Anwar gesa semua pihak berusaha amankan selatan Thai
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Hrkh) - Semua kumpulan di selatan Thailand digesa menyambut baik inisiatif kerajaan Thai yang baru bagi menamatkan keganasan dan menyambung semula rundingan bagi satu penyelesaian berkekalan untuk konflik di selatan negara itu.
"Masa untuk berpecah-belah sudah berlalu. Kita mesti mencapai sebuah proses damai yang inklusif dan adil untuk semua. Kita mesti mengelak perpecahan dan bersatu terhadap mereka yang ingin memcecahbelahkan warga Thai dan menggagalkan dialog yang aman," kata Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, proses damai sepatutnya ditumpukan untuk mencapai keadilan dan mengatasi peminggiran masyarakat wilayah itu.
"Ini dapat dicapai menerusi struktur politik baru dan peningkatan keadaan sosio-ekonomi wilayah tersebut," kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.
"Adalah menjadi harapan saya agar pihak berkuasa Thailand dan semua kumpulan di selatan negara itu bekerjasama untuk mengatasi keganasan.
"Pertukaran di dalam kerajaan Thai mestilah dilihat sebagai pembuka peluang untuk mencapai keamanan yang adil dan berterusan untuk kebaikan penduduk tempatan dan kestabilan serta kemakmuran rantau Asean," katanya. - lanh
0 Comments:
Post a Comment
<< Home