KeADILan Kecam Kerajaan Negeri Selangor Guna Polis Roboh Rumah dan Tahan Aktivis Print E-mail
Rabu, 07 Mac 2007 | |
Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mengecam keras tindakan kerajaan negeri Selangor menggunakan beratus-ratus anggota polis dan FRU untuk merobohkan rumah-rumah peneroka bandar dan menahan aktivis di Kampung Berembang, Ampang hari ini. Dalam kejadian yang bermula dari pukul 8 pagi hingga ke 2 petang itu, Polis dan FRU telah mengganasi penduduk kampung, mencederakan dan menangkap enam orang aktivis serta penduduk. Ini adalah kali ketiga rumah-rumah penduduk kampung tersebut diroboh, kali pertama pada November 2006 dan kali kedua pada 5 Mac lepas. KeADILan berpendapat tindakan tersebut bersifat 'anti-rakyat' tanpa mengendahkan proses mahkamah dan hak rakyat di sisi undang-undang memandangkan rayuan penduduk Kampung Berembang dijadualkan didengar di mahkamah pada 14 Mac ini. KeADILan juga mengecam penahanan Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan lima aktivis lain yang ditangkap ketika cuba membela penduduk kampung tersebut. Tian Chua kini ditahan di IPD Ampang dan dilaporkan akan direman atas tuduhan 'cuba membunuh' di bawah Kanun Keseksaan 307 ketika mencegah keganasan pihak polis semasa perobohan. KeADILan menggesa pihak berkuasa menggugurkan tuduhan 'tidak masuk akal' terhadap Tian Chua dan beliau serta lima aktivis tersebut segara dibebaskan. Mengenai dasar pembangunan negeri Selangor, KeADILan berasa kecewa terhadap Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo yang membenarkan kerakusan pemaju berlaku sewenang-wenangnya sehingga rakyat sendiri dizalimi. Keadaan yang sama juga terjadi di Kampung Rimba Jaya, Shah Alam sehari sebelumnya. Rayuan penduduk Kampung Rimba Jaya di mahkamah ditetapkan pada 13 Mac namun pemaju dengan bantuan FRU telah merobohkan rumah-rumah di kampung tersebut pada 6 Mac. Kedua-dua kes ini jelas menggambarkan kegagalan Barisan Nasional (BN) membawa pembangunan kepada semua rakyat, malah terus meminggirkan mereka yang sudahpun tercicir dalam proses perbandaran. Hal ini kerana pimpunan BN yang rasuah sanggup menggadaikan hidup rakyat biasa demi kepentingan sendiri. Tindakan kerajaan Selangor ini ibarat penjajahan baru di tanahair sendiri. Sehubungan itu, KeADILan menggesa agar Khir Toyo menghentikan segala tindakan mengusir penduduk sehingga penempatan semula diatur. SIVARASA RASIAH Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home