SepangOnline

Wednesday, December 27, 2006

Tradisi Membebankan Rakyat
Rabu, 27 Disember 2006


Kenaikan Harga Tol: Tradisi Membebankan Rakyat

Angkatan Muda keADILan Malaysia (AMK) hari ini turut hadir bersama-sama dengan kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyatakan sokongan kepada memorandum bagi membantah kenaikan tol yang diserahkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

AMK beranggapan bahawa kerajaan pimpinan PM Abdullah tidak peka dan sensitif kepada pemasalahan dan beban rakyat yang bertambah kerana terpaksa berhadapan dengan pelbagai kenaikan terutamanya kenaikan harga barang yang merupakan akibat langsung daripada kenaikan tol. Sepanjang PM Abdullah memenangi Pilihanraya Umum 2004, tiada satu pun khabar gembira buat rakyat Malaysia, AMK mencadangkan agar cogankata Tradisi Membela Rakyat ditukarkan kepada Tradisi Membebankan Rakyat.


AMK menegaskan bahawa natijah daripada dasar penswastaan negara yang melahirkan kemudahan kelas pertama seperti lebuhraya sepatutnya memberikan keselesaan dan kemudahan kepada rakyat dan bukannya membebankan rakyat dengan kadar tol yang saban tahun semakin meningkat. Apa guna kemudahan untuk rakyat sekiranya wang rakyat diperah untuk membayar harga kemudahan yang amat tinggi. Rakyat bukan sekadar harga tol yang meningkat malah terpaksa juga ”membayar” dengan harga yang tinggi implikasi daripada kenaikan tol.

AMK menyeru semua rakyat Malaysia khususnya anak-anak muda yang tinggal di Lembah Kelang termasuk para mahasiswa untuk bersama-sama dengan kami berganding bahu hadir bagi menyatakan sokongan ke semua majlis-majlis bantahan terhdap kenaikan harga tol bermula dengan program pada malam ini di Dewan Perhimpunan Cina. Sudah sampai waktu dan ketikanya, rakyat bangkit melakukan perubahan dengan memberikan isyarat yang jelas kepada kerajaan BN bahawa mereka akan dikalahkan semasa pilihanraya yang akan datang.

Ayuh rakyat Malaysia, bersama kita lakukan perubahan!

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pemangku Ketua
Angkatan Muda KeADILan Malaysia

0 Comments:

Post a Comment

<< Home