PKR: Kehadiran Anwar, konflik Umno untungkan pembangkang
Muhammad Razif (Malaysiakini) Sep 2, 06 2:03pm --Parti Keadilan Rakyat (PKR) meramalkan pilihanraya umun ke-12 menjanjikan perubahan dalam lanskap politik negara dengan kembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim ke pentas politik serta konflik dalaman Umno sekarang. Dalam ucapannya yang bertemakan “Masa Untuk Berubah” itu, Dr Wan Azizah menjelaskan, pelan tindakan itu digubal bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12 yang dijangka diadakan lebih awal tahun depan. Pelan itu, katanya, merangkumi soal memperkukuhkan keberkesanan dalaman parti, meningkatkan profil serta imej PKR di khalayak ramai, membina perpaduan antara parti-parti rakan, mewujudkan pakatan pembangkang yang lebih berwibawa untuk memerintah dan mengambil tindakan strategi bersama bagi menangani medan pertandingan yang tidak sama rata. “Pelan Tindakan Strategi ini dijelmakan dalam suatu bentuk dokumen yang seterusnya diterjemahkan kepada gerak kerja parti yang melibatkan keseluruhan jentera parti pelbagai peringkat dalam satu projek utama parti yang disebut ‘Menjana Tenaga Kemenangan’ (MTK). Keputusan bersama ”Projek ini diyakini bakal melakarkan secara terperinci proses pemerkasaan parti, perjuangan reformasi dan penjanaan tenaga dalam kempen memenangi pilihanraya akan datang,” jelasnya Justeru itu, katanya, agenda perlaksanaan MTK sewajarnya dijadikan agenda utama yang tetap bagi parti dengan memfokuskan kepada tindakan yang wajib diambil berdasarkan keputusan bersama, sejajar mengikut tanggungjawab tugas yang dipersetujui dan terangkum dalam dokumen MTK tersebut. Selain menyentuh persiapan pilihanraya umum PKR, Dr Wan Azizah turut memperkatakan isu kebebasan dan keadilan dalam proses demokrasi, hak asasi manusia, keadilan sosial ekonomi, isu kehakiman, reformasi pendidikan, kegiatan seni budaya, kesihatan serta kebebasan media. Mengenai proses demokrasi, beliau berkata, Malaysia tergolong dalam kategori negara yang mengamalkan pilihanraya yang tempang atau berat sebelah, dan “imej baik negara telah dirobek oleh proses pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil”. Tentang isu kehakiman pula, Presiden PKR itu mendesak kes pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas di disiasat semula oleh sebuah badan bebas supaya kebenaran dan kepalsuan dibongkar. “Siasatan dan kesimpulan yang dihasilkan dari siasatan itu amat penting bagi menyemarakkan lagi usaha untuk mengembalikan kedudukan maruah Institusi Kehakiman negara. Permit Suara Keadilan “PKR juga mahu siasatan terperinci dilakukan terhadap pembongkaran Hakim Datuk Syed Aidid melalui tulisannya mengenai amalan rasuah yang terdapat di dalam badan kehakiman. “Siasatan juga hendaklah merangkumi isu kriteria kenaikan pangkat para hakim kerana sering diperkatakan bahawa berlaku pilih kasih di dalam proses tersebut di mana Hakim kanan akan tersisih kerana sebab-sebab yang tidak bersangkutan dengan mutu kerja mereka. “Kami menegaskan bahawa reformasi Badan Kehakiman wajib dilakukan secara keseluruhan jika mahu mengembalikan intergriti badan tersebut setelah tercalar dengan begitu dahsyat pada tahun 1988 dan dimusnahkan sepenuhnya sepuluh tahun kemudian pada tahun 1998,” tegasnya. Mengenai kebebabsan media, Dr Wan Azizah melahirkan kekesalannya terhadap tindakan Perdana Menteri dan Kementerin Dalam Negeri (KDN) yang sehingga hari ini gagal mengeluarkan permit untuk Suara Keadilan. “Adalah menjadi hak kita sebagai sebuah parti politik yang sah dan berdaftar untuk mengeluar akhbar parti bagi memastikan rakyat mendapat maklumat seimbang. Lebih mengecewakan, apabila pegawai KDN bertindak ala mafia dengan merampas akhbar dan mengugut para pengedar. Kami menuntut janji Perdana Menteri di dalam Parlimen pada 27 Oktober 2005 untuk meluluskan permit Suara Keadilan,” katanya. PKR juga menuntut agar keperluan akhbar memperbaharui lesen setiap tahun dimansuhkan dan parti-parti politik yang berdaftar diberikan peluang memainkan peranan dalam media cetak dan media elektronik khususnya ketika kempen pilihanraya. |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home