Harga Minyak Perlu Diturun Segera!
KENYATAAN MEDIA
Kerajaan sepatutnya merendahkan harga runcit petrol di Malaysia berikutan penurunan harga minyak mentah sedunia, keuntungan Petronas yang meningkat dan kadar inflasi yang tinggi.
Ketika kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol dan disel pada 28 Februari 2006, harga minyak mentah Brent dan WTI berlegar sekitar USD60-USD67 setong. Harga petrol telah dinaikkan sebanyak 30 sen seliter, kenaikan tertinggi setakat ini. Walaubagaimanapun, sejak sebulan lepas, harga setong minyak mentah berlegar sekitar USD55-USD60 setong.
Tetapi kerajaan bertegas ia hanya akan mempertimbangkan penurunan harga minyak pada tahun depan sekiranya harga minyak mentah turun di bawah USD50 setong. Pada masa yang sama, Petronas baru sahaja mengumumkan keuntungan bersih setengah tahun sebanyak RM27.27 billion, kenaikan sebanyak 20.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. Perangkaan EPU menyebut bahawa kadar inflasi pada tahun 2006 juga dijangka paling tinggi sejak 1999, mengakibatkan kenaikan harga barangan yang membebankan pengguna.
Jika dahulu kerajaan mengambil pendirian bahawa rakyat sepatutnya memahami pengorbanan subsidi kerajaan, kini tiba masanya kerajaan memahami pula penderitaan rakyat. Kenaikan harga minyak dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang pendek, tetapi apabila hendak menurunkannya kerajaan ingin mengambil masa yang panjang sekadar untuk mempertimbangkannya . Di samping itu rakyat dibebani lagi oleh masalah ekonomi yang masih lagi lembap, penurunan pelaburan asing dan pengangguran serta inflasi yang tinggi.
Kerajaan juga sewajarnya meletakkan Petronas bertanggungjawab kepada Parlimen untuk memastikan pengurusan hasil mahsul negara yang menjadi khazanah nasional dilakukan secara telus dan terbuka.
ANWAR IBRAHIM
Penasihat Parti Keadilan Rakyat

0 Comments:
Post a Comment
<< Home