'Kami Lihat Sendiri Tahanan Dipukul'
KUALA LUMPUR: Naib Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (keADILan), S Manikavasagam dan peguam hak asasi, N Surendran dengan secara tidak sengaja melihat dengan mata mereka sendiri satu penderaan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap seorang tertuduh ketika disoalsiasat.
Selain mereka, seorang pelajar, Narayana Prabu a/p Kasi Naidu juga dapat melihat penderaan itu dibuat di Balai Polis Banting.
Manikavasagam dan Surendran berada di balai polis tersebut kerana menjamin salah seorang mangsa yang dituduh melakukan samun pada 24 Oktober lepas. Pada 28 Oktober, mereka hadir untuk membebaskan Narayana.
Narayana ditahan reman sejak 24 Oktober lepas sehingga 28 Oktober tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Narayana, salah seorang pelajar Kolej Giatmara di Puchong juga mendakwa bahawa beliau dipukul semasa berada dalam tahanan.
Sewaktu membuat urusan tersebut, mereka mendakwa mendengar bunyi pukulan dan orang menangis dari sebuah bilik yang bertanda 'Bilik Detektif' yang dipercayai bilik soalsiasat.
Dalam laporan polis yang dibuat oleh mereka di balai yang sama, Surendran berkata bahawa beliau dapat melihat seorang pemuda Melayu yang ditutup mulutnya dengan pita pelekat dan tangannya dipulas ke belakang.
"Pemuda itu kelihatan dalam keadaan teruk," kata Surendran.
Dalam laporan polisnya, Surendran juga menyatakan bahawa ketika pegawai penyiasat yang hanya dikenali sebagai Chief Inspektor Alex dia dapat melihat beberapa anggota polis tidak berpakaian seragam polis menjalankan penderaan tersebut.
Sehubungan dengan itu, OCPD Banting, Superintendent Shah Gzali Khan Shahadad mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah akhbar pada 29 Oktober yang menafikan pertuduhan yang dilakukan oleh ketiga-tiga pihak tersebut tidak mempunyai asas.
Oleh itu, Manikavasagam dan Surendran membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 31 Oktober lepas terhadap Shah Gzali.
Dalam laporan polis tersebut, Manikavasagam berkata, penafian Shah Gzali jelas menunjukkan bahawa beliau mahu melindungi semua anggota polis yang terlibat dalam penderaan pemuda Melayu itu.
Pada sebelah tengahari hari yang sama, Naib Presiden keADILan, Sivarasa Rasiah berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar.
Memorandum itu diterima oleh salah seorang pegawai, Mariapan a/l Manikam.
Menurut memorandum tersebut yang turut disahkan oleh Kumpulan Jawatankuasa Pemantauan Polis, mereka mendesaak agar sebuah badan penyiasatan bebas dari Ibu Pejabat Polis melantik satu jawatankuasa khas bagi menyiasat perkaran tersebut.
"Menurut laporan-laporan polis yang saya teliti, jelas menunjukkan bahawa sememangnya terdapat penderaan yang sengaja dilakukan oleh pihak polis terhadap tertuduh ketika dalam tahanan," kata Sivarasa yang juga seorang peguam.
Mereka juga menuntut agar Shah Gzali menghentikan percubaan untuk memberi perlindungan kepada salahlaku anggota-anggotanya serta membuat penafian mengenai kes tersebut.
Selain itu, mereka juga menuntut agar Ketua Polis Negara mengambil langkah-langkah yang sewajarnya dalam memastikan seluruh tahanan yang berada dalam lokap polis dilindungi.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home