SepangOnline

Thursday, January 12, 2006

Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

RM10 JUTA DIBAZIRKAN UNTUK MENYEBAR PROPAGANDA DAN DAKYAH BN

--------------------------------------------------------------------------------

8 Januari lepas di Kulim Kedah Menteri Penerangan, Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir telah melancarkan sebuah lori yang diubahsuai menjadi pentas bergerak yang digelar Pentarama.

Kementerian mengeluarkan belanja setengah juta Ringgit bagi membeli sebuah lori ini. Dalam ucapannya beliau mengatakan kementerian akan memiliki 20 lagi lori seumpama itu dengan kos RM10juta menjelang September 2006.

Katanya lagi Pentarama ini akan digunakan untuk kempen yang lebih berkesan menyampaikan maklumat kepada rakyat terutamanya golongan muda. Bagi menarik golongan muda Pentarama ini bakal menampilkan bakat – bakat tempatan selain artis terkenal.

Angkatan Muda kesal dengan pembaziran RM10 juta wang rakyat ini. Adakah belum cukup Kementerian Penerangan menggunakan hampir semua media elektronik dan media cetak diperalatkan untuk menyampaikan dakyah dan propaganda BN? Apa guna lori yang dijadikan pentas bergerak? Bukankah hampir seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki tv dan radio atau sekurang – kurangnya boleh mendapatkan akses maklumat melalui akhbar harian yang semuanya dikuasai parti pemerintah ?

Nampaknya kenyataan Pengerusi SPR mengenai bagaimana BN mencabul ssstem demokrasi dengan mempergunakan media langsung tidak dipedulikan pemimpim BN. Malah dengan perasmian Pentarama ini dilihat pemimpin BN lebih bernafsu mencabul sistem demokrasi negara.

Pentarama ini hanya akan menjadikan remaja yang taksub dengan hiburan dan akhirnya semua ini akan diperalatkan untuk kempen BN menjelang pilihanraya akan datang.

Badrul Hisham Shaharin
Timbalan
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Malaysia

0 Comments:

Post a Comment

<< Home