellor, terlebih dahulu dengan cara berada dalam satu perhimpunan di hadapan Masjid Negara pada 7 Oktober 2005 kira-kira jam 2.00 petang dengan tujuan untuk menyertai satu perarakan dari Masjid Negara ke Bangunan SUHAKAM bagi menyerahkan Laporan Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2005/2006.
Dalam prosiding Sook Swan tadi, keputusan dijatuhkan untuk menangguhkannya sekali lagi sehingga suatu tarikh yang belum ditetapkan selepas peperiksaan akhir beliau.


Arul: UPM tidak transparen
(Gambar Malaysiakini)

Ini bukan kali pertama Arul yang dilantik ibu bapa Sook Swan untuk menjadi penjaga Sook Swan dalam prosidingnya dinafikan untuk masuk, sungguhpun beliau menunjukkan surat lantikan daripada ibu bapa Sook Swan.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof Dr. Azali Mohamed yang ingin menyembunyikan perjalanan prosiding tersebut daripada diketahui umum menyuruh Arul untuk tinggalkan kampus dalam 30 minit, apabila kes Sook Swan dipanggil pada petang 24 Oktober lepas.

"Perbicaraan ini tidak transparen langsung. Jika mereka tidak mempunyai sebarang rahsia yang ingin disembunyikan, patutlah mereka membenarkan pemerhati untuk mengikutinya," bidas Arul.

"Malah peguam pun tidak dibenarkan masuk. Ia secara jelas bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan setiap orang berhak diwakili peguam dalam sesuatu prosiding," tambah beliau.

Barisan Progresif UPM, sebuah pergerakan mahasiswa, menuduh perbicaraan bawah tanah yang dijalankan ini melanggar prinsip asas keadilan.

"Timbalan Naib Canselor HEP memainkan kedua-dua peranan pendakwa raya dan hakim, ini menunjukkan wibawa sistem ini amat disyaki," bidas jurucakapnya, Kam Poay Hua, apabila mempersoalkan sistem kehakiman kampus yang tidak masuk akal ini.



Mahasiswa cemerlang, kampus gemilang, negara terbilang
(Gambar Malaysiakini)

Pada pukul 3 petang ini, 10 November 2005, dua lagi pelajar UPM iaitu Simon Ooi Tze Min, tahun kedua Kejuruteraan Komputer dan Sistem Komunikasi, dan Tan Kar Hing, 23, tahun ketiga Pentadbiran Perniagaan, mengharumkan nama negara apabila dianugerahkan jumlah tuduhan yang memecahkan rekod dunia iaitu sebanyak tujuh tuduhan oleh UPM, iaitu,

Menyertai perhimpunan (untuk mendesak diadakan pilihanraya kampus yang adil) di hadapan bangunan Parlimen pada 21 September.

Menghasut para pelajar memboikot pilihanraya kampus.

Menyertai perjumpaan di sebuah kedai kopi di luar kampus semasa penamaan calon pilihanraya kampus berlangsung pada 26 September.

Mengeluarkan kenyataan media berhubung pilihanraya kampus kepada wartawan segmen Edisit Siasat stesen televisyen NTV7 pada hari mengundi pada 29 September.

Mengutip derma dari para pelajar pada 26 hingga 29 September untuk membiayai kempen memulau pilihanraya kampus.

Menyertai perhimpunan di Masjid Negara yang menghantar memorandam ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Berada di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur untuk menyokong penghapusan Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) dan Auku pada 22 April.
Walau bagaimanapun, dua orang lagi pelajar yang dituduh, Taufiq dan Hisyam, dibenarkan ditunda sehingga selepas peperiksaan akhir yang sedang dijalankan. Tarikh prosiding Taufiq telah ditetapkan pada 24 November.

MEDIA KEADILAN RAKYAT

“SEARCH COMMITTEE” UNTUK MENCARI NAIB CANSELOR
10 November 2005

--------------------------------------------------------------------------------

Saya tertarik dengan kenyataan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Haji Mohd Shafie bin Salleh, yang mencadangkan idea “Search Committee” untuk mencari Naib Canselor bagi Universiti. Katanya ini satu cara untuk menaikkan taraf universiti di negara ini.
Konsep “Search Committee” ini bukan baru. Ia dilaksanakan oleh banyak universiti yang terkenal. Bahkan sebelum Akta Universiti dan Kolej-Kolej Universiti (AUKU) dipinda kira-kira 30 tahun dulu, Universiti Malaya mencari Naib Canselor melalui jawatankuasa “Search Committee”, yang dibentuk oleh Majlis Universiti. Naib Canselor yang terakhir dipilih mengikut proses ini ialah Prof Ungku Aziz.

Sebelum AUKU, Majlis Universiti agak bebas dan berwibawa, dengan ahli-ahlinya terdiri daripada wakil-wakil Alumni (Siswazah) Universiti, Senat Universiti (terdiri dari para professor dan ketua jabatan), dan juga lantikan yang mewakili negeri-negeri dan sultan-sultan. Majlis ini tidak tunduk kepada pemerintah. “Search Committee” melapor kepada Majlis, yang membuat keputusan tanpa dipengaruhi kerajaan.

Akan tetapi, Menteri Dr Shafie menyatakan bahawa “Search Committee” beliau akan mengemukakan nama-nama calon yang dicari kepada Menteri Pendidikan Tinggi. Menteri itulah yang membuat keputusan muktamad calon mana hendak dipilih. Jadi, pasti unsur politik parti akan menentukan siapa bakal menjadi naib canselor.

Dr Sahafie tidak menyebut pula siapa-siapakah yang akan menganggotai “Search Committee” beliau. Jikalau mereka dipilih dari kalangan anggota “majlis” yang ada sekarang, unsur politik parti pemerintah masih kuat juga. Selepas AUKU dipinda sturktur Majlis Universiti diubah, dengan majoriti terdiri dari mereka yang ditunjuk oleh kerajaan.

Lepas itu “majlis” ini diganti dengan Lembaga Pengurus, yang pengerusi serta ahli-ahlinya dilantik oleh kerajaan. Tidak ada tanda ia mampu bertindak secara bebas. Jadi, jikalau ahli-ahli “Search Committee” dipilih oleh Lembaga Pengurus dan kemudian melapor kepada Lembaga ini juga untuk membuat keputusan akhir, pengaruh parti politik berkuasa masih kuat. Jawatan Naib Canselor itu masih boleh dipolitikkan.

“Search Committee” akan dapat memainkan peranan sepenuh hanya jikalau autonomi universiti dipulihkan. Ini mungkin tercapai sekiranya AUKU ditarik balik, Naib Canselor bukan ditentukan secara politk, majoriti anggota Majlis Universiti terdiri wakil-wakil dipilih oleh badan-badan yang ada kaitan dengan universiti dan pendidikan, ahli-ahli Senat Universiti terdiri dari semua professor dan bukan hanya yang diangkat oleh Naib Canselor, Dekan dipilih secara demokratik oleh ahli-ahli Fakulti (iaitu semua pensyarah) dan bukan dilantik oleh Naib Canselor yang dilantik oleh kerajaan, dan kenaikan pangkat ditentukan atas dasar pencapaian atau merit akademik.

Naib Canselor memang boleh memainkan peranan penting. Tetapi, taraf universiti akan lebih mudah dinaikkan jikalau wujud suasana dan semangat yang menggalakkan usaha mencari ilmu dan kebenaran melalui pengajaran yang berdikasi, penyelidikan serta kajian yang teliti serta bererti, dan hasil-hasil penerbitan yang berkualiti.

Jikalau pegawai-pegawai tinggi universiti terlalu banyak membuang masa bermain politik dan menaikkan ego sendiri, dan pihak pemerintah terlalu ghairah hendak menguasai universiti, pensyarah dan pelajar supaya menyokong mereka, suasana dan semangat keilmuan akan hilang. Maka akan hancurlah peluang universiti untuk menjadi pusat ilmu yang cemerlang.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat