SepangOnline

Monday, December 26, 2005

SPR Cabut Bendera Keadilan dan Banner Pengundi Hantu

KOTA BHARU - Adil News Net, sistem maklumat SMS Parti Keadilan Rakyat memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak mencabut bendera-bendera Keadilan berserta dengan banner yang menawarkan RM15,000 untuk maklumat pengundi hantu di pilihanraya kecil DUN Pengkalan Pasir, Pasir Mas.

Ketua Perhubungan Keadilan Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan telah memaklumkan bahawa dari awal lagi SPR menerusi Majlis Daerah Pasir Mas cuba menghalang Keadilan memasang benderanya di sana atas alasan Keadilan tidak bertanding.

"Tetapi UMNO tidak bertanding juga, namun mereka bebas meletak bendera mereka?" soal Nik Mahmood.
Isu pengundi hantu juga semakin panas di Pengkalan Pasir. Semalam, Malek Hussin dari Rakyat Malaysia Untuk Pilihanraya Bebas dan Adil (MAFREL) disoalsiasat polis berhubung pendedahan pengundi hantunya. Timbalan Presiden UMNO Datuk Najib Tun Razak telah menafikan adanya pengundi hantu. Walaubagaimanapun, keyakinan Ketua Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Annuar Musa bahawa jumlah pengundi yang keluar mengundi akan mencapai 80% menimbulkan tanda tanya orang ramai.

Keadilan telah aktif berkempen untuk PAS dengan membawa isu-isu tempatan dan nasional. Antara pimpinan yang hadir termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim, penasihat Keadilan; YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden; Azmin Ali, Naib Presiden; Fuziah Salleh, Ketua Wanita; Ezam Mohd Nor, Ketua Angkatan Muda; Tian Chua, Ketua Penerangan; Ahli MPT Dr. Badrul Amin Baharon dan N. Gobalakrishnan, bekas Ahli MPT.

Aktivis-aktivis Keadilan juga menjadi tenaga utama di bilik gerakan untuk pengundi China.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home