SepangOnline

Wednesday, November 29, 2006

KERAJAAN DAN UMNO HARUS JAWAB DAKWAAN RAJA PETRA



By Ezam Mohd Nor- Laman M@RHAEN
Editor Malaysia Today, YM. Raja Petra Kamarudin, mendakwa kerajaan berbohong dalam Parlimen berhubung peruntukan RM600 juta untuk projek pembangunan luar bandar yang dibahagi-bahagikan kepada Umno bahagian-bahagian oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada pada 13 November lalu ketika Perhimpunan Agung Umno.

Di parlimen 15 November lepas Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Zainal Abidin Osman menafikan mengenai peruntukan RM600 juta yang dikeluarkan melalui kementerian nya dan disalurkan kepada ketua ketua bahagian umno.

Raja Petra dalam satu kenyataan nya yang disiarkan oleh malaysiatoday.net dan harakahdaily menyatakan beliau mempunyai cukup bukti kukuh mengenai perkara tersebut. (versi terjemahan di Laman ini: Bagaimana Mereka Berbohong Kepada Parlimen)

Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) memandang serius isu ini kerana pembaziran wang rakyat yang sebegitu banyak di gunakan untuk mencabul demokrasi negara. RM600 juta wang yang sepatutnya digunakan untuk manafaat rakyat di salurkan untuk mempertahankan kuasa politik UMNO.

GERAK mendesak kerajaan dan UMNO untuk bertanggungjawab dan memberikan penjelasan terhadap dakwaan serius oleh Raja Petra.

Dalam perkembangan yang sama GERAK melihat pembaziran dan rasuah berlaku dalam hampir semua projek pembangunan. Sehubungan dengan itu GERAK akan melancarkan Program Pemantauan Rakyat di peringkat daerah tidak lama lagi.

Aktivis GERAK akan dilatih untuk memantau perbagai projek pembangunan di peringkat daerah masing masing dan menuntut pertanggungjawaban bagi unsur penyelewengan yang dilakukan.

Dengan adanya program pemantauan rakyat ini rakyat akan didik memantau dan mendedahkan rasuah, salahguna kuasa dan pembaziran yang berlaku di setiap projek pembangunan diperingkat akar umbi.

RASUAH MUSUH NOMBOR SATU NEGARA.

MOHAMAD EZAM MOHD NOR
PENGERUSI GERAK

Web site : www.GerakMalaysia.org email : gerakmalaysia@gmail.com
+603-7804-9632/4962 (Tel)
+603-7803-9423 (Fax)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home