MEMBINA REFORMIS TULEN
Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Ucapan Dasar Ezam
Kongres Angkatan Muda Malaysia
MEMBINA REFORMIS TULEN
22 Disember 2005
--------------------------------------------------------------------------------
Teks ucapan dasar
Ezam Mohd Nor
Ketua Angkatan Muda Malaysia
Kongres Angkatan Muda Malaysia
22 Disember 2005
Hotel Istana, K.Lumpur
MEMBINA REFORMIS TULEN
1. Alhamdulillah, saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana menghimpunkan kita sekali lagi di bawah payung Kongres Parti Keadilan Rakyat. Saya berbangga melihat kecekalan saudara-saudari yang terus bersemangat dan terus bertekad dalam memperjuangkan reformasi dan keadilan. Tebalnya semangat saudara-saudari menyembuhkan rindu saya terhadap kehangatan perjuangan menegakkan Reformasi, memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Mungkin ada yang sedikit keletihan dalam memburu cita-cita mendaulatkan hak rakyat terhadap pemerintah yang songsang, tetapi saya yakin, lesu itu akan betah. Kita berkumpul di hari ini pun tidak lain dan tidak bukan untuk menguatkan lagi azam kita untuk meneruskan perjuangan ini. Kita berkumpul untuk mengasah minda dan memupuk tenaga demi menjulang cita-cita perjuangan.
2. Setahun yang lalu kita berhimpun setelah kita melalui episod penting dalam sejarah perjuangan kita. Episod tersebut ialah pembebasan Anwar Ibraim, pemimpin perjuangan reformasi negara di zaman ini. Selama bertahun-tahun, fokus Angkatan Muda ialah kearah pembebasan reformis ulung ini. Pada perhimpunan lalu kita bertekad meneruskan perjuangan dengan memberi fokus utama kepada intipati idealisma perjuangan Anwar Ibrahim itu sendiri. Yakni, mempertahankan ketinggian nilai-nilai moral dan mencabar kepimpinan yang rakus dan korup. Justeru, perhimpunan lalu menyaksikan komitmen kita untuk meneruskan perjuangan, membanting tulang dan berganding bahu bagi memerangi segala kebobrokan pemerintah di negara kita khususnya penyalahgunaan kuasa dan perompakan wang rakyat demi memperkaya diri dan suku-sakat masing-masing. Kongres lalu kita membulatkan tekad menjadikan rasuah sebagai cabaran utama generasi kita.
3. Komitmen itu tepat pada masanya, kerana negara juga menyaksikan kemunculan pimpinan baru kerajaan yang menggariskan fokus utama mereka untuk menghapuskan rasuah. Pada masa itu, mungkin ada yang merasakan bahawa mereka ingin memberi Barisan Nasional dan pemimpin barunya sedikit masa untuk mengotakan janji-janji mereka. Langsung mereka berdiam, memerhati keadaan kalau-kalau cempedak menjadi nangka. Namun hasilnya hanya seekor dua ikan bilis yang masuk pukat, itupun ikan bilis yang sudah hampir hilang nyawa politik masing-masing. Di lautan luas, jerung masih bermaharajalela. Malah muncul pula jerung-jerung berwajah baru yang turut menggemukkan diri dengan bersantap wang rasuah. Bisik-bisik pemerintah baru untuk menghapuskan rasuah semakin hari semakin nyata merupakan suatu omong kosong yang tidak mungkin dapat dikotakan. Dengan demikian sebarang janji mereka adalah umpama bayu petang yang hanya sepoi-sepoi, lenyap ditelan masa tanpa sebarang kesan yang nyata.
4. Malah keadaan negara hari ini adalah lebih buruk daripada setahun yang lampau. Hari ini, janji-janji menghapuskan rasuah sudah jadi momokan orang ramai. Pendakwaan yang gah di awal pemerintahan baru kerajaan Barisan Nasional ini sudah menjadi sepi tanpa berita. Kehangatan desakan untuk integriti menjadi dingin. Semangat untuk mengheret penjenayah korupsi menjadi basi.
5. Rakyat mulai sedar kerajaan hari ini hanya hangat-hangat tahi ayam. Pentadbiran yang lemah, lesu dan longlai menyebabkan rakyat bosan menunggu perubahan yang dijanjikan, tetapi tidak juga kunjung jelma. Mereka kini bukan sahaja dihimpit oleh perasuah lama tetapi terpaksa berdepan dengan perasuah baru.
6. Jika keadaan begini terus berlarutan, kehancuran pasti akan menyelubungi tanah air kita ini. Dari Perlis hinggalah ke Sabah, rasuah mencekik kita. Oleh yang demikian, fokus kita untuk menghapuskan rasuah menjadi semakin relevan. Hari ini, komitmen kita setahun yang lalu untuk memerangi rasuah menjadi semakin mustahak, demi memastikan negara tidak terseret ke ambang kehancuran.
7. Oleh itu, kita harus menyedari bahawa:
Pertama, Perjuangan Menentanng Korupsi dan Menegakkan Demokrasi masih belum terlaksana walaupun ianya kini turut dilaungkan oleh segerombolan parti pemerintah
Kedua, kita sebagai pelopor perjuangan ini harus menantapkan tekad dan mencari ikatan yang lebih kuat demi memerangi mereka yang menjadi perasuah dan penyalahguna kuasa
Ketiga, kita harus segera menyedarkan rakyat bahawa mereka ditipu dengan reformasi pemerintahan baru negara ini.
8. Itulah sebabnya kita menyeru ke arah Reformasi Tulen. Reformasi yang kita impikan bukanlah satu slogan politik untuk meraih undi .Reformasi yang kita perjuangkan adalah berasaskan kepada matlamat mendaulatkan hak rakyat, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang supaya negara ini benar-benar ditadbir secara adil.
9. Bezanya kita dengan parti lawan ialah mereka juga mendakwa mereka inginkan Reformasi, tetapi mereka tidak mempunyai ketinggian moral untuk melakukannya kerana mereka sendiri diulit dengan seribu macam tindakan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. Baru sahaja kita dihidangkan dengan kisah AP bernilai ribuan juta ringgit yang jelas dibolot oleh seorang menteri dan beberapa kerat kroninya. Juga kisah seorang Ketua Menteri yang berjudi ratusan juta ringgit dan banyak lagi kisah rasuah dan penyelewengan kuasa yang berlaku tanpa sebarang hukuman jelas daripada pemerintahan baru yang kononnya reformis ini.
10. Kita juga sempat menyaksikan bagaimana sebuah kerajaan reformasi, meletakkan usaha membenteras rasuah sebagai fokus utamanya boleh menasihat Majlis Raja-raja untuk melantik seorang Menteri Besar yang pernah dibuat aduan polis keatasnya dalam salahguna kuasa pemberian tender balak bernilai ratusan juta ringgit menjadi Yang Dipertua sebuah negeri didalam negara ini.
11. Kerajaan yang kononnya pro-perubahan (reformis) ini juga dalam tempoh dua tahun memerintah termasuk selepas setahun mendapat mandat besar dalam pilihanraya 2004 yang lalu tidak melakukan sebarang pindaan akta yang jelas anti-reformasi, akta-akta yang represif dan mencengkam tidak satu pun digubal oleh kerajaan baru ini.
12. Reformasi di Indonesia menyaksikan bagaimana Presiden pertama selepas Suharto, B.J Habibie hanya dalam tempoh 15 bulan memerintah Indonesia telah mengubal puluhan akta-akta yang represif untuk memberi makna sebenar kepada perjuangan reformasi.
Malah, negara ini pernah menyaksikan Pemangku Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berupaya meminda Akta Rasuah yang sebelum itu jelas melindungi kelompok elit pemerintahan hanya dalam tempoh 2 bulan beliau menjadi Pemangku Perdana Menteri.
13. Kerajaan baru negara ini berkongsi fahaman dengan kita dalam melihat rasuah sebagai barah utama negara tetapi hairannya tidak ada satupun pindaan akta yang membabitkan rasuah dibuat untuk memberi lebih kuasa kepada Badan Pencegah Rasuah(BPR) untuk melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan. Malah cadangan Institut Integriti Negara yang ditubuhkan oleh kerajaan baru ini meminta BPR diletakkan dibawah Parlimen tidak langsung mendapat reaksi daripada pemerintah dan tidak mendapat liputan langsung dalam media utama negara ini.
14. Kebebasan media adalah ciri utama bangsa yang telah melalui proses reformasi. Kebebasan itu jelas tidak dikecapi dinegara ini. Malah dibawah kerajaan baru yang kononnya pro reformasi ini, kawalan media dan censorship ditahap yang paling buruk pernah disaksikan dinegara ini. Akta yang banyak menghambat keberkesanan pengamal media tidak ada satu pun digubal dan dipinda oleh kerajaan ini.
15. Kerajaan reformasi bukan boleh berdiri hanya dengan penubuhan suruhanjaya dan badan penyiasat tetapi tidak dapat memberi kesan kepada perubahan pentadbiran. Suruhanjaya Polis, Institut iIntegriti Negara adalah contoh bagaimana badan pro reformasi ditubuhkan tetapi laporan mereka lansung tidak digunakan.Justeru kami percaya hal yang sama akan berlaku dalam kes tahanan lokap yang dipaksa bogel yang sedang heboh diperkatakan sekarang. Penubuhan badan siasatan ini hanya reaksi untuk mempamerkan imej reformasi tanpa sebarang keazaman politik (political will) untuk melakukan perubahan yang jelas apatah lagi sekiranya kena dibatang hidung mereka sendiri.
16. Pilihanraya yang bersih dan adil juga adalah ciri kerajaan reformasi. Malangnya, ianya tidak berlaku di dalam negara ini. Dalam kes terbaru, pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, kita dapat menyaksikan bagaimana kotornya mainan parti pemerintah yang memperalatkan suruhanjaya pilihanraya (SPR) untuk mempastikan kemenangan mereka. Di Malaysia sahaja kita mendengar orang yang mati boleh mengundi dan ianya sekali lagi berlaku dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir baru-baru ini.
17. Reformasi adalah suatu proses perjuangan. Ianya hanya mampu dilahirkan oleh jiwa-jiwa pejuang. Reformasi sebenar tidak akan muncul sama sekali dikalangan politikus murahan yang kepentingan mereka hanya pangkat dan kuasa. Apa yang berlaku dalam negara kita membuktikan tidak semestinya mereka yang mendabik dada menyatakan diri mereka reformis dapat mencetuskan reformasi. Sejarah banyak menyaksikan reformis palsu yang mendakwa reformis tetapi tidak pernah diuji. Dan sejarah juga menyerlahkan hanya reformis tulen yang mampu melakukan reformasi sebenar pada masyarakat , bangsa dan negaranya.
18. Adakah kita semua reformis tulen? Ya, kerana kita telah berjaya melalui ujian perjuangan. Namun ujian perjuangan akan terus berlaku sehingga reformasi benar-benar dapat kita tegakkan di negara ini.
19. Jesteru, saya mengajak saudara -saudari perwakilan memperteguh ciri reformis tulen yang ada pada kita dengan memlaksanakan 3 asas kekuatan perjuangan reformasi. Pertama, keberanian membuat teguran ? tanpa keberanian ini tidak mungkin kita dapat menyedarkan masyarakat terhadap kerosakan yang sedang dilakukan oleh golongan koruptor dan kroni-kroni.Kedua, keyakinan mendepani perjuangan ? kita jangan berpatah arus, berpaling muka atau berundur ke belakang walaupun risiko yang kita tanggung cukup tinggi.Ketiga, kekebalan menghadapi cabaran ? tiada Reformis yang tidak menghadapi cabaran dan ancaman yang hebat. Untuk itu Reformis tulen haruslah sentiasa bersedia dan tahan lasak menghadapi cabaran-cabaran tersebut.
20. Dalam masa yang sama kita juga harus waspada dengan pengacau dari dalam. Mereka terselit dikalangan kita. Tampil berwajah reformis tetapi hati mereka sejenis dengan politikus murahan diluar sana. Kecut dengan ujian perjuangan tetapi cekap dalam merebut kedudukan untuk berjaya dalam perhitungan mereka mengejar pangkat dan kuasa. Kita ingin tegaskan disini , demi perjuangan reformasi yang sebenar, kelompok ini juga kita akan kita hadapi tanpa kompromi.
21. Apabila kita melihat sejarah perjuangan mereformasikan sistem bobrok di negara-negara lain, kita akan mendapati ada beberapa ciri-ciri utama yang membawa kepada kejayaan perjuangan mereka. Pertama, kebanyakan gerakan tersebut mempunyai dua cabang iaitu cabang politik dan cabang massa yang tidak semestinya melalui acuan sistem politik kepartaian. Kedua-dua cabang ini perlu untuk menjadi pelengkap kepada perjuangan kerana cabang politik mendepani perjuangan secara langsung dalam politik sementara cabang massa pula bertugas mempengaruhi rakyat secara umum supaya simpati terhadap perjuangan politik tersebut.
22. Jesteru kita melihat bagaimana perjuangan parti Kongres India untuk menuntut kebebasan daripada British walaupun didepani oleh ahli politik berparti seperti Nehru dan Patel, mendapat semangat dan dokongan daripada gerakn massa tidak berpartai yang dipimpin oleh Gandhi
Di Afrika Selatan, walaupun ANC wujud sebagai cabang politik kepartian, gerakan massa seperti Umkontho we Sizwe atau Tombak Rakyat menjadi cabang yang mempengaruhi rakyat supaya mendokong gerakan anti-Aparteid. Di Indonesia, parti-parti politik yang menggesa pemerintahan berdaulat bebas daripada penjajahan Belanda disokong pula oleh banyak gerakan massa yang tidak kepartaian seperti Budi Utomo, Sarekat Islam, Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.
23. Oleh yang demikian sejarah mereka mengajar kita keperluan bergabung tenaga dengan golongan yang berada di luar arus politik kepartian, malah di luar arus perdana politik sekalipun. Golongan professional, aktivis masyarakat, pelajar, karyawan, buruh dan sebagainya. Mereka perlu dilihat sebahagian dari perjuangan ini, walaupun mereka tidak terlibat dalam parti secara langsung.
24. Dalam ertikata lain, kita perlu mendakap masyarakat luar parti. Kita sedia maklum, ahli-ahli parti adalah mereka yang cukup komited dalam perjuangan. Ahli-ahli parti sanggup dipukul, dibelasah, ditembak dengan gas pemedih mata malah dipenjara, demi perjuangan. Tetapi selain kita, ada simpatisan yang perlu kita tarik untuk memberi sokongan iktikad dan moral demi mengukuhkan lagi perjuangan ini.
25. Ini terbukti apabila saya dan beberapa teman-teman menubuhkan Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi,GERAK, kami menerima ribuan SMS dan e-mel daripada mereka yang tidak pernah mengisi ruang-ruang barisan Reformasi sepanjang tujuh tahun yang lepas. Mereka ini terdiri daripada segenap umur dan segenap bangsa. Ada yang masih di bangku sekolah menengah sementara ada pula yang sudah bergelar warga emas. Kesemuanya ingin menyumbang membanteras rasuah, tetapi bukan dengan penglibatan langsung dalam parti.
26. Teori revolusi membuktikan bahawa massa selalunya menjadi pencetus kesedaran sesebuah kebangkitan. Tetapi kejayaan perjuangan hanya boleh dipastikan dengan menggabungkan tenaga dalam dan luar parti. Kita sebagai peneraju gerakan reformasi harus mempereratkan hubungan dengan organisasi massa (ormas) sedia ada malah kita seharusnya bersifat pro aktif sesuai dengan peranan kita sebagai pemangkin perjuangan untuk membantu melahirkan ormas-ormas baru yang kelak akan menjadi pelengkap kepada perjuangan reformasi di negara kita. Penubuhan GERAK bertitik tolak daripada semangat dan cita-cita tersebut.
27. Generasi kita cukup dahagakan perubahan. Yang berani datang menjadi ahli parti, sementara yang lain mencari ruang untuk bersuara dalam forum-forum dan ikatan professional. Walaupun cara kita berbeza, namun hakikatnya kita semua mahu membuat perubahan sebelum usia kita berlalu pergi. Kita mahu mewariskan negara yang lebih bebas kepada anak-anak dan cucu-cucu kita.
28. Saya yakin bahawa bagi generasi kita, perjuangan menghapuskan korupsi dan menegakkan demokrasi adalah aspirasi kita yang paling utama untuk negara ini. Kita jemu dengan dodoian ketupat paling besar, tiang bendera paling tinggi dan sebagainya yang melalaikan kita terhadap kenyataan bahawa negara ini sedang dimamah perlahan-lahan oleh politikus yang rakus, lebih tikus daripada manusia.Kita sering mendengar suara anak muda kaum Cina yang bosan membayar wang kopi kepada pihak berkuasa untuk lesen berniaga, ?perlindungan? dan sebagainya. Mereka mahukan reformasi.Kita sering mendengar belia-belia India yang merintih nasib rakan-rakan mereka, dibelasah hingga mati sewaktu dalam tahanan reman, tanpa ada pihak yang sanggup memberi jawapan sebenar terhadap pertanyaan kenapa mereka dilayan sebegitu rupa. Mereka mahukan reformasi.Kita sering mendengar pelajar-pelajar Melayu di IPT dalam dan luar negara yang dianiaya, ditarik biasiswa yang merupakan hak mereka dan dibuang daripada tempat pengajian masing-masing hanya semata-mata kerana mereka enggan mengangguk bisu terhadap parti pemerintah. Mereka mahukan reformasi.Soalannya, bersediakah kita untuk mengepalai perjuangan demi perubahan tersebut?
29. Untuk itu, pimpinan parti harus terus menghidupkan idealisma perjuangan di dalam parti. Jangan sampai individu yang benar-benar mahu berjuang merasa asing dengan parti ini akibat kealpaan kita pada tuntutan perjuangan. Angkatan Muda sebagai sayap parti sedia memberi sokongan dan dokongan yang perlu, sepertimana kita menjadi saf paling hadapan dalam perjuangan ini semenjak hari pertama parti ini ditubuhkan.
30. Angkatan Muda tidak mahu kepimpinan lupa bahawa pembebasan Seri Anwar Ibrahim bukan lesen untuk kita berpeluk tubuh. Sebaliknya inilah peluang kita untuk kembali memartabatkan perjuangan rakyat yang juga menjadi dasar idealisma Anwar Ibrahim sepanjang perjalanan perjuangannya.Inilah antara contoh tokoh Reformis tulen yang perlu kita contohi. Bangsa ini sebenarnya harus berterima kasih kepada Anwar kerana dengan pengorbanannya merengkok 6 tahun dipenjara. akhirnya Perdana Menteri yang korup dan rakus dipaksa mengundur diri. Biarlah gerobok tua itu meludah disana sini hari ini kerana jatuhnya diatas batang hidung sendiri.
31. Sudah tiba masanya Malaysia mempunyai 2 parti yang kuat supaya rakyat boleh membuat pilihan. Dinegara-negara yang telah melalui proses reformasi, sistem 2 parti terbukti menjamin perjalanan demokrasi yang sihat. Dengan adanya 2 parti yang kuat, mana-mana parti yang memerintah tidak akan menjadi besar kepala, tamak dan angkuh. Parti yang memerintah sedar bahawa rakyat akan mengadili mereka. Mentadbir negara adalah amanah rakyat dan bukannya menjadi hak mutlak mana-mana parti. dengan adanya sistem 2 parti yang boleh ditukar ganti oleh rakyat, jentera kerajaan akan menjadi lebih profesional dan cekap kerana mereka akan benar-benar berkhidmat kepada rakyat dan bukannya kepada pemimpin parti yang memerintah sahaja. Polis, BPR, badan Kehakiman dan badan-badan peguatkuasa lain dalam kerajaan akan lebih menghormati hak rakyat. Tugas badan-badan ini ialah menjaga kepentingan rakyat tanpa mengira warna kulit, kelas, bangsa dan agama dan mereka tidak boleh diperalatkan untuk menjaga kepentingan parti yang memerintah sahaja.
32. Atas kesedaran ini maka tibalah masanya bagi seluruh parti pembangkang untuk merangka kerjasama yang lebih bermakna bagi mewujudkan satu Barisan alternatif yang dapat menjadi pilihan kepada rakyat. Perjuangan kita bukanlah untuk menghapuskan mana-mana parti politik. Kita tidak berhasrat untuk menghapuskan UMNO dan rakan-rakannya. Biarlah UMNO dan rakan-rakannya hidup sebagai satu parti pilihan dan bukannya sebagai tuan yang menganggap rakyat dan negara ini haknya. Kita semua mempunyai hak dalam negara ini. Marilah kita sama-sama keluar daripada kepompong perjuangan yang sempit untuk menjalin talian kerjasama yang lebih mantap agar rakyat benarbenar yakin bahawa barisan Alternatif atau atas nama apa sekalipun, benar-benar sebuah parti pilihan utnuk memerintah negara ini.
33. Ini adalah ucapan dasar saya yang keenam di dalam pehimpunan tahunan Angkatan Muda semenjak bersama Presiden , Datin Seri Dr wan Azizah Wan Ismail mengasaskan parti ini bersama-sama dengan teman-teman seperjuangan yang lain 6 tahun yang lalu. 2 daripada ucapan dasar tersebut telah dibaca oleh kedua-dua timbalan ketua angkatan muda sementara saya ditahan dan dipenjara. Saya merasakan sudah tiba masanya saya memberi ruang kepada pimpinan pelapis untuk mengambil peranan utama selepas ini. Sebagai reformis kita harus percaya Angkatan Muda mesti sewajarnya diterajui oleh anak muda. Di dalam Angkatan Muda hari ini kita mempunyai barisan anak-anak muda yang telah bersedia menerajui sekiranya diberi ruang dan saya merasakan bahawa sekarang adalah masanya untuk kita mula membimbing mereka menjadi peneraju dimasa mendatang. saya berharap saudara-saudari memberikan sokongan padu kepada mereka selepas ini untuk menjamin kelansungan perjuangan reformasi ini.
34. Tidak ada perjuangan tanpa pengorbanan. Besar atau kecil, perjuangan ini menagih pengorbanan tenaga , masa dan juga harta. Sekarang bukanlah masa untuk tidur ditilam empuk dibuai mimpi indah. Sekarang adalah masa untuk mengharungi kedinginan malam turun ke padang menabur benih perjuangan. Percayalah benih yang kita tabur ini kemana pun jatuhnya, akan tetap menjulang. Melantun kelangit menjadi bintang, jatuh ke laut menjadi mutiara.
35. Didepan saya sekarang adalah anak-anak muda reformis yang sedang diuji semangat waja mereka. Kita semua boleh diibaratkan sebagai bahan mentah yang sedang dicanai menjadi besi waja tonggak perjuqangan reformasi.Sekarang bukan zaman untuk menimbang dengan dacing dan berjuang dengan keris telanjang. Dacing sudah ditukar penimbang eletronik dan keris telanjang sudah masuk ke muzium. Sekarang ialah zaman berjuang dengan kekuatan mental, ketrampilan intelek dan kebijaksanaan bertindak. Ditangan kitalah terletaknya nasib perjuangan reformasi dinegara ini. Saya menyeru pada diri saya dan saudara-saudari sekalian marilah kita merapatkan barisan perjuangan kita. Bulatkan tekad perjuangan kita dan tajamkan semangat keperwiraan reformis tulen dalam diri kita. Marilah kita bergerak sebagai satu pasukan reformis perkasa mengharungi segala rintangan dan badai yang melanda.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home