SepangOnline

Monday, January 16, 2006

Angkatan Muda bantu mangsa ditembak Tentera saman Najib


Sunday, 08 January 2006
KUALA LUMPUR - Polis tentera didakwa menembak orang awam dengan sengaja di luar Kem Tentera Brek, Jalan Kuching 5 Januari lepas.
Mohd Ridzuan Mat Nor, 30 dari Taman Pederson, Jalan Kepong mendakwa ditembak di kedua-dua belah kakinya sehingga tulang kakinya hancur.
Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia, S Manikavasagam bersama bapa mangsa, Mat Nor Salleh menemani Ridzuan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk membuat laporan polis terhadap pihak yang bertanggungjawab menembaknya.
Dalam aduannya, beliau pada kira-kira jam 5 pagi selepas selesai kerja hariannya di Pasar Borong Selayang sebagai kelindan berada di kawasan itu kerana lori yang membawanya dn seorang rakan rosak.
Beliau dan rakannya itu meneruskan perjalanan melalui jalan di luar kawasan kem tersebut untuk balik kembali semula ke tempat kerjanya.
“Semasa melalui jalan tersebut, kami menjumpai wayar buruk dan menggulungnya,” kata Ridzuan.
Dalam pada itu, Ridzuan melihat kelibat dua orang yang berpakaian baju hujan dan memakai topi keledar hitam bergerak menuju ke arah mereka dan salah seorang daripadanya melepaskan tiga das tembakan ke arahnya.
“Tidak ada sebarang amaran diberi ke arah kami dan melihat keadaan itu, saya dan rakan saya lari untuk menyelamatkan diri,” jelasnya selepas membuat laporan polis.
Selepas kira-kira 150 meter berlari, kedua-dua lelaki itu berjaya berada hampir dengannya.
“Pada ketika itu, saya dapat melihat dengan jelas wajah anggota tentera itu dan pasti mereka adalah anggota tentera melalui pakaian seragam yang mereka pakai,” katanya lagi.
Salah seorang daripada anggota tentera itu mengeluarkan sepucuk pistol automatik dan mengarahkan Ridzuan supaya menanggalkan bajunya.
“Semasa saya menaggalkan baju saya seperti yang diarahkan, anggota tentera itu melepaskan satu das tembakan dan mengena betis kiri saya,” jelasnya.
“Saya menjerit dan tanaya apa salah saya,” kata Ridzuan.
Tetapi, anggota tentera itu melepaskan dua das tembakan lagi dan kedua-duanya menembusi betis kirinya.
Ridzuan berkata antara kata-kata yang dikeluarkan oleh anggota polis itu ialah: Aku tak tembak kepala kau dah nasib baik.
Anggota-anggota polis itu kemudiannya meninggalkan dia seorang diri dalam keadaan berlumuran darah selama empat jam sehingga kereta peronda polis dan ambulan dating untuk membawanya ke Hospital Kuala Lumpur.
Ridzuan ditahan selama 12 hari dan diberi jaminan polis.
Mat Nor yang ditemui berkata beliau tidak sanggup melihat keadaan anaknya yagn begitu teruk dan merayu agar tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terbabit demi keadilan.
Manikavasagam yang menasihati keluarga Ridzuan untuk membuat laporan polis berkata, Angkatan Muda telah pun menghubungi peguam dan Angkatan Muda melalui keluarga mangsa kini dalam proses mengeluarkan saman terhadap Angkatan Tentera.
“Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pertahanan, Najib Razak perlu bertanggungjawab dan memberi penjelasan mengenai kes ini,’ kata Manikavasagam.
Manikavasagam turut ditemani exco Angkatan Muda, Faisal Mustaffa; ketua Bahagian kepong, A Ganesan dan dua ahli keADILan Gombak.
Dalam sebuah laporan akhbar harian bercetak 8 Januari melaporkan bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan sebuah lembaga siasatan mengenai kejadian itu.
Laporan itu menyebut bahawa Timbalan Ketua Petahanan, Leftenan Kolonel Fadzlette Merican berkata anggota tentera berkenaan terepaksa melepaskan tembakan ke aran mangsa kerana pemuda itu enggan berhenti walaupun satu tembakan amaran telah dilepaskan.Berita ini mendapat liputan Metro Ahad, Mingguan Malaysia dan the New Straits Times.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home