SepangOnline

Sunday, December 10, 2006

Suara Keadilan Isu 96

 DEB gimik Umno rompak Melayu - Anwar
TOKOH karismatik, Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan pendirian KeADILan kepada pelupusan dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diujudkan pada tahun 1970an itu.
Anwar diserang perwakilan Umno dalam persidangan agung parti itu yang baru berlalu kerana mengkritik DEB. Beliau yang juga penasihat KeADILan berkata serangan terhadap beliau bertujuan menga-lihkan perhatian masyarakat daripada isu-isu utama seperti DEB, dialog antara agama dan ekonomi negara.

Perhimpunan memalukan
Menjawab satu soalan, Anwar berkata Perhimpunan Agung Umno kali ini ‘memalukan’ dan bersifat perkauman bertujuan mengumpul sokongan akar umbi Melayu.

“Ia seharusnya membahaskan agenda pembangunan dan masa depan Malaysia, tetapi sentimen perkauman dibakar seolah-olah masalah ekonomi hari ini berpunca daripada bukan Melayu, khususnya Cina.”

“Masalah dengan ekonomi berpunca daripada pentadbiran, dasar dan program yang lemah. Mereka yang mencabar DEB bukan sahaja Cina. Malahan Melayu, termasuk diri saya, yang dikritik dalam perhimpunan tersebut.”
Menurut beliau, sudah sampai ketikanya agar agenda ekonomi Malaysia menjurus kepada pertumbuhan ekonomi
dan pengagihan kekayaan yang adil.

Gugur kes Sukma untuk selamat Musa Hassan?
TINDAKAN Peguam Negara, Gani Patail menarik balik pertuduhan ke atas Sukma Darmawan Sasmitaat Madja mungkin untuk menghalang Sukma daripada mendedahkan lebih banyak konspirasi politik membabitkan individu penting dalam kerajaan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali.
Beliau mengulas tindakan Gani yang menarik balik sabitan tuduhan ‘liwat’ ke atas Sukma yang dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 6 November lepas.

‘Suami saya bukan nak jadi PM’
“Dia (suami saya) bukan ingin menjadi Perdana Menteri, kenapa mereka lakukan ini terhadap dia,” kata Mazlinda
Makhzan isteri kepada Abdul Razak Baginda ketika membantah pendakwaan ke atas suaminya di mahkamah. (Petikan dan terjemahan laporan NST 17 November lepas).

0 Comments:

Post a Comment

<< Home