Pemerhati Antarabangsa Pantau Pilihanraya Kata Anwar
Dimuatkan oleh Pemerhati pada 25 December 2005
Oleh Zulkifli Mohamed
KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan pengaruhnya untuk memastikan kehadiran badan pemerhati antarabangsa agar sistem pilihanraya negara ini dilaksanakan secara bebas dan adil.
“Jangan boikot pilihanraya jangan kecewa, kita ada strategi untuk kerah rakan-rakan di peringkat antarabangsa, untuk menuntut badan pemerhati bebas pemantau perjalanan pilihanraya,” Katanya ketika berucap sempena kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat pada 23-24 Disember lalu, di Hotel Istana di ibu negara.
Katanya Keadilan akan mengerah seluruh kekuatan jentera parti, untuk memastikan kehadiran pemantau tersebut, sepertimana berlaku di Turki dan Indonesia.
Menurutnya beberapa penyelewengan termasuk isu pengundi hantu, laporan media berat sebelah yang memadamkan suara pembangkang juga akan diberi perhatian oleh badan tersebut.
Selain itu, katanya amalan mencatat nombor pengundi di kertas undi adalah ugutan kepada pengundi kerana undi mereka tidak menjadi rahsia lagi.
Justeru pencabulan tersebut, kempen untuk mendedahkan penipuan dan penyelewengan pihak berkenaan akan dilancarkan.
Difahamkan Biro Politik Keadilan, yang dipengerusikan Dr Mansor Othman telah dan sedang mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan penyelewengan dalam pilihanraya lalu.
Beliau juga kesal kerana pada zaman Islam hadhari penipuan pilihanraya masih berterusan. Sebab itu, kata Anwar Islam lebih mementingkan penghayatan dan bukan sekadar penyataan .
Bercakap pada sidang media kemudiannya, beliau berkata kerajaan tiada alasan untuk menolak pemantau tersebut, sekiranya mereka yakin Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bersikap adil dan telus ketika mengendalikan pilihanraya.
Angkatan Muda Keadilan yang bersidang sehari sebelum itu, telah mengeluarkan resolusi untuk memboikot pilihanraya sekiranya SPR tidak melakukan pembersihan minimum dalam sistem pilihanraya, iaitu menghapuskan sistem undi pos, mencalit dakwat kepada jari pengundi dan membersihkan daftar pemilih.
Sebelum itu, ada perwakilan yang mencadangkan agar pimpinan tertinggi Keadilan membawa isu penyelewangan dalam pilihanraya lalu ke peringkat antarabangsa sehingga ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home