SepangOnline

Saturday, December 24, 2005

Ezam : Angkatan Muda Akan Dipimpin Orang Muda

Dimuatkan oleh Pemerhati pada 23 December 2005

oleh Zulkifli Mohamed

KUALA LUMPUR : Angkatan Muda Keadilan Rakyat akan menjadi pelopor di mana ketuanya akan dipimpin oleh orang muda berusia bawah 35 tahun, justeru itu ketuanya Ezam Mohd Noor secara rasmi mengumumkan akan mengundur diri.

“Ini bagi memberi laluan kepada proses peralihan kepimpinan atas dasar bahawa orang muda perlu memimpin Angkatan Muda, mungkin sepuluh tahun lagi, Angkatan Muda akan diketuai mereka yang berusia 30 tahun,” jelas Ezam dalam sidang media sempena Kongres Nasional Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat, yang berlangsung di Hotel Istana, 22 Disember.


Sehubungan itu, perlembagaannya yang membenarkan ketuanya berusia lebih 40 tahun akan dipinda pada masa akan datang.

Ezam berkata keputusan itu adalah sebahagian agenda reform dalam perjuangan sayap kanan parti itu.

Pada prinsipnya kata Ezam ‘organisasi orang muda’ mesti dipimpin oleh anak-anak muda.

Menurutnya, Angkatan Muda tidak seperti Umno dan pertubuhan-pertubuhan belia yang dipimpin mereka yang telah berusia.

Ezam yang berusia 38 tahun secara tegas menjelaskan tidak akan mempertahankan jawatannya sekarang bagi memberi ruang kepada pemimpin lebih muda.

Dalam sidang media yang sama, beliau menolak dakwaan tindakannya itu ada kaitan dengan pelawaan dari beberapa pihak yang mahu beliau meninggalkan PKR dan menyertai parti lain.

Sebaliknya, kata Ezam beliau akan terus bersama rakyat, khususnya dalam pertubuhan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (GERAK) bagi menjana perjuangan reformasi di negara ini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home