Wanita KeADILan Bincang Isu Cabaran Global
Dimuatkan oleh Pemerhati pada 23 December 2005
oleh Faisal Mustaffa
KUALA LUMPUR: Wanita KeADILan yang bersidang 22 Disember semalam mengusulkan isu cabaran global dan kepimpinan wanita dan perkasaan wanita dalam politik negara.
Ketuanya, Fuziah Salleh berkata, kongres kedua yang diadakan di sini menumpukan kepada penjajaran semula agenda reformasi yang dibawa oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Fuziah, wanita mampu mendokong sesebuah negara.
Katanya lagi, banyak isu wanita yang tidak dapat dibawa terutama sekali berkaitan dengan penindasan kerana kurang perwakilan dalam pimpinan sesebuah organisasi.”
Wanita akan membincangkan dan menerapkan matlamat perjuangan parti daripada perspektif sayap wanita,” kata Fuziah dalam sidang medianya selepas majlis perasmian yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali.
Kedua-dua usul tersebut akan dibentangkan dalam kongres pusat yang diadakan pada keesokan harinya (23 Disember).
Apabila ditanya mengenai sumbangan wanita KeADILan dalam menangani masalah sosial wanita, Fuziah berkata wanita KeADILan melalui Women’s Institute for Research, Development and Advancement (WIRDA) banyak menjalankan aktiviti-aktiviti sosial.
Menurut Pengarah WIRDA, Zuraida Kamarudin yang juga merupakan Timbalan Ketua Wanita KeADILan, mereka pernah menghantar misi ke Acheh untuk membantu wanita di sana sewaktu bencana tsunami melanda tahun lepas.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home