SepangOnline

Saturday, January 21, 2006

Jaminan PM siasat Kes 32.5 Juta Metramac Sekiranya Ada Aduan

Angkatan Muda Malaysia, Parti Keadilan Rakyat menyambut baik jaminan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa sekiranya ada aduan maka kerajaan akan menyiasat kes 32.5 Juta di dalam skandal Metramac. Angkatan Muda Keadilan Malaysia pada 20 Januari 2006 telah membuat satu laporan polis mengenai kes Metramac ini di Ibupejabat Polis Daerah Putrajaya, nombor laporannya ialah Putrajaya Repot, 365/06.

Sejurus selepas membuat laporan polis, Angkatan Muda Keadilan Malaysia telah membawa sesalinan repot tersebut ke pejabat Peguam Negara Malaysia dan juga memorandum kepada Peguam Negara mendesak beliau untuk mengambil tindakan segera bagi memulakan siasatan sejauh mana penglibatan Tun Daim Zainuddin dengan memberikan pengiktirafan penghakiman terhadap keputusan Yang Arif Datuk Gopal Sri Ram.

Dengan tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh Angkatan Muda Keadilan Malaysia, kami mendesak kerajaan untuk menahan segera Tun Daim Zainuddin dan mereka yang terlibat untuk tujuan siasatan kerana ia melibatkan jumlah wang rakyat yang besar. Angkatan Muda Keadilan Malaysia juga mendesak kerajaan untuk melakukan satu siasatan terperinci terhadap segala harta dan asset yang dimiliki oleh Tun Daim Zainuddin.

Angkatan Muda Keadilan Malaysia juga percaya bahawa kenyataan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram bahawa ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad dan Datuk Anuar Othman yang telah mengambil wang dari sebuah syarikat operasi tol [kes Metramac] mempunyai kesan besar melangkaui batas undang-undang dan perniagaan, kerana ianya menyentuh isu kebertanggungjawaban dan integriti kerajaan.

Ini kerana mahkamah telah membuat kesimpulan bahawa tindakan tersebut berlaku kerana kedua-dua mereka mempunyai perlindungan dengan Menteri Kewangan pada waktu itu, Tun Daim Zainudin. Kenyataan ini penting kerana seorang yang berjawatan tinggi dalam kehakiman telah membuat kritikan terhadap perlakuan salah guna kuasa di dalam kerajaan.

Tangkap Daim Zainuddin !

SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
Naib Ketua
Angkatan Muda Malaysia
019 341 3312

0 Comments:

Post a Comment

<< Home