SepangOnline

Friday, March 09, 2007

Anwar akan Sampaikan Pidato Solidariti Kedaulatan Palestin–Iran–Iraq Esok

Jemputan Media - 9 Mac 2007

Penasihat KeADILan Dato Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Solidariti Kedaulatan Palestin – Iran – Iraq esok (10 Mac), jam 2.30 petang di Wisma MTUC.

Ini adalah kunjungan pertama Anwar Ibrahim ke Wisma MTUC setelah beliau merasmikan wisma tersebut ketika memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1997.

Lawatan Anwar Ibrahim akan disambut oleh Presiden MTUC Syed Shahir dan Setiausaha Agung Rajasekaran.

Berikut adalah alamat Wisma MTUC: 10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya, Selangor

Diharapkan agar pihak Tuan dapat menghantar wartawan dan jurugambar untuk membuat liputan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Nik Nazmi 012-2789548. Sekian, terima kasih.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

0 Comments:

Post a Comment

<< Home