SepangOnline

Monday, January 16, 2006

MEDIA GERAK

MEDIA GERAK Sertai GERAK
Apakah GERAK ?
Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) ialah gerakan yang bertujuan memperjuangkan prinsip-prinsip demokrasi, kebebasan akhbar dan pembasmian korupsi atau rasuah ke arah melahirkan sebuah negara yang mempunyai urus tadbir yang baik (good governance) GERAK berjuang bersama rakyat mengisytiharkan perang terhadap rasuah dengan slogan ;
Mengapa GERAK?
GERAK wujud untuk memulakan gerakan baru yang tidak terikat kepada politik kepartian dalam menangani isu demokrasi dan rasuah. Sejak merdeka, Malaysia telah mencapai kemajuan yang hebat dalam bidang ekonomi dan pembangunan, tetapi pada masa yang sama sistem demokrasi telah semakin lemah manakala rasuah semakin membarah hampir ke seluruh struktur masyarakat bakal menghancurkan bangsa
Apakah program yang dijalankan oleh GERAK?
• Pendidikan misalnya mewujudkan Kempen Zon Bebas Korupsi GERAK. Memandangkan keadaan rasuah begitu menular di seluruh peringkat masyarakat,, wujud keperluan untuk mengubah sikap dan pandangan orang ramai.
• Memperjuangkan Kebebasan Kehakiman dan Keluhuran Undang-Undang Hakim-hakim yang bebas penting dalam sebuah negara demokratik untuk penguatkuasaan undang-undang. Demokrasi sebenar ialah satu-satunya jalan ke arah pentadbiran yang baik.
• Kebebasan Media Demokrasi tidak boleh berfungsi tanpa media yang bebas. Media negara kita telah dikongkong dengan pelbagai undang-undang zalim, penguasaan milik oleh parti pemerintah dan juga “self censorship”. Hasilnya ialah demokrasi yang tempang. GERAK berhasrat mendidik rakyat mengenai kepentingan media yang bebas untuk demokrasi dan anti korupsi.
Institusi Anti Korupsi Yang Bebas misalnya mewujudkan Suruhanjaya Anti Korupsi GERAK seperti Pemantau Petronas dan pelbagai pemantau bebas khasnya bagi tiap badan berkepentingan awam
Kerjasama dengan badan-badan masyarakat yang lain GERAK akan menumpukan pengembelingan tenaga di seluruh peringkat masyarakat ke arah memberikan pemahaman rakyat untuk mengangkat rasuah sebagai musuh nombor satu negara.
Siapa yang boleh menyertai GERAK ?
Anda boleh menyertai GERAK dengan menjadi SUKARELAWAN GERAK. Penyertaan terbuka kepada semua ; • warga Malaysia melangkaui batas politik,kaum dan agama rakyat yang sayangkan negara ingin bersama menyelamatkan negara dari dihancurkan penyelewengan demokrasi dan korupsi
Caranya Mudah sahaja !
Anda hanya perlu menghantar butir peribadi seperti Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat Surat Menyurat, No Telefon dan eMail hantarkan ke : • Peti pendaftaran sukarelawan yang tersedia di tempat program GERAK diadakan. • Smskan ke 017 6688404 • eMailkan ke gerakmalaysia@gmail.com • Fax kan 03 78039423 • Atau poskan ke Gerakan Demokrasi & Anti Korupsi, B-1012, Blok B, Ting 10, Kelana Square, Jln. SS 7/26, Kelana Jaya, 47301 P.Jaya, Selangor http://gerakmalaysia.org/
BORANG SUKARELAWAN GERAK
Menginsafi bahawa betapa negara ini perlu diselamatkan dari penyelewengan demokrasi dan korupsi, maka saya dengan relahati memulakan langkah ke arah menyelamatkan bangsa dan negara ini dengan mendaftarkan diri sebagai sukarelawan GERAK
NAMA :………………………………….……….
ALAMAT :……………………………...……..……
…………………………………………..……………
………………………………………………………..
TEL :…………………………………..………
EMAIL :…………………………………..……… TANDATANGAN Tarikh : ………………………
……………………..…………………………… ( No. Kad Pengenalan )
Sila hantar borang lengkap kepada : Peti pendaftaran sukarelawan yang tersedia di tempat program GERAK diadakan, Fax kan 03 78039423 Atau poskan ke Gerakan Demokrasi & Anti Korupsi, B-1012, Blok B, Ting 10, Kelana Square, Jln. SS 7/26, Kelana Jaya, 47301 P.Jaya, Selangor.
Anda juga boleh sms atau emailkan maklumat yang dikehendaki ke Smskan ke 017 6688404 / eMailkan ke gerakmalaysia@gmail.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home