Ezam cabar Abdullah isytihar dokumen rasuah
TELUK KUMBAR: Ezam Mohd Noor mencabar kerajaan membatalkan klasifikasi sulit terhadap semua dokumen rasuah dan penyalahgunaan kuasa para pemimpin sejak pemerintahan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir sehingga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Saya cabar baik Dr Mahathir, baik Abdullah, kalau betul-betul mahu perjuangkan rakyat, membela nasib rakyat, saya cabar mereka membuat kenyataan isytiharkan semua dokumen yang membabitkan rasuah dan penyelewengan menteri, baik dulu dan sekarang untuk dibatalkan kerahsiaannya. “Kalau mereka membuat kenyataan tersebut, esok, kita akan keluarkaan berkotak-kotak dokumen (penyelewengan) yang kita ada yang kesemuanya rekod rahsia kerajaan,” kata Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan itu. Tegas beliau, sekiranya kerajaan boleh mendeklasifikasikan dokumen sulit yang membabitkan soal keselamatan antara dua negara (Singapura-Malaysia), tiada sebab kerajaan tidak boleh berbuat demikian terhadap dokumen sulit penyelewangan dan rasuah yang hanya membabitkan pemimpin negara. Ezam yang berucap malam sebelum bermulanya Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda keADILan Malaysia 1 September lepas turut membidas Dr Mahathir yang hanya berani menuntut kerajaan mendiklafikasikan dua tiga dokumen berkaitan Jambatan Bengkok, padahal ketika masih berkuasa, beliau berselindung di sebalik Akta Rahsia Rasmi (OSA) bagi melindungi penyelewengan beliau dan pemimpin lain.
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home