Tuduhan ke atas Tian Chua tidak masuk akal
Tuduhan cubaan membunuh yang dikenakan oleh pihak polis ke atas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Tian Chua sememangnya sesuatu yang tidak masuk akal. Keputusan mengenakan perintah reman selama dua hari ke atas Tian Chua berhubung siasatan tuduhan cubaan membunuh memperlihatkan motif pihak polis untuk menjalankan pendakwaan secara terbuka ke atas Tian Chua. Jika kawad cam dijalankan dalam masa beberapa jam selepas tangkapan, maka pihak polis tiada alasan untuk menangguhkan proses ini. Tindakan polis ini sememangnya bertujuan untuk memburukkan nama baik Tian Chua, serta reputasi beliau sebagai seorang pejuang hak asasi manusia dan golongan miskin, tertindas khususnya golongan kehilangan rumah dalam kes ini. KeADILan sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pemaju dan polis demi mengembalikan reputasi dan nama baik Tian Chua. Dr. Wan Azizah Wan Ismail Presiden Parti Keadilan Rakyat |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home