SepangOnline

Saturday, January 07, 2006

Agenda Ekonomi Keadilan Tarik Perhatian the Sun

Saturday, 07 January 2006
KUALA LUMPUR - Agenda Ekonomi Baru yang diusulkan Parti Keadilan Rakyat pada Kongres Nasional baru-baru ini terus mendapat perhatian media.

Akhbar Bahasa Inggeris the Sun, hari ini menerbitkan rencana pendapat yang memuji keberanian Keadilan membawa gagasan ekonomi tanpa perkauman.

Penulis, Nurihsan Majid, berkata:

"Kongres Nasional yang baru selesai... memberikan petanda yang positif kepada parti tersebut, dan juga Malaysia secara keseluruhan untuk bergerak ke hadapan, untuk menggantikan saki-baki Dasar Ekonomi Baru."

Dalam Kongres Nasional, pembawa usul tersebut, tokoh korporat dan Ketua Perhubungan Keadilan Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan mengakui bahawa dalam beberapa aspek DEB berjaya membaiki kedudukan Bumiputera dan membawa kepada keharmonian kaum.

Walaubagaimanapun, DEB gagal dalam beberapa perkara penting dan juga memberikan ruang kepada salahguna.

Keadilan mengusulkan Agenda Ekonomi Baru berasaskan prinsip-prinsip tersebut:


Menekankan keadilan untuk semua rakyat Malaysia;

Membasmi kemiskinan dan kemunduran secara saksama tanpa mengira kaum dan mengurangkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar;

Melahirkan ruang dan peluang untuk rakyat yang cemerlang supaya berjaya dan bersaing secara kompetitif menerusi peluang pendidikan dan latihan yang berterusan dan tanpa perkauman di dalam era globalisasi yang mementingkan ekonomi pengetahuan;
Menjurus kepada pembangunan keusahawanan Bumiputera dan bukan Bumiputera sehingga lahirnya struktur ekonomi yang ditunjangi industri kecil dan sederhana yang membolehkan hasil pembangunan dan kekayaan nasional dapat dikongsi secara lebih meluas bersama;

Menggagaskan sistem penghantaran mesra pekerja dan peniaga yang menekankan pertumbuhan berterusan dan lestari (sustainable) yang menekankan nilai-nilai etika keterbukaan dan kebertanggungjawaban;

Memastikan campurtangan kerajaan dalam ekonomi bersifat terkawal dan strategik untuk maslahah umum dan bukannya pihak-pihak berkepentingan; menggaris kepada kerjasama yang efektif dengan pihak swasta; membina keupayaan individu dan syarikat untuk memacu pertumbuhan ekonomi;

Merangka strategi ekonomi yang positif untuk bersaing dalam dunia global

Keadilan bercadang mengadakan sebuah konvenysen yang menghimpunkan pakar ekonomi, ahli korporat, peniaga, kesatuan sekerja dan lain-lain pihak berkepentingan untuk merangka dasar ekonomi yang komprehensif berasaskan prinsip-prinsip tersebut.

"Jika Keadilan berjaya, ini bukan sahaja titik perubahan untuk parti tersebut, tetapi seluruh negara," ulas Nurihsan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home