SepangOnline

Monday, January 16, 2006

1009 ahli MCA sertai Keadilan

Oleh Zulkifli MohamedBUKIT MERTAJAM: Seramai 1009 ahli MCA yang diketuai bekas Ketua Bahagian Bukit Mertajam Tony Peh Choon Peng secara rasmi menyerahkan borang permohonan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam suatu majlis makan malam yang turut dihadiri Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini, 9 Januari lalu.Penghijrahan beramai-ramai ahli MCA itu memberikan tamparan hebat kepada Barisan Nasional negeri ini, sekaligus memantapkan Keadilan selepas era pembebasan Anwar. Tindakan mereka itu berikutan keputusan MCA yang memecat tujuh ahli bahagian itu kerana membawa kes hampir 3000 ahli hantu parti berkenaan ke mahkamah dalam pemilihan agung parti itu baru-baru ini.Dua kali permohonan mereka ditolak mahkamah dengan alasan kes tersebut di luar bidang kuasa mahkamah.Sehubungan itu, Keadilan dijadikan wadah baru bekas ahli MCA itu setelah hilangnya keyakinan mereka kepada kepimpinan parti tersebut.Datuk Kamarul Bahrin Abas selaku Setiausaha Agung telah menerima borang permohonan disaksikan kira-kira 2000 tetamu, 70 peratus daripadanya adalah masyarakat Cina.Berucap di majlis itu, Anwar melahirkan kegembiraannya dengan keputusan bekas ahli-ahli MCA itu.Menurutnya selepas ini akan berlaku satu lagi penghijrahan di kalangan ahli parti Gerakan dan Umno ke dalam Keadilan, rundingan ke arah itu sedang berlangsung.Sementara itu ketika ditemui, Tony Peh bertekad untuk menambahkan seramai mungkin ahli MCA menyertai Keadilan selepas ini.Jelasnya, pihaknya akan menggerakkan tenaga ahli-ahlinya dan menggunakan nama Parti Keadilan Rakyat untuk berbakti kepada masyarakat setempat.Majlis berlangsung di Dewan Chang Hua Kor, Tanah Liat, turut dihadiri Naib Presiden Mohd Azmin Ali dan Dr Lee Boon Chye, Ketua Penerangan Tian Chua, Ahli MPT Saiful Izham Ramli, Pengerusi Negeri Datuk Zahrain Hashim, Timbalannya Mustafa Kamal Yusof, Cheah Kah Peng, Law Choo Kiang dan wakil-wakil pertubuhan Cina.PAS diwakili AJK Pusat, Mujahid Yusof Rawa, sementara DAP diwakili YB Chong Eng dan YB Lee Hock Seng.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home