keADILan akan bincang isu DEB seluasnya
LAPORAN KHAS KONGRES NASIONAL PKR YANG KEDUA: 22-24 DISEMBER 2005
Malaysia Today
Parti Keadilan Rakyat (keADILan) akan membawa isu Dasar Ekonomi Baru (DEB) semasa Kongres keduanya yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 24 Disember akan datang.
Kongres tersebut berkemungkinan besar akan diadakan di kotaraya Kuala Lumpur di salah sebuah hotel terkemuka bertaraf lima bintang.
Pada Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Julai yang lalu, parti itu telah meluluskan resolusi yang dibawa oleh gerakan Pemuda supaya kerajaan melaksanakan semula semangat DEB melalui apa yang dipanggil Agenda Nasional Baru (ANB).
Presiden UMNO, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menyatakan sokongannya kepada ANB dan membayangkan kerajaan akan segera melaksanakannya.
Sehubungan dengan itu, keADILan menerusi timbalan presidennya. Dr Syed Husin Ali membidas dengan berpendapat ianya perlu dibincangkan seluas-luasnya secara demokratik.
Bagi keADILan, kerajaan atau satu parti politik, apa lagi jika seorang Perdana Menteri yang berkuasa sahaja tidak sepatutnya membuat keputusan sendiri dan memaksakan keputusan mereka sewenang-wenangnya ke atas pihak lain, terutama rakyat jelata.
"Oleh kerana tidak dirunding, beberapa buah komponen BN, khususnya MCA dan Gerakan merasa tidak puas hati, seperti yang disuarakan oleh pemimpin masing-masing," jelas Syed Husin.
Dia berkata, oleh kerana UMNO sudah membuat keputusan dan UMNO merupakan parti terkuat dalam Kerajaan BN, kemungkinan besar, semua komponen BN akan terpaksa menerima saja kehendak UMNO.
Dalam salah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Husin pada 1 Ogos lalu, keADILan menegaskan bahawa kerajaan seharusnya mempunyai proses rundingan yang luas dan demokratik bagi menentukan dasar baru, terutama sekali dalam bidang ekonomi, yang melibatkan semua kaum dan semua golongan masyarakat dalam negara ini.
"Kita memang memerlukan satu dasar pembangunan ekonomi baru. Tetapi pada pandangan kami dasar itu hendaklah bertunjangkan semangat dan matlamat untuk membela terutama sekali rakyat yang miskin, terbiar dan berpendapatan rendah, tanpa mengira kaum," tambah Syed Husin.
Syed Husin merujuk kepada rakyat yang berada di kampung, estet, kawasan setinggan, kawasan pendalaman dan sebagainya.
Bagi Syed Husin, sebahagian besar mereka ini terdiri dari orang Melayu/Buiputera juga.
Dalam kenyataan tersebut, beliau melihat dan memberi amaran bahawa ANB, untuk mengembalikan semangat DEB itu akan disalahgunakan.
"Atas nama pembangunan dan kedudukan istimewa Melayu serta Bumiputera lain, ia akan disalahgunakan untuk memberi projek, kontrak, lesen, saham dan kekayaan kepada segelintir kroni dan keluarga, terutama dari kalangan orang Melayu," katanya.
Menurut beliau, sudah pasti akibatnya korupsi akan terus meluas dan tidak akan dapat dihapuskan.
"Ini tidak bererti kami menentang sesiapa untuk mencari kekayaan dengan usaha mereka sendiri, mengikut cara yang bersih, halal tanpa korupsi dan pilih kasih," katanya lagi.
Laporan khas ini juga akan mengulas pendapat beberapa pimpinan keADILan mengenai isu DEB khususnya Naib Presidennya, Azmin Ali dalam beberapa siri ceramahnya.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home