SepangOnline

Friday, December 01, 2006

Sikap provokasi polis dalam majlis penyerahan memorandum dikesali

KLANG, 1 Dis (Hrkh) - Pihak polis sengaja melakukan `provokasi' terhadap peserta perhimpunan aman yang mahu menyerahkan memorandum kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaraan Klang (MPK) yang menuntut pihak kerajaan negeri menjalankan tugas dengan telus.

Perhimpunan aman yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta MPK itu diadakan selepas menunaikan solat Jumaat, 2.15 petang.

Peserta perhimpunan hanya membawa kain rentang yang bertulis, `Hapuskan kezaliman tegakkan keadilan', 'Rakyat perlu MB yang tegas, lucutkan jawatan Dato' Zakaria Mohd Deros'. Peserta perhimpunan tidak membuat bising seperti melaungkan perkataan penghinaan dan sebagainya.

ImageBagaimanapun, jam 2.22 petang dua orang Pegawai Polis, Amin dan Razlan datang dan memberi amaran supaya perhimpunan itu disuraikan. Perbincangan diadakan selama lima minit. Suasana menjadi lebih gamat apabila datang seorang lagi Pegawai Polis, Junaidi yang lebih kasar ketika memberi amaran kepada peserta perhimpunan.

Junaidi mengertak; "Cara berkumpul ini tidak betul, kalau tidak bersurai saya akan suraikan dengan cara saya." Perbincangan diadakan antara pegawai polis dengan wakil pimpinan PAS dan KeADILan.

Amat menyedihkan apabila Setiausaha MPK, Mohamad Jaid datang ke tempat perhimpunan di tempat letak kereta untuk menerima memorandum tersebut.

Bagaimanapun, tindakan Mohamad Jaid itu dibantah oleh peserta perhimpunan dan mendesak pimpinan; Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Hassan Ali; Pengerusi KeADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor dan Adun Sungai Pinang, Teng Chang Khim dibenarkan masuk ke dalam MPK.

Walaupun memorandum itu dapat diserahkan kepada Mohamad Jaid tetapi Dr Hassan Ali terkilan kerana pegawai Polis (Junaidi) menghalang beliau daripada berucap selepas Khalid Ibrahim berucap di hadapan MPK.

Junaidi dengan garang berkata kepada Khalid; "I kenal U, I nak U yang baca doa.' - mns

0 Comments:

Post a Comment

<< Home