Anwar bidas Halim kaitkan namanya dalam kes Metramac
Oleh: Arfa’eza A Aziz (Malaysiakini)
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tokoh korporat, Tan Seri Halim Saad kerana cuba mengaitkan namanya dalam kes penyelewengan wang dalam Metramac Corporation Berhad.
Sambil menyifatkan kenyataan Halim itu menimbulkan syak wasangka, Anwar berkata, namanya tidak boleh dikaitkan dengan kes tersebut kerana urusniaga berkenaan sudah dipersetujui sebelum beliau mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari Tun Daim Zainuddin pada Mac 1991.
Anwar mengeluarkan kenyataannya itu menerusi peguamnya, Sankara Nair yang mengadakan sidang akhbar di pejabatnya pagi ini bagi membalas kenyataan Halim kelmarin.
Halim di dalam kenyataan telah menyebut Anwar adalah Menteri Kewangan ketika perjanjian konsesi tol Metramac disemak pada Februari 1992.
Tokoh korporat itu mengeluarkan kenyataannya untuk menafikan kenyataan Hakim Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram yang menyebut Halim dan rakan kongsinya Datuk Anuar Othman melesapkan wang RM32.5 juta dari Metramac.
Daim turut menafikan pembabitannya dalam kes itu menerusi kenyataannya yang dikeluarkan menerusi peguamnya Cecil Abraham selasa lalu. Bekas menteri itu dijangka mengeluarkan kenyataan penuh mengenai kes ini pada minggu depan.
Menurut Sankara, Anwar telah mengarahkannya untuk mengeluarkan kenyataan akhbar setelah mengkaji kenyataan penghakiman Hakim Gopal itu.
“Kenyataan Halim menyebut Anwar sebagai Menteri Kewangan ketika urusniaga Metramac diluluskan akan menimbulkan syak wasangka. Ia tidak sepatutnya ditimbulkan kerana mahkamah telahpun menyebut Daim sebagai Menteri Kewangan yang meluluskan urusniaga itu pada tahun 1991, sebelum Anwar menjadi Menteri Kewanagan,” katanya.
Menurutnya lagi, Anwar juga berpendapat semua dapatan penghakiman itu dibuat berdasarkan bukti-bukti lisan dan bertulis yang dikemukakan di mahkamah tinggi ketika kes itu dibicarakan dan ini menjadikannya jauh lebih berwibawa daripada kenyataan tanpa sumpah Halim itu.
Sehubungan itu Anwar menggesa Peguam Negara menyiasat semua pihak yang dinamakan dalam penghakiman tersebut termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Kerja Raya.
Dalam keputusan penghakimannya, Hakim Gopal memerintahkan Metramac membayar RM65 juta kepada Fawziah Holdings sebagai gantirugi kehilangan hk pengiklanan.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home