SepangOnline

Thursday, December 15, 2005

Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

Kongres Nasional Angkatan Muda Malaysia

--------------------------------------------------------------------------------

Angkatan Muda Malaysia akan mengadakan Kongres Nasional yang ke-2 pada 22 Disember 2005, Khamis (9.00 pagi - 9.00 malam) di Hotel Istana, Jalan Raja Chulan, K.Lumpur.

Tahun ini Angkatan Muda mengangkat tema " Membina Reformis Tulen " sebagai tema kongres dan perbahasannya.

Angkatan Muda merupakan sebuah sayap parti yang memperjuangkan reformasi dan terlahir antaranya hasil dari cetusan protes rakyat Malaysia yang memuncak bermula akhir 1998. Semenjak peristiwa pemecatan sehingga tangkapan Bekas Timbalan Perdana Menteri, Saudara Anwar Ibrahim ramai rakyat turun bersama menyatakan protes. Keberanian rakyat ini melanjut kepada perbagai isu sehingga membudayakan keberanian menyatakan pendapat secara terbuka di kalangan rakyat.

Namun semua itu bukan sedikit bayaranya. ramai yang telah tertangkap, diganasi dan seumpamanya. Bersesuaian dengan tema dan semangat kongres kali ini Ketua Angkatan Muda Malaysia, Saudara Ezam Mohd Nor dan seluruh barisan exconya menjemput semua pejuang yang pernah bergelar "OKT Reformasi" untuk hadir sebagai Pemerhati Jemputan Khas untuk mengikuti keseluruhan kongres Angkatan Muda kali ini.

Untuk itu semua yang pernah terlibat dalam tangkapan sepanjang tempoh kebangkitan rakyat 1998 sehingga kini di minta segera menghubungi Shamsul Hidayat (Setiausaha Kerja Angkatan Muda) 012 9032465 untuk urusan pendaftaran sebelum 20 Disember 2005.


Untuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wartawan/media yang ingin mendapatkan pas pemerhati sila hubungi 0176688404 Badrul Hisham Shaharin, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Malaysia.
Diharap semua yang pernah bergelar "OKT Reformasi" sudi untuk bersama meraikan Kongres Nasional Angkatan Muda Ke 2 ini. Usaha ini adalah sebagai satu usaha merakamkan penghargaan kepada anda semua sebagai pejuang.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home