SepangOnline

Monday, January 16, 2006

Mangsa keganasan polis minta Suhakam kumpul laporan salahlaku polis

Oleh: Faisal Mustaffa
KUALA LUMPUR - Mangsa keganasan polis sewatu mengadakan perhimpunan aman mengkritik Asean gagal membincangkan isu-isu yang lebih penting 14 Disember lalu hadir di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) meminta agar Suruhanjaya itu mengumpulkan laporan-laporan baru yang berkaitan dengan keganasan dan salahlaku polis.
Tindakan itu perlu agar Suhakam dan pihak Polis diRaja Malaysia (PDRM) dapat menyiasat perkara yang berlaku.
Pada 29 Disember lalu, keADILan menghantar memorandum tindakan pihak polis yang tidak menghormati hak berhimpun.Ketua Penerangan keADILan, Tian Chua yang mengetuai penghantaran memorandum itu berkata, sungguhpun Suhakam pernah mengeluarkan peraturan yang perlu diikuti oleh pihak polis ketika mengawal sebarang perhimpunan, pihak polis masih lagi gagal untuk menghormati peraturan yang dikeluarkan.
“Kami mahu Suhakam untuk memainkan peranan yang lebih serius untuk memberi tekanan kepada pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri untuk meghormati hak asasi manusia,” jelas Tian Chua kepada pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam.
Menurut Siva selepas mendengar penerangan daripada aktivis yang hadir, sejak peristiwa hitam di Lebuhraya Kesas pada tahun 1999, Suhakam beberapa kali mengeluarkan kenyataan berhubung dengan hak berhimpun dan tanggungjawab pihak berkuasa dalam mengawal situasi.
“Saya akan pastikan laporan hari ini diambilkira dalam mesyuarat lembaga pesuruhjaya bersama Pengerusi (Suhakam) Tan Sri Abu Talib Othman,” kata Siva.
Dalam memorandumnya, Tian Chua menerangkan semula dengan terperinci kepada Suhakam perkara yang berlaku sebelum perhimpunan itu diadakan.
Berpuluh pegawai polis berada di tempat perhimpunan beberapa jam sebelum perhimpunan itu dimulakan dan telah mengarahkan pihak penganjur yang memberi taklimat ringkas kepada para media untuk bersurai.
Sebaik sahaja kain rentang dan bendera tiba di perkrangan Taman KLCC oleh tiga aktivis, mereka dikepung oleh pegawai-pegawai polis dan merampas semua barangan tersebut."60 ekor merpati yang dibawa juga dibawa lari oleh anggota polis yang berpakaian seragam," kata Tian Chua.
"Apabila ditanya oleh orang ramai ke mana aktivis yang ditahan akan dibawa dan ditahan tas kesalahan apa, pegawai polis itu berkata, kita nak bawa jalan-jalan," tambah Tian Chua lagi.Jelas perlakuan polis pada waktu itu sungguh tidak memaparkan sikap profesional mereka. Tian Chua juga memberitahu Siva beliau dan rakan-rakannya dibebaskan kira-kira jam 5 petang hari yang sama selepas dibawa ke Balai Polis Pudu (dahulunya penjara Pudu) masih tidak mengetahui alas an mereka ditahan.
Beliau juga melaporkan kejadian di mana beliau telah dipukul oleh salah seorang anggota polis semasa berada dalam trak polis.
"Anggota polis menghampiri saya dari belakang, menarik rambut saya dan menghentakkan kepada saya di jarring pagar trak," kata Tian Chua sambil melampirkan foto anggota polis yang didakwa melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu.
Memorandum itu juga menjelaskan Deklarasi Hak Asasi Manusia berkaitan dengan hak asasi manusia.
Deklarasi tersebut juga tidak memberi perlindungan kepada warga Burma yang berada di negara ini dalam mendapat perlindungan politik.
Pada jari kejadian, seramai 20 warga Burma ditahan dan kemudiannya didakwa di bawah Akta Imigresen. Lima daripadanya dibebaskan hari yang sama.
"Kami mahu Suhakam mengadakan perbincangan dengan pihak polis agar membebaskan tahanan-tahanan Burma," kata Tian lagi.
Selain 20 yang ditahan pada 17 Februari tahun lalu, 68 warga Burma juga pernah ditahan pada 16 Jun kerana berhimpun secara aman di hadapan pejabat Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang, di sini dalam usaha memberi tekanan kepada kerajaan tentera Junta membebaskan pemenang anugerah Nobel, Aung San Suu Kyi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home