SepangOnline

Thursday, December 15, 2005

Info Media & Aktiviti Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat

GEMPAR : Aktivis Hak asasi diganasi Polis

--------------------------------------------------------------------------------

Kelmarin, 14 Disember, kira – kira jam 11.00 pagi sekumpulan aktivis hak asasi manusia merancang membuat satu sidang media terbuka di perkarangan Taman KLCC.

Kumpulan ini terdiri dari perbagai pertubuhan dalam dan luar negara turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat. Sidang media ini bertujuan menyatakan protes mendesak ASEAN menjadikan isu hak asasi seperti pembebasan Aung San Suu Kyi (Burma), Pembunuhan di selatan phatani, pelarian dan buruh migran satu isu utama di bincangkan.

Malangnya belum sempat semua wakil pertubuhan berkumpul dan memulakan sidang media pihak polis telah secara ganas menyerbu, memukul dan menahan beberapa orang termasuk Tian Chua (Ketua Penerangan keADILan) dan Jasmine Ng Fui Sin (Exco Angkatan Muda Malaysia).

Tian Chua dan 5 orang yang ditahan dibawa menggunakan trak polis dan kini ditahan di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Sebelum telefon tangan (handphone) Tian Chua diambil oleh polis di Penjara Pudu, beliau sempat menghubungi saya dan menyatakan bahawa beliau dan seorang lagi tahanan dipukul oleh seorang anggota polis.

Sehingga kini (2.45 petang) peguam masih gagal untuk menemui semua yang ditahan. Malah dipercayaai ramai lagi penyokong pembebasan Aung San Suu Kyi (Burma) turut di tahan di beberapa lokasi sekitar KLCC.

Angkatan Muda Malaysia mengecam tindakan ganas polis dalam menangani perkara ini. Kejadian ini yang berlaku di depan mata media dunia (yang merakamkan kejadian) memalukan Malaysia. Apakah sidang media untuk menyatakan pendapat dan gimik melepaskan burung merpati simbol kebebasan ini boleh menggugat keselataman negara sehingga polis bertindak ganas ?

Angkatan Muda Malaysia juga mengecam beberapa media tempatan seperti TV3 yang sengaja membuat laporan salah mengenai kejadian tersebut. Buliten 1.30 (TV3) sebentar tadi melaporkan bahawa sekumpulan aktivis hak asasi membuat tunjuk perasaan mendesak pembebasan Aung San Suu Kyi dan keadaan terkawal sehingga sekumpulan aktivis lain muncul dan menimbulkan kekecohan, ini jelas menipu.

TV3 dan media tempatan lain seharusnya lebih bertanggungjawab dalam membuat laporan bukan sekadar menjadi alat propaganda pemerintah. Kejadian ini akan menjadikan Malaysia sekali lagi bahan ketawa.

Salam reformasi

Badrul Hisham Shaharin
Timbalan Ktua Penerangan Angkatan Muda Malaysia
0176688404
Berita tambahan:
Tian dibebaskan 5.30 ptg

sila klik, untuk gambar tangkapan :
http://www.flickr.com/photos/26538037@N00/sets/1577341/

Perkembangan terkini Saudara Tian Chua dan tahanan lain yang ditahan di KLCC pagi ini baru dibebaskan pada jam 5.30 petang tadi (14 Disember). Cuma beberapa aktivis hak asasi dari Burma (Pro pembebasan Aung San Suu Kyi) masih di tahan. Satu laporan polis juga telah dibuat kerana keganasan polis dalam kejadian tersebut.

Maklumat lanjut sila layari www.keadilanrakyat.org / atau hubungi terus Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (keADILan) 0122841025

oleh : Badrul hisham Shaharin (timbalan ketua penerangan angkatan muda)0176688404

0 Comments:

Post a Comment

<< Home