SepangOnline

Monday, December 26, 2005

Azmin dakwa bekas pegawai perisikan Israel berkhidmat di MAS

Oleh Nash Raman Petikan drp: MalaysiaKini - Dec 24, 05 1:56pm

--------------------------------------------------------------------------------
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali hari ini mendesak pihak berkuasa supaya menyiasat tiga lagi penyelewengan yang didakwanya berlaku dalam syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), termasuk perlantikan konsultan asing yang didakwanya pernah berkhidmat dengan jabatan perisikan Israel.
Berikutan itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan dan Menteri Pengangkutan untuk menjelaskan perkara tersebut.

Azmin memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk membuat penjelasan dan jika mereka gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan selanjutnya.

Azmin membuat dakwaan tersebut ketika membentang kertas kerja bagi pihak Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR di Kongres Nasional parti tersebut di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa mempunyai dokumen bagi membuktikan kebenaran dakwaannya mengenai perlantikan konsultan tersebut berkhidmat di bahagian Teknologi Maklumat (IT) syarikat penerbangan negara itu.

Di samping itu, beliau mendakwa, MAS juga melantik dua lagi konsultan rakyat asing and dua lagi arkitek sedangkan IBM telah dilantik untuk mengendalikan penyumberan luar bagi pihak MAS.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Azmin berkata, berdasarkan dokumen tersebut, pada 5 September lalu, MAS juta telah melantik seorang konsultan wanita rakyat Australia, juga di bahagian IT dengan gaji konsultan RM4,400 sehari ataupun RM96,800 sebulan atau kira-kira RM1.16 juta

Penyumberan luar

Di samping itu, katanya, MAS juga melantik seorang lagi konsultan IT rakyat Singapura dengan bayaran gaji konsultan RM825,000 setahun ataupun 68,000 sebulan.

Selain itu, beliau juga mendakwa, MAS telah melantik seorang pengurus arkitek dengan gaji RM180,000 setahun dan seorang arkitek enterprise, dengan gaji RM204,000 setahun.

Pada masa yang sama, MAS juga membayar RM298,202 kepada sebuah agensi pekerjaan mencari pekerja untuk mendapatkan perkhidmat ketiga-tiga pegawai berkenaan.

Azmin juga mendakwa, MAS telah membayar RM8.730 juta bagi kos penyumberan luar (outsourcing) sejak 2004 hingga September 2005. Tamat

Copyright © 1999-2005 Mkini Dotcom Sdn Bhd. All rights reserved

Sumber: MalaysiaKini

0 Comments:

Post a Comment

<< Home