SOAL 'AP' BELUM SELESAI
--------------------------------------------------------------------------------
Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) hairan bagaimana Menteri Datuk Rafidah Aziz dan kemudian PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengatakan soal AP dan kontroversi Proton sudah selesai semata-mata kerana Rafidah telah menghantar surat penjelasan kepada mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad dan kabinet telah diberitahu tentang kandungan surat tersebut serta bersetuju dengannya.
Nyata sekali ini satu lagi percubaan untuk menutup tembelang yang bau busuknya sudah semerbak di merata alam. Satu ketika dulu, Dr Mahathir telah menutup tembelang Rafidah berhubung pembahagian saham kepada keluarganya dan keluarga pemimimpin lain. Sekarang Abdullah Badawi dan Rafidah sendiri cuba hendak menutup tembelang AP dan Proton pula. Dengan sikap serta tindakan demikian daripada para pemimpin utama Kerajaan, bagaimanakah masalah rasuah serta penyelewengan dapat dihapuskan?
Keadilan sekali lagi menuntut supaya senarai penuh mereka yang mendapat AP itu hendaklah diumumkan. Dr Mahathir telah membuat tuduhan secara terbuka bahawa 80 peratus daripada AP diberikan kepada 20 buah syarikat dan sepatutnya dengan sikap penuh tanggung jawab beliau harus mendedahkan senarai yang lengkap.
Kami mendapat tahu bahawa kebanyakan syarikat ini dimiliki oleh tokoh korporat sama, yang ada kaitan dengan menteri atau pembesar lain. Terangkanlah kroni, keluarga, pembesar, menteri dan sultan mana yang mendapat keuntungan besar dari pemberian AP itu. Sangat perlulah Rafidah, bahkan Kerajaan, memberikan penjelasan secara terbuka juga dengan mengumumkan surat Rafidah yang disetujui kabinet itu.
Selain itu, Keadilan menggesa supaya siasatan dilakukan oleh BPR terhadap Rafidah dan juga Dr Mahathir terhadap segala tuduhan dan pendedahan yang dibuat. Sekiranya ini benar dan terbukti rasuah atau penyelewangan telah berlaku, maka tindakan tegas hendaklah diambil dengan mengemukakan kes ke mahkamah. Tidak harus ada usaha untuk menutup busuk tembelang yang boleh membawa mudarat kepada masyarakat dan negara.
Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

0 Comments:
Post a Comment
<< Home