Titik Baharui Hubungan Antara Agama
Pada 17 Disember 2006 lalu diadakan Forum Kebebasan dan Demokrasi di Malaysia: Dialog Di Kalangan Umat Islam di Kuala Lumpur dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat dan Friedrich Naumann Stiftung. Saya telah menjemput wakil-wakil daripada Jemaah Islah Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia, Forum Profesional Muslim, Persatuan Ulama' Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia Tenggara, Parti Islam SeMalaysia dan Keadilan. Selain itu sebilangan sarjana, penulis dan pemikir turut menyertai forum tersebut. Beberapa wakil dari kalangan yang dianggap mewakili sosok liberal yang diundang enggan bersama di dalam forum tersebut.
Saya menekankan keperluan meneruskan wacana secara terbuka dan bersedia menghormati perbedaan pendapat di kalangan peserta. Keterbukaan sedemikian dikira lebih mendesak memandangkan ketegangan kaum dan agama di Malaysia kian meruncing. Sayugia disedari bahawa kesangsian tersebut juga menambah prasangka dan kebimbangan: umat Islam merasakan bahawa hak dan kedudukan mereka semakin dicabar; sementara masyarakat bukan Islam pula merasakan kebebasan mereka terancam. Justeru itu adalah dikira wajar dicari muafakat di kalangan umat Islam selain usaha berterusan menggalakkan dialog an
Para peserta umumnya menzahirkan iltizam mempertahankan kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan serta memelihara prinsip kebebasan agama yang termaktub di dalam Perlembagaan negara dan diamalkan selama ini. Mereka musykil dan sangsi dengan kemunculan segelintir pihak yang lantang mencabar hak umat Islam mengamalkan agama dan syariat. Walhal, dalam menafsirkan peruntukan Perkara 121(1)(a) dalam Perlembagaan yang memperuntukan bidang kuasa Mahkamah Syariah sekalipun, ia tidak bermaksud untuk mencabuli hak dan kebebasan beragama di Malaysia.
Di atas kesedaran tersebut, para peserta forum bersepakat:
1. Mendukung usaha ke arah mencapai titik pertemuan dan meredakan ketegangan di dalam isu agama.
2. Menyatakan rasa bimbang di atas kelemahan kerajaan untuk membincangkan dan menangani masalah ini.
3. Meneruskan muafakat menerima semangat kebebasan dan prinsip demokrasi serta menghormati hak masyarakat bukan Islam untuk hidup mengikut agama mereka, sekaligus menerima realiti majmuk Bangsa Malaysia
Jelas sekali ketegangan yang melanda Malaysia pada hari ini hanya boleh diselesaikan menerusi kepimpanan yang tegas tetapi ikhlas beserta dialog yang telus dan terbuka, bukannya dengan menutup ruang perbincangan sebagaimana dianjurkan pemimpin kerajaan.
ANWAR IBRAHIM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home