Wanita PKR tampil pelapis muda
Oleh Mohd Sabri Said
PULAU PINANG, 3 September (Hrkh) - Penampilan perwakilan muda dalam Kongres Nasional Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2006 yang berlangsung kelmarin membuktikan kemampuan parti itu menarik penyertaan golongan muda wanita dari pelbagai latar belakang masyarakat.
Dari 16 perwakilan negeri yang berucap, 10 antaranya ialah golongan muda berlatarbelakang pendidikan tinggi.
Koordinator ucapan, Puan Roesnah Haji Mohd Hashim ketika ditemui berkata, Wanita PKR sengaja menampilkan golongan muda sebagai pembahas kali ini untuk membina keyakinan, keberanian dan kemahiran pengucapan mereka.
"Target wanita biar semua orang muda bangun berucap. Ini bukan bermakna membelakangkan golongan veteran sebagai kepimpinan, sebaliknya mahu memupuk keyakinan golongan muda untuk menjadi pemidato terbaik, " jelasnya yang juga Setiausaha PKR Kedah.
Antara pemimpin muda Wanita PKR yang bangun berucap ialah Erveana Ansari Ali dari Sabah, Zolhaidah Hadie (Sarawak), Nurjan Naim Abdul Kadir (Pahang), Noriza Ibrahim (Selangor), Nurul Fahana Mohd Zaini (Perlis), Fahda Nur Ahmad Kamar (Wilayah Persekutuan), Hasliaana Herman (Johor), Hamizan Yusuf (Kedah), Noraini Haji Husain (Kelantan), dan satu-satunya pembahas dari keturunan India Kanagiswari a/p Sibapathan dari Melaka./tajdid
0 Comments:
Post a Comment
<< Home