SepangOnline

Thursday, November 10, 2005

Angkatan Muda PKR bantu PAS di Pengkalan Pasir

Oleh Es Putra

Kuala Lumpur: Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sdr. Mohd Ezam Mohd Nor telah mengarahkan Angkatan Muda PKR Kelantan membuat persiapan rapi untuk membantu PAS menghadapi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir 6 Dismber depan.

Katanya arahan telah dibuat memastikan Angkatan Muda PKR Kelantan bergerak secara maksima dan mantap bagi menjamin kemenangan Pas pada pilihan raya tersebut.

"Kita mahukan PAS menang dan mengekalkan kerusi berkenaan, dan ini penting kerana kemenangan itu menyelamatkan maruah BA selurhnya," kata Ezam. "Pilihan raya itu bukan saja penting bagi Pas, tetapi ia mustahak bagi kita semua (BA)," tekannya lagi.

Bagi memastikan pilihan raya itu berjaya, Angkatn Muda PKR khasnya akan menggunakan gerak kerja semasa pilihan raya kecil Lunas tidak lama dulu, kerana terbukti gerak kerja di Lunas membawa kejayaan besar.

"Ternyata gerakan kerja di Lunas menakutkan pihak parti kerajaan, dan ini terbukti bila mana saya dan kawan-kawan yang ditahan dan disoal siasat banyak tertumpu kepada pilihan raya berkenaan," kata Ezam.

Dalam membantu Pas menghadapi tentangan BN, 6 Disember nanti, Ezam sendiri akan melancarkan jentera Angkatan Muda PKR Kelantan pada 15 Disember.

Sementara itu sebuah bilik gerakan yang dikendalikan Angkatan Muda PKR Kelantan telah pun dibuka di kawasan Pengkalan Pasir dua hari lalu.

Pilihan raya DUN Pengkalan Pasir diadakan berikutan kematian wakilnya Wan Aziz Wan Jaffar pada 31 Oktober lalu. Hari penamaan calon diadakan pada 27 November sementara hari mengundi pada 6 Disember.

Pilihan raya itu dianggap penting memandangkan kedudukan kerusi Pas di DUN Kelantan kini kurang satu lagi daripada 24 menjadi 23 kerusi, sementara Umno mempunyai 21 kerusi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home