SepangOnline

Sunday, December 10, 2006

Kembalikan Hak Rakyat

KENYATAAN ANGKATAN MUDA SEMPENA HARI HAK ASASI SEDUNIA: Kembalikan Hak Rakyat

Bersempena dengan Hari Hak Asasi Sedunia yang jatuh pada 10hb Disember, Angkatan Muda KeADILan Malaysia ingin menyeru agar kerajaan Malaysia mengembalikan hak untuk berpolitik kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Setelah lapan tahun difitnah dan dizalimi, Peguam Negara memilih untuk menarik pendakwaan terhadap Sukma Darmawan dan Anwar Ibrahim. Pada jangkamasa tersebut, kita telah menyaksikan bagaimana polis, pendakwa dan hakim diperalat oleh penguasa politik untuk memenuhi agenda jahat dan khianat mereka.

 Kami juga mendesak agar Kerajaan segera membebaskan tahanan-tahanan yang ditahan tanpa perbicaraan (tanpa sebarang syarat) dan mansuhkan semua akta-akta yang bercanggah dengan hak asasi manusia atau mengadili mereka di mahkamah terbuka.

Kami mendapati akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), Akta Dadah Merbahaya (DDA) dan Kanun Darurat (EO) bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sempena dengan Hari Hak Asasi Manusia ini juga, Angkatan Muda ingin menarik perhatian Kementerian Dalam Negeri bahawa hak untuk menerbitkan akhbar Parti adalah hak mutlak sebuah Parti yang berdaftar.

Ini adalah juga hak bersuara anggota-anggota Parti yang merupakan warganegara Malaysia.

Ole yang demikian, kami menyeru agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera meluluskan permit penerbitan Suara Keadilan dan membuat keputusan tanpa sebarang pengaruh luar terutama dari parti pemerintah.

Oleh:

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Pemangku Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

10 Disember 2006

0 Comments:

Post a Comment

<< Home