Khairy bimbang hilang jawatan
SEMENYIH, 22 Nov (Hrkh) - "Dia takut tak ada tempat kalau Umno terima orang seperti saya, nanti takut hilang jawatan sebab itulah dia awal-awal lagi laungkan jangan menerima saya,"demikian jelas Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis rumah terbuka Keadilan Hulu Langat malam tadi.
Menurut Anwar, menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin melaungkan seruan kepada semua ahli Umno itu agar tidak menerima beliau kerana dibimbangi terbongkar kekayaan yang dibolotinya daripada rakyat.
Anwar juga membayangkan jika Umno menerima beliau, Khairy mungkin akan kehilangan jawatannya sebab itulah Khairy terus menyeru ahli Umno tidak menerima Anwar.
Selain itu, Anwar juga melaungkan kepada semua para jemputan pada malam itu bahawa beliau tidak sekali-kali akan masuk Umno.
"Pinangan pun tak ada, dah terus tolak pinangan, apa ni..., saya rasa dia dah kena penyakit psikologi," kata Anwar yang diikuti sorakan kira-kira 800 jemputan pada malam itu yang diadakan di Sungai Lalang, Semenyih.
Walaupun di awal majlis jam lapan malam hujan mulai turun, namun orang ramai masih tidak berganjak untuk mendengar amanat daripada Anwar.
Sementara itu, antara yang turut hadir dan berceramah adalah Naib Presiden Keadilan, Mohamad Azmin Ali dan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Dato' Dr Zainal Abidin. - mks.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home