Enam Orang Ditahan di Kemusnahan Kampung Berembang, termasuk Pemimpin KeADILan
| |
Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, dan lima orang lagi ditahan ketika cuba menghentikan keganasan polis di kemusnahan Kampung Berembang, Ampang, pagi ini. Yang ditahan adalah: 1. Tian Chua (Ketua Penerangan KeADILan) 2. Lee Huat Seng (Setiausaha Agung, DEMA) 3. Abdul Razak Ismail (Ketua Penerangan Bahagian Kelana Jaya, KeADILan) 4. Anuar Maadom (Penduduk Kampung) 5. Pak Mat (Penduduk Kampung) 6. Syed Fasilshah (Penduduk Kampung) Abdul Razak Ismail dan Anuar Maadom ditahan di Pejabat Polis Ulu Klang di Taman Sri Keramat, manakala yang lain ditahan di Pejabat Polis Ampang di Taman Dagang. Mereka dikira akan ditahan satu malam dalam lokup dan dituduh di makhamah pagi esok. 200 pegawai polis dan FRU berada di Kampung Berembang untuk menolong pihak pemaju dan pekerja-pekerja mereka dalam membersihkan kawasan tersebut, walaupun kes Kampung Berembang baru akan didengar di makhamah pada March 14. Kemusnahan hari ini dilakukan oleh satu pemaju swasta yang diarah oleh Acmar International, yang berkerjasama dengan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) - pemilik tanah tersebut. Keadaan kecoh di Kampung Berembang di mana MPAJ, RELA, Polis, dan FRU bergerak untuk merobohkan rumah-rumah di sana pada tiga hari yang berbeza - Nov 17, 20 dan 30, 2006. Lebih kurang 470 penduduk sudah tinggal di kampung tersebut yang terletak kurang dari 10km dari Menara Petronas dari 30 tahun yang lalu. Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi Ginie Lim 012-6693453. BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT |
0 Comments:
Post a Comment
<< Home