Pelawaan PAS kepada Anwar
Posted by: Raja Petra
The Star
PETALING JAYA: PAS telah meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terus pertahankan parlimen Permatang Pauh.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata Anwar, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat, boleh bertanding kerusi Parlimen di Kota Baru.
“Beliau mempunyai peluang cerah untuk menang di Kota Baru kerana tiga kerusi negeri di bawah parlimen tersebut dipegang oleh ADUN PAS,” beritahu Wan Abdul Rahim.
Kota Baru kini dipegang oleh wakil rakyat Barisan Nasional, Datuk Zaid Ibrahim.
Menurut Wan Abdul Rahim, KeADILan akan diberi tiga kerusi parlimen dan dua kerusi DUN di Kelantan, dalam pilihan raya umum akan datang.
Kerusi parlimen tersebut adalah Kota Baru, Tanah Merah dan Ketereh sementara kerusi DUN ialah Paloh dan Nenggiri.
Mengenai seruan Anwar bagi PAS dan DAP bekerjasama dengan KeADILan dalam pilihan raya akan datang, Wan Abdul Rahim, yang dikenali sebagai strategis parti telah berkata: “Hubungan kami dengan KeADILan sangat jelas. Ia merupakan satu-satunya rakan kami dalam Barisan Alternatif.”
Anwar hanya boleh bertanding jika pilihan raya diadakan selepas April 2008.
Dia dijangka akan bertanding di Permatang Pauh, yang kini dipegang oleh Dr Wan Azizah.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, DAP tidak akan bekerjasama dengan PAS “dalam apa jua keadaan” selagi ia tidak meninggalkan ideologi Negara Islam.
“Saya mengesahkan bahawa DAP sedang bekerjasama dengan KeADILan tetapi mengambil pendirian tidak bekerja dengan PAS,” beritahu Guan Eng apabila ditanya mengenai seruan Anwar agar DAP dan PAS bekerjasama dalam PRU akan datang.
DAP telah keluar dari Barisan Alternatif selepas pilihan raya 1999, apabila gabungan tersebut mengakibatkan kekalahan teruk DAP dalam PRU 10.
Pengerusi parti Karpal Singh berkata KeADILan tidak boleh dapat “best of both worlds” dan mesti memilih sama ada DAP atau PAS sebagai sekutu.
Katanya, parti tidak akan bekerjasama dengan KeADILan selagi PAS ada sama.
Walau bagaimanapun, dia bersedia untuk bekerja dengan KeADILan, sebuah parti berbilang kaum.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home