Rakyat Dapat Kain Buruk
Oleh Kamarul Baharin Abbas
KALAU bekas Presiden Parti mereka sendiri pun dipersenda , diperlekeh dan diperli, bekas Timbalan Presiden diaib, dihina, ditelanjang, dipenjara, oleh pemimpin Umno hari ini, tidak siapa perlu terkejut apabila Anwar Ibrahim ditohmah sebagai munafik dan khianat. Pujian kepada Abdullah Ahmad Badawi melambung-lambung, walaupun secara faktanya, Abdullah merupakan antara sida tentera Team B dalam pertembungan menentang Presiden Umno, Mahathir Mohammad pada 1987. Waktu itu Abdullah dianggap sebagai pengkhianat oleh kelompok Team A .
Hari ini, masih terdengar laungan sumbang yang bersungguh-sungguh, menghalang Anwar daripada kembali ke Umno. Mereka dengan suara lantang berteriak, berkokok berterusan, walhal dari warong kecil di kampung-kampung, sampailah ke serata dunia, sudah termaklum bahawa tidak pernah lahir sepatah haram pun hasrat Anwar bermimpi hendak kembali ke dalam parti itu.
Namun, di sebalik tabir tipis Perhimpunan Agung Umno kali ini, berita yang kokokan ayam sabung berbayar itu adalah atas arahan dan konspirasi baru beberapa pemimpin tertentu yang menggigil lutut setiap kali mendengar nama Anwar. Kita juga faham yang kokokan itu melengkapi politik cium tangan yang menjadi budaya walau pun itu adalah semata-mata lakonan di pentas parti itu. Hari ini mereka mencium tangan dan tunduk kepada Abdullah, esok, mereka jugalah yang akan menyepak pemimpin mereka sendiri tatkala sang pemimpin sudah tidak lagi punya kuasa.
Demikianlah Perhimpunan Parti itu yang semakin jauh tercabut daripada adab dan kebijaksanaan. Kalau mereka menyusun pantun atau madah, semua itu hanya tempelan belaka, tanpa apa-apa erti mau pun nilai. Erti kebijaksanaan bangsa yang antara lain menekan betapa pentingnya bercakap benar dan menegakkan yang hak, walau pun di hadapan pemimpin yang zalim, sudah lama terkubur.
Rekod elit Umno memang buruk. Mereka bukan sahaja tidak mahu mengakui bahawa Anwar telah difitnah dengan seberat-berat tuduhan, tetapi ada para pemimpin di pentas itu jualah yang menjadi juru sebar fitnah tersebut. Kita pasti boleh membayangkan seandainya Anwar di tempat Abdullah sebagai Perdana Menteri, maka pemimpin-pemimpin itu jugalah yang akan berebut-rebut mencapai tangan Anwar dan dicium-ciumnya, konon sebagai tanda kasih dan hormat.
Seraya itu semakin jelas, Anwar disebut akan dan diharam kembali ke Umno bukan kerana Anwar bakar bendera Sang Saka Bangsa, atau kononnya pengkhianat dan telah ditohmah sebagai munafik, Anwar sebenarnya dihalang kerana terlalu ramai pemimpin Umno yang ekornya bergelumang tahi. Mereka tidak akan berani berhadapan dengan Anwar, walaupun sekelip mata. Inilah bentuk kepimpinan Negara yang ada pada hari ini, yang langsung tidak punya prinsip, idealisme, apatah lagi landasan moral untuk bercakap benar. Anwar akan disebut-sebut ingin kembali ke UMNO hanyalah sebagai satu modal politik retorik semata-mata.
Bagi menutup sikap biadap dan bacul sebegitu, di bibir diratip lagi laungan agenda Melayu, dan agenda Nasional. Tanpa segan silu, mereka meluah keinginan untuk kembali meletakkan Perlembagaan Persekutuan sebagai asas yang tertinggi dalam sistem kenegaraan. Apa kah ini satu pengakuan yang selama ini mereka telah mengenepikan dokumen suci dan murni itu.
Maruah dan harga diri warganegara diinjak dengan segala macam akta draconian. Sekurang-kurangnya sejak hampir sepuluh tahun lalu, kemuliaan Badan Kehakiman dan pasukan Polis terletak di bawah tapak kaki mereka sendiri. Negara ini bukan sahaja sudah menjadi negara polis, malah, sudah menjadi negara rimba. Hukum rimba di mana haiwan yang terkuatlah yang menjadi raja dan bukan lagi atas prinsip memelihara maruah diri insan, berpangkukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Sungguh pun kita sangat menyedari bahawa Mahathir yang menyuburkan semua kebejatan dan kerosakan ini, namun sudah tiga kali Perhimpunan UMNO sejak Abdullah menjadi Presiden, langsung tidak berbunyi dan berdetik usaha serius untuk mengembalikan institusi masyarakat sivil yang diruntuhkan Mahathir. Abdullah masih tidak habis-habis menggariskan berbelas-belas perkara yang tentunya sukar diingati oleh rakyat, bahkan saya yakin, pemimpin Umno sendiri pun tidak mampu mengingat, apa lagi menghayat setiap satu 12 gagasan yang disebut Abdullah pada kali ini!
Ucapan demi ucapan bagaimana hendak mempertahankan Dasar Ekonomi Baru (DEB), memperkayakan yang sudah kaya, mengagih-agihkan projek-projek kepada ahli parti, menghunus keris untuk menakut-nakutkan kaum lain, mengisi kegemilangan Perhimpunan pada hari itu. Mereka mahu dunia mengetahui bahawa kepentingan pemimpin mereka dan beberapa pengikut tertentu tetap dipertahankan dengan apa cara sekali pun, tanpa memperdulikan implikasi ungkapan dan tindakan mereka, serta laungan-laungan slogan-slogan yang berbunyi perkauman. Hairan, kenapa sesudah berakhirnya sendiwara di pentas perdana itu, sekarang keluar kata-kata apologetic (kesalan) khusus hanya untuk meredakkan perasaan kaum-kaum lain, dengan kenyataan bahawa apa yang disuarakan adalah suara akar umbi dan jangan mengambil hati. Ini adalah satu rayuan parti yang hipokrit.
Agenda Perubahan, satu kerangka pembelaan untuk semua kaum, dengan menjadikan kepedulian terhadap rakyat sebagai nadi mengangkat kembali setiap lapisan masyarakat, wajib diperjuangkan. Tumpuan terutama kepada masyarakat bawahan dan golongan terbanyak tanpa mengira kaum yang perlu pembelaan sewajarnya. Pembasmian rasuah dan kemiskinan, memperkukuhkan sistem pentadbiran yang bertanggungjawaban (accountibility), mengembalikan keyakinan sistem dan perlaksanaan undang-undang yang adil akan diberi penekanan utama.
Selain kaum Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain yang masih melarat, orang Melayu dan Bumiputera sudah tentu menjadi sasaran utama sebagai kelompok majoriti yang bakal mendapat pembelaan paling ramai andainya diukur dari sudut perangkaan. Dalam soal pembelaan kepada rakyat, harus jelas ditumpukan kepada prinsip hak dan keadilan itu sendiri. Abdullah sepatut turut menjadi saksi bahawa hanya dengan keadilan, maka negara yang berbilang kaum ini boleh mencapai keamanan, dan bukan dengan gertak dan ugutan. Sayangnya, pengakuan Abdullah adalah dibuat di dalam sebuah wadah politik perkauman dan assabiyah…
Kerana itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ternyata sudah tidak releven mesti ditolak. DEB hari ini, adalah lesen dan helah elit politik pemerintah untuk merompak sekian banyak kekayaan negara. Ini berulang kali ditegaskan, dan semakin nyata gagasan luhur sebegini, membuat Umno nampaknya semakin gelabah. Mereka sesak hujah. Justeru, mereka akan terus menekankan bahawa Anwar dan Keadilan mahu menggadai nasib orang Melayu.
Siapakah yang sesungguhnya menggadai nasib orang Melayu? Apakah Keadilan yang berjuang untuk memastikan tidak berlakunya rasuah, menegakkan negara hukum dan mempertabatkan Perlembagaan Persekutuan, pengkhianat bangsa, atau, para pemimpin yang hidup kaya raya bukan kepalang, yang berazam dengan apa cara pun mempertahankan satu agenda yang mudah dipandu ke arah penyelewengan?
Di sinilah titik berbezaan besar agenda Keadilan dengan parti-parti pemerintah, parti yang tidak habis-habis melalak atas sentimen perkauman yang sempit. Mereka masih terbelit dan gagal menyesuaikan diri pada zaman dan era baru. Di hujung lidah Umno, Melayu hanya sebagai barang lelongan. Semakin dekat dengan Pilihanraya, maka semakin kuat nama Melayu dilaung dan dilelongkan. Maka itu, tidak sebaris pun ayat yang terbit daripada dewan PWTC, mengenai pembelaan terhadap rakyat terbanyak, hidup golongan miskin yang melarat yang masih terlalu luasa. Kesenjangan kaya-miskin di Malaysia antara yang tertinggi di rantau Asia Tenggara. Semua ini akan terus dinafikan, dan ditutup.
Kuasa politik digunakan untuk mencapai cita-cita peribadi. CEO-CEO Melayu di syarikat-syarikat kerajaan sekarang dicadangkan menjadi ahli UMNO supaya minda mereka senang diisi dengan budaya reput ini. Dunia korporat dan perniagaan mulai didesak tunduk kepada tekanan dan tuntutan pemimpin elit Umno. Bukankah ini satu lagi usaha untuk menyempit dan mengongkong dunia perniagaan, korporat dan profesionalisma dalam negara ini? Apakah tidak cukup lagi pelbagai lapangan sudah pun terbantut atau terbarai sampai terpaksa diselamatkan (bail-out)? Kemana letaknya kepekaan atau kesedaran tentang kemungkinan ini berulang?
Dalam kata mudah, kalau golongan elit sebegini pun nampaknya sudah diperkuda oleh elit politik pemerintah, apakah kita mampu lagi mempunyai harapan yang nasib rakyat jelata dan pendalaman dihormati dan akan terbela? Kepada kumpulan elit politik ini, mereka berpendapat api kemarahan rakyat jelata begitu mudah dipadam dan dikuasai dengan sogokan wang ringgit, beras sekampit dan kain. Mengenangkan semua itu, terngiang lagu lama di ingatan saya….
Tudung periuk pandai menari,
Menarilah lagu putera mahkota;
Kain yang buruk berikan kami.
Buat menyapu… buat menyapu si air mata.
Tatkala Pilihanraya Umum dijangka tidak lama lagi, maka desakan agar korporat dan para profesional tunduk kepada Umno adalah umpama ugutan yang bermaksud ada ufti yang perlu dibayar. Kantong Umno selalu kempis seperti yang pernah didedahkan Anwar. Wang Umno yang berjumlah sekitar RM8 ribu juta kini berada di tangan orang lain. Abdullah gagal mendapatkan wang itu kembali.
Kekayaan dan harta negara, akan dikikis lagi. Dikikis atas nama agenda Melayu. Dengan pembangunan mega tiga penjuru yang mula dilaksanakan oleh Abdullah, termasuk di dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), maka yang tersisa untuk rakyat terbanyak; yang tersisa untuk orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain kaum dalam negara ini tidak lebih hanyalah berupa kain-kain buruk… buat menyapu si air mata.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home