SepangOnline

Wednesday, November 02, 2005

Anwar Ibrahim's open house

KENYATAAN MEDIA MENGENAI MAJLIS RUMAH TERBUKA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM & YB DATIN SERI DR. WAN AZIZAH ISMAIL SEMPENA EIDUL FITR 1426

Sukacita saya mengumumkan bahawa Yang Berbahagia Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Sempena Eidul Fitr pada 25 November 2005 ( Jumaat ) dari jam 2.00 petang sehingga 7.00 petang di Lot 1549, Cherok To Kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang.

Majlis yang sama akan turut diadakan pada 26 November 2005 ( Sabtu ) dari jam 3.00 petang sehingga 6.00 petang di kediaman mereka di No. 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan keluarga amat berbesar hati mengundang semua warga Malaysia ke majlis - majlis ini. Semoga perjumpaan ini akan memupuk semangat persaudaraan dan permuafakatan bangsa Malaysia.

Jadual tugas Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ketat di Georgetown University tidak memungkinkan beliau untuk pulang ke tanah air lebih awal. Sehubungan dengan itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail memohon maaf kerana tidak dapat menyambut Eidul Fitr bersama rakyat Malaysia pada 1 Syawal 1426 ini dan juga tidak dapat meneruskan tradisi Rumah Terbuka pada Hari Raya Pertama.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan pulang ke tanah air pada 24 November 2005. Beliau akan membuat lawatan kerja ke Negeri Pulau Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan, Selangor dan Sarawak sebelum kembali semula ke Washington D.C. pada penghujung bulan November 2005.

Sehubungan dengan itu, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Eidul Fitr kepada Muslimin dan Muslimat di Malaysia serta ucapan Selamat Hari Deepavali kepada kaum India yang beragama Hindu. Ucapan yang sama juga disampaikan untuk warga media cetak dan media elektronik serta menjemput semua warga media untuk bersama-sama meraikan majlis - majlis ini.

MOHAMED AZMIN ALI
Naib Presiden keADILan
Merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Sambutan
(Tel : 012 205 2020)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home