keADILan Kecam Parti Politik Kawal Media Perdana
keADILan menyatakan kekesalan terhadap pemecatan jawatan dua orang editor akhbar China Press akibat campurtangan Keselamatan Dalam Negeri (KDN). Pemecatan tersebut telah menggadai kebebasan media yang merupakan asas pembentukan sebuah masyarakat demokrasi.
Perkara ini menunjukkan bahawa Perdana Menteri, Abdullah Badawi gagal melakukan reformasi politik setelah memegang jawatan tersebut selama dua tahun.
Tragedi kebebasan media ini memperlihatkan kesan yang mendalam akibat daripada kawalan media oleh parti politik, di mana media akan kehilangan kebebasannya (independent) dan autonomi dalam pengoperasian dan pelaporan.
MCA yang telah membeli Nanyang Holdings pada tahun 2001 dengan modal yang besar juga mengambil kesempatan tersebut untuk mengenakan kawalan ke aas dua media akhbar perdana cina; Nanyang Siang Pau dan China Press.
keADILan menggesa agar Presiden MCA, Ong Ka Ting memberi penjelasan tentang keagalan untuk melindungi dua editor China Press akibat pendedahan isu penyalahgunaan kuasa polis.
Editor tersebut telah meletak jawatan ekoran tekanan politik yang kuat. Malah, China Press juga menghadapi risiko penggantungan lesen akhbar sessi malam mereka.
Kawalan media harus datang dari masyarakat sendiri dan media harus bertanggungjawab kepada masyarakat, bukan kerajaan atau parti pemerintah. Malah, segala kesilapan pelaporan harus diperbetulkan secara terbuka sekiranya didapati silap.
Dalam kes ini, ternyata KDN telah menggunakan kuasanya di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk memastikan China Press menuruti kehendak mereka. Perkara ini akan menggalakkan budaya takut dan jiwa kewartawanan mengecil di kalangan wartawan dan pengarang.
keADILan menggesa agar KDN tidak campurtangan dalam pengoperasian dan pelaporan media, serta MCA melepaskan kawalannya ke atas Nanyang Holdongs bagi memulihkan kebebasan dan autonomi media.
Tian Chua
Ketua Penerangan
Parti Keaedilan Rakyat
6 Januari 2006

0 Comments:
Post a Comment
<< Home