Perhimpunan Agung UMNO Alih Perhatian Dari Isu Pokok
Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bertemakan Misi Nasional Sebagai Matlamat Menjayakan Wawasan. Namun melihat kepada perdebatan penuh emosi yang berlangsung, ia lebih kepada usaha cuba mengalihkan perhatian dari isu-isu pokok yang menjadi cabaran kepada negara kita hari ini. Memainkan sentimen perkauman sememangnya meningkatkan emosi di Perhimpunan Agung UMNO, tetapi apakah hasilnya? Kehilangan daya saing ekonomi, pengangguran yang terus meningkat, kadar kemiskinan yang semakin serius ¡V isu-isu ini tidak selesai dengan terus memukul gendang perkauman. Seringkali kalangan yang paling kuat menjerit mempertahankan DEB sebenarnya juga mereka yang menggondol kekayaan dari DEB untuk keluarga dan kroni mereka. Sudah sampai ketikanya agar agenda ekonomi Malaysia menjurus kepada pertumbuhan ekonomi dan pengagihan kekayaan yang adil. Sebarang isu yang melibatkan kaum dan agama juga harus ditangani secara berhikmah menerusi prinsip dialog oleh pemimpin yang tegas pada prinsip. Kerajaan sewajarnya melantik suatu suruhanjaya bebas dan berwibawa untuk menyiasat sebarang tokoh besar yang dituduh terlibat dengan rasuah. Seandainya kita jujur semua pemimpin dan bekas pemimpin negara perlu sedia disiasat secara adil oleh suruhanjaya bebas. ANWAR IBRAHIM |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home