Buktikan dia miliki harta menimbun, cabar Anwar
Malaysia Today
Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencabar pihak berkuasa mewujudkan badan bebas menyiasat dan buktikan jika sekiranya beliau punya tanah atau harta seperti yang didakwa oleh Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Serangan yang dibuat oleh Khairy Jamaludin terhadap Anwar Ibrahim dalam sesi penggulungan Persidangan Pemuda Umno hanya perbuatan meludah ke langit jatuh ke muka sendiri.
Naib Ketua Umno tersebut telah menuduh Anwar sebagai pengkhianat orang Melayu sebenarnya bagi menutup kontroversi dan spekulasi yang menyelubungi dirinya serta Perdana Menteri, Abdullah Badawi.
Anwar sepanjang penglibatan dalam UMNO tidak pernah membenarkan dirinya dikaitkan dengan sebarang syarikat besar atau memiliki walau seinci tanah kerajaan.
Dalam usaha membanteras rasuah juga, Anwar menunjukkan tekadnya semasa dua bulan memangku kerusi Perdana Menteri dengan meminda Akta Rasuah.
Antara rekod Anwar semasa menjadi menteri kewangan, beliau telah mewujudkan program membasmi kemiskinan iaitu Program Pembasmian Rakyat Termiskin (PPRT), dengan pembinaan rumah-rumah kos rendah bagi rakyat berpendapatan rendah.
Segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan adalah palsu kerana sehingga kini Anwar masih dipanggil dan dijemput untuk membincangkan persoalan ekonomi-politik dunia serta menjadi penasihat kepada kerajaan, syarikat dan agensi dunia.
Sebaliknya Khairy, telah terlibat dalam pengambil alihan ECM Libra setelah digabungkan dengan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan dengannya telah mendapat laba yang besar.
Anwar menjawab dan menjelaskan tuduhan tersebut dalam Majlis Jamuan Raya di Semenyih anjuran Parti Keadilan Rakyat bahagian Hulu Langat baru-baru ini. Majlis yang diiringi dengan ceramah oleh Anwar,s termasuk oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Walaupun hujan turun, para hadirin terus tetap berdiri mendengar ceramah yang disampaikan tanpa berganjak.
Tapak tempat ceramah diadakan dan di sekitarnya merupakan kubu Umno, namun ramai yang sudah menyatakan rasa benci mereka dengan sikap pimpinan Umno.
Turut hadir dalam majlis tersebut Naib Presiden Azmin Ali, Penasihat Bahagian Hulu Langat Datuk Zainal Abidin, Ketua Bahagian Hulu Langat Lee Kim Sin serta pimpinan bahagian Hulu Langat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home