The Star
Temubual bekas CEO Guthrie Group Tan Sri Khalid Ibrahim dan kini bendahari Parti Keadilan Rakyat, oleh JOCELINE TAN.
Gaya Tan Sri Khalid Ibrahim yang bersahaja begitu berbeza dengan keindahan rumah rekabentuk Melayunya di Damansara Heights.
Malah, dia tidak nampak seperti tokoh korporat yang tersohor yang dikenali sebelum ini dan tidak juga bendahari baru Parti Keadilan Rakyat, jawatan yang beliau jawat hanya enam bulan yang lalu.
Ia mungkin ada kena-mengena dengan cara bekas CEO Guthrie Group berjalan merata kediamannya dalam pakaian yang tidak menunjuk-nunjuk, sehelai kemeja berlengan pendek berbutang sehingga ke leher.
Cermin matanya ternampak kesan cap jari dan 'sideburn'nya nampak berurat-urat dan rambut panjang menutup dahinya semasa dia bercakap.
Rumah Melayu tradisionalnya jelas kelihatan daripada kediaman lain di Damansara Heights kerana kedudukannya di atas bukit.
Tetapi tarikan sebenar rumah tradisional Melayu terletak pada skala kecil yang sebenarnya hilang dalam tersergam besar kediaman Khalid.
Sungguhpun begitu, ia tetap menarik dengan banyak hasil kraf buatan tangan. Ia mengambil empat tahun lamanya untuk siap, menyebabkan Khalid mengeluh sehingga sekarang: "Tidak sanggup lagi!"
Beliau telah berpindah ke rumah tersebut pada 9 Sept 1999, semasa gerakan reformasi tercetus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih hangat.
Kemasukannya dalam politik seperti yang semua orang tahu adalah satu pencapaian bagi Keadilan.
Khalid, yang berusia 60 tahun baru-baru ini, merupakan salah satu nama yang terkenal yang pernah memasukki Keadilan. Rekod kerjayanya mengagumkan dan beliau bukan jenis korporat yang terus hinggap di atas.
Beliau belajar ekonomi di Universiti Malaya zaman pra-DEB dan menapak dari bawah, menempa nama dalam syarikat pelaburan kerajaan Permodalan Nasional Bhd sebelum memasukki Guthrie.
Sebagai CEO Guthrie, beliau mengurus empayar perladangan dengan turnover melebihi RM1bil dan meliputi kawasan yang saiznya tiga kali ganda Singapura.
Dan beliau telah mengetuai "serbuan subuh" yang sensasi untuk mengambilalih Guthrie dalam tahun 1981 yang pada ketika itu ialah syarikat British yang disenaraikan pada London Stock Exchange.
Sejak berhenti daripada Guthrie, dia telah bekerja sebagai perunding berkaitan pasaran modal Islam.
"Memasukki parti dengan latarbelakang dan kewibawaannya memberi suntikan moral kepada kami," kata naib presiden Keadilan Azmin Ali.
Tetapi tidakkah ia akan menjadi seperti ikan yang keluar dari air, keluar dari pengurusan perniagaan dan memasukki perniagaan politik?
Jelasnya, politik dan Khalid bukan perkara asing. Beliau pernah menjadi ahli Umno dan pernah bertanding tetapi kalah merebut jawatan ketua bahagian Umno.
Namun, politik pembangkang memang berbeza dan agak ganjil melihat Khalid duduk di dalamnya.
Ahli parti kata peranannya dalam parti lebih mengenai ekonomi daripada politik.
"Dia penting bagi memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa kami mempunyai kemahiran dan pengetahuan mengenai ekonomi.
"Pengalaman beliau dan hubungan dalam dunia korporat dan kewangan antarabangsa akan memberi keyakinan kepada rakyat," kata ketua penerangan parti Tian Chua.
Bagi Keadilan, dia merupakan calon menteri kewangan, peranan yang sepatutnya dipegang oleh Anwar tetapi nampak kurang minat untuk diambil walaupun satu masa dulu telah memegang portfolio tersebut.
Khalid akui bahawa politik lain sama sekali dengan apa yang beliau lakukan sebelum ini.
"Dalam dunia korporat, sentiasa terdapat garis pemisah: keuntungan. Tetapi dalam politik garis pemisahnya tidak begitu ketara.
"Anda perlu senyum di hadapan musuh anda. Anda perlu angguk walaupun tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan.
"Saya dengar tetapi senyum selalu bukan kemahiran saya," katanya.
Mengenai peranannya sebagai bendahari, katanya: "Mengira wang bukan masalah bagi saya terutama selepas saya melihat akaun parti.
"Kebimbangan saya ialah bagaimana menjadi efektif dalam parti."
Parti tersebut telah meletakkannya dalam siri ceramah dalam beberapa bulan yang lalu, dan kehadirannya di Terengganu telah menarik ramai pendengar.
Ada yang fikir beliau terlalu serius dan objektif untuk mendapat perhatian orang ramai, tetapi bekas wakil rakyat Keadilan Saifuddin Nasution berkata dia kemukakan ideanya dengan cara yang mudah untuk difahami.
Khalid cepat belajar. Satu malam, hujan renyai-renyai mula turun ketika ceramah, dia beritahu orang ramai: "Berdiri dalam hujan, anda semua fikir air begitu banyak dan berlebihan di sekeliling kita.
"Tetapi ia kisah yang berbeza apabila anda semua pulang ke rumah dan esok bila anda terpaksa membayar bil air."
Kemudian dia mulakan hujah mengenai mengapa dasar penswastaan kerajaan telah mengakibatkan kos yang lebih tinggi daripada memberi manfaat kepada rakyat.
Dia tidak bercakap mengenai politik remeh-temeh yang beliau serahkan kepada politikus yang lebih lama di atas pentas.
"Saya tidak cakap mengenai Tun Mahathir bergaduh dengan Pak Lah atau apa Khairy Jamaluddin sedang buat," katanya.
Misinya dalam Keadilan ialah untuk mengukuhkan manifesto sektor ekonomi yang Keadilan cuba kemukakan kepada PAS dan DAP supaya mereka akan mencapai kata sepakat dalam pakatan bagi pilihan raya.
Mereka memanggilnya Agenda Ekonomi Baru dan ia akan dilancarkan dalam beberapa bahagian bermula tahun hadapan apabila Anwar dijangka mengakhiri tugasannya di luar negara dan menumpukan lebih masa di dalam negara.
Menghapuskan DEB merupakan ciri Agenda Ekonomi Baru walaupun dia menekankan bahawa tindakan positif bagi yang miskin dan yang masih memerlukan, sama ada Melayu, Kadazan atau India.
Sama ada Agenda Ekonomi Baru akan menjadi suatu yang radikal atau hanya DEB dalam kulit yang baru, maka kita perlu tunggu dan lihat tetapi ia pasti akan menarik perhatian ramai.
Khalid juga sedang disiapkan untuk bertanding mungkin di Selangor. Keluarganya tidak begitu teruja mengenai dia melibatkan diri dalam politik.
"Isteri saya kata saya sudah laksanakan tanggungjawab nasional dan sudah tiba masa untuk habiskan masa dengan keluarga. Saya bagi tahu padanya yang saya hanya membantu seorang rakan dan saya pun sudah tua
dan tidak mungkin lama dalam politik," katanya.
"Rakan tersebut" ialah Anwar yang beliau kenal sejak zaman di Universiti Malaya.
Rakan-rakannya tidak terperanjat apabila dia berada dalam Keadilan. Mereka tahu sentimennya terhadap Anwar kerana beliau tidak cuba sembunyikan rasa simpatinya terhadap Anwar dan telah melawatnya di penjara Sungai Buloh.
Khalid mempunyai kelemahannya sendiri kerana mereka yang pernah bekerja bersamanya akan tahu mengenainya tetapi perlu dikatakan di sini, beliau memang sahabat yang setia.
Dan beliau tiada menyimpan marah terhadap peranan Tun Dr Mahathir
Mohamad dalam krisis tersebut.
"Saya menghormatinya. Dia seorang yang hebat yang telah banyak menyumbang kepada Malaysia," katanya mengenai musuh Anwar.
Adakah dia menikmati pemasyhuran yang baru ditemuinya?
"Saya tidak akan kata saya menikmatinya. Saya hanya mahu lakukan bahagian saya sebagai agen perubahan. Jika ia tidak berlaku, sekurang-kurangnya saya sudah cuba.
"Saya tiada harapan menggunung dalam politik atau cita-cita politik yang besar."