SepangOnline

Friday, December 23, 2005

Bahas Usul Angkatan Muda Keadilan

Dimuatkan oleh Pemerhati pada 24 December 2005

Exco Angkatan Muda - Fariz Musa

Wakil dari exco Angkatan Muda ini mempertikaikan laporan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) 2002- 2004 berkaitan dengan kes-kes kematian dalam lokap.

“Apa terjadi kepada laporan tersebut?” tegas Fariz.

Fariz juga membidas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Musa Hassan mengenai permohonan tahan reman yang lama selama sebulan bagi kes yang melibatkan kematian.

“Saya dengan ini mendesak supaya Musa Hassan letak jawatan,” kata Fariz.


Johor - Nurin Aina Abdullah

Ketua Angkatan Muda Johor mengemukakan ciri-ciri reformis tulen dalam Angkatan Muda. Menurut beliau, tiga asas penting kini yang berpihak kepada parti yang boleh dianggap sebagai kekuatan atau ‘kemenangan’ awal iaitu ;

Anwar telah bebas dan bersama kita.

Anwar bebas dan komited dengan agenda perubahan.

Anwar diterima oleh PAS untuk menerajui BA dan diterima oleh ramai pihak diluar sana.
Dalam isu keganasan terhadap wanita, Nurin berkata bahawa isu keganasan terhadap wanita bukannya baru tetapi sering berlaku kepada pejuang-pejuang reformasi.

“Saya harap parti kena melengkapkan diri dan tidak berpeluk tubuh,” kata Nurin apabila membincangkan ucapan dasar ketua Angkatan Muda iaitu perlu ‘berani, yakin dan kebal.’

Beliau juga mendesak agar Akta universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dimansuhkan kerana ia membentuk pelajar-pelajar kepada budaya takut (culture of fear).

“Kalau pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam politik, mengapa Umno dibenarkan mengadakan pelbagai aktiviti di universiti?” kata Nurin yang dua kali bergelar graduan.

“Sekiranya AUKU tidak dimansuhkan, saya mengajak semua perwakilan di sini turn beramai-ramai ke jalanraya,” kata Nurin.

Pulau Pinang - Shukri Ishak

Wakil dari Pulau Pinang, Shukri Ishak, dalam perbahasannya membangkitkan usaha-usaha beberapa pihak yang memberi tekanan kepada pihak pengurusan kongres dalam percubaan untuk menggagalkan acara tahunan parti itu.

Shukri juga menyentuh mengenai kekejaman polis dan menyentuh peristiwa yang berlaku terhadap Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua semasa berdemo di Taman KLCC membantah Asean 14 Disember lalu.

Negeri Sembilan - Madhurai Veeran

Wakil dari Negeri Sembilan menanggap bahawa penyakit rasuah yang melanda negara ini lebih teruk daripada virus AIDS.

Beliau membangkitkan prestasi Perdana Menteri yang memegang jawatan itu selama dua tahun yang gagal meminda undang-undang yang menekan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan (OSA) dan lain-lain lagi.

Beliau juga mengkritik Perdana Menteri yang hanya berani menubuhkan suruhanjaya dan tidak menyiasat sesuatu perkara dengan terperinci.

Maddurai membangkitkan laporan Suruhanjaya Pembaikan Polis yang dikeluarkan tidak diambil perhatian.

Selain itu, Madhurai juga meminta agar para pewakilan untuk menerapkan 17 dasar perjuangan parti sebagai tunjak perjuangan parti.

Negeri Sembilan - Wakil EXCO, Badrul Hisham

Dalam menyokong prinsip Kebebasan maklumat (FOI), wakil exco, Badrulhisham Shaharin berkata kongres kali ini membenarkan media untuk membuat liputan kepada semua bahagian kongres termasuk perdebatan daripada perwakilan.

“Perkara seperti ini tidak berlaku di kongres dahulu,” ujar Badrul.

Badrul juga membincangkan mengenai halangan Pertubuhan Pendaftaran Negara (ROS) yang melarang untuk menggunakan perkataan keADILan dalam nama pendek parti.

“Ini tidak boleh melarang aspirasi parti untuk tegakkan keadilan,” kata Badrul lagi.

Dalam isu keganasan polis pula, Badrul yag megemukakan banyak laporan polis berkenaan kes mengenai kegansan polis memberi beberapa contoh aktivis reformasi yang selama ini menjadi mangsa.

“Kera di hutan disusukan, tapi anak sendiri mati kelaparan,” kata Badrul.

Perdana Menteri Abdullah Badawi juga dikatakan gagal untuk meminda undang-undang yang menekan rakyat.

“Sekiranya benar Dollah mahu perangi rasuah, kita cabar Dollah letakkan Badan Pencagah Rasuah (BPR) di bawah parlimen,” kata Badrul.

Dalam membicangka tema Kongres Angkatan Muda, ‘Membina Reformis Tulen,’ Badrul mengambil contoh Turki yang tidak jauh prinsip perjuangannya dengan KeADILan.

“Parti Keadilan di Turki berjuang dan menanam semangat ’setiap hari merupakan pilihanaraya,” kata Badrul lagi.

Menurut Badrul, kempen pengedaran risalah Angkatan Muda tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Angkatan Muda di peringkat akar umbi.

Perak - Faizal Effendi Hasim

Wakil Perak pula mengutuk kempen “Saya Anti-Rasuah” melalui pemakaian lencana kepada anggota-anggota polis.

“Bila ditanya, mereka kata kami kena pakai,” kata Faizal disambut gelak ketawa ahli-ahli perwakilan yang lain.

Faizal juga mempersoalkan belanja mewah yang dikeluarkan oleh parti dalam mengadakan di hotel 5-bintang sedangkan di peringkat bahagian bertungkus-lumus bergerak menjalankan pelbagai aktiviti dengan dana yang terhad.

Kedah - Azman Nasruddin

Azman menyebut mengenai latarbelakang exco Angkatan Muda supaya berfikirian lebih kreatif dan tidak menjadi ‘pak-turut’ sahaja.

Wilayah Persekutuan - Buhari Yaakub

Wakil dari Wilayah Persekutuan, Buhari Yaakub menyentuh mengenai integriti dan transparensi Dollah yang menjadi dingin dan basi.

“Rakyat pada mulanya memberi peluang kepada BN dalam pilihanraya lepas dengan majoriti besar tepati menyesali dengan janji-janji tersebut,” katanya.

Justeru Buhari mengajak Angkatan Muda menggembelingkan tenaga bersama NGO, masyarakat, karyawan, buruh dan juga profesional untuk menjana perubaha.

Mengulas ucapan dasar Ketua Angkatan Muda, Buhari merasakan sedikit khuatir dan berkemungkinan berlaku ‘conflict of interest’.

“Saya sarankan agar satu kerangka yang lebih menyeluruh dan tersusun supaya tidak berlaku ‘conflict of interesst’,” kata Buhari.

Pahang - Zukri Aksah

Zukri menyentuh mengenai keganasan polis terhadap wanita dan mengingatkan kembali mengenai tindakan polis yang dilakukan terhadap seorang reformis, Nora.

“Polis harus minta maaf kepada Nora,” kata Zukri.

Zukri juga memberitahu bahawa solidariti bukan hanya dalam lingkungan parti tetapi parti-parti sahabat dan juga NGO. Beliau percaya usaha tersebut akan membawa kejayaan.

Mohon alternatif tidak digunakan, alternatif bermaksud pinggiran. Penggabungan direalisasikan dengan nama yang lebih sesuai.

Melaka - Abu Husin

Wakil dari Melaka menegur exco-exco yang tidak berjumpa dengan ahli-ahli di akar umbi.

“Adakah takut kepada cabaran, atau kepada bayang-bayang sendiri?” tegur Abu Husin dengan jujur.

Pantun yang disampaikan:

Kalau takut bermain ombak
Jangan bina rumah di tepi pantai
Kalau takut kepada risiko
Jangan bicara tentang perjuangan

Dalam membincangkan isu pilihanraya, beliau mencadangkan kepada kongres supaya mendesak SPR mencadangkan supaya rakyat 21 tahun ke atas secara automatik layak mengundi.

Kelantan - Wan Khairul Ehsan Wan Muhammad

Wakil dari Kelantan pula mengkritik Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan tidak membantu dalam gerakan Angkatan Muda.

Beliau juga menyeru agar demokrasi dalam parti diberi perhatian.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home